Khamis, 31 Mac 2016

Kekeke .. Annuar Musa dedah punca sebenar Mahathir mengamuk dengan Najib



Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa serangan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berpunca daripada kekecewaannya melihat prestasi anaknya dalam politik.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memahami perasaan Mahathir apabila melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak begitu menyerlah walaupun telah diberikan ruang istimewa.

“Kita boleh faham pada usia beliau (Mahathir), yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan Umno. Sukarlah kita dalam Umno hendak pertahankan dia (Mukhriz).

"Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah. Tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.

“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden. Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah," katanya ketika luar ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Tambah Annuar lagi, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan pula pada Umno, namun, beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan adalah tidak wajar.

"Laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” ujarnya.

Gelang Rosmah tak sampai siku pun kata Tajuddin

Tidak ada apa yang salah dengan memiliki beg tangan dan barangan kemas jika seseorang itu berkemampuan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.

"(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.

"Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan (beliau) beg tangan," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Mengenai barangan kemas Rosmah,Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.

"Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku).

"Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu," katanya sambil bergelak ketawa.

"Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu," katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.

Beliau berkata memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.

"Cara mereka pergi bercuti hanya biasa," katanya.

Beliau mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.

WSJ: Nazir sahkan terima AS$7 juta dari akaun Najib

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari akaun abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.

"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.

Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.

Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.

Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.

Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$ 70,000 (RM275,000) dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.

Keluarga saya tidak akan undi PAS lagi

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya.

Keluarga saya tidak akan lagi undi PAS – Syed Saddiq

Beliau dan keluarga kecewa kerana PAS lari daripada perjuangan asal dan gagal melihat skandal dalam dalam 1MDB sebagai rasuah.

PETALING JAYA: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.

Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.

“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam.Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya.

Kantoi bertelanjang dalam telekung

KUANTAN: Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.

Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.
* hotel murah lagi .. bila hotel mahal nak keluar berita?

Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.

“Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat,” kata salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit akhirnya ‘menyerah diri’ sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel murah.

“Kami mendapati kebanyakan mereka yang ditangkap telah menginap di hotel selepas bersiar-siar sehingga awal pagi,” katanya.

Berikutan itu, beliau menyatakan, setiap individu terlibat akan diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah.

-Mynewshub.cc

Amaran buat Rafizi - kau diberi masa sampai esok!!

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya sebahagian pesara tentera tidak menerima pembayaran gratuiti.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata kegagalan Rafizi berbuat demikian akan membuatkan Naib Presiden PKR itu berdepan tindakan undang-undang kerana cuba memfitnah untuk memusnahkan reputasi dan kredibiliti LTAT.

"Oleh kerana Rafizi mendakwa melalui media kononnya sebilangan anggota tentera yang bersara tidak menerima pembayaran gratuiti, kami ingin meminta butiran anggota tentera ini daripada beliau.

baca sini pendedahan berani mati Rafizi mengenai LTAT

"Jika Rafizi gagal mengemukakan nama anggota tentera yang telah bersara seperti didakwa sebelum 31 Mac (esok), kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. ~BH

Rabu, 30 Mac 2016

VIDEO panas pengantin bertumbuk kerana hantaran tak cukup .. bingai betul!!

Hoi ... bodoh ke apa nih, kerana wang hantaran tak cukup pun sanggup bertumbuk. Kalau ye pun, bertumbuk la luar masjid ke, kandang khinzir ke ...

Lagi memalukan, perkara yang sepatutnya dapat pahala kerana mendirikan masjid, jadi medan perbalahan dan cari dosa. apa kebenda korang ni ha?

Bagi aku, nak kahwin kan. Apa ada hal kalau tak cukup sekalipun Kalau tak mampu buat cara tak mampu, nak nikah kan .. halal kan ..

ke nak jual anak ..?

Kalau pasangan tu buat zina dan boncit perut baru tau rasa..


PETALING JAYA – Gara-gara sanggup berjanji untuk menyetujui jumlah wang hantaran sebanyak RM15,000 yang diminta oleh keluarga pengantin perempuan, seorang pengawal keselamatan menerima padah selepas ditumbuk kerana gagal menyediakan wang tersebut secukupnya.

Kejadian dikatakan berlaku di Masjid Jamek Al-Khadijah dekat Pantai Dalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa ditumbuk ketika hendak beredar selepas tidak dibenarkan oleh pihak keluarga pengantin perempuan untuk meneruskan majlis.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” kata sumber dalam laporan itu.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

Ni lah kata orang, bodoh tak nak bagi kat orang lain sikit ... melantun-lantun ..

geram

Isu Pergaduhan Wang Hantaran 15K,Pengantin Perempuan Hanya Mampu Berkurung Dalam Bilik

Pergaduhan melibatkan kedua-dua keluarga pengantin yang tersebar dan menjadi viral di media sosial kelmarin dikatakan berpunca adalah semata-mata untuk mempertahankan keluarga.

Menurut pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu me­nimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar.

“Saya tidak mahu cakap me­ngenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika kepada media di rumah­nya di PPR Kampung Limau, Pantai Dalam KL.

Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan hasrat sepasang bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan musnah didakwa gara-gara wang hantaran tidak cukup sehingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara kedua belah keluarga.

Bakal pengantin lelaki yang be­kerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan gagal menyediakan wang hantaran RM15,000 seperti yang dijanjikan dan dipersetujui semasa sesi merisik pada Januari lalu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa keluarga kepada pihak perempuan dengan nama ‘Wanie Azwani’ turut memuat naik penjelasan daripada imam masjid berkenaan menerusi statusnya di laman Facebook.

Memetik kenyataan itu, punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bapa Nurul Hasnani, Yazit Hasshim, 48, ketika ditemui berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut dan me­nyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, orang boleh bercakap apa saja tetapi biarlah kebenaran yang menentukan. Berdiam bukan bermakna saya salah atau mengalah.

“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini, apa pun saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu saudara pihak lelaki yang enggan dikenali berkata, dia tidak me­nyangka pemberian wang hantaran dijadikan isu sehingga pernikahan anak saudaranya terbatal.

“Saya mengenali Nurul Hasnani, dia pernah datang ke rumah sebelum ini. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi kerana hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam keluarga kami.

“Perkara sebegini seharusnya diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan emosi,” ujarnya.

Sementara itu, bakal pengantin lelaki masih gagal dihubungi kerana menurut ibu saudaranya itu, tele­fon bimbit milik anak saudaranya rosak akibat pergaduhan tersebut.

Kisah mas hantaran kahwin RM22,222.22 punya pasal ..

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

"Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!"

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

"Apsal tak cukup RM1,000?" tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, "Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!"

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,

"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu," katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

"Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum," katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke? -
Boii Amani Hashim
| PIXELMEDIA

Khir Toyo kini dipenjarakan dalam rumah pulak?

Khir diberikan parol menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.

“Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah,” ujarnya.

Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Selasa, 29 Mac 2016

Lagi pendedahan panas ABC mengenai Najib


Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

• Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
• Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
• Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
• Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
• Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
• Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
• Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
• Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
• Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
• Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
list end
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

ABC dedah surat putera Arab Saudi pada Najib

Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah”itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.

