Selasa, 22 Mei 2018

Rafizi nak campak mana wahai Tun Mahathir?

Memang perjuangan tulen tidak memerlukan balasan pangkat ataupun harta. So far cukup baik, Rafizi tak melenting, tidak pula menempek dan merengek untuk mengharapkan jawatan itu dan ini. Syabas dan takluk aku bagi kat saudara Rafizi.

Orang atas pagar, orang kuat UMNO .. banyak yang sudah pangkah pakatan harapan kerana kempen berterusan Rafizi Ramli. Malah bila orang tanya boleh ke pakatan harapan ambil alih Putrajaya .. maka aku jawab, Rafizi dah buat kajian. Aku bagi kawan-kawan aku dengar dan mereka akhirnya pangkah pakatan.

Rafizi kerja kuat. Sanggup korbankan diri dedahkan skandal negara. Sanggup hadapi banyak ancaman dan saman. Malah kes FELDA, 1MDB, NFC KWAP, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Haji, siapa yang dedah semua ni? Nik Amar (PAS)? Haji Hadi? Nasarudin Mat Isa? Khairi Jamaludin? Jamal Pak Tonko? Semua tu tak masuk senarai.

Boleh aku cakap macam ni. Pendedahan berani mati Rafizi untungkan pakatan, untungkan PAS dan malah untungkan banyak personaliti dalam pakatan harapan.
Err kenapa pula ada untungkan PAS?

Sedikit sebanyak, rakyat memilih PAS sebab pendedahan berani mati Rafizi. Nak harapkan pejuang PAS??? Berpeluk sakan ada lagi la.



Artikel ni aku tulis bukan sebab aku penjilat Rafizi. Jumpa pun tak pernah, malah aku memantau dari jauh sebagai seorang penonton youtube. Ceramah live pun tak pernah aku pergi. Tapi bila Rafizi ceramah, aku akan cari dia dalam youtube. Bila ada orang kata aku dibayar Rafizi, meleset sama sekali. Rafizi pun tak baca artikel aku.

Betul kita tau Rafizi ada kes mahkamah. Itupun sebab dia berani mati untuk sedarkan rakyat. Pendedahan demi pendedahan buat mata rakyat Malaysia terbuka. Tidak tertutup dengan cash is king!!! Kes mahkamah dia bukan pergi mencuri malah kes mahkamah dia adalah wira yang bongkar kes curi orang lain!!!

Maka untuk itu, aku 'Menconteng Untuk Perubahan'™sebagai pendokong pakatan harapan sejak tahun 1998. Aku melihat .. wajar dan sangat wajar jika Rafizi diberi jawatan Menteri Kanan. Jangan campak dia macam kain buruk.

Harap Tun Mahathir dan semua Majlis Presiden buka mata, terima pendapat orang bawah.

Kalau sahabat semua setuju dengan aku, mohon share banyak2 ... Hidup Rafizi!!!!


penburukonline.blogspot.com 21.5.2018 4.00pm

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

22 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yang follow Rafizi bukan sahaja anak-anak melayu tetapi anak-anak cina dan lain-lain.

Kalau tak macamana Rafizi mampu kumpul RM 1 juta untuk bayar saman dalam masa yang singkat.

Jika Rafizi tidak dapat jawatan Menteri, harap ada lah usaha membuat satu petisyen seperti mana petisyen untuk Menteri Pendidikan.

HARAPAN akan tempang jika mengenepikan Rafizi.

Tanpa Nama berkata...

Maaf saya mencelah,

Saya agak kurang setuju dengan artikel admin yg nampaknya seolah-olah ingin meletakan kesalahan ini diatas bahu pemimpin PH semata-mata.

Pada saya artikel ini agak berat sebelah kerana hanya memihak kepada Rafizi sedangkan sebelum PRU lagi beliau telahpun menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Keduanya, Rafizi tidak bertanding dimana-mana kerusi di PRU14 ini menjadikan beliau agak sukar untuk diangkat sebagai senator dan menteri.

Malah kiranya boleh saya bertanya, bagaimana admin seolah-olah begitu yakin bahawa tiada sebarang tawaran di buat kepada Rafizi untuk menjawat apa-apa jawatan menteri secara peribadi oleh pemimpin PH?

Azmi berkata...

Jawatan menteri paling kurang untuk Rafizi

I berkata...

Sokong sangat kalau Sdr Rafizi dikenang jasanya dlam memenangkan PH. Walau pun begitu Sdr Rafizi dah kata dia tak mahu apa2 jawatan sekiranya PH menang PRU14 ini.Ini ada baiknya. Mungkin beliau kepenatan bekerja lebih 24 sehari sejak 5 tahun dulu... Biarlah dulu dia berehat dan membereskan semua saman dan tuntutan mahkamah yg dihadapinya... Kita percaya Sdr Rafizi adalah orang besar negara dalam pembikinan untuk 10 tahun akan datang. Kita juga percaya YAB TM tak akan melupakan jasa2 Sdr Rafizi ini....insyaallah..

Tanpa Nama berkata...

