Selasa, 29 Mac 2016

Siapa kata Najib ketua kerajaan yang sah?

UMNO dakwa kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib  sekarang adalah kerajaan yang sah.Dan Datuk Najib sendiri ketika mengulas sepakatan Dr. Mahahir dengan pembangkang menggesanya berundur daripada Perdana Menteri, menempelak bekas ketuanya itu hendak menjatuhkan kerajaannya yang sah.

Rupanya Najib sendiri menyangka dia ketua kerajaan yang sah.

Tanpa mengira Pilihan Raya Umum Ke-13 dulu dijalankan secara bersih atau tidak atau kerajaan itu diperoleh melalui penggunaan apa yang dikatakan derma RM2.6 bilion daripada sumber yang belum jelas, tidaklah jelas kerajaannya sekarang adalah kerajaan yang sah.
  
Daripada peraturan yang dipakai saja kerajaan BN sekarang dikatakan kerajaan yang sah kerana ia memiliki kerusi yang lebih di Parlimen.
   
Seperti kemenangan semua kerajaan Malaysia selama ini, kerajaan dibentuk justeru ia memiliki kerusi yang lebih di parlimen atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya dan rata-rata ia menguasai undi popular, kecuali di Terengganu dalam PRU 1969 PAS beroleh undi keseluruhan lebih dari Perikatan tetapi Perikatan dapat kerusi lebih di DUN.
  
Saya tidak mahu bercakap tentang kerajaan rampasan kuasa seperti Terengganu 1962 dan Perak dalam tahun 2009.
  
Kita tumpukan saja pada keputusan PRU13. Dari peraturan perlembagaan dan akta pilihan raya  saja kemenangan diberi kepada BN justeru ia mendapat kerusi lebih di Parlimen. Tidak ditakwil atas peraturan yang begitu itu. Tetapi BN tidak dapat undi popular. Pembangkang beroleh undi popular lebih 50 peratus dan BN hanya dapat kurang 50 peratus.
  
Dari teknikal saja BN menang  tetapi hakikatnya BN sudah kalah.
  
Jika Najib ikut tergila-gila dengan sentimen ia menang dan mengetuai kerajaan yang sah, dari segi semangat demokrasi dan hakikatnya ia sudah kalah. Hakikatnya Najib belum dikira Perdana Menteri yang popular justeru partinya kalah dalam undi popular.
   
Nasibnya baik kerana dapat kerusi lebih. Tidak sama dengan lain-lain Perdana Menteri Malaysia sebelumnya kerana mengetuai kerajaan yang beroleh kerusi lebih dan undi popular. Hanya Najib saja jadi Perdana Menteri yang kalah dalam undi popular.
   
Tak apalah dia jadi Perdana Menteri kerana dapat kerusi lebih saja. Tetapi tidaklah boleh dia hendak berbangga sangat sebagai kerajaan yang sah sedang dia tidak menang kedua-dua – kerusi lebih dan undi popular.
   
Hanya muka yang tak malu saja mendakwa kerajaan yang tempang itu sebagai kerajaan yang sah. Najib boleh dikira sebagai Perdana Menteri kepada semua kerajaan yang tempang. Ia bukan sekadar tempang kerana tidak memiliki undi popular dan dia sendiri sudah menjadi Perdana Menteri yang tidak popular.
    
Mahathir juga pernah menjadi Perdana Menteri tidak popular dalam pentadbirannya yang lama. Tetapi dalam semua pilihan raya kerajaan yang dipimpinnya beroleh undi popular. Tun Abdullah  Badawi berakhir sebagai Perdana Menteri yang tidak popular, tetapi setempang kerajaan yang ditinggalkannya, ia ada undi popular.
   
Najib sudah tidak dapat undi popular dan dia pula adalah perdana menteri yang amat tidak popular. Dari segi hakikat demokrasinya dan popularitinya benarkah dia memimpin kerajaan yang sah. Ada sah dan ada tidak sahnya. Sahnya adalah seperti sah dihujung tanduk.
   
Jika kerajaannya hendak ditumbangkan ia adalah sama banyak antara kerajaan yang sah dan tidak sah. Dalam keadaan yang tidak berapa sah itu, sahnya ditentukan oleh populariti. Najib tidak ada populariti dan tidak ada undi popular. Maka kerajaannya tidak berapa sah. ~ Oleh Subky Latif

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: