Jumaat, 25 Mei 2018

Ismail Kassim dakwa bukan dia yang gila kuasa tetapi ...

Belum pun reda kesedihan UMNO meratap kekalahan dalam PRU 14, meledak satu lagi malapetaka buat parti tersebut. Ditambah pula satu demi satu tembelang UMNO semasa menjadi kerajaan dulu dibongkar untuk diadili oleh rakyat. Najib makin pucat bibirnya. Tidak semerah dulu. Aziz Baling terkedu dan tersentak-sentak kerana terkejut rumahnya juga diserbu SPRM.

Kini timbul pula angkara Shahidan Kassim dan rakan-rakan dalam kemelut jawatan Menteri Besar di negeri besaq kelemboi tersebut. 9 ADUN tidak hadir upacara angkat sumpah Menteri Besar Perlis sehingga Raja Perlis murka dengan perbuatan mereka.

Isu ini masih belum berkesudahan kerana pemimpin UMNO di peringkat pusat masih belum mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ap DS Azlan Man. Malah seorang pemimpin UMNO menyatakan hanya Majlis Tertinggi UMNO sahaja boleh memecat keahlian seseorang ahli dalam UMNO. Apa yang Shahidan Kassim goreng petang semalam hanya syok sendiri.

Dalam drama petang semalam, Shahidan bersama 8 orang ADUN termasuk adiknya yang dinamakan MB Perlis yang direstui parti telah menyatakan dengan lantang bahawa Azlan Man telah dipecat.

“Umno perlis dan BN Perlis memecat Azlan Man berkuatkuasa hari ini. Jadilah menteri besar tanpa parti,” katanya dalam sidang media bersama Umno Perlis.

Jika demikian, maka Shahidan Kassim sebagai orang lama dalam UMNO masih belum faham benar mengenai perlembagaan partinya. Sama ada dia buat-buat bodoh atau lupa atau memang bodoh.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ahli tidak boleh dipecat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau mana-mana pemimpin peringkat Bahagian atau ibu pejabat.

"Berdasarkan Perlembagaan UMNO, mereka yang disabit kesalahan atau melanggar disiplin parti hanya boleh boleh dipecat jika mendapat kelulusan mesyuarat MT UMNO," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/429797/hanya-mesyuarat-mt-umno-boleh-pecat-ahli


Drama Shahidan Kassim telah menambah 'derita' dan pening kepala pucuk pimpinan UMNO. Sudahlah rakyat 'benci' dengan menolak mereka dalam PRU 14. Kini dilihat pula pemimpin UMNO hendak 'derhaka' kepada institusi raja.

Dalam perkembangan sama, Raja Perlis telah menyatakan Baginda tidak mahu seorang Menteri Besar boneka yang boleh dikawal oleh orang lain. Lantas Ismail Kassim yang merupakan adik kepada Shahidan Kassim telah menjawab sebegini;

Datuk Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau menjadi boneka kepada mana-mana pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak benar-benar mengenali dirinya kerana beliau pernah menjadi pengerusi di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi chairman besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi chairman suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.

“Saya the only chairman yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah refer perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.
https://m.malaysiakini.com/news/426729

Soal kenal atau tidak itu cerita nombor dua. Cerita sekarang adalah perkenan Raja. Raja Perlis tentu lebih arif dalam tindakannya. Malah bagi penulis, jika pada masa itu Perdana Menterinya adalah Najib Razak, tiada apa pun yang boleh dipercayai. Kelentong belaka.

Kemudian Ismail Kassim kata dia tidak gila kuasa. Memang mungkin betul dia tidak gila kuasa tetapi ada orang lain yang dikenali gila kuasa agaknya. Kalau benar tidak gila kuasa, hormati sahaja keputusan Raja Perlis. Raja Perlis juga bertitah bahawa baginda telah pun mengadakan pertemuan dengan semua ADUN Perlis. Maksudnya baginda telah berfikir semasak-masaknya. Ismail Kassim mahu orang lain jadi Menteri Besar.

Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merayu untuk tidak melantik dirinya dan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu sebaliknya mencadangkan lapan lagi ADUN BN dilantik sebagai menteri besar.

“Kita merayu tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua, bukan Ismail Kassim bukan Azlan Man selain daripada itu, 8 daripada ini.

Ismail turut berkata, tindakan itu dibuat kerana tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa kerana dinamakan oleh abangnya Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon menteri besar BN.

“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa, saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi, saya tak mahu macam itu demi untuk ayah saya,” katanya.
https://m.malaysiakini.com/news/426721


Maka demikianlah sikap pemimpin UMNO. Bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi sebaliknya hanya untuk kepentingan dan pangkat. Kalau Ismail Kassim tidak gila kuasa, Shahidan Kassim gila apa?

penburukonline.blogspot.com | 25.5.2018 6.10am

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Shahidan Kassim gila'baby'

Tanpa Nama berkata...

8 ADUN BN di pilih atas sebab patuh dan taat nya kepada Shahidan. Langsung tak ada pendirian sebab di pilih kerana tidak membantah. Gila jawatan kerana dengan jawatan yang tak di sangka itu lah mereka rasa hebat dan di pandang tinggi. Sedangkan kelayakan sebagai wakil untuk rakyat pun tak mencapai standard apalagi sebagai pemimpin..

Jawatan yang mereka dapat.. itu lah dedak nama nya.

Tanpa Nama berkata...

Shahidan jadi Raja pulak.

Raja memang lah kalau pengantinnya akan di warisi oleh anak atau adik-beradik.

Ini bukan rampasan kuasa tetapi rampasan takhta..

Tanpa Nama berkata...

Apalah jawatan Chairman bererti bukan semestinya boneka?

Tony Fernández tu lagi bagus dari Ismail , pun terpaksa tunduk pada Najib.

Lagi satu, Ismail telah di beri arahan sebelum di lantik sebagai chairman atau dia memang dah tahu, Najib tak perlu cakap.

Lagi satu, memang patut lah Sultan tolak nama Ismail, sebab siapa nak lantik orang yang tak kita kenal sebagai memegang amanah.

Shahidan sebenarnya ambil kesempatan dari keadaan UMNO yang tenat. Kalau UMNO kuat dia tak berani lawan gila macam ini..

Tanpa Nama berkata...

Perlis negeri kecik. semua orang kenal semua orang. Mana nak lari Bukan orang tak tahu perlakuan Shahidan. Kalau boleh dia nak jadi Raja Perlis. Namakan adiknya sebagai calon menteri besar semua orang tau tujuan Shahidan. Baginda Raja pun sedar apa yang sedang berlaku.

Macam ni lah UMNO nak mati. Lapaq sangat kuasa inilah jadinya

Sebenarnya orang Perlis dah meluat dengan gelagat Shahidan.

Tanpa Nama berkata...

Tp knp org perelis masih undi umno/bn? Klu dah meluat dgn shahidan, undilah ph hari tu. Tak jadi la mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau dengan Sultan Perlis pun kurang ajar apa lagi dengan rakyat.. Adik beradik kaki buli. Kaki ugut. Tanya lah 8 ADUN BN dia orang sekarang dalam keadaan sebegitu sekarang ini.