Rabu, 9 Julai 2014

Piala Dunia 2014: Mueller terkejut, anggap Jerman menang ‘gila’ + Video Gol!!



BELO HORIZONTE, Brazil 9 Julai - Bintang penyerang Jerman, Thomas Mueller mengakui, dia terkejut dan bagaikan tidak percaya pasukannya membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia yang dianggap luar biasa.

"Ia sangat tidak dijangkakan.

"Saya masih tidak percaya. Ia benar-benar gila. Semuanya berjalan dengan sangat baik hari ini," kata Mueller, yang meledak jaringan pembukaan untuk muncul penjaring kedua terbanyak Piala Dunia 2014 setakat ini dengan lima gol.

Menurut penyerang berusia 24 tahun itu, dia bagaikan hilang kata-kata selepas pasukannya membelasah tuan rumah yang juga juara lima kali, Brazil, namun pada masa sama menggesa rakan-rakan sepasukan agar segera melupakan kemenangan tersebut.

"Ia kemenangan yang luar biasa, namun sekarang kami harus segera melupakannya dan fokus kepada perlawanan akhir di Stadium Maracana, Ahad ini," katanya lagi.

Jerman, juara Piala Dunia tiga kali akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda dalam usaha memburu kejuaraan keempat selepas kali terakhir muncul juara pada 1990.

Scolari mohon maaf, akur dia bertanggungjawab penuh


Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negara itu selepas skuad bimbingannya menanggung derita kekalahan memalukan apabila dibaham Jerman 7-1, awal pagi tadi.

“Kami meminta maaf,” kata Scolari, 65 selepas menyaksikan pasukannya tersungkur di separuh akhir di laman sendiri. “Kepada semua rakyat Brazil, saya mohon kemaafan kerana kesilapan negatif ini.”

Scolari sebelum ini pernah membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia pada 2002 turut berkata akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada prestasi hambar skuad bimbingannya.

“Saya bertanggungjawab kepada apa yang pasukan saya lakukan di dalam dan luar padang dan saya yang perlu dipersalahkan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana kami tidak mampu mencapai sasaran kami.

“Peminat masih lagi menyokong kami sekalipun kami sudah dibolosi lima, enam atau tujuh gol kepada Jerman.

“Bukan sesuatu yang normal kamu melepaskan empat gol dalam masa enam minit namun ia boleh berlaku. Malah Jerman juga seakan-akan tidak percaya ia boleh berlaku,” kata Scolari yang turut menggambarkan kekalahan itu sebagai hari terburuk buatnya.

“Saya fikir ia hari terburuk saya, namun hidup perlu diteruskan. Saya akan sentiasa dikenang sebagai jurulatih yang tewas 7-1 namun saya sedar itulah risikonya ketika mengambil alih tugas ini.
“Mesej saya kepada seluruh rakyat Brazil dan peminatnya ialah kami sudah lakukan yang termampu dan kami fikir kami melakukan yang terbaik.” - AFP
sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Awanama berkata...

Sudah scolari, baik letak jawatan je, Biar En. Dollah Salleh ambik tugas kau sebagai jurulatih, membazir je bayar gaji ko RM 285,00.00 seminggu.