Rabu, 23 Mei 2018

Menyesal tak sudah pilih PH?

Banyak kemungkinan yang kita bakal lihat dan pikul bersama-sama, andai kata PH tidak memenangi pilihanraya 9 Mei yang lalu. Antaranya mungkin kita tidak akan pernah menjangka dan menyaksikannya:

1. Hutang negara sebenarnya mencecah lebih 1 trilion ringgit (1000000000000). Banyaknya kosong, sah Najib dan barisan kabinet telah menipu rakyat.
2. Fail merah di Kementerian Kewangan yang tidak boleh diusik oleh pegawai-pegawai untuk di audit. Apa isi dalam fail merah tersebut? Nanti akan dibongkar oleh Menteri Kewangan yang baru. Harap Menteri Kewangan yang lama, sampai sudah kita tidak dapat melihat kebenarannya.
3. Bill out kerajaan Malaysia untuk syarikat sarat skandal 1MDB melebihi 7 billion (7000 juta) bermula April 2017. Mean setahun sudah mencecah 7 billion duit rakyat!
4. Projek ECRL sebenarnya bukan 55 billion, tetapi ada tambahan lagi 11 billion. Malang sungguh kalau PH tidak menang.
5. Pendedahan mengejutkan dari Dato' Seri Mohd Shukri Abdull, Pesuruhanjaya SPRM memang amat mengejutkan:
a) diancam bunuh dan lain-lain ancaman ketika menyiasat SRC International dua tahun lepas di mana Pengerusi 1MDB adalah Najib Razak, ketua Barisan Nasional.
b) melalui proxy wakil rakyat Utara, dia cuba disogok agar memberhentikan siasatan tersebut.
c)dimana juga dia membuat pengakuan banyak saksi dilarikan dan diugut.
d) betapa 'jahatnya' pentadbiran terdahulu.
e) selepas tumbangnya BN, banyak mantan Menteri menelefon Shukri menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar cakap beliau agar menukar tampuk pemerintahan negara.
6. Dan nanti kita akan disajikan dengan kejutan demi kejutan pembongkaran salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu. Harap-harap tiada sesiapa yang sakit jantung.

Dan cuba bayangkan situasi ini pula:

Ketika PH mendapat 100 kerusi. BN 104 dan PAS 18 kerusi. PAS menjadi 'king maker'.

Dan ketika PAS memilih rakan kongsi BN sebagai partner dalam kerajaan campuran. Bagaimana survivor politik Najib dan BN? Tidak mustahil juga kalau kita lihat dari faktor semasa sebelum pilihanraya di mana bajunya sedondon, nadanya seirama. PAS dan BN membentuk kerajaan campuran.

Apakah perkara-perkara di atas yang didedahkan itu akan kita dengar sekarang?

Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.

Menyesal atau tidak PH menang? Mohon share banyak2.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

22 respon:

Tanpa Nama berkata...

lebih baik dengan BN dari DAP

Tanpa Nama berkata...

Memang ada orang bodoh tak nak guna akal masih pilih untuk jadi mangsa di lembu kan pada hal apa yang di bongkar mengejutkan.

Perkataan yang betul "lebih baik dengan penyamun, penipu,perasuah... dari DAP.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS UMNO bentuk kerajaan .. dua tembolok nafsu kena di penuhi..

Bermakna bukan sahaja tidak dapat lihat dan ketahui apa yang benar berlaku ... Tapi bertambah banyak lagi file merah dan duit rakyat kena rembat..

PAS hanya boleh bercerita hal syurga neraka untuk menyedapkan halwa telinga orang kampung..

Tanpa Nama berkata...

aku mmg tak paham la kebutaan dan ketulian apakah org2 pas nie... kenapalah masih terima kemunkaran BN utk korang melangkah ke tampuk pemerintahan... klu asas menginjak korang pun maksiat, ingat Tuhan redo ke... bekotak kotak la harta wang haram najib dalam simpanan dia.. apakah korang redo dengan perkara nie...
tepuk dahi la ak dgn geng2 walun ni...

Tanpa Nama berkata...

Dap tak bagi org islam azan ek?

Tanpa Nama berkata...

yang sokong BN tu nak letak dalam golongan apa ya.mungkin sesuai dgn panggilan bodoh bangang bahalol bingai

Lelakidicermin berkata...

Sejak lepas pru.. byk komen2 dlm blog politik aku tertarik satu sahaja..60 TAHUN PAS MELAWAN UMNO.. AKHIRNYA BERSAMA2 JADI PEMBANGKANG.. umno mesti bg tuang presiden jadi ketua pembangkang.. sbb kalau umno tak setuju..akan di tomah.. umno menentang islam..spt nasib DAP..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dengan PAS...hancurlah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

sgt dungu

Tanpa Nama berkata...


Yg merompak dan melanun tu BN.

Yang itu jugak kau cakap lebih baik?