Setuju. . Rafizi penyiasat sendirian yang hebat kat dunia. .... Semoga Allah memelihara beliau ..... Keberanian , tabah, cekal , tabik untuk rafizi

mahligaiseni berkata...

Saya pun sama seperti tuan. Saya tidak pernah bertemu mata dengan Rafizi, namun beliau dan kajian yang diusahakan grupnya sentiasa menjadi sandaran hujah saya ketika berkempan dengan cara tersendiri. Jangan biarkan orang seperti Rafizi menjadi kain buruk, kelak tidak ada lagi orang muda mahu berjuang. Ingat, sekali kita menghargai orang seperti Rafizi, AKAN LAHIR SERIBU RAFIZI LAGI SELEPAS INI.

Raplipaudzi berkata...

Cer tanya asmin dgn Zuraida mak lampir dlu setuju ke tak

Raplipaudzi berkata...

Cer tanya asmin atau Zuraida mak lampir dlu setuju ke dok

Fauzi Omar berkata...

Ya betul ...saya sokong supaya Rafizi di tempatkan dalam kabinet. Tidak boleh disangkal jasa beliau membawa sokongan kepada PH

Usop ali berkata...

Aku sokong 200% bro

Unknown berkata...

Sekarang dah sampai masa utk lantik senator ke? Xpasti pulak prosesnya macamana tapi mungkin rafizi dan husam antara yg akan dilantik senator kott, kemudian baru boleh dilantik utk jawatan lain.

Tanpa Nama berkata...



Azmin Azmin Azmin dan Mak Lampir Mak Lampir, 2 org nih sgt syiok nak kerjasama dgn lobai2 PAS..ingat lobai2 PAS itu ada 90juta punya 'bangkai' kan?
Apasal Azmin n kartel tuu suka kpd bau 'bangkai'??
Adakah dia pun juga simpan 'bangkai'???

kaki2 ampu penulis2 upahan 2 org nih pon bersepah2 sbb mcm2 projek yg dah ikat mrk diselangor tuh..

Aku ada musykil sikit, ade ke tak 2 org nih bantu/duit misi INVOKE Rafizi tu?

Tanpa Nama berkata...

Rafizi Ramli sedang menghadapi hukuman penjara yang telah diputuskan oleh mahkamah. Maka dengan itu pimpinan PH tiada keupayaan untuk melantik beliau sebagai senator, selagi status beliau tidak dibersihkan terlebih dahulu melalui proses rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Walau apapun, Rafizi sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sama sekali.

Tanpa Nama berkata...

Lantik sebagai Soltan..

Tanpa Nama berkata...

Pada saya Rafizi adalah pemain utama dalam PRU14 yang telah memihak kepadaa PH, sumbangan beliau WAJIB dihaargai

Tanpa Nama berkata...

yea rafizi harus diketengahkan kerana pada pandangan saya dia seorang yang bijak,berani dan sanggup memikirkan hal dirinya membongkar rahsia rahsia besar yang orang lain tidak berani buat

Tanpa Nama berkata...

PAKATAN HARAPAN harus manfaatkan kelebihan yang ada pada Rafizi. Ini bukan soal sumbangan beliau semata2 tapi kerana memang beliau seorang yg bijak dan pintar, tidak saja sekarang malah sebelumnya. Background pendidikan serta kerjaya beliau sebelum ini membuktikan pada kita. Saya amat berharap sangat beliau diberi peluang serta jawatan yg sesuai. Anwar Ibrahim nampaknya cepat mengesan bakat yg ada pada Rafizi. Amat merugikan jika HARAPAN tidak manfaatkan bakat yg ada pada tokoh ini. Tun M dan pimpinan tertinggi tidak wajar melupakan jasa dan sumbangan besar Rafizi ini. Beliau mampu menarik kepercayaan semua kaum, tidak seperti sebahagian pimpinan lain hanya tak lebih "jaguh kampung". Jangan ada yg berperangai seperti enau dlm belukar!!!

Tanpa Nama berkata...

Rafizi sudah terang2 beritahu beliau tidak mahu menerima jawatan menteri. Mungkin bpleh senaraikan nama beliau untuk anugrah Datuk Seri.

Raplipaudzi berkata...

Tipah koya rakan dia tak mau tolong ke jadi loyar bela dia kt mahkamah pakat2 lah untuk keadilan beliau

Tanpa Nama berkata...

Jgn sia2kan bakat anak muda berintegriti

arai berkata...

Sewajarnya anak muda seperti Rafizi ini berada didalam kabinet, tapi sebaliknya tidak langsung tersenarai. Undi dah pun berlalu, ini yang Kita dapat. Rafizi pun bukan kepalang umat, berkelulusan dan professional malah berideologi serta berwawasan. Mustahil kalau terlepas pandang atau mungkin ada jawatan terbaik dan sesuai.

Aljabal berkata...

Menteri luar tu masih kosong. Kemungkinan tpt diisi oleh dia. Kena lantik dia jadi senator dulu. Snb tu ditinggalkan kosong.