Khamis, 24 Mei 2018

7 soalan untuk Shahidan Kassim

“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Shahidan juga memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan pentadbiran negeri dan meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam pelantikan menteri besar itu.

Katanya, Azlan Man dilantik tanpa surat perlantikan dari BN dan tindakan melantik seseorang yang tidak dapat sokongan majoriti sebagai menteri besar adalah tidak beretika dalam perlembagaan. ~Malaysia Kini.

Kenapa dan mengapa perkara ini boleh berlaku?

Tolak MB 'boneka'

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang yang boleh dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“... saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

Jadi penulis nak tanya kepada Shahidan ...

1. Kenapa perlu lantik adik sendiri? Tolak Azlan Man, bukan ke ada 8 orang lagi ADUN UMNO? 8 orang lagi tu sampah belaka ke. Tak ada kelayakkan jadi MB?

2. Kalau dengar sidang akhbar, dia tak suka dengan Azlan Man ni bukan baru, dah lama. Selaku Pengerusi BN Negeri Perlis, kenapa dari awal nama Azlan Man ada dalam senarai calon yang mewakili BN / UMNO dalam PRU 14? Kalau dari awal buang nama dia kan senang? Kenapa setelah 'hajat' tak tercapai baru nak pecat Azlan Man?

3. Apa motif dan kehendak sebenarnya Shahidan Kassim? Udang di sebalik mi.

4. Kenapa Shahidan Kassim dalam sidang media 'terlalu' kurang ajar dengan Raja Perlis. Buat sidang media dengan bahasa yang kurang ajar. Tunjuk contoh tidak baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. UMNO sanjung institusi raja-raja?

5. Shahidan Kassim nak apa sebenarnya? Projek, harta, pangkat ataupun apa sebenarnya? Rakyat berhak bertanya bukan.

6. Shahidan kata dia tak faham murka. Shahidan nak jadi raja perlis pulak ke?

7. Shahidan nak mintak tolong Tun Mahathir selesai masalah ni. Tun Mahathir milik Pakatan Harapan. Bukan milik UMNO yang dah karam. Shahidan reti malu ke tak?

Untuk itu, tunjuklah sedikit respek kepada pengundi Perlis. Tunjuk teladan baik kepada generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. Jangan tunjuk sangat 'tamak' jawatan dan pangkat. Jangan tunjuk sangat kurang cerdik. Nanti ditertawakan orang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

HADIGOL berkata...

murka tu ertinya shahidan jgn jejak kaki ke perlis sehingga ym raja perlis perkenankn

Tanpa Nama berkata...

Bila Melayu sendiri kurang ajar dengan Raja, apa lah nak di harapkan sangat orang bukan Melayu pandang rendah pada Raja-raja.

Sebelum ini beberapa orang telah di tangkap dan di hukum kerana menghina Raja.. Pihak yang terlibat hendaklah membuat laporan supaya tindakan boleh di ambil.

Tanpa Nama berkata...

Dia isap curut HAVANA celup ayaq ketum kot..

Tanpa Nama berkata...

Niat hakiki Shahidan hanyalah untuk memfaraidkan jawatan MB Perlis kepada adiknya.

kusang silut berkata...

Ni ke contoh pemimpin umno yang nak dibanggakan.Kalau dgn Raja sendiri tak hormat,hang ingat dia boleh hormat kat rakyat ka.....