Ahad, 30 September 2018

Anwar Ibrahim kini terdedah skandal liwat di Singapura pulak

Tak sampai seminggu aku tilis mengenai kemmungkinan bberulang kembali taktik dajjal penentang Anwar Ibrahim melalui artikel Video lucah terbaru Anwar akan muncul tidak lama lagi?, kini muncul pulak dakwaan Anwar Ibrahim 'kantoi' meliwat di Singapura.

Lagi dekatPRK lagi banyak cerita monyet akan keluar. Pelbagai perkara kita akan dengar nanti. Ini salah satu darinya...

SINGAPURA - Agensi berita Singapura, BERITAmediaCorp nafi menyebarkan berita mengenai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial.

Menurut agensi itu, catatan yang disebarkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam itu palsu.

“Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lokman Noor Bin Adam mendakwa bahawa seorang penuntut warga Indonesia sudah membuat aduan polis kerana diliwat oleh Anwar.

“Catatan itu turut mendakwa bahawa insiden itu berlaku di Singapura baru-baru ini. BERITAmediacorp dimaklumkan bahawa catatan itu tular di media sosial dan Lokman mendakwa sumber berita itu adalah daripada BERITAmediacorp.

“Ini tidak benar sama sekali dan berita yang disebarkan oleh Lokman melalui catatannya itu adalah berita palsu,” katanya melalui laporan berita di portalnya, hari ini.

PKR menafikan dakwaan Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara berkenaan.

BERITAmediacorp juga memaklumkan sudah menghubungi Lokman bagi meminta beliau memadamkan catatan tersebut dan difahamkan masih belum menerima maklum balas sehingga laoran ini ditulis.

Menurut BERITAmediaCorp, Polis Singapura (SPF)  turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Lokman dalam Facebooknya membuat kemaskini di statusnya dengan berkongsi sekeping gambar.

“Ralat : Pihak mediaCorp Singapura sudah memaklumkan berita ini tidak mereka terbitkan,” tulisnya. ~sinar harian

Berapa UMNO dan Zahid Hamidi nak bayar ahli parlimen PH untuk bentuk kerajaan?

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang bertindak meninggalkan parti itu telah diambil kepimpinan tertinggi Umno.

Malah, anggota parlimen Bagan Datok itu berkata writ saman juga telah dihantar kepada mereka yang terlibat.

“Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti. Tetapi demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah pun mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang.

“Malah writ saman telah dihantar kepada mereka,” tegas Ahmad Zahid dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2018 di PWTC, malam ini.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai maklum balas terhadap desakan ketiga-tiga sayap Umno hari ini supaya parti itu bertindak terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti selepas PRU ke-14.

Pemuda dan Wanita serta Puteri Umno hari ini berkata jika tindakan lompat parti tidak dihalang maka ia akan mengurangkan kerusi parlimen yang dipegang Umno.

Wakil rakyat Umno tandatangani akujanji

Sejak PRU14, sebanyak lima anggota parlimen dan 13 ADUN telah meninggalkan parti itu. Terbaru adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Anifah Aman kira-kira seminggu lalu.

Menurut Zahid, parti itu dalam samannya menuntut bayaran ganti rugi dengan kos dan menuntut wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka atas tiket Umno.

“Kita menuntut bayaran balik yang melibatkan kos dan mereka juga perlu mengosongkan semula kerusi yang dimenangi atas tiket Umno dan BN.

“Mereka tidak lagi mempunyai asas moral untuk menjadi wakil rakyat. Kerusi itu milik Umno... milik penyokong BN,” katanya.

Zahid dalam perkembangan sama berkata semua wakil Umno yang ada diminta menandatangani akujanji untuk tidak mengkhianati parti.

“Saya juga telah berbincang dan bersetuju, semua wakil rakyat Umno sekarang diminta menandatangani akujanji, jika mereka keluar parti, sama ada menjadi ahli bebas, ataupun menyertai parti lain, maka status mereka sebagai wakil rakyat terlucut secara automatik, kita akan tuntut mereka membayar penalti dan ganti rugi,” katanya.

Hahahahaha... elok. satu parti kalau lompat parti cerai talak tiga. satu lagi baru nak buat aku janji.

Masa dulu ada wakil rakyat lompat katak ke UMNO hangpa tak bising pulak na. sekarang hukum karma.

Aku insaf dengan kenyataan Hadi Awang ...

Hari ini telah menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di PRK Port Dikson. Alhamdulillah, selesai sudah tanpa sebarang insiden yang buruk berlaku. Cumanya kita boleh melihat gelagat Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim yang mencuit rasa seluruh pemerhati politik.