Berita panas hari ni pasal Najib

SUMBER berita berpengaruh Australia, ABC News melaporkan bahawa mantan Peguam Negara sudah merancang untuk mendakwa Perdana Menteri di mahkamah atas tuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.

Peguam Negara dilaporkan sudah merancang mahu berdepan dengan Najib dalam satu mesyuarat kabinet bertarikh 29 Julai 2015 namun rancangan itu telah 'bocor' dan diketahui oleh Perdana Menteri.

Belum sempat beliau berbuat demikian, beliau telah terlebih dahulu ditendang keluar dari pejabatnya. Manakala Muhyiddin Yassin yang sepatutnya menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri pula telah dipecat — ABC News

Ini tuduhan berat lagi serius! Berani sungguh akhbar bangsa asing memfitnah pemimpin Melayu yang suci ini!

Aku cadangkan PM saman ABC News ni hari Selasa depan!

#IfYouKnowWhatIMean

1MDB Kantoi Lagi - Baca Pendedahan Ini

1MDB GUNA RM288 JUTA WANG (YANG SEPATUTNYA DIBAYAR KEPADA ANAK SYARIKAT LTAT) UNTUK MEMBAYAR FAEDAH PINJAMAN 1MDB

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, 1MDB dan LTAT masih tidak memberi sebarang maklumbalas kepada kenyataan saya semalam bahawa sejumlah RM396.41 juta bayaran yang sepatutnya dilunaskan kepada PPHM (anak syarikat LTAT yang menjadi “turnkey” kontraktor kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara) masih lagi tertunggak setakat September 2015. Selalunya 1MDB dan LTAT akan mengeluarkan kenyataan balas sepintas kilat selain dari mengugut untuk mengambil tindakan saman.

Saya percaya 1MDB dan LTAT masih tidak memberikan sebarang kenyataan balas kepada pendedahan saya kerana kedua-dua syarikat dan tabung milik kerajaan ini tahu saya mempunyai dokumen sebagai bukti kepada dakwaan saya itu.

Salah satu sebab utama kepada berlakunya tunggakan sehingga mencecah RM396.41 juta jumlah yang 1MDB berhutang kepada PPHM (setakat September 2015) ialah kerana dana yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB untuk membayar PPHM digunakan bagi tujuan yang lain.

Untuk memahami bagaimana tempangnya kedudukan kewangan 1MDB dalam perkara ini, saya nyatakan fakta-fakta berikut yang dipetik dari kenyataan-kenyataan 1MDB sendiri:

1. Projek pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara telah dianugerahkan kepada 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan pada harga RM2.7 bilion. Keseluruhan projek ini kemudiannya diserahkan oleh 1MDB kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) iaitu anak syarikat LTAT
2. Dana yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar PPHM jumlah RM2.7 bilion ini datang dari 2 sumber: sebanyak RM1.0865 bilion adalah geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB (lihat petikan Laporan Ketua Audit Negara di bawah) dan RM1.5 bilion dari terbitan sukuk. Maknanya, dana yang diambil adalah mencukupi untuk membiayai projek ini.

3. Setakat September 2015, ada tunggakan bayaran kepada PPHM sebanyak RM396.41 juta yang bermakna sebahagian dari dana yang diberikan kerajaan iaitu RM1.0865 juta telah digunakan bagi tujuan-tujuan lain

Berdasarkan dokumen rahsia Kerajaan Persekutuan yang saya ada, saya boleh mengesahkan pengurusan 1MDB mengakui bahawa sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bayaran penempatan semula telah digunakan oleh 1MDB untuk membayar faedah pinjaman 1MDB sendiri (bukannya untuk membayar PPHM seperti yang sepatutnya).

Apabila geran Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk membayar anak syarikat milik LTAT telah dibelanjakan bagi tujuan menutup kepincangan kewangan 1MDB (dengan membayar faedah pinjaman), sudah tentu itu akan mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB. Akhirnya untuk memastikan kerja-kerja terus berjalan, LTAT berkemungkinan besar telah mendahulukan dananya terlebih dahulu.

Tindakan yang kurang pintar oleh pengurusan LTAT inilah yang saya khuatiri telah memberi kesan kepada kelancaran pembayaran caruman oleh LTAT kepada pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan.

Saya menunggu jawapan dari 1MDB dan LTAT kepada pendedahan ini. Saya juga masih menunggu LTAT mengemukakan senarai jumlah pesara tentera yang bayaran caruman persaraan mereka masih tertunggak.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KE ATAS 1MDB MENGESAHKAN KESAN MASALAH KEWANGAN 1MDB KE ATAS LTAT

Saya telah menimbulkan isu kelewatan pembayaran caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara-pesara tentera yang baru tamat tempoh perkhidmatan sejak seminggu lalu. Ada pesara yang terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya.

Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, 1MDB dan LTAT dalam kenyataan pertama mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada perkaitan di antara masalah kewangan 1MDB dengan kelewatan pembayaran caruman LTAT kepada pesara tentera. Malah, Pengerusi LTAT dengan terburu-buru mengugut untuk menyaman saya. 1MDB dan LTAT juga menafikan bahawa ada sebarang kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada LTAT dan semua bayaran adalah mengikut jadual.

Saya sertakan satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang kini masih beum dibentangkan kepada rakyat. Mukasurat ini secara khusus menunjukkan bahawa pengurusan 1MDB dan LTAT telah cuba menyembunyikan maklumat sebenar apabila saya mula-mula menimbulkan perkara ini.

Secara khusus, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB dan keterlibatan LTAT di dalam 1MDB mengesahkan perkara-perkara berikut:
1. 1MDB RE (anak syarikat 1MDB yang membangunkan Bandar Malaysia) mempunyai masalah untuk membayar kontraktor penempatan semula (iaitu anak syarikat LTAT)
2. 1MDB RE telah menggunakan sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibayar kepada anak syarikat LTAT bagi tujuannya sendiri iaitu membayar faedah pinjaman
3. Keputusan pengurusan 1MDB menggunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM288 juta untuk membayar faedah pinjamannya tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB
4. Pembayaran tuntutan oleh PPHM kepada 1MDB bagi kos pembangunan lima lokasi penempatan semula iaitu Pengkalan Udara Subang, Pengkalan Udara Sendayan, Pengkalan Udara Polis Subang, Rejimen Artileri Diraja Kem Kajang dan Pengkalan Udara Kuantan telah tertunggak sejak bulan Disember 2014 hingga September 2015. Nilai bayaran tertunggak dari 1MDB kepada PPHM sehingga September 2015 adalah berjumlah RM396.41 juta

Laporan Ketua Audit Negara yang saya tunjukkan pada hari ini jelas membuktikan bahawa keterlibatan LTAT di dalam projek 1MDB dan masalah kewangan 1MDB telah membawa kesan kepada kedudukan LTAT.

Saya mengulangi desakan saya sebelum ini supaya LTAT menyelesaikan tunggakan bayaran caruman kepada pesara-pesara tentera secepat mungkin.

Saya juga mendesak supaya tindakan diambil ke atas Arulkanda Kandasamy, CEO 1MDB yang mengeluarkan kenyataan yang cuba menyembunyikan perkara sebenarnya dari pesara-pesara tentera dan rakyat apabila saya menimbulkan isu ini minggu lalu.

Kedua-dua kenyataan dikeluarkan oleh ;
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Siapa kata Najib ketua kerajaan yang sah?

UMNO dakwa kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib  sekarang adalah kerajaan yang sah.Dan Datuk Najib sendiri ketika mengulas sepakatan Dr. Mahahir dengan pembangkang menggesanya berundur daripada Perdana Menteri, menempelak bekas ketuanya itu hendak menjatuhkan kerajaannya yang sah.

Rupanya Najib sendiri menyangka dia ketua kerajaan yang sah.

Tanpa mengira Pilihan Raya Umum Ke-13 dulu dijalankan secara bersih atau tidak atau kerajaan itu diperoleh melalui penggunaan apa yang dikatakan derma RM2.6 bilion daripada sumber yang belum jelas, tidaklah jelas kerajaannya sekarang adalah kerajaan yang sah.
  
Daripada peraturan yang dipakai saja kerajaan BN sekarang dikatakan kerajaan yang sah kerana ia memiliki kerusi yang lebih di Parlimen.
   
Seperti kemenangan semua kerajaan Malaysia selama ini, kerajaan dibentuk justeru ia memiliki kerusi yang lebih di parlimen atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya dan rata-rata ia menguasai undi popular, kecuali di Terengganu dalam PRU 1969 PAS beroleh undi keseluruhan lebih dari Perikatan tetapi Perikatan dapat kerusi lebih di DUN.
  
Saya tidak mahu bercakap tentang kerajaan rampasan kuasa seperti Terengganu 1962 dan Perak dalam tahun 2009.
  
Kita tumpukan saja pada keputusan PRU13. Dari peraturan perlembagaan dan akta pilihan raya  saja kemenangan diberi kepada BN justeru ia mendapat kerusi lebih di Parlimen. Tidak ditakwil atas peraturan yang begitu itu. Tetapi BN tidak dapat undi popular. Pembangkang beroleh undi popular lebih 50 peratus dan BN hanya dapat kurang 50 peratus.
  
Dari teknikal saja BN menang  tetapi hakikatnya BN sudah kalah.
  
Jika Najib ikut tergila-gila dengan sentimen ia menang dan mengetuai kerajaan yang sah, dari segi semangat demokrasi dan hakikatnya ia sudah kalah. Hakikatnya Najib belum dikira Perdana Menteri yang popular justeru partinya kalah dalam undi popular.
   
Nasibnya baik kerana dapat kerusi lebih. Tidak sama dengan lain-lain Perdana Menteri Malaysia sebelumnya kerana mengetuai kerajaan yang beroleh kerusi lebih dan undi popular. Hanya Najib saja jadi Perdana Menteri yang kalah dalam undi popular.
   
Tak apalah dia jadi Perdana Menteri kerana dapat kerusi lebih saja. Tetapi tidaklah boleh dia hendak berbangga sangat sebagai kerajaan yang sah sedang dia tidak menang kedua-dua – kerusi lebih dan undi popular.
   
Hanya muka yang tak malu saja mendakwa kerajaan yang tempang itu sebagai kerajaan yang sah. Najib boleh dikira sebagai Perdana Menteri kepada semua kerajaan yang tempang. Ia bukan sekadar tempang kerana tidak memiliki undi popular dan dia sendiri sudah menjadi Perdana Menteri yang tidak popular.
    
Mahathir juga pernah menjadi Perdana Menteri tidak popular dalam pentadbirannya yang lama. Tetapi dalam semua pilihan raya kerajaan yang dipimpinnya beroleh undi popular. Tun Abdullah  Badawi berakhir sebagai Perdana Menteri yang tidak popular, tetapi setempang kerajaan yang ditinggalkannya, ia ada undi popular.
   
Najib sudah tidak dapat undi popular dan dia pula adalah perdana menteri yang amat tidak popular. Dari segi hakikat demokrasinya dan popularitinya benarkah dia memimpin kerajaan yang sah. Ada sah dan ada tidak sahnya. Sahnya adalah seperti sah dihujung tanduk.
   
Jika kerajaannya hendak ditumbangkan ia adalah sama banyak antara kerajaan yang sah dan tidak sah. Dalam keadaan yang tidak berapa sah itu, sahnya ditentukan oleh populariti. Najib tidak ada populariti dan tidak ada undi popular. Maka kerajaannya tidak berapa sah. ~ Oleh Subky Latif

Isnin, 28 Mac 2016

Mulut Hadi dah berbau UMNO! Tengok sendiri!!



Selagi ada DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan, usahlah gabungan pembangkang itu bermimpi untuk Pas kembali menyertai mereka demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk bertaut memang tidak mungkin malah Pas akan menentang DAP habis-habisan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.

"Itu memang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan kami tidak akan sama sekali bersekongkol dengan puak-puak itu sebaliknya akan menggagalkan usaha mereka.

"DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook miliknya.


tengok video ni dulu ...



Ujar Hadi, untuk menggagalkan cita-cita DAP, umat Islam di negara ini diseru bersatu kerana hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Suka juga Pas nak ingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar.

"Biarlah PAN dengan PKR mengikut kehendak DAP dalam memperjuangkan agenda politik dinegara ini tetapi persoalannya, apa peranan kedua-dua parti tersebut?" soalnya.

Tambahnya Abdul Hadi, orang Islam harus buka mata dan sedar daripada terus besekongkol dengan DAP.

"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti NGO untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP agar calon yang diletakkan itu tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuang­an kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya. - MalaysiaGazette

... kuang .. kuang ... kuang ...

Hangpa jangan gelak kuat sangat kat Haji Hadi dan PAS ..
nampak tak busuk hati dia..

Dia kata rakyat cina 30% jer, jadi macam mana kira Matematik yang DAP nak perintah negara ..? Alasan bingai mana nih..? Setahu aku yang guna ayat ni adalah UMNO. musuh ketat pakatan rakyat semasa PAS duduk sekali dalam pakatan tu dulu...

Dulu UMNO guna taktik ni la nak takutkan pengundi melayu. DAP tu berapa kerat sangat dalam parlimen. Kalau ya pun AMANAH dan PKR dalam PH, takkan la bodoh sangat ahli parlimen melayu islam dalam pakatan harapan nak bagi muka kalau nak ubah perlembagaan. Bodoh ke apa ..?

Kini bila dah keluar, hudud entah ke mana, serang DAP pulak ..?

Geng taksub PAS mungkin boleh angguk sambil rela dicucuk hidung. Tapi bagi golongan pertengahan dan ada akai, akan fikir panjang tentang PAS terutama Haji Hadi.

Soalan cepu emas, kenapa semasa dalam pakatan rakyat dulu dan banyak ahli parlimen PAS menang dibantu pengundi DAP, tak der la pulak nak keluar DAP nak memerintah negara la bagai ...

Aku masih ingat, ada pemimpin PAS kata akan dedah perancangan licik DAP. Mana dia ..?

Selamat tinggal PAS!

BONUS .. sebelum keluar dari blog ni layan video ni dulu.. tapi ni dulu la hahahhahaha



Hangpa dah ada akai ..?

