memalukan ..
Lelaki yang dibicarakan bagi kes mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lalu, hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut memerintahkan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu selain menjalani tempoh pengawasan polis selama dua tahun.
Dia membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badan di tandas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Dang Wangi di sini pada 4.15 petang pada 12 Julai tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama, yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan boleh dikenakan pengawasan polis hingga tiga tahun.
Peguam tertuduh, Ihsan Busyro Zakaria, merayu mahkamah agar anak guamnya itu hanya dikenakan hukuman denda kerana bekerja dengan gaji harian sebagai pemunggah barang dan perlu menanggung ibunya yang bisu dan bapanya yang pekak.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne memohon tertuduh dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.
Terdahulu, dalam perbicaraan kes curi telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mahkamah Majistret diberitahu bahawa pihak polis tidak membuat siasatan lanjut mengenai di mana telefon bimbit itu berada selepas Shahrul Anuar ditangkap di plaza itu.
Pegawai Penyiasat Inspektor Shahril Mohamad dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi berkata beliau ada bertanyakan di mana telefon bimbit itu kepada dua anggota polis namun, mereka memberitahu telefon bimbit itu tiada dalam milikan tertuduh ketika kejadian.
Sharil, saksi kesembilan pendakwaan itu, memberi keterangan pada perbicaraan Shahrul Anuar yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang 11 Julai tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sharil juga berkata, pihaknya tidak bertanyakan mengenai telefon itu kepada orang awam yang berada di tempat kejadian.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah bersambung pada 29 Februari ini. - BERNAMA
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan