Khamis, 31 Mei 2018

Liwat 3.0 sedang dirancang orang dalam?

Memang perit bagi penyokong DSAI apabila buat kali kedua beliau disumbat ke dalam penjara angkara tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Rasa sakit hati dan kecewa kerana 'kecuaian' memilih pembantu telah menghukum DSAI sangat lama dalam penjara.

Menyebut tentang Saiful Bukhari, di mana dia sekarang? Apa khabar saudara Saiful?

Kini DSAI sudah bebas. Tidak mustahil musuh-musuh politik Anwar sedang mengintai peluang sekali lagi. Laporan berikut tidak mudah untuk kita pandang remeh.

Kita berharap DSAI berhati-hati dalam memilih pembantu. Kalau boleh ambil pembantu dari kaum sanak saudara sendiri terlebih dahulu. Jangan pisang berbuah tiga kali.


Eddy Casmady, bekas petugas BN yang kini mendekati pemimpin PH.

Nama bekas petugas Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lepas, Mohd Eddy Casmady menjadi paling popular hari ini apabila beliau dilihat bersama tokoh-tokoh besar Pakatan Harapan.

Mula-mula gambar dia dilihat berada di dapur rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Anwar sendiri.

Beliau juga dilihat berpelukan dengan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu.

Ekoran itu, pelbagai kesah latar belakang beliau yang menjadi juru kempen BN sepanjang PRU 14 lalu disebarkan oleh para pengguna media sosial.

Pemeriksaan oleh portal Free Malaysia Today menunjukkan Eddy dikreditkan sebagai Timbalan ketua Briged Kesatria Muda dalam videonya. Ia adalah kumpulan yang rapat dengan Umno dan Eddy adalah sebahagian daripada pasukan media mantan menteri Umno Ismail Sabri.
Turut menulis mengenainya adalah Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Aljundi dalam facebooknya.

Menurut Athirah, semasa kempen PRU14 lagi beliau telah mula terkesan dengan kehadiran watak baru dalam Pemuda Umno BN, Mohd Eddy Casmady yang mungkin sedang berusaha menempah nama sebagai hero.

“Minggu lepas saya sudah mengusulkan agar video kempennya yang berunsur propaganda jahat perkauman dan bermain sentimen agama disiasat dan jika perlu diambil tindakan.

“Tiba-tiba hari ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan bagaimana “hero propaganda” ini sudah mula berjinak-jinak merapati PH dan laluannya adalah DSAI,” tulis aktivis Wanita AMANAH itu.

Ekoran itu, sekali lagi, beliau telah majukan perkara ke perhatian beberapa pihak dan individu berkaitan.

“Plot fitnah liwat atau sewaktu dengannya tidak boleh lagi dibiarkan mendapat ruang bagi mengambil tempat dalam cerita politik yang senjang. Ini tanggungjawab kita semua untuk ingat dan beringat,” tulis beliau lagi.

Athirah dipercayai mengimbau kembali bagaimana pembantu Anwar, Saiful Bukhari menjadi pemusnah hidup Anwar sehingga beliau terpenjara sebelum ini.

Pelbagai video dan gambar Eddy berkempen untuk BN dalam PRU 14 lalu disiarkan oleh pengguna media sosial hari ini termasuklah video menjadi pengacara menyerang PKR sendiri. – Sumber Portal AMANAH –


*Ini artikel nasihat sebab kami sayang perjuangan ini. Tolong faham,

Ini sebenarnya kos siaran langsung Piala Dunia di RTM!

Baru semalam saya menulis mengenai kebimbangan ramai pihak mengenai penganjuran siaran langsung Piala Dunia dan kos yang menelan belanja RM40 juta.

Untuk itu saya mula faham selepas membaca dan mendengar sendiri dari sidang media YB Gobind Singh Deo. Ingat saya seorang yang tak faham. Bekas Menteri seperti Rais Yatim pun tak faham juga. hehehehe. Tak rasa keseorangan.

Dalam sidang media sebentar tadi, YB YB Gobind Singh Deo menyatakan bahawa kos siaran langsung itu hanyalah RM30 juta (confirm) dan setakat ini sudah mendapat RM15 juta tajaan.

Cumanya masa semakin suntuk. Hanya tinggal 14 hari lagi. Perlu dapat RM15 juta lagi untuk menyamai kos.

YB Gobind Singh Deo juga berjanji akan mendedahkan semua kewangan yang berkaitan secara telus dan jujur. Tidak akan ada apa yang akan disembunyikan sekalipun RTM mencatat kerugian jika ada.

Melalui pengalaman, ia akan memberi keuntungan kepada pihak RTM. Cuma berapa angka kita sama nantikan.

Duit keuntungan nanti boleh digunakan untuk memantapkan lagi RTM dan sistem telekomunikasi di negara kita.

Namun jika YB Gobind Singh Deo 'gagal' dan mencatat kerugian. Saya berharap YB YB Gobind Singh Deo bertanggungjawab sepenuhnya.

Sekian terima kasih.


Piala Dunia: YB Gobind Singh Deo

Salam sejahtera buat YB Gobind Singh Deo.

Salam sejahtera juga untuk semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan. Tahniah kerana YB Gobind Singh Deo dan seluruh jemaah Menteri Kabinet telah berjaya dalam PRU 14.

Pertamanya saya 'Menconteng Untuk Perubahan™' bertanggungjawab sepenuhnya mengenai tulisan ini. Saya juga ingin menegur pihak YB dan Kementerian bagi satu isu yang YB sendiri sudah maklum. Siaran percuma Piala Dunia Rusia 2018!

Apabila kabinet meluluskan siaran langsung Piala Dunia Rusia 2018, saya terkejut dan terpanggil untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan keputusan tersebut. Ekoran jumlah kos yang terpaksa ditanggung kerajaan rakyat adalah sebanyak RM40 juta (belum dimuktamadkan). Suatu angka yang amat besar bagi kami rakyat marhain.

Kritikan ini mungkin tidak disenangi oleh 'kaki bola' yang menyambut dengan rasa gembira, tapi bagi kami yang rasional, ia merupakan malapetaka.

YB Gobind Singh Deo.

Dalam cakap-cakap selepas PRU 14, yang kita sering dengar adalah langkah penjimatan. Projek-projek mega yang tidak memberi keuntungan menyuluruh kepada rakyat telah dikaji dan dibatalkan. Satu langkah terbaik untuk mencuci semua 'kotoran' yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Najib dan kerajaannya. Tetapi apabila YB mengumumkan untuk berbelanja RM40 juta semata-mata untuk membuat siaran langsung Piala Dunia, kami berasa tersentak dan terkejut!