Saya tidak berdendam dengan Mahathir

"Saya ditahan dua kali di bawah ISA semasa pemerintahan Tun Mahathir. Namun ini bukan mengenai balas dendam pada masa lalu.

"Adakah saya perlu mengecam seorang bekas perdana menteri apabila saya sepatutnya membidas kepimpinan pada hari ini?," ujarnya pada kongres 'Selamatkan Malaysia' di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan tidak perlu berdendam dengan Tun Mahathir meskipun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, Islam turut mengajar manusia untuk berkata benar di depan pemimpin zalim bukan pemimpin pencen yang zalim.

"Kalau kita berani kritik orang yang dah pencen, itu bukan jantan namanya.

"Imam Syafie, Imam Abu Malik dan Abu Hanifah dipenjarakan kerana mengkritik pemimpin yang menyeleweng di zaman mereka tetapi bukan mengkritik Abu Lahab dan Abu Jahal yang telah lama pergi," ujarnya lagi yang pernah ditahan ketika Ops Lalang 1987.

Kena 'queen control', Lim beli banglo, kata Tajuddin

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membeli banglo di George Town kerana 'dikawal' oleh isterinya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.

"Ini Lim Guan Eng kena queen control, beli banglo kerana bini dia suka rumah tu," kata Tajuddin di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab 'pantun' oleh Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu), yang membangkitkan pembelian rumah kontroversi Lim sebelum bertanya soalan kepada Tajuddin mengenai pertanian bandar.

Pantun itu berbunyi:

Banglo mewah murah harganya,

Kalau nak beli mesti ada kuasa,

Willing buyer willing seller katanya

Soalan saya nombor lima

Lim diserang hebat selepas didakwa membeli sebuah banglo di George Town di bawah harga pasaran sebanyak RM2.8 juta.

Ketika skandal itu mula-mula bocor, ketua menteri itu berkata beliau memerlukan kebenaran isterinya sebelum memberi akses kepada media untuk memasuki rumah berkenaan kerana bimbang tentang privasi.

Giliran pemimpin UMNO ini pulak dipecat Najib!

Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur Rahman telah dipecat sebagai ahli UMNO secara rasmi sejak Jumaat lalu.

Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan berkata, dia menerima surat memaklumkan perkara itu daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.

“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam.

Kamarul Azman berkata, ahli UMNO sudah berasa menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu.

Dia yang juga seorang guru menyatakan tidak takut kehilangan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.

Weh Muhyiddin, menyesal pun sudah tidak berguna ...

Menyesal pun sudah tidak berguna .. Apa yang penting sekarang kamu kena ubah terus. Padam terus UMNO dari bumi Malaysia. UMNO banyak membawa kerosakan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyesali perbuatannya yang bertindak memaksa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, sebelum ini.

Beliau berkata, disebabkan tindakannya itu, akhirnya memakan diri apabila telah membuka peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki jawatan sebagai menjadi Perdana Menteri.

“Saya lihat situasi keadaan Barisan Nasional (BN) ketika itu agak lemah. Tidak dapat menguasai kerusi 2/3 di parlimen ketika Pak Lah (Tun Abdullah) menjadi perdana menteri. Maka daripada situ kita meminta Pak Lah letak jawatan. Saya tidak pernah dengar suara daripada sesiapa pun mengatakan bahawa saya harus dipecat.

“Dan tidak ada suara juga pada ketika itu mengatakan bahawa ini adalah usaha untuk menumbangkan kerajaan. kerana yang kita minta ialah supaya perdana menteri turun, dan diganti oleh perdana menteri yang baharu.

“Menyesal saya. Waktu itu kita tengok molek-molek belaka (mengajuk dialek Kelantan – indah semuanya), tiada benda yang luar biasa,”katanya di Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 1,000 hadirin yang menghadiri kongres tersebut. - SuaraTV

Berita gempar pagi nih...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai "Deklarasi Mahathir" kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

"Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.

"Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau di Larut, semalam.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

* aku tak berapa nak faham doh, pe benda kau cakap nih ...

Yang aku tau bila PAS dah keluar PR dan tubuh blog ketiga, maknanya tiga penjuru. Jadi aku hanya mahu menangkan PH .. no more PAS

Ketika allahyarham Nik Aziz masih ada, dia pernah pesan. Kekuatan UMNO pada dua tongkatnya ... MCA dan MIC.

La ni MCA dah sesak nak mampus, MIC dah lama kena kapan .. jadi robohlah dua tongkat tu..

UMNO dah tak kuat, huru hara kerana Najib, tetiba Hadi hulur tongkat bagi tangki oksigen ... pui .... pebendo nih ..?

Siap boleh nak pi nasihat lagi ..?

Sapa agaknya mabuk pil kuda nih ..?

(GAMBAR) 3 gadis ini dikecam nitizen kerana buat tanda "fingering' dan pegang payudara patung



KUALA LUMPUR - Gambar tiga gadis berkelakuan tidak senonoh pada sebuah patung agama Buddha, viral di media sosial, semalam.


Tiga gadis berusia lingkungan 20'an itu merakam gambar kenang-kenangan dengan patung tersebut dengan dua daripadanya memegang payu dara, manakala seorang lagi menunjukkan isyarat tidak senonoh pada patung itu.


Gambar yang dimuat naik oleh ratu perang 18 jam yang lalu telah mendapat 2,526 shares di Facebook dan 4,200 likes.
Rata-rata netizen mengecam tindakan tiga gadis itu yang secara tidak langsung telah memalukan Islam.


"Pertama, kau mempersendakan agama orang lain. Kedua, kau memalukan bangsa sendiri. Ketiga, kau memalukan kaum kau sendiri. Keempat, kau dengan bangangnya bangga membuat isyarat lucah pada patung itu. Bertudung tetapi bodo," kata Ratu Perang.
"

Kalau ye pun nak bergurau itu, agak-agaklah. Ini dikatakan bergurau sampai sanggup berbuat demikian? Ini sudah terang-terang mempersendakan kaum orang lain. Amat memalukanlah perbuatan seperti ini," kata Sayunara Kumpitai.


Berdasarkan pencarian kami, gambar ini dipercayai viral di media sosial Indonesia dan dikatakan 3 gadis berkenaan juga berasal dari Indonesia. Bukan seperti yang didakwa kononnya warga Malaysia. ~sumber: ' - Pixel Media

Ahad, 27 Mac 2016

Kisah Benar!.. Gadis Bunuh Diri Selepas Solat, Yang Wajib Ibu Bapa Baca

Kadangkala apabila rakan Facebook berkongsikan artikel yang panjang lebar, ianya akan membuat kita skrol pos itu tanpa membacanya. Tapi apabila terlalu ramai yang berkongsikan kisah ini, sudah tentu ada sesuatu padanya hingga mampu menarik perhatian demikian ramai orang.

Kisah Benar!.. Gadis Bunuh Diri Selepas Solat, Yang Wajib Ibu Bapa Baca

Dan selepas membacanya, diakui kisah ini ‘berhantu’ kerana ia sesuatu yang amat sadis tetapi tak mustahil berlaku pada sesiapa sahaja dalam kalangan kita.

Kisah ini mesti dibaca setiap ibu bapa terutama mereka yang mengharap terlalu tinggi pada anak-anak agar berjaya dalam kehidupan, seolah-olah ingin mengadun mereka mengikut acuan yang dipaksa-paksa.

Mudah-mudahan dengan perkongsian kisah ini, tak ada lagi ibu bapa yang tersilap langkah hingga mendatangkan musibah maha besar dalam keluarga seperti ditanggung si pencerita.

Berikut adalah kisah benar yang teramat sedih, dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairul Hakimin Muhammad berdasarkan perbualannya dengan ibu kepada anak yang meragut nyawanya sendiri itu.

Artikel ini telah mendapat hampir 40,158 perkongsian di Facebook setakat hari ini (Khamis 24 Mac 2016).

“Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa.

Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju. Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya.

Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri.

Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita. Rupanya beliau ini seorang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu.

Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa di pandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung.

Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan.

Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar.

Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperoleh semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelam kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan.

Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi.”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak.

Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti.

Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga, pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-Indon ka?”

Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu.

Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana. Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran.

Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi Muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua.

Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu.

Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher.

Dan kemudian menggantungnya diri dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain.

Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya menggangguk.

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya.

Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang. Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya.

Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya.

Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu. Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran.

Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil.

Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.”

Seperti Khairul Hakimin, hanya istighfar yang terlontar usai membaca kisah sedih ini. Semoga tragedi begini dijauhkan daripada menimpa kita dan keluarga.

SEMOGA kita mendapat iktibar dari kisah ini.

Sabtu, 26 Mac 2016

Kalau aku perempuan murahan, kau perempuan tak reti jaga rumahtangga!

Saya baru tahu suami saya main kayu tiga. Kami dah kenal 11 tahun, 5 tahun berkahwin. Sepanjang mengenalinya, perkara yang paling saya tidak sangka ialah dia menduakan cinta saya.

Ini pun saya baru tahu 3 minggu yang lalu. Paling sakit hati, dia bercinta dengan isteri orang sehingga sanggup memburukkan isterinya sendiri bagi menutup kesalahannya dengan isteri orang.

Disebabkan sakit hati bila saya asyik marah dan gelar dia perempuan murahan, dia mesej saya dan mengaku dia memang perempuan murahan!

Namun, suami dayus saya itu masih enggan mengaku walaupun saya tak bagi anak-anak untuk dia pegang dan jumpa. Dia masih memburukkan saya dengan alasan nak menutup kesalahan dia sendiri. Allah, dia terus lupakan masa susah senang bersama.

Walaupun isteri orang ini kata pergi jalan merata-rata, mesej-mesej lain yang suami tulis saya akan masuk. Kemudian selepas settle kes cerai.

Kepada suami di luar sana, janganlah bila sudah tidak suka, hanya keburukan yang dinampak dan diungkit. Ingatlah semasa anda bahagia, semasa anda bergelak bersama, susah senang bersama. Ingatlah yang melahirkan anak-anak kamu itu, si isteri yang menanggung segala kesakitan.

Kalau sudah tidak menyayanginya lagi, lepaskanlah dengan cara terhormat seperti mana kamu melamar dia sebelum ini.

Kepada perempuan anak dara atau isteri orang, tolonglah jangan dengar masalah rumah tangga orang. Kalau nak dengar sangat, dengar dari kedua-dua belah pihak. Jangan jatuh simpati tanpa sebab. Bila dah jatuh simpati, maka syaitan akan memulakan kerja yang selanjutnya.

Isteri orang dan suamiku, bertaubatlah. Allah masih sayangkan kalian. Cukup-cukuplah memburukkan orang yang pernah membahagiakan anda untuk tutup habis kelakuan curang anda. Sebesar mana pun kesalahan isteri dan suami, janganlah dibalas dengan kecurangan sebab curang bukan alasan. Curang kerana nafsu, kerana Allah beri dugaan untuk melihat sejauh mana keimanan kamu.

Pada perempuan, janganlah sesekali mencintai seseorang lelaki melebihi segala-galanya seperti saya. Sebab sangat sakit untuk menerima. Jangan percaya 100% kata-kata cinta lelaki walaupun mereka bersumpah di atas nama Allah sekali pun kerana, bila ditipu amatlah perit rasanya hati mahu menerima dan percaya akan perkara itu sedang berlaku.

Kini, hanya anak-anak saja yang menjadikan saya kuat dan tabah. Saya tetapkan iman, rapatkan lagi diri dengan Allah, sibukkan diri buat perkara-perkara yang berfaedah. Jangan ikutkan perasaan sakit perit dendam sebab ia akan membuatkan anda stress dan syaitan akan mempengaruhi anda.

Ingat, Allah sentiasa ada di dalam hati anda sebab untuk lepas tahap melupakan segala kesakitan di hari adalah satu tahap yang akan buat anda menjadi gila. Sebab itu ada isteri yang mengambil tindakan membunuh diri, mencangkul kepala suami, membunuh anak-anak yang tidak berdosa, potong kemaluan suami dan menggunakan khidmat bomoh untuk menundukkan suami!

Tolong jangan buat perkara syirik, munafik dan memperbodohkan diri sendiri sehingga menambah dosa yang sedia ada. Bertenang dan lihat saja sejauh mana drama mereka boleh pergi.

Ala, kacau sikit-sikit, marah, nasihat sambil perli kaw² supaya mereka panas bontot. Orang yang buat jahat hatinya memang tidak akan pernah tenang. Tambahkan lagi rasa gelisah mereka, yang lain, serahkan pada Allah.

Nak menangis, menangislah sepuas-puasnya. Lumrah wanita memang begitu, kalau cakap move on, mesti akan menangis punya. - Kisah Rumah Tangga

Ini alasan Khalid Abu Bakar tidak akan mohon maaf

Berikutan dikecam hebat oleh pelbagai pihak kerana keengganan beliau memohon maaf ke atas kes remaja ditembak mati pada 2010, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tampil memberi penjelasan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis mendapati beliau bersalah kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja tersebut, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Kopeal Jenain Subi pada 2010.

"Saya mendapat banyak pertanyaan sama ada akan mohon maaf selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam buat keputusan terhadap kes sivil kematian Aminulrasyid. Saya tidak akan memohon maaf kerana kenyataan yang dibuat ketika itu adalah berdasarkan kepada fakta kes itu pada masa itu.

"Kalau mahkamah tidak membincangkan kewujudan dalam parang dalam kereta itu..itu bukan masalah saya. Tapi faktanya parang itu wujud dalam kereta itu dan kalau kita tengok rekod tengok pun, parang itu dihantar ke jabatan kimia untuk dibuat ujian. Tapi oleh kerana fakta parang tidak dibangkitkan semasa kes sivil itu..itu bukannya masalah saya,” kata Khalid semasa Program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini, hari ini.

Khalid berkata, tidak timbul soalan untuk beliau minta maaf kerana didakwa berbohong atau sengaja membuat kenyataan untuk melindungi anggota polis.

"Itu tak benar. Jadi, tiada sebab mohon maaf. Saya tidak berlagak sombong atau riak tapi saya berpegang pada fakta kes itu. Saya tak pernah sebut arwah menggunakan parang itu saya cuma kata parang ditemui dalam kenderaan itu.

"Jadi jangan ada orang cuba nak memusingkan dan mengolah cerita lain pula...saya beri amaran jika ada pihak lain buat cerita lain saya akan ambil tindakan kerana apa yang saya sebut semasa menjadi Ketua Polis Selangor adalah berdasarkan fakta,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tonton video panas Lydiawati

Jika sebelum ini, pelakon popular era 1990-an, Lydiawati pernah menjelaskan situasinya yang sering diganggu oleh seorang wanita kepada Harian Metro.

Namun, hari ini, Lydiawati hilang sabar dan memuatnaik dua bahagian video wanita yang didakwa sebagai pengkid itu dibelasah.

“Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari. Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya”

“Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara,” memetik kata-kata Lydiawati sebelum ini kepada Harian Metro.

Menurut Lydiawati di Facebooknya, dia mempunyai alasan sendiri mengapa memuatnaik video berkenaan selain menjelaskan bahawa kes tersebut sebenarnya sudah menjadi kes polis. Sementara wanita yang didakwa berasal dari Brunei tersebut kini melarikan diri.
tonton part 1 di sini
tonton part 2

rotikaya

Pelakon Lydiawati memuat naik video di Facebook menunjukkan beliau membelasah seorang individu yang didakwa mengganggunya dan anggota keluarganya.

Rakaman aksi itu dimuat naik dalam dua buah video yang setiap satu sepanjang kira-kira seminit setengah.

Ia antaranya memaparkan aksi Lydiawati menengking, memukul dan membaling objek ke arah individu yang dikatakan pengkid itu.

Dalam status di laman sosial, Lydiawati menjelaskan beliau terpaksa bertindak demikian dengan mengambil kira faktor keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga.

“Saya mengalami tekanan emosi dan trauma dan juga merasakan tidak selamat berada di rumah, apatah lagi tinggalkan anak-anak saya di rumah semasa saya pergi bekerja, untuk penggambaran,” tulisnya.

“Tujuan saya lakukan ini untuk memberi pengajaran kepada si poyo ini supaya manusia yang bertopengkan binatang ini tidak mengganggu dan tidak mengulangi apa yang dah dia buat dan lakukan kepada saya lagi.”

Katanya, bukan kehendaknya melakukan tindakan itu tetapi menegaskan telah bersabar dan berdiam diri selama dua tahun tanpa membalas segala mesej dan panggilan padanya.

“Tetapi kebelakangan ini dia cuba mencabar kesabaran saya selama ini dan mengganggu keluarga saya.

"Itu yang saya tak boleh terima,” katanya.

Sementara itu, portal Sinar.fm melaporkan insiden ini sudah pun menjadi kes polis.

Jumaat, 25 Mac 2016

Kekeke, tolong jangan muntah bila baca tentang Rosmah Mansor nih

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.

“(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab … nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

“Saya pernah tanya kenapa buat GST… orang marah. Dia (Najib) kata ‘I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader’ (Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis),” katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama, semalam.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

“Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat,” katanya lagi.

Program ‘Langit Biru’ yang pertama kali bersiaran semalam dikendalikan oleh Wan Syahrina Abd Rahman bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rosmah yang juga Pengerusi Yayasan PERMATA merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio lapor PRUTV.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.

“(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab … nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

“Saya pernah tanya kenapa buat GST… orang marah. Dia (Najib) kata ‘I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader’ (Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis),” katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama, semalam.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

“Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat,” katanya lagi.

Program ‘Langit Biru’ yang pertama kali bersiaran semalam dikendalikan oleh Wan Syahrina Abd Rahman bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rosmah yang juga Pengerusi Yayasan PERMATA merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio lapor PRUTV.

Hina sangatkah saya kahwin dengan orang tua?

"Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," katanya.


KUALA TERENGGANU - Demikianlah persoalan dari tuan empunya badan yang baru berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun.

Gambar yang dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook tersebar luas sehingga ada segelintir pengendali laman Facebook seperti Himpunan Gambar Lawak dilihat mempersendakan pasangan itu.

"18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha," tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa.

Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah Nazri, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.

"terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.

"Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap.

"By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa okay tak? Okaylah kot kan? Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

"Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," katanya.

Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini mengambil pendirian untuk berdiam diri. Namun gambar dia dan suami telah tersebar meluas sehingga menjadi bahan jenaka netizen menyebabkan dia hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu.

Kes Aminulrasyid - PDRM Kalah, Diarah Bayar Denda Kepada Keluarga - Kebenaran Akhirnya Terbukti


Aminulrashid akan berusia 21 tahun jika dia masih hidup hari ini. Bayangkan jika anak kita buat satu kesilapan yang boleh diperbaiki dihukum dengan kematian..

boleh terima ke?
 
Bukan duit yang dicari keluarga Aminulrashid sebaliknya kebenaran disebalik insiden kerana insiden berkenaan telah menyebabkan kematian anak kesayangan mereka yang turut dihukum secara kejam oleh mereka-mereka yang membela PDRM... 
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu lapor Malaysiakini.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.

"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.

Apabila Najib disaman Mahathir, apa akan berlaku ..?

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menimbulkan pelbagai implikasi berikutan kes yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, Kadir dalam tulisan di blog semalam, berkata kes itu akan menguji sejauh mana rakyat biasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penjawat awam politik.

Menurutnya, kes ini juga akan menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman negara dan sejauh mana tindak tanduk seorang perdana menteri “kebal” daripada tindakan undang-undang serta membuka perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.

“Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Najib,” katanya.

Peguam yang mewakili plaintif, Mohd Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, semalam bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor boleh disapina sebagai
saksi berhubung dengan tindakan undang-undang.

Mohd Khatri berkata selain Rosmah, beliau bercadang untuk mendapatkan sepina ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengulas lanjut, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Najib berupaya memutarbelitkan kes ini.

Ia kerana, katanya, mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada Najib dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam.

“Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.

“Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu,” kata Kadir.

Mahathir dan dua yang lain semalam memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Azalina dimalukan dan memang tak tahu malu

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menukar keputusan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak membenarkan isu derma politik RM2.6 billion dibahas di Parlimen.

Pandikar Amin membuat keputusan itu selepas ahli Parlimen pembangkang membantah arahan yang dikeluarkan Azalina yang menimbulkan pertikaian hampir sejam di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang mahu soalan mengenai dana RM2.6 billion perlu didengar terlebih dahulu bukan langsung tidak dijawab.

Pandikar Amin bersetuju dan mengakui Azalina telah melangkaui tugasnya dengan membuat keputusan awal sebelum berbincang dengannya.

“Kesilapan yang dilakukan Menteri (Azalina) adalah dia bertindak lebih awal mengambil alih tugas Speaker. Jadi, tidak sesekali kesilapan ini akan berulang.

“Jika tidak, rakyat akan berkata Speaker sewenang-wenangnya mengikut arahan pihak tertinggi,” katanya.

Azalina mengeluarkan arahan itu pada 16 Mac lalu mengikut Peraturan 23 (1) yang menyebut sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.

