Sabtu, 19 Mei 2018

Sekatan terhadap blog aku sudah ditarik balik oleh SKMM dan kaitan dengan Azmin Ali

Hello brother and sister.

Hari- hari terakhir sebelum PRU 14, aku ada menulis ARTIKEL INI dan 8 Mei aku dapati blog aku dah kena sekat dengan SKMM. Hehehehehe. Maka tak dapat aku nak berjuang dan update isu-isu panas ketika pilihan raya sehingga terbentuknya kerajaan baru. Rugi!!

Tadi bila aku cuba buka blog aku .. jeng jeng jeng .. alahai boleh la pulak. Sebelum tu aku tengok buletin utama yang memaparkan bahawa laman sesawang Sarawak Report telah ditarik balik sekatannya. Maka terus aku buka blog aku. Ha .. dah kembali hidup!

Apa kaitan dengan Azmin Ali???

Tak ada kena mengena .. cuma aku bukan dibayar, bukan jenis fanatik sapa-sapa. Mana yang ok aku sokong, mana yang jelik aku kritik. Tun Mahathir pun dah buat pengakuan tak akan sekat kebebasan suara rakyat.

Cuma yang penting bagi kita, jangan dok hasut buat benda yang boleh merosakkan negara sudah!

Berbalik kepada Azmin Ali, hangan marah kalau aku tak bubuh Dato' Seri depan tu ya Pak Azmin. Aku rasa dua jawatan utama tu tak berapa kena. Maybe lepas ni Azmin akan lepas salah satu jawatan tu. MB atau Menteri Ekonomi. Kalau tak letak salah satu, aku tak berapa minat style tu. Banyak lagi hero-hero dalam PH yang boleh kita pertengahkan Tak kan nak bolot semua.

Lagipun aku rasa Tun tak kan letak nama tu kalau PKR sendiri tak bubuh nama. Banyak lagi kan yang hebat - hebat tu.

Apa kata kalau bubuh Rafizi Ramli. Anwar Ibrahim dalam ucapan sulung dia malam tu selepas pembebasannya, memuji Rafizi Ramli. Buat kerja mengalahkan orang yang nak bertanding pilihan raya. Dan aku yakin korang pasti setuju hero Malaya aku bagi kat Rafizi Ramli.

Persoalannya boleh atau tidak Rafizi Ramli dilantik ke jawatan Menteri sebab dia tidak bertanding sebagai ahli parlimen?

Ha .. habaq mai sat .. boleh ke tak?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

DS Azmin Ali patut buang salah satu jawatan

3v0.Malaysia berkata...

Alhamdulillah
boss
Aamiin

Tanpa Nama berkata...

MB Selangor tetap Azmin.

Jika begitu, apa yang PKR rancang telah gagal.

Selama-lama nya lah Azmin jadi MB.

Usop ali berkata...

Rafizi menteri ekonomim..azmin kekal mb Selangor. Rafizi bileh dilantik senator..apa susah nya

Tanpa Nama berkata...

ini ada lah cubaan untuk menguji pihak Istana yang begitu teliti memilih untuk jawatan MB. Ia nya seolah-olah Istana lah yang berkuasa menentukan dan memilih siapa yang di sukai nya.

jika Selangor dapat MB Baru dengan lancar bererti Kerajaan PH Selangor tidak ada masalah dengan Istana.

Masalah yang timbul semasa pelantikan Azmin bukannya berpunca dari Istana tetapi dari PAS Selangor yang banyak buat kerenah.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.