Jumaat, 12 Februari 2016

Memalukan: Apa beza Najib dengan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman!

MyKMU membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam di Batu Caves.

“Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

“Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.

“Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa,” menurut laman Pro UMNO yang dikatakan menyokong Najib itu...

Berikut adalah artikelnya..

>
THAIPUSAM 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak teruk dikutuk, dipersoalkan akidahnya malah dikafirkan sebahagian penyokong PAS kerana beliau ketika itu berpakaian kurta dan dikalung dengan gelungan bunga besar oleh pihak pengendali perayaan berkenaan di Batu Caves.

Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan Majlis Fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti Dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh. Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa. Nampak sangat PAS memang parti politik, bukan ada kaitan dengan agama sekali. Kewujudannya semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga.

Menguatkan lagi kenyataan di atas, Dewan Ulama PAS sendiri menyifatkan perbuatan ADUN yang berkenaan sebagai ‘tidak mengapa’ sebab ADUN berkenaan kata tidak berniat nak menghina Islam. Wah wah wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.

Jangan kalau Najib yang buat, takde kaitan hina agama pun dikatakan hina agama.

Payah bila agama campur aduk dengan politik. Bab orang lain cepat saja kau kutuk, bab kau sendiri, semuanya baik, semuanya elok. Masa Najib kena kondem di Batu Caves, kenapa Dewan Ulama PAS tak nasihat pengikutnya supaya jangan menghukum? tanya ada niat ke tidak (hina Islam) dulu sebelum menghukum?

Dari dulu pun, kalau sesiapa rajin Google, memang penulis dah cap PAS ini bertuhankan undi – sudah tentulah kenyataan itu sifatnya metafora, tapi tak pulak penulis sangka pada satu hari, dia jadi ‘Tuhan’ betul (baca dalam nada sinikal)!!

Akidah ni yang jadi pertaruhan, pun boleh buat main-main lagi, boleh letak politik atas dari agama?

MyKMU

* Memang sangat memalukan... kini semakin jelas dan semakin terang ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: