Jumaat, 27 Januari 2023

Apa kaitan pemecatan KJ, Noh Omar dengan kejatuhan kerajaan pimpinan Anwar?

  • Kau orang sedar ke tidak, usaha tidak pernah jemu oleh gerombolan walaun untuk menjahanamkan kerajaan perpaduan DS Anwar tidak pernah luntur
  • Perjalanan masih panjang dan berliku. Masih banyak strategi yang akan diguna pakai pemimpin-pemimpin walaun.
  • Cuba tendang Zahid dari menjadi presiden UMNO melalui proxy mesra walaun masih diteruskan.
  • Walaupun PAU2022 telah memutuskan tiada pertandingan jawatan no 1 dan no 2, namun usaha dari dalam untuk membatalkan usul tersebut masih diteruskan.
  • Dahulu, 22 bulan kerajaan PH bertahan. Kini usia kerajaan DS Anwar baru masuk 2 bulan. Masih banyak lagi 'peluru' yang akan digunakan sehinggalah kerajaan yang sah ini tumbang. Kau orang ingat pemimpin walaun terus diam diri?
  • Dengan penuh bongkak, pemimpin walaun terus berusaha menebuk atap. Bukan lagi sembunyi-sembunyi. Dulu pun pemimpin walaun mengaku menjadi dalang kejatuhan kerajaan PH.
  • Dalam pertarungan, sama ada kamu menyerang atau kamu mati diserang. Tak kan nak biar perkara sama berlaku kepada kerajaan sekarang?
  • Cuma nak tanya, apa yang team PH buat untuk menyelamatkan kerajaan sedia ada?
  • Mana perginya counter attack, tak kan dah dekat nak mampus baru nak bertindak? Mau kena heart attack.
  • 22 bulan atau habis penggal?

Jumaat, 6 Januari 2023

Dari krisis Sabah, kerajaan Anwar juga akan "terbakar"

  • Kes covid-19 yang berlaku sehingga ada PKP, bermula dari PRN Sabah
  • Masa itu, TS Muhyiddin jadi PM.
  • Itu dulu, dan kemelut itu kini berulang.
  • Apabila UMNO dan BN menarik sokongan pada Hajiji, kerajaan Sabah tumbang. Aku berpanangan, game sudah bermula.
  • Kebetulan isu langkah London juga kedengaran.
  • Apakah ini "trial" untuk tumbangkan kerajaan Anwar?
  • Jaga-jaga! pembangkang tak akan puas hati selagi kerajaan yang sudah mendapat keabsahan di parlimen ditumbangkan.
  • PAS, Bersatu dan beberapa kelompok lagi akan berusaha habis-habisan untuk menebuk atap sekali lagi.
  • Kalau tak bijak, percikan api akan menyambar rumah dan hangus.

Jumaat, 16 Disember 2022

Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali

  • KUALA LUMPUR: Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
  • Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
  • "Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
  • "Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
  • "Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
  • Bagaimanapun, Norazam berkata, setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
  • "Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.
  • "Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap," ujarnya.
  • -astro awani.

Khamis, 15 Disember 2022

SOSMA: Bermula krisis dan prinsip dalam kerajaan perpaduan

  • Berbeza pandangan itu biasa, malah meraikan perbezaan itu perlu.
  • Namun apakah keikhlasan untuk menerima perbezaan itu bakal mengadai prinsip perjuangan?
  • SOSMA, UUEC, dan beribu-ribu lagi bom jangka menanti untuk meletus.
  • Jika tidak ditangani dengan baik, banyak kemungkinan boleh berlaku.
  • Aku telusuri tik tok sekali sekali.
  • Tengok ulasan pemimpin UMNO.
  • Masalah 1MDB tak selesai lagi. Menuntut keadilan.
  • Itu satu masalah antara BN dan PH.
  • Bolehkah terus bertahan.
  • Atau mereka membuka ruang untuk PN menyerang?
p/s: bagi yang tak faham isu SOSMA. elok banyak baca dulu .... menyanggah tak semestinya tak sayang.

Selasa, 13 Disember 2022

Enam ujian getir menanti Anwar, jika tidak .. tumbang!

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepasi enam ‘ujian’ untuk memastikan kerajaan campuran yang dipimpinnya dapat dipertahankan.
    1. Ujian pertama Anwar adalah  memilih Yang Dipertuan Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember ini.
    2. Anwar kemudian akan berhadapan dengan undi percaya yang akan dibuat ke atas beliau pada 20 Disember.
    3. Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari depan juga akan menjadi satu ujian terhadap Anwar apabila pemilihan parti itu berlangsung.
    4. Anwar juga berhadapan dengan ujian terhadap undi Usul Terima Kasih di Parlimen atas Titah Ucapan Diraja pada Pembukaan Parlimen.
    5. Undi kelulusan Bajet 2023 juga akan menjadi ujian terhadap Anwar sama ada beliau diterima sebagai perdana menteri atau tidak.
    6. Ujian terakhir pilihan raya umum di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
  • Perikatan Nasional (PN) akan melakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan di enam pilihan raya itu bagi menggulingkan kerajaan yang diterajui Anwar.