Beliau membuat arahan itu susulan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016. -
FMT

Khamis, 24 Mac 2016

Apa hal pulak dengan Pemuda PAS Pulau Pinang nih .... tetiba Pemuda PAS Pulau Pinang bangkit menyalak la pulak!

TIBA-TIBA PEMUDA PAS PENANG BANGUN TIDUR?

MEDIA milik Umno nampaknya saban hari menghentam Lim Guan Eng.  Kononnya mereka mahu lupakan dosa-dosa Najib dalam skandal 1MDB dan duit derma RM2.6 Bilion itu.  Maka diperbesarkan cerita tentang pembelian rumah oleh Guan Eng yang dikatakan 'salah guna kuasa' itu.

Belum sempat mereka mahu menakut-nakutkan KM P.Pinang itu, Guan Eng sendiri mencabar sesiapa sahaja yang ingin menuduhnya boleh berbuat demikian.  Jangan hanya pandai menyalak di dalam Parlimen dek kerana di situ ada kekebalan.  Guan Eng siap menjemput SPRM untuk menyiasatnya.

Semalam, media ini juga menuntut agar Guan Eng bercuti sehingga selesai siasatan.  Paling jelik sekali, Ketua Pemuda Pas P.Pinang tiba-tiba terbangun dari jaga.  Mereka pun mendesak Guan Eng bercuti.  Peliknya, sewaktu skandal 1MDB dan duit derma RM2.6 Bilion yang melibatkan Najib menjadi berita hangat dan sensasi di seluruh negara dan di seluruh dunia, di mana suara Pemuda Pas?  Tidur agaknya.

Sewaktu beberapa NGO membuat laporan polis dan SPRM terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam isu balak, Pemuda Pas juga masih lena.  Tiada desakan pun agar MB Kelantan atau TMB Kelantan bercuti.  Inikah keadilan Islam yang mahu mereka tunjukkan?  Oleh kerana Guan Eng itu Dap, maka dendam pun membara?

Apa pun, Guan Eng tetap cool.  Beliau tahu beliau tidak bersalah.  Sehingga kini tiada siapa pun berani mengulangi dakwaan secara terbuka terhadapnya, kecuali di dalam Parlimen.  Mengapa takut?  Takut jadi seperti Tontawi yang terpaksa bayar RM10K kerana menfitnah Guan Eng?  Memalukan nama Islam saja perangai begini.
WFAUZDIN NS

TMJ ingatkan kerajaan persekutuan jangan ulangi peristiwa 1992

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook.

Putera yang berusia 31 tahun itu berumur lapan tahun ketika sesi khas parlimen diadakan pada Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau kekebalan Raja-raja Melayu.

Apa yang berlaku tercetus berikutan dua kejadian yang membabitkan keluarga diraja Johor.

Kejadian pertama tercetus apabila Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan.

Apabila Persekutuan Hoki Malaysia menghukum Tunku Abdul Majid dengan menggantungnya daripada bermaian selama lima tahun, Sultan Iskandar menjadi berang dan memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukna kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki kecewa dan membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

Benggang dengan perkembangan itu, Allahyarham Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata episod 1992 itu adalah perkara lama tetapi menambah bahawa "Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah.”

“Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.

“Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

“Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana kita dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Baginda juga memberitahu seluruh rakyat di negeri itu bahawa Sultan dan kerabat diraja menyayangi mereka serta mengingatkan bahawa kekuatan kedaulatan Johor ialah perpaduan.

“Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya.

“Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor.

“Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita,” katanya lagi.

Adakah kamu berkahwin untuk menolong wanita itu atau sekadar 'menolong' boboi dalam seluar kamu itu?

adakah kamu berkahwin untuk menolong wanita itu atau sekadar 'menolong' boboi di dalam seluar itu? atau hanya sekadar mahu menghalalkan skandal kamu?

Assalamualaikum, saya adalah isteri pertama. Suami telah berkahwin dengan isteri nombor dua pada 3 tahun yang lalu.

Sewaktu suami nak bernikah dengan isteri nombor dua, suami telah memujuk saya agar setuju dengan hajatnya. Dia memberikan alasan yang dia kasihan dengan perempuan itu yang berstatus janda anak seorang dan tiada tempat untuk bergantung. Saya merasakan dunia bagaikan bergegar.

Ya, memang benar lelaki boleh berkahwin sampai empat. Tetapi, cuba lelaki bayangkan jika isteri mereka ada suami yang lain. Sudah pasti sanggup berbunuh sesama diri bukan? Begitu jugalah perasaan wanita, namun disebabkan wanita tidak berdaya dan kerana hukum Allah, saya bukakan hati saya untuk redha.

Setiap malam saya menangis. Saya berusaha sekeras mungkin agar saya terus redha dan Allah tidak murka pada saya kerana dari kecil lagi saya dididik dengan ilmu agama yang tinggi.

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui ketenangan apabila saya memikirkan Allah sayang saya, sebab itu saya diuji.

Sejak dari itu, saya diuji lagi. Duit nafkah selalu saja tidak cukup. Nafkah batin apatah lagi, tetapi saya sudah menjadi semakin lali. Saya sudah tidak kisah dan menjawablah suami di akhirat kelak.

Setelah setahun suami berkahwin dengan isteri nombor dua, wanita itu telah datang ke rumah saya dan menyerang saya. Dia mendakwa saya telah menyihir suami sehingga suami saya tak mahu menceraikan saya agar mereka dapat bersama.

Sudahlah hidup saya terseksa, rupanya wanita itu mendesak suami saya untuk menceraikan saya? Saya sudah tidak kisah pun jika diceraikan kerana hati saya selalu memendam rasa.

Rupa-rupanya isteri nombor dua itu berkerja semenjak suami saya mengenali dia. Di mana kebenarannya bila suami saya kata wanita itu janda anak seorang dan tiada tempat bergantung? Dan sekarang pula, isteri nombor dua meroyan kerana suami ingin berkahwin dengan orang ketiga, iaitu anak dara. Saya pula dalam tuntutan fasakh sebab saya sudah tidak tahan hidup tanpa diberi nafkah zahir dan batin. Saya kasihan melihat anak-anak yang terumbang ambing dengan
perangai ayah mereka seperti itu.

Kepada kaum lelaki, ya kamu diberikan kuasa oleh Allah untuk beristeri sehingga 4 orang. Tetapi kamu jangan terlalu gah kerana kamu tidak setanding dengan zaman rasulullah di mana mereka di zaman rasulullah bernikah lebih dari satu untuk membantu wanita yang dalam kesusahan, jandan yang kesempitan hidup.

Tetapi kamu lelaki di zaman sekarang adalah lelaki yang kebanyakkannya lelaki yang tidak berguna, berkahwin lebih dari satu hanya kerana nafsu. Yang tidak adil dari segi nafkah zahir dan batin.

Cuba tanya pada diri sendiri, adakah kamu berkahwin untuk menolong wanita itu atau sekadar 'menolong' boboi di dalam seluar itu? atau hanya sekadar mahu menghalalkan skandal kamu?