RM40 juta tersebut bukan satu nilai yang kecil. Lantas banyak faedah lain boleh digunakan untuk memulihkan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

.. mungkin sebuah hospital boleh dibina di tempat-tempat yang masih tidak mempunyai hospital.
.. mungkin boleh memperbaiki infrstruktur sekolah-sekolah yang daif.
.. mungkin boleh membina 400 buah rumah kos rendah dengan nilai maksimum RM100 ribu seunit.
.. mungkin boleh menaja pelajar-pelajar berpotensi mahupun kakitangan sedia ada untuk memperkasa bidang teknologi maklumat.
.. mungkin boleh membina lebih banyak pencawang untuk kemudahan rangkaian telekomunikasi di Sabah & Sarawak.
.. pelbagai lagi manfaat boleh diguna pakai dengan RM40 juta tersebut!
.. erti kata lain, dengan RM40 juta, lebih banyak faedah lain dapat digunakan untuk kemakmuran rakyat selain dari menayangkan siaran langsung Piala Dunia yang hanya dalam tempoh satu bulan!

YB Gobind Singh Deo.

Sedar atau tidak, pihak Astro sudah menawarkan pakej yang perlu dibeli. Memang ianya tidak percuma, tetapi bagi sekelompok 'kaki bola' mereka tidak akan merungut untuk melanggan pakej tersebut. Bagi saya, rakyat yang tidak mampu akan lebih berterima kasih kepada kerajaan jika RM40 juta digunakan untuk memakmurkan rakyat.

Pihak YB juga berkata bahawa sebahagian kos akan diserap oleh pihak penaja. siapa pun yang menaja, kos tetap kos. Duit tetap duit. Nilai RM40 juta tersebut bukan satu nilai kecil.

Berhentilah dari memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk terus mencari kesalahan kerajaan sekarang. Idea ini sebenarnya menggambarkan satu corak pemikiran yang terkebelakang. Jika negara tidak mengalami masalah kewangan, rasanya idea ini tidak terlalu 'sakit' untuk diterima.

Namun kita tengah dalam keadaan nazak. 1 trillion ringgit bukan satu angka kecil. Maka sedikit 'pembaziran' yang YB Gobind Singh De o lakukan akan memberi gambaran buruk kepada pihak kerajaan sekarang.

Saya percaya, rakyat adalah alat terbaik sebagai semak dan imbang kepada kerajaan Pakatan Harapan. Untuk itu, saya berharap, YB Gobind Singh Deo dan seluruh Menteri Kabinet mengkaji semula idea ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit untuk menyokong mana-mana perkara yang 'tidak masuk akal' walaupun saya adalah penyokong Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

Menconteng Untuk Perubahan™
30.5.2018
10:27 PM


UPDATE:

Selepas mendengar sendiri dan mula memahami konsep 'cari duit' melalui penajaan ini, saya mohon maaf di atas kekhilafan dan 'kurang faham'. Kini saya mula faham dan doakan semoga keuntungan kepada RTM berlipat kali ganda.

Rabu, 30 Mei 2018

Bantuan Khas Raya: Kalau nak maki, sila maki orang ini!

Kalau ada yang pangkah Pakatan Harapan tetapi kecewa kerana tidak diberikan bantuan khas hari raya, sah aku kata pejuangan hangpa hanya pejuangan perut .. hanya fikir apa yang aku dapat ...

Rata-rata yang tak dapat bantuan khas hari raya adalah gred 42, 44 dan ke atas. Maknanya dari segi pengalaman kerja, senioriti dan kelayakan akademik lebih tinggi dari gred yang di bawah (dapat bantuan raya). Dalam erti kata lain lebih stabil ekonominya. Matang dan lebih 'bijak' dalam membuat keputusan dan penilaian.

Maka kalau dah lebih bijak, kenapa mahu meratap-ratap, meminta-minta macam - macam budak kecil. Rasa tak kena pulak dengan gred lebih tinggi dari gred 17.

Bagi senario macam ni;

Dalam keluarga, seorang ayah akan mempertimbangkan apa yang patut dibeli dan apa yang tak patut dibeli. Kalau dalam satu masa dia mampu beli dengan kewangan dia, dia akan beli. Lain kalau ayah yang tak bertanggungjawab.

Si anak nak beli, ayah tak bagi kerana masalah kewangan keluarga. Sempit sikit duit poket. Si anak berguling-guling nak itu nak itu nak itu... tak ambil peduli tentang masalah kewangan keluarga si ayah. Maka sama situasi dengan kakitangan yang gred 42 ke atas yang merungut tak dapat bantuan khas raya. dia ibarat budak kecil yang belum matang. Belum kenal erti pengorbanan.

Kita sedia maklum, hutang negara sudah melebihi 1 trillion ringgit. Itu bukan sekadar seribu dua. tapi 1 trillion. Jangan tuding jari pada Tun Mahathir dan pakatan harapan. Tuding jari dan maki kerajaan terdahulu. Jangan lupa maki juga pengundi kerajaan terdahulu. Kerana undi mereka juga membuatkan negara kita dalam kesukaran.

Untuk itu, jangan jadi budak hingusan. Jadi pekerja yang matang cara fikirannya. Berkorban untuk anak bangsa. Biar kalau ada penyokong BN dan PAS yang mahu gelak sakan kerana kakitangan awam tak semua dapat bantuan khas raya. Mereka lebih kecewa kerana gagal memerintah Malaysia. Kekecewaan mereka sukar diubati sehinggakan ada yang sawan ketawa apabila Tun Mahathir umum bantuan khas hari raya. Padan muka kata mereka. Biarkan, pembangkang memang macam tu ...

#menyesalundiUMNO?

Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 akan disalurkan kepada kakitangan awam bergred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan menjelang Aidilfitri ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tarikh pembayaran akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis.


'Menconteng Untuk Perubahan™' | 30/5/2018 4.00pm

Najib ucap selamat tinggal

Alahai bang Najib. Terimalah hakikat. Kuasa dan pangkat hanyalah pinjaman. Bila-bila boleh ditarik.

Secara politiknya, apa pula yang kamu buat pada lawan politik kamu. Tak ada sesuatu pun juga yang mengembirakan mereka. Maka ini juga bukan politik balas dendam. Cumanya duit gaji mereka dibayar oleh kerajaan rakyat. Harus duit itu digunakan ditempat yang betul.

Najib berkata;


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membalas tabik hormat terakhir kepada kumpulan pengawal pengiringnya selepas khidmat mereka ditarik
balik oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

"Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baru kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp)," jelas Najib menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Najib juga berkongsi gambar penuh emosi tersebut di halaman Facebooknya.

"Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

"Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Selamat tinggal Dato' Seri Najib Tun Razak

Selasa, 29 Mei 2018

Selepas tudung terselak nampak ... , Nurul Izzah gempar lagi ...!

