Sabtu, 19 Mei 2018

Lapan lagi peti besi .. kasihan Najib

Duit, emas berkilo-kilo, koleksi 'perhiasan mewah' malah banyak lagi yang tak terfikir oleh kita akan 'kekayaan' sementara Najib Razak dan isterinya. Itu hasil geledah pihak polis di beberapa tempat bekas PM itu.

Terbaru polis melaporkan telah berjaya membuka peti besi yang mengandungi wang ringgit. Itu mungkin simpanan senyap Najib selama 22 tahun yang lalu. Malah menurut akhbar, masih ada 8 lagi peti besi yang tidak dibuka Berapa jumlah yang disimpan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang sangat dikagumi oleh penyokong Barisan Nasional ini?.

Kalau ditanya kepada rakyat bawahan, tak terfikir oleh mereka akan kemewahan ini. Harga beg beratus ribu. Kegilaan apakah ini. Bagi rakyat bawahan, nak memegang wang secekak pun boleh dikira dengan jari. Bawa wang untuk berbelanja di bazar Ramadhan .. bakinya mungkin seringgit dua atau paling tidak duit syiling. Mana mungkin wang berpeti - peti.



Tetapi bersabarlah, sedikit masa lagi Najib akan di dakwa. Kita gantikan tempat Anwar dengan Najib dan Rosmah.

Persoalannya apakah Najib dan Rosmah sahaja ..? Nantikan pembongkaran lebih banyak di sini.

UPDATE PETI BESI:
Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta telah berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata
wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin
Seri Rosmah Mansor.

" Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang," katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

"Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama
hilang. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Masih ujud lagi pencacai mengatakan Najib anak bangsawan dan menjadi pemimpin sejak muda lagi.

Najib mungkin pecah rekod dunia sebagai pemimpin yang memiliki 8 peti besi dan satu di beli nya hanya untuk simpan sijil nikah dengan Rosmah dan beberapa wang asing lama ?

Najib ada lah PM yang paling kaya di antara PM yang se belum nya.

Hebat lah Najib.

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan segolongan melayu sangat menakjubkan

Tanpa Nama berkata...

Najib marah apabila coklat dan makanan dalam peti sejuk di kediaman anaknya di makan oleh Polis.

Dalam duit berjuta-juta macam itu pun, Najib berkira pasal coklat dan makanan yang di ambil oleh Polis bertugas.

Astaghfirullah..

Mungkin jika bukan Polis, tetapi wartawan atau orang lain yang ambik Najib tak kisah kot?

Jarang lah orang ambik makanan tanpa izin tuan punya...