Rabu, 23 Mac 2016

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?

Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Ahmad Said
Oleh Zabidi Hj Saidi
Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan.

Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ahmad Said keluar umno. Kem aji adi boleh masuk umno.

mansor berkata...

tak mustahil PAS menguasai Terengganu...dan tak mustahil PAS akan memulau pilihanraya itu kerana tak bioleh mengalahkan musoh waktu musoh ada masalah....maqasid politik baru mereka kot...kikikikikikikikikikikiki....

Malaysiabaru berkata...

Jangan bubar

Pas tak nak curi kerajaan

Biar pas pupus

Biar saja dap aelamatkan negara jgn harap pas lagi

Tanpa Nama berkata...

Kalau pas bsama pr masih ada harapan kuasai tganu.. Tp pas bsama ikatan,mana ada kerusi ikatan.. Pas keseorangan dan kesotongan. Padan muka berlagak sangat..rakyat juga jd mangsa,umno juga memerintah. Kahkahkahkah. Padan muka aku sekali. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mana pas berani nak lawan umno. Nanti kena tarik jawatan dunia yg umno beri. Mana boleh suruh mb ganu letak jawatan. Tak boleh jatuhkan pemimpin dan ambil kesempatan. Setang tu. Nanti kita putar lagi kata2

Unknown berkata...

Bodoh punya komen.Oii Pas tak akan bersatu dgn umno la.tak payah dok komen yg menampakkan kedunguan diri sendiri sbb tak faham faham dgn pendirian Paa.