Amboi kecoh pulak cerita Nurul Izzah bakal berkahwin dengan DYMM Seri Paduka Baginda Agong, sampai naik meremang bulu roma. Ntah apa yang 'hebat' sangat Nurul Izzah ni sampai jadi 'habuan' pereka cerita fitnah di alam maya.

Cantik kot! Cerdik kot! Hebat kot!???

Mungkin, mungkin yang buat cerita tu 'desprate' untuk mendapatkan Nurul Izzah. Sebelum ini kecoh ada pemanggil radio mempersoal 'aset' Nurul Izzah akibat tudung yang tidak sengaja terselak Sehingga ramai yang marah dengan 'jantan' desprate tu.

Namun selepas berita palsu Nurul Izzah bakal menjadi Permaisuri Agong, maka ini adalah jawapan Nurul Izzah.


PETALING JAYA - Nurul Izzah Anwar menafikan mesej palsu yang tular di media sosial yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik laporan Mstar Online, Naib Presiden PKR ketika dihubungi melalui WhatsApp semalam, menolak dakwaan tersebut dan berkata ada perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian.

“Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada - menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.

Pada Khamis lepas (24 Mei), ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia adalah pertemuan tertutup yang berlangsung selama sejam.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/nurul-izzah-nafi-mesej-palsu-bakal-berkahwin-1.840130


Biasalah, jadi ahli politik kena banyak sabar .. hehehehehe

Isnin, 28 Mei 2018

Harga ron 95 turun

Rakyat sudah mula gelisah terutama penyokong Pakatan Harapan (PH). Gelisah mahu menjawab soalan penyokong pembangkang sekarang, UMNO dan PAS.

Mereka tak habis-habis bertanya bila minyak nak turun, bila barang nak turun, bila nak tunai manifesto. Bila itu dan ini. Tak jawab .. kami baca ulasan dalam media sosial. Nak jawab, tak ada jawapan konkrit boleh bagi ..

Bagi penulis dan rakan-rakan penyokong, kami sudah faham jika harga minyak buat masa ini belum diturunkan, kami juga faham kalau 1 kenaikan gaji tahunan (Julai) pada kakitangan awam yang dijanjikan oleh kerajaan terdahulu terpaksa tidak ditunaikan sekarang.

Kami juga faham hutang 1 trillion lebih penting dilunaskan dari mengejar kepentingan peribadi. Anak cucu lebih penting dari kesenangan sekarang.

Kami faham kalau harga barang belum dapat diturunkan walaupun GST 0%, kerana ia memerlukan masa untuk mencuci habis najis-najis kerja sang celaka UMNO.

Cumanya kenapa belum ada jawapan dari pemimpin PH untuk semua soalan tersebut. At least keluar la sepatah.

Justeru itu
Justeru itu
Justeru itu ...

Kami akan bekerja keras siang malam untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia. Memakmurkan rakyatnya.

Jangan pula sakit hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang (PAS) yang berkata biar PH bayar hutang dahulu. Kami akan tawan Putrajaya dan duduk senang lenang pada PRU 15. Anggap sahaja memang begitu pemimpin PAS. Mereka memang tidak pandai buat kerja. Nasib baik Allah belum bagi mereka menang. Kalau tidak hancur lagi Malaysia. - Jangan kecam penulis pulak, penulis menafsir dari apa yang keluar dari mulut pemimpin PAS. Dia bebas memberi pendapat. Penulis pun bebas juga memberi pendapat.

Penulis harap pemimpin PH tampil memberi penjelasan yang berlegar dalam media sosial sekrang. Buat penjelasan kenapa ..mengapa .. bagaimana ...

PAS selepas PRU 14

korang kata menang kalah tu ketentuan Allah .. ok agree .. now korang tau tak kenapa Allah tak izinkan PAS menang buat masa sekarang? Sebab first negara kita hutang dah melampau, apa akan jadi pada anak cucu di kemudian hari? Tengoklah sekarang bila PH memerintah, bertungkus lumus nak settlekan hutang untuk negara, tak habis² komen pembangkang dengan some of their supporter yang tuntut harga minyak RM1.50 , padahal manifesto tu untuk penyokong PH .. minyak RM1.50 lagi penting dari settlekan hutang negara bertimbun .. Allah tak bagi diorang menang sebab ni lah, penting diri sendiri, tiada rasa cinta pada negara .. yang undi PH tu pun langsung tak pandang pada manifesto yang dijanjikan, yang mereka tahu, undi PH jatuhkan Najib .. tapi yang opposition pulak lebih kuah dari sudu .. cuba lah waras sikit ..

Kalau PAS menang, macam mana agaknya nak settle kan masalah hutang negara? Sedangkan sekarang pun tak reti nak jana ekonomi negeri, tak naya ke kat anak cucu esok esok?

Kedua, timbul pulak isu bengang kerajaan agi bonus .. wehh, sedar sikit, kau tu kerja swasta, yang kau pulak yang lebih kenapa? Isu pekerja kontrak ditamatkan, kesian Melayu takde kerja .. bukak kamus dewan, cari makna KONTRAK .. kalau macam tu pemikiran, untung la yang kerja kontrak kat company swasta, kontrak tak sambung,atau ditamatkan, boleh post kat media or wat press conference cakap company tindas melayu ..

Ketiga, bila government pecah kepala nak settle hutang negara .. dikatakannya mengelak dari nak tunai manifesto .. weh, kau buta ke apa rata² company jual kereta, kedai tayar dan sebagainya dah pun buang 6% gst walaupun belum 1 Jun lagi .. kau tak kisah hutang berbillion takpe sebab mostly sikap kau ni bukan jenis kisah hutang pun .. kadang rm50 pun liat nak bayar .. aku tak paham betul yang tak abis² nak minyak RM1.50 .. kalau kau rasa kau tak sayang negara pun takpe,tapi at least sayangi anak cucu yang akan hadapi masa depan nanti..

