ANDA PILIH

  1. CABARAN TUN M VS ANWAR PRU 13 keputusan klik sini
  2. Tahap kepercayaan pembaca ke atas ketelusan SPR keputusan klik sini

Khamis, 23 Mei 2013

Patologis sahkan Dharmendran meninggal akibat pukulan. jeng.. jeng..jeng.. bakal terburai!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : kes tahanan mati dalam lokap

Perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam mengesahkan bahawa tahanan polis N Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan".

Perkara itu dinyatakan oleh Dr Siew Sheue Feng kepada keluarga Dharmendran, peguam N Surendran dan Latheefa Koya serta pegawai penyiasat polis di bilik mayat HKL malam tadi.

Menurut Surendran, ahli patologi itu juga menjumpai luka yang masih baru yang didakwanya membuktikan Dharmendran dipukul dan didera dengan teruk sehingga mati ketika dalam tahanan.

Surendran juga berkata, berdasarkan kesan di badan, doktor itu juga mendapati terdapat penggunaan rotan di bahagian belakang si mati.

Laporan penuh akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari, katanya yang juga naib presiden PKR dan anggota Parlimen Padang Serai.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Selepas 2 tahun akhirnya pembunuh Datuk Sosilawati dihukum mahkamah gantung sampai mati

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Sistem pilihanraya dicipta untukmenangkan BN .. sial betul!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : penipuan pilihanraya di Malaysia

Pakar akademik dan analis mengambil bahagian pada forum “Implikasi daripada keputusan PRU13 dan prospek pembaharuan pilihan raya”. — Gambar oleh Saw Siow FengPETALING JAYA, 23 Mei — Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi.

Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.

“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.

BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka.

Amer Saifude: “Setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat.”Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.

“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.

Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Dinoda rakan facebook

Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.

baca lagi ..




Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.

Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.

Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.

Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.

Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.

Mohd Yusuff bagaimanapun bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin dalam mengutamakan kepentingan awam, melihat tujuh rekod lampau tertuduh dan mengambil kira trauma dialami mangsa serta keluarga sebelum menjatuhkan hukuman.

“Tempat bukan persoalan untuk kita jadi baik atau tidak. Ia bergantung pada diri sendiri. Berubahlah, kamu sahaja yang boleh mengubah diri kamu sendiri dan bukan orang lain.
Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu untuk menjadi lebih baik,” katanya


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan

Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.

"Kira-kira jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya kami bersurai.

"Tempoh masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Menurut Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan arahan bersurai.

"Mengapa baru sekarang?

"...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Artikel ini amat menyakitkan buat Anwar dan PKR! Bacalah ...!!

Mahu tidak mahu PKR harus mengakui bahawa parti itu telah mencatat rekod buruk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai
rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.

Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Ia perlu melukut di tepi gantang dan mendapat belas ihsan khususnya
DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen.

PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN.

Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.

Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya
kepada PAS, bahkan kepada DAP.

Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.

Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala
Lumpur.

Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap.

Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para
media.

Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".

Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya.

Anwar pun meletakkan seluruh kesalahan dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP.

Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.

Ketika menyertai pilihan raya, Pakatan dan PKR khususnya dilihat terlalu yakin atau over confident.

Di mana-mana sahaja, Anwar menyanyikan lagu: "Tanya sama Najib, apa sebab goyang?"

Ini bertujuan mengejek BN yang didakwa akan kehilangan Sabah. Di saat-saat genting itulah, kesepakatan Pakatan rupa-rupanya rapuh apabila banyak tempat
berlaku pula pertembungan sesama sendiri.

Hal berkenaan sedikit sebanyak digunakan BN sebagai bahan kempen demi menjejaskan peluang Pakatan di mata para pengundi seluruh negara.

Mungkin kerana terlalu yakin dan gemar menyanyi lagu mengejek di ceramah-ceramah, maka Anwar terlupa untuk mengikat kesepakatan yang kuat di kalangan parti-parti
dalam Pakatan sendiri.

Kata-kata manis Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kononnya pembahagian kerusi sesama Pakatan "sudah selesai" hanya kata-kata politik sahaja.

Begitu juga di mana sepanjang lebih setahun Anwar aktif berkempen ke seluruh negara sebelum pilihan raya, Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim
Kit Siang dilihat asyik goyang kaki dan tidak banyak membantu Anwar dan Pakatan.

DAP dan PAS hanya menunggu untuk menuai hasil daripada apa yang disemai oleh Anwar dan PKR.

