Jumaat, 25 Mac 2016

Kes Aminulrasyid - PDRM Kalah, Diarah Bayar Denda Kepada Keluarga - Kebenaran Akhirnya Terbukti


Aminulrashid akan berusia 21 tahun jika dia masih hidup hari ini. Bayangkan jika anak kita buat satu kesilapan yang boleh diperbaiki dihukum dengan kematian..

boleh terima ke?
 
Bukan duit yang dicari keluarga Aminulrashid sebaliknya kebenaran disebalik insiden kerana insiden berkenaan telah menyebabkan kematian anak kesayangan mereka yang turut dihukum secara kejam oleh mereka-mereka yang membela PDRM... 
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu lapor Malaysiakini.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.

"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kes Aminulrasyid - PDRM kalah, bayar denda - Kebenaran terbukti
Kes Anwar - Anwar kalah, dipenjarakan - Kebenaran tak terbukti??

Tanpa Nama berkata...

Kepada keluaga arwah Aminulrasyid diharapkan banayak bersabar. Memang menyedihkan kehilangan orang yang kita sayang tetapi ingatlah Allah SWT lebih menyayanginya. Wang yang diperolehi tidak akan dapat mengembalikan arwah malah tidak akan dapat barang sedikitpun mengubati kesediahan yang telah ditempuhi itu. Namun dengan keputusan ini menunjukkan bahawa arwah tidak bersalah.

Kepada pihak yang diarahkan membayar sendiri mau ingatlah. Di dunia Tuhan dah tunjukkan sedikit cuba bayang bila di Masyar nanti. Adoiiii mak aoii tak boleh nak bayang.

kalid dalam kenyataannya selepas kejadian tembakan tersebut telah menyatakan terdapat parang dalam kereta yang dipandu arwah. Semua orang percaya sebaba yang membuat kenyataan adalah ketua polis Selangor. Rupa-rupanya bohong dan sekarang jelas terbukti. Agak-agaklah dah banyak mana si kalid ni tipu rakyat malausia semenjak jadi kpn????

Kalau di US orang yang buat kenyataan macam ni boleh didakwa atas kesalaham menghalang keadilan atau obstruction of justice kerana menipu. Nampak sangat kpn pun kaki tipu kuat kencing. Banggalah rakyat malausia ada ketua polis negara pembohong pandai main twitter jer. malausia menuju kepada satu keadaan yang semakin teruk dan punah. Tak nampak akan semakin baik lagi dah.

Tanpa Nama berkata...

mahkamah dah putuskan...pdrm kalah...satu pngajaran buat pdrm..jgn rasa brkuasa sngat sbb kita ada undang2.