Keempat ..aku malas nak sebut pasal BN sebab aku tengok skang BN macam lebih beradab sikit .. tapi yang tak beradabnya bila mana mereka asyik sogokkan kata jika PH menang sistem raja dihapuskan, tapi at the end orang mereka yang tak hormat Sultan .. bukan sekali .. dulu kat Terengganu, sekarang kat Perlis .. tapi aku doakan agar BN jadi lebih baik dan berubah, supaya dapat bawa negara ke arah lebih baik di masa akan datang nanti .. insyaAllah .. Dan

Kelima .. tolong la penyokong pas, terima hakikat kekalahan dan istiqamah dgn perjuangan, bila mana korang label penyokong PH tolak islam, penyokong PH tak pandai agama,penyokong PH liberal dan sebagainya .. korang dah tunjukkan perangai yang tak sepatutnya ada dalam ajaran Islam .. Islam sangat cantik, agama yang diturunkan Allah kepada Muhammad s.a.w. , sangat lengkap .. tapi Islam tak ajar pengikutnya berkata keji terhadap orang lain ..the way of Islam .. korang tak boleh belajar melalui facebook sharing dan copy paste .. kita ada guru, kita ada Al Quran sebagai panduan .. we read, and we try to understand the meaning of every surah .. as long as agama lain tak menentang Islam .. takde masalah pun .. just open Al Quran and read surah Al Mumtahanah ayat 1 hingga 13 .. that is better than you hear something that you also confuse ..

Untuk 5 tahun ni, anggap Allah bagi kemenangan pada PH untuk bersihkan Malaysia dari hutang .. then tak puas hati, next election kita pangkah PAS pula .. so PAS dah dapat dua negeri, itu adalah peluang untuk buktikan yang PaS boleh mentadbir dengan lebih baik dari PH .. bukan sahaja agama, tapi juga ekonomi .. Allah murka jika diberi tanggungjawab, tapi ekonomi penduduk terabai ..

Islam tak ajar yang tu .. dan para penyokong pas juga, tolong tunjuk moral yang baik dari segi perkataan .. PAS bawa nama parti Islam, jadi jangan cemari nama Islam dengan perkataan² yang tak sepatutnya .. tunjuk contoh dan tauladan yang baik kepada bukan Islam .. jaga lidah .. sebab lidah tu lagi tajam dari pisau .. jangan sampai orang tengok Islam ni dasyat ..

sumpah aku sedih tengok cara some of supporter komen dan bagi kenyataan .. orang nak tunjuk kemurnian Islam bukan tunjuk keburukan .. kalau tak mampu nak memartabatkan kebaikan dan kemurnian Islam, lebih baik diam dari terus bagi kenyataan ..

Maaf semua kawan² yang terasa .. bagi peluang kerajaan buat kerja dulu, belum pun sebulan .. takkan lah hari ini bawak basikal roda tiga esok terus bawa kereta .. Kita selamatkan negara dulu, bagi bersih hutang dulu, next election kita bagi PAS pulak .. gilir gilir .. jangan emo emo sangat ye .. sampai tahap melabel mengeji bagai .. itu bukan ajaran Islam .. Demi Negara ..
Jom berpolitik secara matang dan sejahtera .. bukannya menyerang bila pendapat tak sehaluan .. kita nak berkawan,bukan berlawan .. kita nak keharmonian bukan kerosakan .. suara rakyat ada .. apa nak dirisaukan .. yang undi PH pun bukan asalnya nak undi PH .. tapi sebab nak tumbangkan Perdana Menteri Ke 6 dan Menteri Kewangannya .. bukan sebab manifesto ke apa ke .. kalau kerajaan sekarang buat hal, rakyat yang menangkan PH ni la yang akan bangkit tumbangkan balik .. kena faham yang tu je .. Tak faham? Lukislah sendiri .. sape komen emo, nampak sangat tak baca habis .. Demi Malaysia Demi Negara.

*hahaha nanti aku tukar tajuk dia ok. jangan marah. Tapi betul kan apa isi kandungan citer ni.

Ahad, 27 Mei 2018

Anwar Ibrahim, Jet Kerajaan dan Liwat 3?

Pengalaman dan kenangan. Dua kali Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara. Kes yang sama, cuma cerita berbeza. Liwat. Akhirnya DYMM Seri Paduka Baginda Agong berkenan memberi pengampunan dan 'melupuskan' semua tuduhan liwat ke atas beliau. Bebaslah insan beernama Anwar Ibrahim pada tanggal 16 Mei 2018.

Kini Anwar Ibrahim bebas bergerak menghirup udara demokrasi dan menuai hasil reformasi bersama rakyat yang memilih Pakatan Harapan pada tarikh keramat 9 Mei 2018.

Tetapi
Tetapi
Tetapi ...

Anwar Ibrahim perlu waspada. Banyak mata memerhati dan ramai juga dari rakyat yang masih termakan dengan cerita tahyul lama, Anwar Ibrahim seorang peliwat. Sisa candu tahyul itu bukan mudah untuk dikikis. Cuma keperibadian dan teladan kepada seluruh rakyat akan mengangkat imej Anwar Ibrahim lebih dijulang. Harap dan kita berdoa tidak akan ada terulang LIWAT 3!

Terbaru, nitizen yang sangat sensitif dengan sebarang isu melihat wajar atau tidak wajar Anwar Ibrahim naik jet kerajaan untuk menerima undangan rasmi pihak Istana Kelantan. Anwar dan keluarga mendakwa mendapat jemputan rasmi dari pihak Istana. Urusan rasmi. Apakah rakyat mampu memahami urusan rasmi dengan kos jet kerajaan?

Apa jua alasan, nitizen tidak penting akan kedudukan dan pangkat. Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin Pakatan Harapan harus ingat, mereka bangkit kerana penderitaan dan kesusahan di bawah rejim Najib. Jika tiada perbezaan dengan rejim UMNO. Rakyat akan menolak lagi pada PRU akan datang.

Untuk itu, pesanan sekadar berhati-hati. Sikit kealpaan, mengundang persepsi buruk dari semua. REFORMASI PAK ANWAR!




penburukonline.blogspot.com |6.28PM

Sabtu, 26 Mei 2018

Bila Shahidan nak dipecat?

Shahidan akhirnya dimalukan sendiri oleh rakan-rakan Majlis Tertinggi UMNO. Mula-mula kenyataan dari Anuar Musa diikuti oleh beberapa lagi tokoh UMNO. Timbalan Presiden sementara UMNO, Hishammuddin Hussein juga berpendapat bahawa kemelut di Perlis tidak sepatutnya berlaku.

Mana Shahidan nak letak muka. Sembang pang pang pang .. akhirnya malu sendiri. Kalau tak kena pecat lebih baik letak jawatan dan berundur secara terhormat.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perlis Datuk Bahari Taib berkata perkara seumpama itu tidak pernah berlaku kerana kuasa memecat keanggotaan parti bukan terletak pada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Pada pandangan kami dalam keadaan ini, Shahidan sepatutnya perlu berbincang dan dapatkan pandangan pusat sebelum membuat apa-apa keputusan... apa yang dilakukan di luar perkembangan UMNO.
"Kami juga berpandangan Shahidan tidak faham apa terkandung dalam perlembagaan UMNO," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. ~utusan online


Bagi penulis, memang kita dapat lihat dari dulu, pemimpin UMNO tak ramai yang cerdik. Banyak tak cerdik dari cerdik. Buat kenyataan tak masuk akal. Kalau nak dikumpul memang banyak. Tak percaya?

