Khamis, 31 Mac 2016

Kantoi bertelanjang dalam telekung

KUANTAN: Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan solat Subuh.

Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.
* hotel murah lagi .. bila hotel mahal nak keluar berita?

Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika.

“Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat,” kata salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit akhirnya ‘menyerah diri’ sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel murah.

“Kami mendapati kebanyakan mereka yang ditangkap telah menginap di hotel selepas bersiar-siar sehingga awal pagi,” katanya.

Berikutan itu, beliau menyatakan, setiap individu terlibat akan diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah.

-Mynewshub.cc

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Pencolekhangek berkata...

Jangan nak salahkan remaja sahaja. Salahkan juga ibubapa mereka dan juga masharakat kita. Ada ibubapa tak kisah anak-anak perempuan mereka diusung siang malam. Tak kisah kalau anak perempuan mereka lunyai macam kain buruk tapi kalau takde ribu-ribu jangan nak masuk meminang. Ertinya masyarakat Melayu majoriti tak kisah dengan suruhan nabi s.a.w. asalkan mereka patuh kepada kehendak budaya yang dicipta oleh orang berkepentingan. Jangan remaja sahaja diberi kaunseling, ibu bapa juga patut turut sama.

Unknown berkata...

pegawai mhu cegah atau mhu syiok sendiri tengok wayang free...hotel mhl x berani.klu ikhlas..time couple check in lgi dh siap tanya surat nikah...couple sdh kenyang projek makan tahi hingga 2,3 round bru dtg bt serbuan...cegah apa mcm tu.

QalamQabut berkata...

Kih kih kih... Terasa nak sama pulak cerita ni dgn satu pemimpin agung negara kita. Dah ditelanjang-bogelkan pun masih nak pakai kopiah lagi. Nak ajak ramai2 solat berjemaah pulak tuh...

Kesyiannn...