Khamis, 31 Mac 2016

WSJ: Nazir sahkan terima AS$7 juta dari akaun Najib

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari akaun abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.

"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.

Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.

Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.

Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.

Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$ 70,000 (RM275,000) dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Aku berkata...

"Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain."

Disatu ketika dia percaya wang iTu adalah sumbangan daripada syarikat Dan individu Malaysia Dan dimasa yg SAMa tidak pasti samaada dana itu dari sumber yg lain...

Sekiranya benar, nampak benar begitu enteng mereka memandang dolar America 7 juta, saya ulang dolar America 7 juta , bukan 7 ringgit, Bukan 70 Sen, bukan, bukan, BUKANNN... mungkin tidak juga pasti halal haramnya, tidak juga samada sah Dari sudut undang2 atau sebaliknya., Bagaimana pulak Dari segi implikasi cukai ...? Zakat...? Adakah Pemindahan ini perlu dimaklumkan pada Bank Negara ? Mungkinkah juga maklumat ini hanya dicungkil dan didedahkan hasil siasatan Asia Wall Street Journal saja.....

Dan sekiranya untuk kegunaan pilihanraya.... apa kata SPR atau SPRM......? Tak mau siasat ka...?