Di kalangan pemimpin PKR dan aktivisnya, sikap DAP dan PAS yang suka memanipulasi mood rakyat yang diciptakan Anwar itu sudah lama terasa.

Bahkan pembahagian kerusi di peringkat DUN yang cuba dibolot PAS dan DAP di "kawasan pengundi Cina" juga menjadi rungutan ramai pemimpin PKR peringkat
bawah yang tak dipedulikan pimpinan tertinggi PKR.

Akibat terlalu yakin, mungkin dirasakan kalau diletakkan calon "selipar Jepun" sekalipun maka PKR boleh menang.

Di ketika PAS dan DAP cuba menangguk di air keruh dan memanipulasi keadaan, Anwar pula bukan terfokus untuk memperkukuh partinya sendiri.

Sejak pemilihan tiga tahun lalu, beliau nampaknya dalam diam-diam lebih berminat untuk menyiapkan sarana untuk anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar
lebih kukuh dalam PKR.

Semua muka-muka baru yang dilantik adalah orang-orang yang boleh tunduk dan bekerjasama dengan Nurul Izzah.

Nama seperti Ketua Biro Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sehingga naib presiden paling muda, N Surendran adalah orang-orang Nurul Izzah. Itu belum
termasuk Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng yang dilihat dapat "diikat" untuk berada bawah kem Nurul Izzah.

Semua mereka ini kini memegang jawatan penting di peringkat pusat. Begitu juga anak saudara Anwar sendiri, Chegubard yang akhirnya dapat menjadi calon
di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dengan lari daripada kerusi asalnya di Rembau, Negeri Sembilan.

Tanpa pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh sekalipun, Chegubard tetap kalah.

Mengatur buah politik secara senyap-senyap yang dilakukan ini sangat buruk kepada PKR sebagai sebuah "parti masa depan" seperti yang selalu dilaungkan
Anwar.

PKR seharusnya tak meniru parti-parti lain seperti Umno, MCA bahkan DAP yang sudah terikat dengan amalan nepotisme. Nampaknya hampir semua parti politik
di Malaysia kini dilanda penyakit politik anak-beranak.

Parti politik bukan milik individu. Umno bukan milik keluarga Najib Razak, Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi.

Begitu juga PAS bukan 'syarikat' milik Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Hadi. DAP pula bukan milik keluarga Kit Siang atau Karpal Singh. Begitu jugalah PKR
bukan milik keluarga Anwar.

Kesempatan dan sumber dana yang diperoleh oleh PKR yang mengemudi kerajaan Selangor selama lima tahun lalu gagal digunakan sepenuhnya untuk membantu negeri-negeri
lain dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

Ramai orang tahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin dilihat mempunyai hubungan rapat dengan presiden
PKR.

Tahun lalu Khalid menyediakan dana jutaan ringgit yang diberi nama "Geran Selangorku" yang mana dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Sejak itu juga Anwar sudah tak mengungkit-ungkit lagi elaun seringgit yang diberikan kepadanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.

Apabila fokus kepada rakyat terpesong dan mula ada yang membuat kem anak-beranak di dalam parti, maka Allah juga mempunyai rancangannya sendiri. Siapakah
yang sebenarnya perlu dipersalahkan apabila Pakatan gagal ke Putrajaya?

Keputusan pilihan raya umum lalu tentu ada hikmah yang tersembunyi dan memikirkan apa yang tidak kena dengan barisan pimpinan tertinggi PKR yang ada sekarang.

*AZIZUL RAHIM seorang aktivis dan pengamat politik nasional.


PBO: padang tak rata!

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Gadis 15 tahun diperkosa "Pak Mat"

Seorang remaja berusia 15 tahun hidup dalam keadaan terseksa apabila didakwa menjadi mangsa nafsu kenalan bapanya sendiri, sejak setahun lalu.

Remaja berkenaan pertama kali dirogol lelaki dikenali Pak Mat itu ketika suspek membawanya pulang ke rumah di Kampung Gaung Mulong di sini, awal 2012.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek seorang buruh berusia 58 tahun membawa mangsa pulang ke rumah dan merogolnya.

Katanya, sejak kejadian itu, mangsa kerap kali dirogol suspek di lokasi sama.

“Laporan awal doktor mendapati mangsa kini mengandung 15 minggu. Susulan itu, polis menahan suspek di rumahnya pada jam 2.30 pagi tadi (semalam),” katanya semalam.

Sementara itu, di Mahkamah Kota Bharu semalam, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan selanjutnya.

“Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga 28 Mei ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga positif dadah jenis morfin,” katanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"