Khamis, 31 Mei 2018

Liwat 3.0 sedang dirancang orang dalam?

Memang perit bagi penyokong DSAI apabila buat kali kedua beliau disumbat ke dalam penjara angkara tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Rasa sakit hati dan kecewa kerana 'kecuaian' memilih pembantu telah menghukum DSAI sangat lama dalam penjara.

Menyebut tentang Saiful Bukhari, di mana dia sekarang? Apa khabar saudara Saiful?

Kini DSAI sudah bebas. Tidak mustahil musuh-musuh politik Anwar sedang mengintai peluang sekali lagi. Laporan berikut tidak mudah untuk kita pandang remeh.

Kita berharap DSAI berhati-hati dalam memilih pembantu. Kalau boleh ambil pembantu dari kaum sanak saudara sendiri terlebih dahulu. Jangan pisang berbuah tiga kali.


Eddy Casmady, bekas petugas BN yang kini mendekati pemimpin PH.

Nama bekas petugas Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lepas, Mohd Eddy Casmady menjadi paling popular hari ini apabila beliau dilihat bersama tokoh-tokoh besar Pakatan Harapan.

Mula-mula gambar dia dilihat berada di dapur rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Anwar sendiri.

Beliau juga dilihat berpelukan dengan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu.

Ekoran itu, pelbagai kesah latar belakang beliau yang menjadi juru kempen BN sepanjang PRU 14 lalu disebarkan oleh para pengguna media sosial.

Pemeriksaan oleh portal Free Malaysia Today menunjukkan Eddy dikreditkan sebagai Timbalan ketua Briged Kesatria Muda dalam videonya. Ia adalah kumpulan yang rapat dengan Umno dan Eddy adalah sebahagian daripada pasukan media mantan menteri Umno Ismail Sabri.
Turut menulis mengenainya adalah Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Aljundi dalam facebooknya.

Menurut Athirah, semasa kempen PRU14 lagi beliau telah mula terkesan dengan kehadiran watak baru dalam Pemuda Umno BN, Mohd Eddy Casmady yang mungkin sedang berusaha menempah nama sebagai hero.

“Minggu lepas saya sudah mengusulkan agar video kempennya yang berunsur propaganda jahat perkauman dan bermain sentimen agama disiasat dan jika perlu diambil tindakan.

“Tiba-tiba hari ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan bagaimana “hero propaganda” ini sudah mula berjinak-jinak merapati PH dan laluannya adalah DSAI,” tulis aktivis Wanita AMANAH itu.

Ekoran itu, sekali lagi, beliau telah majukan perkara ke perhatian beberapa pihak dan individu berkaitan.

“Plot fitnah liwat atau sewaktu dengannya tidak boleh lagi dibiarkan mendapat ruang bagi mengambil tempat dalam cerita politik yang senjang. Ini tanggungjawab kita semua untuk ingat dan beringat,” tulis beliau lagi.

Athirah dipercayai mengimbau kembali bagaimana pembantu Anwar, Saiful Bukhari menjadi pemusnah hidup Anwar sehingga beliau terpenjara sebelum ini.

Pelbagai video dan gambar Eddy berkempen untuk BN dalam PRU 14 lalu disiarkan oleh pengguna media sosial hari ini termasuklah video menjadi pengacara menyerang PKR sendiri. – Sumber Portal AMANAH –


*Ini artikel nasihat sebab kami sayang perjuangan ini. Tolong faham,

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Rasa dah terlambat. Mungkin Eddy dah kutip segala bulu dan rambut dalam rumah pemimpin PKR tersebut.

Mungkin air mani dalam botol masih dalam simpanan pihak yang di pertanggungjawabkan.

Mungkin orang yang sama yang terlibat Liwat 1 akan mengguna taktik yang sama. Mungkin buku 100 dalil susah di cetak.

Mungkin KY telah di letak di celah katil bilik pemimpin PKR tersebut.

Cuma kali ini tak perlu ke mahkamah. Cukup sekadar buat dakwaan dan cerita mengenai nya sudah cukup memberi hukuman kepada pemimpin tersebut.

Kan pemimpin tersebut orang yang sangat baik dan pemaaf.

- Luahan Rasa BH -

Tanpa Nama berkata...

Ingat menjadi ahli PKR atau mana-mana parti dalam PH mesti lah se orang yang bercirikan pejuang. Rupanya macai sebagai petugas BN pun boleh.

Satu macai akan lahir 2 macai. 2 macai lahirkan 4 macai. 100 macai lahirkan 100 macai. Lama-lama dengan saya sekali jadi macai. Padan muko den.

Tanpa Nama berkata...

Gosok lah kepala Eddy tu ..

Orang nya tegap. Lebih tegap dari Sukma dan Saiful.

Bukan tuduh sampai ke situ...Tak eh !

Tapi itu lah kelebihan yang perlu ada untuk dekat dengan pemimpin tersebut.




Tanpa Nama berkata...

Penjara sekali atau dua mungkin tak cukup untuk mengajar dia.

Saiful agak lama selepas dia bebas baru dapat mengeleseh sisi dia. Eddy tak sampai 100 hari, dia dah tak kisah.

Kepala Bana.


- Luahan Rasa BH -

Tanpa Nama berkata...

lantik agen2 dlm pkr sendiri utk pantau umno2 yg baru masuk.

Tanpa Nama berkata...

Harap nurul izzah dan anak2 dsai dpt menasihati ayah mrk. Org muda tech savvy lebih mengetahui perkembangan di alam maya. Tlg beri amaran kpd ayah kamu ttg macai bernama eddy. Klu dsai nak keras kepala jg, kami pun nak berlepas tangan jk perkara buruk menimpa dsai sekali lg. Sanggupkah children of dsai melalui trauma berkali2

Tanpa Nama berkata...

Di mata anwa, edy sorang je yg ade. (He has got balls) . Org lain sume tak leh pakai. Look at his muscles. Berketul2. Korang ada ape, merempan online 24 jam? Jangan jealous kat orang lain kalau ko seniri tak dpt menandingi kehwbatan orang tu. Of course anwar akan pilih the best utk membantu misi dia yg bukan calang2 beratnye.