"kalau harga ayam naik, jangan makan ayam ..." Menteri KPDNKK.

Terbaru ada pihak yang cuba cover kebodohan Shahidan dan rakan-rakan dengan mengatakan Shahidan tidak tahu yang Majlis Tertinggi UMNO 'merestui' Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata 'nada’ Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan mungkin berbeza jika mereka tahu bahawa Azlan sememangnya dipilih oleh kepimpinan parti sebagai menteri besar.
"Terdapat dua nama yang dibawa ke pertimbangan Tuanku iaitu Datuk Seri Azlan dan Datuk Ismail Kassim. Sumber-sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa kedua-dua mereka (Zahid dan Hishammuddin) bersetuju dengan cadangan melantik Datuk Seri Azlan sebagai menteri besar Perlis."
"Tetapi keputusan ini tidak dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahidan serta Adun BN yang lain menyebabkan mereka terus mempertahankan sokongan kepada Datuk Ismail," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/shahidan-tak-tahu-azlan-pilihan-pemimpin-tertinggi-parti-1.839196


ALAHAI, TIDAK TAHU?!

Macam main-main je buat kenyataan. Dalam era teknologi sekarang bukan susah nak bagitahu. Tak masuk akal langsung!

Sudahlah, berundur secara terhormat dan sila mohon sembah ampun pada Raja Perlis. Atau Majis Tertinggi UMNO akan memecat beliau kerana menconteng arang ke muka UMNO?

Nurul Izzah kena gangguan seksual

Individu berkenaan membuat panggilan telefon ke studio rakaman program FBI Live dan seterusnya menegur tudung Nurul Izzah yang menurutnya terselak.

"YB (Nurul Izzah) kena berhati-hati sebab YB pakai tudung. Tudung YB kadang-kadang terselak. Kadang-kadang ternampak bahagian yang tak sepatutnya," kata individu berkenaan melalui panggilan telefon.

Nurul Izzah yang kelihatan terkejut mengucapkan terima kasih atas teguran itu dan cuba menamatkan perbualan, namun individu itu terus memberi perincian baju kebaya Nurul Izzah yang menurutnya 'ketat'.

"Nampak baju dalam semua. Nampak buah dada tu lah," katanya yang memperkenalkan diri sebagai 'Azrul' dan mendakwa pernah berjumpa Nurul Izzah di agensi berita Bernama ketika bertugas.

Alahai Siapa ler yang desprate sangat ni. Sakit mental kot.

Bahaya, Menteri Pertahanan Mat Sabu seorang syiah!

Adalah sesuatu yang perit dan menyedihkan apabila membicarakan isu perbezaan pendapat antara penyokong Islam dalam Pakatan Harapan dan penyokong PAS. Pilihanraya sudah pun berlalu. Rakyat majoriti memilih Pakatan Harapan untuk mentadbir negara. Rakyat juga memilih PAS untuk mentadbir urus Kelantan dan Terengganu mengikut ideologi politik masing-masing. Sepatutnya kita berlapang dada dan berterima kasih kerana rejim Najib yang sarat dengan skandal dan kerosakan kepada negara telah berjaya ditumbangkan. Bukan senang untuk menumbangkan gergasi yang sudah lebih 60 tahun memerintah.

Namun, sayang seribu kali sayang. Perbezaan idealogi masih berlaku dalam group-group whatsapp, facebook dan lain-lain platform media sosial. Mula kedengaran islam liberal, mula mencanak naik isu Islam terhakis. Realitinya masih tidak dapat dibuktikan dengan nyata. Bukan niat penulis untuk menafikan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku itu hanya kerana penulis penburukonline.blogspot.com adalah seorang penyokong Pakatan Harapan, tetapi penulis berasa sedih dengan mudahnya sesuatu pihak melabel sesuatu pihak yang lain kerana ketidak samaan fahaman idealogi tersebut.

Sebelum pilihanraya kedengaran undi PH bermakna undi DAP. Akan jadi negara republik dan sebagainya. Bilangan Menteri Cina akan melebihi Menteri Melayu. Hakikatnya selepas Tun Mahathir mengumumkan barisan kabinet. Suara-suara itu tersumbat terus. Realitinya berbeza bukan?



Penulis harap sangat semua pembaca dapat mendengar ulasan di atas. Dengar dan pertimbang. Tetapi jangan terus menghukum wahabi. Label Mufti Perlis seorang wahabi tanpa mendengar dulu hujahnya. Ini yang menjadi payah.

Kemudian selepas pilihanraya, mula kedengaran pula tidak sepatutnya Lim Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan. Sepatutnya bagi pada orang Islam. Malang sekali ketika ada Menteri Kewangan dari orang Islam yang terang-terang mencuri duit rakyat, tidak pula dipertikai. Malah ingin memberi tongkat agar UMNO yang hampir roboh tegak kembali. Alasannya atas dasar melayu dan Islam. Lebih baik menyokong melayu pencuri dari menyokong bukan Muslim. Benarkah fahaman ini ?

Satu demi satu pemimpin PH dipertikai. Kemudian timbul pula isu Mat Sabu seorang Syiah. Isu ini sudah lama. Malah tidak dapat dibuktikan dan tiada apa-apa kenyataan dari pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Lucunya, ketika Mat Sabu berpluh tahun di dalam PAS tidak pula kedengaran label Mat Sabu adalah Syiah! Apakah Mat Sabu ketika dalam PAS bukan Syiah dan selepas keluar dari PAS dan membentuk AMANAH maka labelnya terus bertukar menjadi Syiah!? Mudahnya kalau begitu.



Kemudian timbul lagi isu Siti Kasim dan golongan LLBGT menyokong PH. Maka semua rumah keseluruhan akan terbawa-bawa fahaman LGBT dan islam liberal. Tetamu yang kecil apakah dapat sewenang-wenangnya mengubah corak rumah keseluruhannya? Apa mungkin Menteri-Menteri yang mengucap dua kalimah syahadah dengan mudahnya menukar haluan iman mereka? Andaian akan datang tidak menjamin kemenjadian.

Andaian-andaian ini terus berlegar-legar dalam kumpulan whatsapp. Niatnya apa? Untuk menakut-nakutkan rakyat. Untuk mempengaruhi orang lain. Yakin benarkah kita dengan tuduhan-tuduhan tersebut? Kita akan dipertanggungjawabkan di atas semua tuduhan kita. Nampak macam kecil tapi hakikatnya.

Jangan bilang penulis sengaja membuat provokasi. Buka whatsapp, group facebook dan ulasan-ulasan di media lain. Tengok apa yang keluar dari penyokong parti hijau. Betul atau tidak apa yang penulis katakan? Share banyak2.

'menconteng untuk peruahan' 24.5.2018

Jumaat, 25 Mei 2018

Ismail Kassim dakwa bukan dia yang gila kuasa tetapi ...

Belum pun reda kesedihan UMNO meratap kekalahan dalam PRU 14, meledak satu lagi malapetaka buat parti tersebut. Ditambah pula satu demi satu tembelang UMNO semasa menjadi kerajaan dulu dibongkar untuk diadili oleh rakyat. Najib makin pucat bibirnya. Tidak semerah dulu. Aziz Baling terkedu dan tersentak-sentak kerana terkejut rumahnya juga diserbu SPRM.

Kini timbul pula angkara Shahidan Kassim dan rakan-rakan dalam kemelut jawatan Menteri Besar di negeri besaq kelemboi tersebut. 9 ADUN tidak hadir upacara angkat sumpah Menteri Besar Perlis sehingga Raja Perlis murka dengan perbuatan mereka.

Isu ini masih belum berkesudahan kerana pemimpin UMNO di peringkat pusat masih belum mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ap DS Azlan Man. Malah seorang pemimpin UMNO menyatakan hanya Majlis Tertinggi UMNO sahaja boleh memecat keahlian seseorang ahli dalam UMNO. Apa yang Shahidan Kassim goreng petang semalam hanya syok sendiri.

Dalam drama petang semalam, Shahidan bersama 8 orang ADUN termasuk adiknya yang dinamakan MB Perlis yang direstui parti telah menyatakan dengan lantang bahawa Azlan Man telah dipecat.

“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis.

Jika demikian, maka Shahidan Kassim sebagai orang lama dalam UMNO masih belum faham benar mengenai perlembagaan partinya. Sama ada dia buat-buat bodoh atau lupa atau memang bodoh.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ahli tidak boleh dipecat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau mana-mana pemimpin peringkat Bahagian atau ibu pejabat.

"Berdasarkan Perlembagaan UMNO, mereka yang disabit kesalahan atau melanggar disiplin parti hanya boleh boleh dipecat jika mendapat kelulusan mesyuarat MT UMNO," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/429797/hanya-mesyuarat-mt-umno-boleh-pecat-ahli


Drama Shahidan Kassim telah menambah 'derita' dan pening kepala pucuk pimpinan UMNO. Sudahlah rakyat 'benci' dengan menolak mereka dalam PRU 14. Kini dilihat pula pemimpin UMNO hendak 'derhaka' kepada institusi raja.

Dalam perkembangan sama, Raja Perlis telah menyatakan Baginda tidak mahu seorang Menteri Besar boneka yang boleh dikawal oleh orang lain. Lantas Ismail Kassim yang merupakan adik kepada Shahidan Kassim telah menjawab sebegini;

Datuk Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau menjadi boneka kepada mana-mana pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak benar-benar mengenali dirinya kerana beliau pernah menjadi pengerusi di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi chairman besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi chairman suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.

“Saya the only chairman yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah refer perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.
https://m.malaysiakini.com/news/426729

Soal kenal atau tidak itu cerita nombor dua. Cerita sekarang adalah perkenan Raja. Raja Perlis tentu lebih arif dalam tindakannya. Malah bagi penulis, jika pada masa itu Perdana Menterinya adalah Najib Razak, tiada apa pun yang boleh dipercayai. Kelentong belaka.

Kemudian Ismail Kassim kata dia tidak gila kuasa. Memang mungkin betul dia tidak gila kuasa tetapi ada orang lain yang dikenali gila kuasa agaknya. Kalau benar tidak gila kuasa, hormati sahaja keputusan Raja Perlis. Raja Perlis juga bertitah bahawa baginda telah pun mengadakan pertemuan dengan semua ADUN Perlis. Maksudnya baginda telah berfikir semasak-masaknya. Ismail Kassim mahu orang lain jadi Menteri Besar.

Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merayu untuk tidak melantik dirinya dan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu sebaliknya mencadangkan lapan lagi ADUN BN dilantik sebagai menteri besar.

“Kita merayu tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua, bukan Ismail Kassim bukan Azlan Man selain daripada itu, 8 daripada ini.

Ismail turut berkata, tindakan itu dibuat kerana tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa kerana dinamakan oleh abangnya Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon menteri besar BN.

“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa, saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi, saya tak mahu macam itu demi untuk ayah saya,” katanya.
https://m.malaysiakini.com/news/426721


Maka demikianlah sikap pemimpin UMNO. Bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi sebaliknya hanya untuk kepentingan dan pangkat. Kalau Ismail Kassim tidak gila kuasa, Shahidan Kassim gila apa?

penburukonline.blogspot.com | 25.5.2018 6.10am

Khamis, 24 Mei 2018

7 soalan untuk Shahidan Kassim

“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.

Katanya, Azlan Man dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan. ~Malaysia Kini.

Kenapa dan mengapa perkara ini boleh berlaku?

Tolak MB 'boneka'

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang yang boleh dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“... saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

Jadi penulis nak tanya kepada Shahidan ...

1. Kenapa perlu lantik adik sendiri? Tolak Azlan Man, bukan ke ada 8 orang lagi ADUN UMNO? 8 orang lagi tu sampah belaka ke. Tak ada kelayakkan jadi MB?

2. Kalau dengar sidang akhbar, dia tak suka dengan Azlan Man ni bukan baru, dah lama. Selaku Pengerusi BN Negeri Perlis, kenapa dari awal nama Azlan Man ada dalam senarai calon yang mewakili BN / UMNO dalam PRU 14? Kalau dari awal buang nama dia kan senang? Kenapa setelah 'hajat' tak tercapai baru nak pecat Azlan Man?

3. Apa motif dan kehendak sebenarnya Shahidan Kassim? Udang di sebalik mi.

4. Kenapa Shahidan Kassim dalam sidang media 'terlalu' kurang ajar dengan Raja Perlis. Buat sidang media dengan bahasa yang kurang ajar. Tunjuk contoh tidak baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. UMNO sanjung institusi raja-raja?

5. Shahidan Kassim nak apa sebenarnya? Projek, harta, pangkat ataupun apa sebenarnya? Rakyat berhak bertanya bukan.

6. Shahidan kata dia tak faham murka. Shahidan nak jadi raja perlis pulak ke?

7. Shahidan nak mintak tolong Tun Mahathir selesai masalah ni. Tun Mahathir milik Pakatan Harapan. Bukan milik UMNO yang dah karam. Shahidan reti malu ke tak?

