Rabu, 30 Mei 2018

Najib ucap selamat tinggal

Alahai bang Najib. Terimalah hakikat. Kuasa dan pangkat hanyalah pinjaman. Bila-bila boleh ditarik.

Secara politiknya, apa pula yang kamu buat pada lawan politik kamu. Tak ada sesuatu pun juga yang mengembirakan mereka. Maka ini juga bukan politik balas dendam. Cumanya duit gaji mereka dibayar oleh kerajaan rakyat. Harus duit itu digunakan ditempat yang betul.

Najib berkata;


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membalas tabik hormat terakhir kepada kumpulan pengawal pengiringnya selepas khidmat mereka ditarik
balik oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

"Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baru kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp)," jelas Najib menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Najib juga berkongsi gambar penuh emosi tersebut di halaman Facebooknya.

"Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

"Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Selamat tinggal Dato' Seri Najib Tun Razak

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

perpisahan yg membawa rahmat kpd masa depan anak2 pengiring itu yg lbh baik. selamat tinggal kleptokrasi.

Tanpa Nama berkata...

Cif Inspektor Azilah, Koperal Sirul dan Musa Safri tak join tabik hormat sama-sama ke? HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...


Rasanya Polis yang bekerja dengan Najib, tak pernah dapat rasa coklat dalam peti ais.

Hanya Polis yang terpilih sahaja yang boleh bekerja untuk Najib di kalangan mereka yang 'terpaksa' kerana sebab-sebab disiplin atau prestasi yang kurang memuaskan,

Ini kerana ramai yang lebih bagus termasuk mempunyai fikiran yang tajam akan memberi alasan masing-masing tidak menawarkan diri mereka padahal perkara yang sebenar ialah kejadian di Puncak Alam yang membuat mereka keberatan.

Ketua mereka pun mengambil kira kriteria yang sesuai untuk tugasan tersebut.

Agak nya lah.

Tanpa Nama berkata...

peghi dah konon sedih. masa ada kuasa dulu puas dikenakan tun. tak ada rasa sedihpun.

Tanpa Nama berkata...

Selalu nya masyarakat yang dapat mendekati pemimpin akan merakamkan gambar saat mereka bersama pemimpin tersebut.

Semasa Tun Mahathir ke Istana, gambar pengiring dan polis ambil gambar bersama Tun.

Gambar Anwar bersahaja dengan orang di sekeliling nya termasuk lah dengan Botak Eddy Casmady. Ini sebagai contoh untuk menyatakan apabila seseorang dapat mendekati pemimpin pasti nya akan ambil gambar.

Jadi dari Bekas PM tunjukkan dan siarkan gambar tabik hormat adalah lebih baik Najib sendiri atau Pegawai tersebut sendiri yang siarkan gambar mereka semasa bertugas dengan Bekas PM.

Najib memberi tabik hormat kepada mereka adalah tak sama dengan Anwar yang menerima tabik hormat dari Pegawai Penjara.

Satu kerana keluar penjara dan satu lagi .... ???