Khamis, 31 Mei 2018

Piala Dunia: YB Gobind Singh Deo

Salam sejahtera buat YB Gobind Singh Deo.

Salam sejahtera juga untuk semua Menteri Kabinet Pakatan Harapan. Tahniah kerana YB Gobind Singh Deo dan seluruh jemaah Menteri Kabinet telah berjaya dalam PRU 14.

Pertamanya saya 'Menconteng Untuk Perubahan™' bertanggungjawab sepenuhnya mengenai tulisan ini. Saya juga ingin menegur pihak YB dan Kementerian bagi satu isu yang YB sendiri sudah maklum. Siaran percuma Piala Dunia Rusia 2018!

Apabila kabinet meluluskan siaran langsung Piala Dunia Rusia 2018, saya terkejut dan terpanggil untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan keputusan tersebut. Ekoran jumlah kos yang terpaksa ditanggung kerajaan rakyat adalah sebanyak RM40 juta (belum dimuktamadkan). Suatu angka yang amat besar bagi kami rakyat marhain.

Kritikan ini mungkin tidak disenangi oleh 'kaki bola' yang menyambut dengan rasa gembira, tapi bagi kami yang rasional, ia merupakan malapetaka.

YB Gobind Singh Deo.

Dalam cakap-cakap selepas PRU 14, yang kita sering dengar adalah langkah penjimatan. Projek-projek mega yang tidak memberi keuntungan menyuluruh kepada rakyat telah dikaji dan dibatalkan. Satu langkah terbaik untuk mencuci semua 'kotoran' yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Najib dan kerajaannya. Tetapi apabila YB mengumumkan untuk berbelanja RM40 juta semata-mata untuk membuat siaran langsung Piala Dunia, kami berasa tersentak dan terkejut!

RM40 juta tersebut bukan satu nilai yang kecil. Lantas banyak faedah lain boleh digunakan untuk memulihkan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

.. mungkin sebuah hospital boleh dibina di tempat-tempat yang masih tidak mempunyai hospital.
.. mungkin boleh memperbaiki infrstruktur sekolah-sekolah yang daif.
.. mungkin boleh membina 400 buah rumah kos rendah dengan nilai maksimum RM100 ribu seunit.
.. mungkin boleh menaja pelajar-pelajar berpotensi mahupun kakitangan sedia ada untuk memperkasa bidang teknologi maklumat.
.. mungkin boleh membina lebih banyak pencawang untuk kemudahan rangkaian telekomunikasi di Sabah & Sarawak.
.. pelbagai lagi manfaat boleh diguna pakai dengan RM40 juta tersebut!
.. erti kata lain, dengan RM40 juta, lebih banyak faedah lain dapat digunakan untuk kemakmuran rakyat selain dari menayangkan siaran langsung Piala Dunia yang hanya dalam tempoh satu bulan!

YB Gobind Singh Deo.

Sedar atau tidak, pihak Astro sudah menawarkan pakej yang perlu dibeli. Memang ianya tidak percuma, tetapi bagi sekelompok 'kaki bola' mereka tidak akan merungut untuk melanggan pakej tersebut. Bagi saya, rakyat yang tidak mampu akan lebih berterima kasih kepada kerajaan jika RM40 juta digunakan untuk memakmurkan rakyat.

Pihak YB juga berkata bahawa sebahagian kos akan diserap oleh pihak penaja. siapa pun yang menaja, kos tetap kos. Duit tetap duit. Nilai RM40 juta tersebut bukan satu nilai kecil.

Berhentilah dari memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk terus mencari kesalahan kerajaan sekarang. Idea ini sebenarnya menggambarkan satu corak pemikiran yang terkebelakang. Jika negara tidak mengalami masalah kewangan, rasanya idea ini tidak terlalu 'sakit' untuk diterima.

Namun kita tengah dalam keadaan nazak. 1 trillion ringgit bukan satu angka kecil. Maka sedikit 'pembaziran' yang YB Gobind Singh De o lakukan akan memberi gambaran buruk kepada pihak kerajaan sekarang.

Saya percaya, rakyat adalah alat terbaik sebagai semak dan imbang kepada kerajaan Pakatan Harapan. Untuk itu, saya berharap, YB Gobind Singh Deo dan seluruh Menteri Kabinet mengkaji semula idea ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit untuk menyokong mana-mana perkara yang 'tidak masuk akal' walaupun saya adalah penyokong Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

Menconteng Untuk Perubahan™
30.5.2018
10:27 PM


UPDATE:

Selepas mendengar sendiri dan mula memahami konsep 'cari duit' melalui penajaan ini, saya mohon maaf di atas kekhilafan dan 'kurang faham'. Kini saya mula faham dan doakan semoga keuntungan kepada RTM berlipat kali ganda.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

15 respon:

Tanpa Nama berkata...

setuju, batalkan saje.

Tanpa Nama berkata...

bila ada kuasa cepat lupa
ini penyakit manusia
bola bukan penting sangat
melalaikan

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong. Jangan jadi seperti Indonesia 4 tahun lalu.

https://m.merdeka.com/piala-dunia/siarkan-piala-dunia-2014-viva-rugi-miliaran-rupiah.html

Kena usahakan cari sponsor iklan besar-besaran kalau nak untung!

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju bnyk lagi keutamaan lain dengan kos sedemikian

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Rm40 juta untuk worldcup tu belanja hangus?

Ada orang rtm explain 40juta tu bukan belanja hangus.

40juta beli hak penyiaran sebulan.

Iklan 10 saat waktu penyiaran tu berharga rm15k, 30saat iklan 30k.

Sepanjang hari ada 2 atau 3 game. Sepanjang 1jam sebelum perlawanan ada berapa iklan. 30minit halftime berapa iklan muat. 1jam selepas game lagi. Iklan waktu ulangan siaran lagi.

Darab dengan bilangan game dan siaran.

40j invest. Bakal dapat lebih daripada 250juta income kepada RTM milik kerajaan.

Ini juga sebahagian dari usaha untuk menaiktaraf Rtm dalam tempoh 6 bulan seperti yang di arahkan kementerian.

Org niaga mesti tahu bab trafik broadcast, content investment, etc.

Belanja 40 dapat 250.
Bukan belanja hangus.

Kisahnya..

==============

Share boleh. Nak copy boleh. Nak copy as jawapan kepada status2 yang menyoal rm40j ni pun ok.

Cuma minta jasa baik. Jangan perli, caci maki, maki hamun, etc.

We all Malaysian. Kita semua warga negara.

As warga negara Malaysian semua ada hak untuk tahu benda yang mereka tak tahu, waima dari parti apa sekalipun.

Dulu kita tak tahu langsung berapa kerajaan bayar itu ini untuk apa apa tema perayaan, rtm, contoh event warna-warna Malaysia di dataran merdeka, citrawarna etc, rakyat tak tau.

Tp kerajaan baharu ni telus, beritahu serba serbi hal perbelanjaan awam.. Which is a good new thing.

Cuma keghairahan pada angka angka ni akan berlaku pada pihak pembangkang.

Sebelum ni. Tanpa ada mana mana pemecahan monopoli, semua keuntungan advertising skala besar di monopoli oleh Astro. (F1, motogp, Worldcup, etc)

Kerajaan kini nak memecahkan monopoli itu, agar astro akan kurangkan bil tuan-tuan bila dia dah tak dapat monopoli..

Bila ada persaingan sihat, astro akan turunkan harga dia la nanti.

Kalau kerajaan nak paksa dia turun harga pakej dia, kerajaan kena bayar pampasan atau beri subsidi jika dia setuju turun harga astro.

Seronok tak kalau harga astro murah?
Seronok tak kalau harga internet murah?

Kerajaan tak boleh push mana mana pihak untuk turun harga (bukan keperluan am) sebab itu hak peniaga. Tp kerajaan boleh kontrol, dengan cara merendahkan kemonopolian perniagaan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalah menteri dan orang kuat ph. Semua nak tunjuk pandai nak tunjuk hebat dan semia nak becakap. Patut dapatkan sponsor dulu baru umum. Ada jiga spesis2 macam matt majelan. So dikatakan BODOH PUNYA MENTERI. ingat bole popular ke demgan tayang bola. Buat kerjalah dah berjaya baru cakap. Rakya skrg nak keselesaan dan jaminan ttg gst tol brim utk ringankan kos sara hidup2. Belum 100 haro dah riuh semacam tapi 1 pun tak jadi lagi. Kesian kat Tun nak layan kerenah menteri2 syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

memang yang kita nampak sekarang adalah pembaziran sebanyak rm 40juta... tapi terfikirkah kita brapa banyak keuntungan yang RTM dan kerajaan dapat daripada sewa untuk setiap pengiklanan semasa tayangan bola tersebut ?????

SELASA, 28 OKTOBER 2008
KOS PENGIKLANAN

KOS MEDIA ELEKTRONIK
TV
8TV RM13,600 SOUND SLIDE 40 SPOTS 15 SAAT
NTV7 RM13,600 SOUND SLIDE 40 SPOTS 15 SAAT
TV9 RM10,000 SOUND SLIDE 40 SPOTS 15 SAAT

KALAU YG FILM PUNYA IKLAN
TV3 RM50,000 30 SPOTS 40 SAAT
8TV RM42,000 35 SPOTS 40 SAAT
NTV7 RM45,000 35 SPOTS 40 SAAT
TV9 RM35,000 40 SPOTS 40 SAAT

KALAU YG IKLAN MCM L-SHAPE PANEL
TV3 RM50,000 136 SPOTS 15 SAAT

BOTTOM PANEL
NTV7 RM30,000 150 SPOTS 15 SAAT
TV9 RM22,500 150 SPOTS 15 SAAT

LIVE INTERVIEW DI MHI TV3 UNTUK 10 MINIT SAHAJA
RM13,000
NTV7 RM10,000 10 MINIT

Tanpa Nama berkata...

Pak Singh ! Jgn bazir wang negar ! Malaysia kini sedang nazak kewanagan ! Jgn berbuat sesuatu demi porpulariti !

# JIMAT WANG NEGARA

Unknown berkata...

Modal 40 juta boleh jana 200 juta melalui iklan siaran

I berkata...

Sebagai penghargaan kepada rakyat yang memangkah PH saya rasa tak banyak mana rm40 juta tu. Wang rampasan kes 1mdb aje pun cukup nak bayar... pasal nk taja pelajr tu masih ada duit dari sumber lain. insyallah...

Tanpa Nama berkata...

teruskan shj kalau itu menguntungkan...
cuma menteri kita perlu jelaskan dimana keuntungannya supaya puak2 ni paham

symozz berkata...

klu x silap sy kebanyakan dr RM40Juta tu d tanggung oleh penaja. .

Tanpa Nama berkata...

Bagus.. Contoh.. Liga Super.. Penaja dan persatuan dapat untung.
40 juta ialah sesiapa mahu menbida bukan duit dari RTM.. Contoh Astro ada prlangan yg menontong berbayar ialah sebanyak 1 juta x rm 100 = 100 juta
Jadi bermakna astro dapat keuntungan sebanyak 60 juta jika di bida sebanyak 40 juta.. Jadi rtm akan dapat keuntungan dan bukan kerugian.

Tanpa Nama berkata...

Modal 40 untung 250...tu tanda cerdik..
kalau x buat,astro yg dpt untung 250...so?

Tanpa Nama berkata...

Promo Menteri juga kerja tu. Siapa kata umum World Cup dalam TV1 dan TV2 bukan kerja? Ingat makan angin ke? Hahaha. Kalau tak promo iklan nak masuk mana? Kipidap Menteri. Ini baru telus dan tak pilih bulu. Yang komen tak membina kita boleh abaikan sahaja. Sudah disuap ilmu kalau nak muntah juga jumpalah Doktor.