Untuk itu, tunjuklah sedikit respek kepada pengundi Perlis. Tunjuk teladan baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. Jangan tunjuk sangat 'tamak' jawatan dan pangkat. Jangan tunjuk sangat kurang cerdik. Nanti ditertawakan orang.

Rabu, 23 Mei 2018

Menyesal tak sudah pilih PH?

Banyak kemungkinan yang kita bakal lihat dan pikul bersama-sama, andai kata PH tidak memenangi pilihanraya 9 Mei yang lalu. Antaranya mungkin kita tidak akan pernah menjangka dan menyaksikannya:

1. Hutang negara sebenarnya mencecah lebih 1 trilion ringgit (1000000000000). Banyaknya kosong, sah Najib dan barisan kabinet telah menipu rakyat.
2. Fail merah di Kementerian Kewangan yang tidak boleh diusik oleh pegawai-pegawai untuk di audit. Apa isi dalam fail merah tersebut? Nanti akan dibongkar oleh Menteri Kewangan yang baru. Harap Menteri Kewangan yang lama, sampai sudah kita tidak dapat melihat kebenarannya.
3. Bill out kerajaan Malaysia untuk syarikat sarat skandal 1MDB melebihi 7 billion (7000 juta) bermula April 2017. Mean setahun sudah mencecah 7 billion duit rakyat!
4. Projek ECRL sebenarnya bukan 55 billion, tetapi ada tambahan lagi 11 billion. Malang sungguh kalau PH tidak menang.
5. Pendedahan mengejutkan dari Dato' Seri Mohd Shukri Abdull, Pesuruhanjaya SPRM memang amat mengejutkan:
a) diancam bunuh dan lain-lain ancaman ketika menyiasat SRC International dua tahun lepas di mana Pengerusi 1MDB adalah Najib Razak, ketua Barisan Nasional.
b) melalui proxy wakil rakyat Utara, dia cuba disogok agar memberhentikan siasatan tersebut.
c)dimana juga dia membuat pengakuan banyak saksi dilarikan dan diugut.
d) betapa 'jahatnya' pentadbiran terdahulu.
e) selepas tumbangnya BN, banyak mantan Menteri menelefon Shukri menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar cakap beliau agar menukar tampuk pemerintahan negara.
6. Dan nanti kita akan disajikan dengan kejutan demi kejutan pembongkaran salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu. Harap-harap tiada sesiapa yang sakit jantung.

Dan cuba bayangkan situasi ini pula:

Ketika PH mendapat 100 kerusi. BN 104 dan PAS 18 kerusi. PAS menjadi 'king maker'.

Dan ketika PAS memilih rakan kongsi BN sebagai partner dalam kerajaan campuran. Bagaimana survivor politik Najib dan BN? Tidak mustahil juga kalau kita lihat dari faktor semasa sebelum pilihanraya di mana bajunya sedondon, nadanya seirama. PAS dan BN membentuk kerajaan campuran.

Apakah perkara-perkara di atas yang didedahkan itu akan kita dengar sekarang?

Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.

Menyesal atau tidak PH menang? Mohon share banyak2.

Kenapa penyokong PAS masih 'galak' serang PH?

Apa lagi penyokongPAS mahu?

Dah kalah tu kalah la, teruskan dan sila jaga Terengganu dan Kelantan baik-baik. Jangan terlepas lagi macam dulu. Aku makin tak faham. Makin 'galak' penyokong PAS menghentam rakan-rakan sendiri dari pakatan harapan.

Pakatan Harapan pun dah janji nak bagi royalti kepada PAS Kelantan dan Terengganu. Pemimpin pandai pulak berterima kasih. Bila sampai tang penyokong .. susah nak cakap.

Lebih menyakitkan, undi pakatan harapan undi DAP. Undi pakatan harapan bermakna undi kristian. tak masuk syurga. kafir. macam-macam dakwaan penyokong PAS selepas pasca pilihanraya.

Bila aku selidik balik .. apa puncanya;

1. Terlalu cemburu dan iri hati kerana PH menang dan PAS banyak hilang deposit. Dengar cerita berjuta-juta rugi.
2. Rasa menyesal sangat sebab tak join PH. Sebenarnya jauh di sudut hati rasa terkilan yang susah nak gambarkan. Nak marah takut digelar tak walak! Kurang ajar dengan ulamak!!
3. Dan ini yang paling penting. Ini adalah kerana dulu pakatan harapan berada sebagai pembangkang. Sekarang sebagai kerajaan. Jadi kena terima hakikat. PAS itu pembangkang. Selamanya dia akan membangkang. Tak kira siapa jadi kerajaan.

Untuk itu .. wahai penyokong pakatan, sabar banyak-banyak. Layani dan sayangi rakan pembangkang bak kata Rafizi Ramli. Mereka tengah kecewa sangat tu.

Selasa, 22 Mei 2018

Rafizi nak campak mana wahai Tun Mahathir?

Memang perjuangan tulen tidak memerlukan balasan pangkat ataupun harta. So far cukup baik, Rafizi tak melenting, tidak pula menempek dan merengek untuk mengharapkan jawatan itu dan ini. Syabas dan takluk aku bagi kat saudara Rafizi.

Orang atas pagar, orang kuat UMNO .. banyak yang sudah pangkah pakatan harapan kerana kempen berterusan Rafizi Ramli. Malah bila orang tanya boleh ke pakatan harapan ambil alih Putrajaya .. maka aku jawab, Rafizi dah buat kajian. Aku bagi kawan-kawan aku dengar dan mereka akhirnya pangkah pakatan.

Rafizi kerja kuat. Sanggup korbankan diri dedahkan skandal negara. Sanggup hadapi banyak ancaman dan saman. Malah kes FELDA, 1MDB, NFC KWAP, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Haji, siapa yang dedah semua ni? Nik Amar (PAS)? Haji Hadi? Nasarudin Mat Isa? Khairi Jamaludin? Jamal Pak Tonko? Semua tu tak masuk senarai.

Boleh aku cakap macam ni. Pendedahan berani mati Rafizi untungkan pakatan, untungkan PAS dan malah untungkan banyak personaliti dalam pakatan harapan.
Err kenapa pula ada untungkan PAS?

Sedikit sebanyak, rakyat memilih PAS sebab pendedahan berani mati Rafizi. Nak harapkan pejuang PAS??? Berpeluk sakan ada lagi la.



Artikel ni aku tulis bukan sebab aku penjilat Rafizi. Jumpa pun tak pernah, malah aku memantau dari jauh sebagai seorang penonton youtube. Ceramah live pun tak pernah aku pergi. Tapi bila Rafizi ceramah, aku akan cari dia dalam youtube. Bila ada orang kata aku dibayar Rafizi, meleset sama sekali. Rafizi pun tak baca artikel aku.

Betul kita tau Rafizi ada kes mahkamah. Itupun sebab dia berani mati untuk sedarkan rakyat. Pendedahan demi pendedahan buat mata rakyat Malaysia terbuka. Tidak tertutup dengan cash is king!!! Kes mahkamah dia bukan pergi mencuri malah kes mahkamah dia adalah wira yang bongkar kes curi orang lain!!!

Maka untuk itu, aku 'Menconteng Untuk Perubahan'™sebagai pendokong pakatan harapan sejak tahun 1998. Aku melihat .. wajar dan sangat wajar jika Rafizi diberi jawatan Menteri Kanan. Jangan campak dia macam kain buruk.

Harap Tun Mahathir dan semua Majlis Presiden buka mata, terima pendapat orang bawah.

Kalau sahabat semua setuju dengan aku, mohon share banyak2 ... Hidup Rafizi!!!!


penburukonline.blogspot.com 21.5.2018 4.00pm

Isnin, 21 Mei 2018

Najib tetap tidak insaf ..

Najib dalam ucapan di Pekan hari semalam berkata dia tidak pernah melihat suasana penyokong yang begitu ramai ketika dia memegang jawatan PM dan ketika dia hilang kuasa begitu ramai sekali yang datang mendengar ucapannya. Sehingga melimpah ke luar dewan. Tak cukup kerusi .. hahahahahaha

Dia ada tiga sebab;

1. mungkin penyokong memang lebih suka kalau dia tak pegang jawatan PM. Tak bongkak. lebih menrendah diri dan yang paling penting tak boleh 'songlap' duit rakyat.
2. dan mungkin orang datang nak tengok dia berucap. rindu agaknya ... maklumlah simpati dan sedih pun ada sebab lepas ni Najib akan bersemadi dalam sana.
3. Rasa teruja nak jumpa Najib dan nak dengar sendiri apa sebab BN kalah .. hehehehe


Ahad, 20 Mei 2018

Najib Razak mula bertindak

Meskipun dengan operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengannya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menyifatkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan GST dan melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.

"Itu (janji HARAPAN) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya," katanya dipetik dalam wawancara Malay Mail semalam.
Najib berkata demikian sebagai merujuk janji HARAPAN membuat pengecualian dan penagguhan bayaran PTPTN, menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.

Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkag mengurangkan GST kepada sifar yang merupakan langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.

"GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa," katanya.

Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan HARAPAN memburukkan imejnya.

"Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

"(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap, dan Malaysia perlu diselamatkan.

"Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

"Simpanan kewangan kukuh, dan kita ada pertumbuhan yang baik?

"Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya," katanya dan menambah bahawa ekonomi sedia baik di bawah BN.

[Baca berita penuh]

Sabtu, 19 Mei 2018

Lapan lagi peti besi .. kasihan Najib

Duit, emas berkilo-kilo, koleksi 'perhiasan mewah' malah banyak lagi yang tak terfikir oleh kita akan 'kekayaan' sementara Najib Razak dan isterinya. Itu hasil geledah pihak polis di beberapa tempat bekas PM itu.

Terbaru polis melaporkan telah berjaya membuka peti besi yang mengandungi wang ringgit. Itu mungkin simpanan senyap Najib selama 22 tahun yang lalu. Malah menurut akhbar, masih ada 8 lagi peti besi yang tidak dibuka Berapa jumlah yang disimpan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang sangat dikagumi oleh penyokong Barisan Nasional ini?.

Kalau ditanya kepada rakyat bawahan, tak terfikir oleh mereka akan kemewahan ini. Harga beg beratus ribu. Kegilaan apakah ini. Bagi rakyat bawahan, nak memegang wang secekak pun boleh dikira dengan jari. Bawa wang untuk berbelanja di bazar Ramadhan .. bakinya mungkin seringgit dua atau paling tidak duit syiling. Mana mungkin wang berpeti - peti.



Tetapi bersabarlah, sedikit masa lagi Najib akan di dakwa. Kita gantikan tempat Anwar dengan Najib dan Rosmah.

Persoalannya apakah Najib dan Rosmah sahaja ..? Nantikan pembongkaran lebih banyak di sini.

UPDATE PETI BESI:
Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta telah berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata
wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin
Seri Rosmah Mansor.

" Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang," katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

"Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama
hilang. - BERNAMA

Sekatan terhadap blog aku sudah ditarik balik oleh SKMM dan kaitan dengan Azmin Ali

Hello brother and sister.

Hari- hari terakhir sebelum PRU 14, aku ada menulis ARTIKEL INI dan 8 Mei aku dapati blog aku dah kena sekat dengan SKMM. Hehehehehe. Maka tak dapat aku nak berjuang dan update isu-isu panas ketika pilihan raya sehingga terbentuknya kerajaan baru. Rugi!!

Tadi bila aku cuba buka blog aku .. jeng jeng jeng .. alahai boleh la pulak. Sebelum tu aku tengok buletin utama yang memaparkan bahawa laman sesawang Sarawak Report telah ditarik balik sekatannya. Maka terus aku buka blog aku. Ha .. dah kembali hidup!

Apa kaitan dengan Azmin Ali???

Tak ada kena mengena .. cuma aku bukan dibayar, bukan jenis fanatik sapa-sapa. Mana yang ok aku sokong, mana yang jelik aku kritik. Tun Mahathir pun dah buat pengakuan tak akan sekat kebebasan suara rakyat.

Cuma yang penting bagi kita, jangan dok hasut buat benda yang boleh merosakkan negara sudah!

Berbalik kepada Azmin Ali, hangan marah kalau aku tak bubuh Dato' Seri depan tu ya Pak Azmin. Aku rasa dua jawatan utama tu tak berapa kena. Maybe lepas ni Azmin akan lepas salah satu jawatan tu. MB atau Menteri Ekonomi. Kalau tak letak salah satu, aku tak berapa minat style tu. Banyak lagi hero-hero dalam PH yang boleh kita pertengahkan Tak kan nak bolot semua.

Lagipun aku rasa Tun tak kan letak nama tu kalau PKR sendiri tak bubuh nama. Banyak lagi kan yang hebat - hebat tu.

Apa kata kalau bubuh Rafizi Ramli. Anwar Ibrahim dalam ucapan sulung dia malam tu selepas pembebasannya, memuji Rafizi Ramli. Buat kerja mengalahkan orang yang nak bertanding pilihan raya. Dan aku yakin korang pasti setuju hero Malaya aku bagi kat Rafizi Ramli.

Persoalannya boleh atau tidak Rafizi Ramli dilantik ke jawatan Menteri sebab dia tidak bertanding sebagai ahli parlimen?

Ha .. habaq mai sat .. boleh ke tak?