Sila betulkan niat, penuhi ilmu di dada, berlaku adil. Jangan disebabkan poligami, kamu akan diseret ke neraka. - Rumahtangga Bahagia Selamanya
 

Kalau pembangkang menang, Rafizi layak jadi Menteri Kewangan

Kewangan beberapa negeri dikhuatiri hampiri muflis

Pertambahan perbelanjaan sebanyak RM240 juta kepada Kumpulan Wang Pendahuluan Negeri memberi gambaran kedudukan kewangan sesetengah kerajaan negeri yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Malah beliau melahirkan kekhuatiran bahawa sesetengah kerajaan negeri mungkin menghampiri taraf muflis sekiranya tidak mendapat suntikan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden PKR itu mengulas dua 'perkara besar' yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Belanjawan Tambahan 2015 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong di Dewan Rakyat 21 Mac lalu.

Dua 'perkara besar' itu adalah peruntukan tambahan untuk tanggungan pencen Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.3 bilion dan peruntukan tambahan kepada Kumpulan Wang Pendahuluan Negeri berjumlah RM240 juta.

Rafizi juga berjanji akan mengkaji dan meneliti kedudukan kewangan kerajaan-kerajaan negeri dan membentangkannya kepada umum sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini.

Langkah ini penting bagi menilai risiko kemuflisan sesetengah kerajaan negeri sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu menyuntik dana secara berterusan.

Dalam kenyataan media yang sama, beliau turut menyentuh peruntukan tambahan RM2.3 bilion bagi tanggungan pencen Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, Akta 672 (Retirement Fund Act) memperuntukkan tanggungan dan pengurusan pencen Kerajaan Persekutuan dan badan-badan kerajaan diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Kerajaan Persekutuan jelas beliau diwajibkan menyumbang 5% dari jumlah keseluruhan emolumen (belanja penggajian, gratuiti dan kos kakitangan awam yang lain) sementara badan berkanun, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diwajibkan menyumbang 17.5% dari gaji pokok bulanan setiap kakitangan di bawah skim pencen kepada KWAP.

Beliau menambah, Menteri Kewangan sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam membuat anggaran tepat jumlah tanggungan yang perlu diperuntukkan bagi tujuan pencen untuk dicarum di dalam KWAP setiap tahun.

"Asasnya adalah mudah, jika jumlah keseluruhan emolumen tidak berubah sepatutnya tidak ada peruntukan tambahan bagi tujuan tanggungan pencen," ujarnya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan hanya perlu menyuntik dana baru sekiranya kedudukan kewangan tabung KWAP (caruman oleh Kerajaan Persekutuan dan keuntungan dari pelaburan dana oleh KWAP) dirasakan tidak mencukupi untuk membayar pencen kakitangan kerajaan di masa hadapan.

Menurut Rafizi, penelitian beliau terhadap prestasi pelaburan KWAP bagi tahun kewangan 2014 mendapati ianya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Iklim pelaburan bagi tahun 2015 adalah lebih buruk dan saya menjangkakan prestasi pelaburan KWAP bagi 2015 adalah lebih buruk selari dengan prestasi dana awam yang lain.

"Pada masa yang sama, KWAP terpalit dengan kontroversi 1MDB termasuklah risiko kewangan yang besar melalui hutang RM4 bilion kepada SRC, urusniaga kewangan yang lain dan pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau bimbang jika jumlah RM2.3 bilion dalam bentuk peruntukan tambahan itu berkait dengan sebarang perbezaan (shortfall) di antara jumlah dana yang diperlukan untuk menanggung liabiliti pencen di masa hadapan dan kedudukan kewangan KWAP sekarang.

Malah beliau tidak dapat mengesan sebarang Laporan Nilaian Aktuari untuk menilai kedudukan kewangan KWAP dalam menanggung liabiliti pencen di masa hadapan.

Akta 672 juga, jelas Rafizi tidak menyebut keperluan mengadakan Laporan Nilaian Aktuari seperti yang diwajibkan kepada tabungan pencen di negara-negara lain.

"Oleh itu, saya akan membawa isu ini ke dalam perbahasan Rang Undang-Undang Tambahan 2015 dan menulis secara rasmi kepada KWAP untuk mendapatkan Laporan Nilaian Aktuari terkini supaya saya dapat meneliti kedudukan KWAP dengan lebih terperinci," katanya.

Kalau Peguam Negara tidak ambil tindakan, memang sah barua

Zeti beri komitmen serah cadangan tindakan sebelum bersara April ini.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah ASD$1.83 bilion yang berada di luar negara.

Pada 9 Oktober tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB supaya menghantar balik ASD$1.83 bilion itu, selepas BNM menarik semula tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan luar negara.

Namun 1MDB dalam respon mereka menjawab penghantaran balik tidak boleh dilakukan kerana wang tersebut sudah diperuntukkan untuk menguruskan hutang luar negara dan penstrukturan semula.

“BNM menyatakan kesanggupan untuk menerima penjelasan itu tetapi mengarahkan mereka supaya menyerahkan bukti dokumen untuk menyokong sebab yang mereka berikan.

“Namun mereka masih tidak menghantar dokumen tersebut walaupun tarikh akhir sudah berlalu. Ekoran kegagalan mematuhi arahan BNM, kami kini dalam proses untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai, seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya dalam sidang media di BNM hari ini, seusai pembentangan laporan tahunan bank pusat itu.

Menjelaskan tindakan yang bakal diambil, Zeti berkata memandangkan BNM tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, langkah itu akan melibatkan badan penguatkuasaan lain.

“BNM akan menghantar kertas cadangan tindakan kepada badan penguatkuasaan, dan mereka melihat cadangan kami dan membuat penilaian mereka. Ini semua tentulah perlu melalui proses (yang sepatutnya),” kata Zeti.

Sebelum ini pada 21 Ogos 2015, BNM pernah menghantar kertas siasatan berhubung 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara namun dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September 2015 dan keputusan untuk tidak mendakwa dimaklumkan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Zeti memberikan komitmen untuk menyerahkan cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

“Tujuan BNM melakukan semua ini adalah untuk menegakkan integriti sistem kewangan kita. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi semua pihak,” katanya lagi.

Saman Najib tunjukkan Mahathir benar-benar terdesak kata pengampu

Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan betapa terdesaknya beliau melalui tindakan terbarunya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Beliau dalam keadaan terdesak," katanya merujuk kepada saman yang difailkan oleh Dr Mahathir dan dua pihak lagi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil hari ini terhadap Perdana Menteri.

"Tun Mahathir cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri melalui Umno. Beliau gagal. Tun Mahathir cuba mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.

Beliau gagal. Sekarang Tun Mahathir cuba untuk menyaman. Tuduhannya adalah palsu, jadi beliau akan gagal lagi," kata Salleh dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 90, bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Umno, Anina Saadudin, 41, memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno.

Mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Najib yang dinamakan sebagai defendan tunggal, membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6 bilion dan ganti rugi teruk berjumlah RM42 juta kepada Kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Salleh berkata: "Tun Mahathir telah kehabisan opsyen. Tindakan ini menunjukkan beliau sudah tidak adalagi saluran politik untuk digunakan."

Rabu, 23 Mac 2016

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?

Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Ahmad Said
Oleh Zabidi Hj Saidi
Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan.

Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.