Selasa, 29 Mei 2018

Selepas tudung terselak nampak ... , Nurul Izzah gempar lagi ...!

Amboi kecoh pulak cerita Nurul Izzah bakal berkahwin dengan DYMM Seri Paduka Baginda Agong, sampai naik meremang bulu roma. Ntah apa yang 'hebat' sangat Nurul Izzah ni sampai jadi 'habuan' pereka cerita fitnah di alam maya.

Cantik kot! Cerdik kot! Hebat kot!???

Mungkin, mungkin yang buat cerita tu 'desprate' untuk mendapatkan Nurul Izzah. Sebelum ini kecoh ada pemanggil radio mempersoal 'aset' Nurul Izzah akibat tudung yang tidak sengaja terselak Sehingga ramai yang marah dengan 'jantan' desprate tu.

Namun selepas berita palsu Nurul Izzah bakal menjadi Permaisuri Agong, maka ini adalah jawapan Nurul Izzah.


PETALING JAYA - Nurul Izzah Anwar menafikan mesej palsu yang tular di media sosial yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik laporan Mstar Online, Naib Presiden PKR ketika dihubungi melalui WhatsApp semalam, menolak dakwaan tersebut dan berkata ada perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian.

“Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada - menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.

Pada Khamis lepas (24 Mei), ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia adalah pertemuan tertutup yang berlangsung selama sejam.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/nurul-izzah-nafi-mesej-palsu-bakal-berkahwin-1.840130


Biasalah, jadi ahli politik kena banyak sabar .. hehehehehe

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tak ada salah nya jika dua-dua suka-sama-suka dan ingin saling lengkap melengkapi kehidupan masing-masing dengan cara yang halal.

Tapi jika cerita ini berlarutan setelah di nafikan, ia nya bertujuan memalukan Nurul Izzah dan menghina YDP Agung.

Nurul Izzah seolah-olah janda yang ingin sangat berlaki. Dan yang paling teruk, se olah-olah YDP Agung memberi pengampunan kepada Anwar kerana telah 'mendapat' Nurul Izzah.

Wallahualam.