Khamis, 31 Mei 2018

Ini sebenarnya kos siaran langsung Piala Dunia di RTM!

Baru semalam saya menulis mengenai kebimbangan ramai pihak mengenai penganjuran siaran langsung Piala Dunia dan kos yang menelan belanja RM40 juta.

Untuk itu saya mula faham selepas membaca dan mendengar sendiri dari sidang media YB Gobind Singh Deo. Ingat saya seorang yang tak faham. Bekas Menteri seperti Rais Yatim pun tak faham juga. hehehehe. Tak rasa keseorangan.

Dalam sidang media sebentar tadi, YB YB Gobind Singh Deo menyatakan bahawa kos siaran langsung itu hanyalah RM30 juta (confirm) dan setakat ini sudah mendapat RM15 juta tajaan.

Cumanya masa semakin suntuk. Hanya tinggal 14 hari lagi. Perlu dapat RM15 juta lagi untuk menyamai kos.

YB Gobind Singh Deo juga berjanji akan mendedahkan semua kewangan yang berkaitan secara telus dan jujur. Tidak akan ada apa yang akan disembunyikan sekalipun RTM mencatat kerugian jika ada.

Melalui pengalaman, ia akan memberi keuntungan kepada pihak RTM. Cuma berapa angka kita sama nantikan.

Duit keuntungan nanti boleh digunakan untuk memantapkan lagi RTM dan sistem telekomunikasi di negara kita.

Namun jika YB Gobind Singh Deo 'gagal' dan mencatat kerugian. Saya berharap YB YB Gobind Singh Deo bertanggungjawab sepenuhnya.

Sekian terima kasih.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Jaga adab, jangan selalu beri kata dia...awak cuma rakyat biasa BUKAN esekutif..

Tanpa Nama berkata...

Projek World Cup lagi untung daripada Projek Najib. Bayar kos mahal sebab ambil komisyen lebih, Rakyat tanggung hutang sampai beratus tahun tapi pulangan tak cover modal. Sekarang komisyen dah tak masuk, Umno Bahagian pun dah dipotong peruntukan bulanan. Nampak sangat masa jaga kerajaan sebenarnya Umno curi duit dan harta kerajaan untuk parti. Perosak betul.

Tanpa Nama berkata...

sama2 la doakan yg baik2 je takyah nak tuding jari bila salah pd dia sorang
dia cadang ramai sokokng terutama yg nak menengok tu
sama2 lah doa & tanggung...