Orang macam kau lebih baik terjun masuk lubang jamban!

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TAKUTNYA DENGAR PEMBONGKARAN MAKLUMAT NI.INILAH AKIBATNYA KALAU NAFSU DAN KEJAHATAN MENGATASI AKAL DAN KEBAIKAN

Tanpa Nama berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

Ada walaun pas yg bangga pas tak berUG dgn bn di perak dan kedah. Dia tak sedar itu bukan matlamat hj hadi. Matlamat hadi ialah utk pertahankan kerajaan najib. Nasib baik 18 kerusi pas tak cukup utk bantu. Jk tidak kerajaan campuran pas dan bn lah dia dan najib kekal pm. Ada faham walaun uum??

Tanpa Nama berkata...

Tunggu .. nanti Najib akan heret nama-nama yang terima habuan dari dia.

Ini sahaja cara untuk Najib berjasa pada negara iaitu hapuskan semua pemimpin yang korup.

Unknown berkata...

Amat sedih sekali.

Nampaknya Melayu PH tidak ada bezanya dengan Melayu UMNO.

Dulu Melayu UMNO tidak habis-habis mengutuk, mencaci dan membelakangkan PAS dan Kelantan.

Sekarang Melayu PH yang berbuat demikian.

Harus diingatkan bahawa bila DAP masih terkial-kial mencari sokongan politik dari rakyat, PAS telah terlebih dahulu berjaya mentadbir sebuah negeri sehingga pentadbiran PAS dipuji oleh audit negara dengan markah yang tertinggi [ lihat audit negara 2016 ].

Harus diingat bahawa bila rakyat Malaysia masih boleh digula-gulakan dengan pelbagai janji manis, rakyat Kelantan beristiqamah memilih PAS sejak 1990 walaupun royalti minyak ditiadakan walaupun itu adalah hak Kelantan.

PAS telah terlebih awal berjaya membawa gelombang perubahan kepada Malaysia.

PAS yang tidak henti-henti mengkritik budaya rasuah dan pembaziran BN.

PAS yang tidak henti-henti mengkritik dasar perkauman yang dianut oleh UMNO.

Dan jika PAS ingin dihentam kerana tidak bersama dengan PH, harus ditanya KENAPA ?

KENAPAKAH PAS memutuskan untuk tidak lagi dengan PKR dan DAP ?

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Wahai MELAYU PH, janganlah lupa diri.

Melayu gaduh dengan Melayu, siapa yang menang nanti ?

Kenapakah Melayu PH tidak habis-habis nak berdendam dengan PAS tetapi tutup sebelah mata pada hakikat bahawa DAP melalui polisinya lebih merbahaya kepada orang Melayu di Malaysia.

Jadi jangan jadi keldai tunggangan ya Melayu PH. Nanti menyesal nanti.

Tanpa Nama berkata...

Yg hadi tak abis dok hentam PH, walaun tak henti2 serang PH, apa hal? Hang pekak ka? Mcm mana nak genjatan senjata

Unknown berkata...

Dedak sudah habis, tak payah ceramah lagi...tak lama nanti p

Usop ali berkata...

Aku rasa kafir tak LA seterok so munafik....

Tanpa Nama berkata...

Islam pas sj betul? Katalah pas ada 1.5 juta ahli. Yg selebihnya, sekurang2 20 juta umat islam malaysia sesat la? Ijtihad pas adalah ijtihad pas. Bukan semestinya islam. Bangunkan ktan dan tganu supaya boleh saing dgn selangor dan p pinang. Baru kita tabik

Tanpa Nama berkata...

PAS dah pakai baju pahlawan Melayu dan siap berkeris.. Selepas PAS caikan pemimpin Melayu dalam parti.

Yang simpan duit berjuta dalam rumah kediaman ialah kawan karib Hadi. Melayu Bugis. Tak payah lah nak takut kan orang dengan polisi DAP. Sebab seperti di katakan hak Melayu di lindungi oleh perlembagaan.

Kita hentam PAS sebab khianat di Perak dan Selangor. PAS sanggup dalam diam bersongkol dengan UMNO. Kemudian PAS cuba jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan membuat rundingan sulit dengan UMNO dan memujuk wakil rakyat Pakatan Rakyat mengkhianati Pakatan Rakyat.

Sekarang mana ada Melayu gaduh dengan Melayu. Sekarang PH yang bergaduh dengan BN. PAS di minta main jauh-jauh.

PAS boleh jual mimpi jumpa Nabi pada orang Kelantan dan Terengganu...

Senang cakap.. PAS di hentam kerana jual agama.

Tanpa Nama berkata...

Kitakan akan bersama orang yang kita cintai di akhirat kelak. Perbuatan di dunia kesannya di akhirat.

Baik dunia kita, baiklah akhirat kita. Moga beroleh syurga firdausi.

Tanpa Nama berkata...

klu DAP.. 10x hncur Malaysia.. bodo sratement ni