Seorang kawan berseloroh, tebal sungguh muka Saiful Bukhari untuk melawan Anwar. Masa kena liwat tak pula melawan. Biarlah, hukum karma akan berlaku. Allah Maha Mengetahui.

Cerita hari ini aku nak tumpukan pada kenyataan Haji Hadi Awang supaya Mahathir tidak menyerahkan tampuk kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti petikan akhbar berikut:

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mahathir tidak sewajarnya melepaskan jawatan di pertengahan penggal untuk memberi laluan kepada Anwar terajui negara, kerana perbuatan itu melanggar moral politik.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya menghormati pilihan rakyat pada PRU14 dengan mengekalkan kepimpinan sedia ada sehingga berlakunya PRU15.

“Bagi Pas, biar PRK ini tidak diadakan langsung. Kita lebih suka perdana menteri yang ada habiskan tempoh selagi beliau mampu jalankan tugas. Jangan berhenti di pertengahan jalan, mungkin beliau mahu lakukan pembaikan dalam negara kerana banyak pengalaman,” katanya, pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) ke-14, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, walaupun Pas tidak sehaluan dengan Mahathir, namun itu bukan caranya melakukan peralihan kuasa.

“Walaupun kami tidak sebati dengan beliau, berilah tempoh yang cukup kepada beliau, jangan selepas beberapa bulan sudah nak tukar,” katanya.

Abdul Hadi berkata, antara sebab Pas meletakkan calon di PRK Port Dickson adalah untuk mengelak individu bernafsu menjadi pemimpin.
“Mesej kita adalah tidak mahu orang yang bernafsu nak jadi ketua, itu kita tak boleh izinkan. Ia bercanggah dengan konsep Islam. Orang yang bernafsu jadi pemimpin, akan anggap itu bukan satu amanah penting, dia mahu jadi ketua sahaja,” katanya.

Mengulas bila masa paling sesuai untuk Anwar terajui negara, katanya, bukan pemimpin itu yang tentukan sebaliknya rakyat.

“Hendaklah kembali kepada Islam, bukan kita yang tentukan siapa. Rakyat tentukan siapa layak. Jangan ada pemimpin yang minta rakyat lantik dia, dalam Islam bukan itu caranya,” katanya.

Ditanya sama ada Anwar rakus mahu memegang tampuk pemerintahan, Abdul Hadi berkata, biarlah rakyat menilai sendiri perlakuan Presiden PKR itu berdasarkan kepada tindak tanduknya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/biar-tun-m-tadbir-negara-habis-sepenggal-1.885483


Masih ingat serangan Hadi Awang ke atas Tun Mahathir sebelum PRU 14 yang lalu ketika ditanya mengenai Tun Mahathir yang ingin bertanding di kerusi Langkawi?

"Patutnya dia - seorang doktor - kerja di Klinik 1Malaysia bagi rawatan percuma, buat kebajikan.

"Ini, suruh bertanding (dalam PRU), kesian dia," katanya dengan nada ketawa.

Ucapan itu disiarkan secara langsung di Facebook Abdul Hadi. https://www.malaysiakini.com/news/420090


Kita dapat lihat sini, ada dua situasi. Situasi pertama suruh Mahathir kerja di klinik 1 Malaysia sahaja dari menjadi ahli parlimen. Kemudian apabila PH menang, dia bagi ulasan suruh Mahathir jangan letak jawatan dan bagi ruang kepada Anwar.

Sebab itu aku kata, ini semua lidah bercabang. Ulasan politik dan tolonglah para pentaksub jangan percaya 100% ia dibuat berlandaskan seruan Islam. Yang aku nampak ia hanyalah untuk keuntungan politik.

Politik ini selalu berpusing-pusing. spin, hari ini lain, esok lain. Yang menjadi mangsa ...siapa?

Kita faham, Hadi Awang mengeluarkan kenyataan itu sekadar kenyataan politik. Maksud beliau supaya hubungan antara Mahathir dan Anwar menjadi renggang. PH goyang dan peluang untuk pemimpin PAS menjadi Perdana Menteri terbuka luas.

Bukan ke itu juga rakus namanya?

Mahathir dah bagi jaminan, Anwar pun setuju bagi peluang pada Mahathir memimpin. Dan pada sebelum PRU 14 lagi, semua pemimpin dalam PH sudah setuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8. Kenapa pula PAS yang cakap tentang moral politik? Siap tambah Islam bagai kat setiap kali kenyataan beliau. Tobat .. aku dah insaf untuk memangkah PAS.

p/s: kalau ada pembaca yang nak letak iklan kat blog aku, boleh klik sini. Aku bukan dapat tajaan Mahathir ke Anwar ke. hahahaha.

Sabtu, 29 September 2018

Hasrat Saiful Bukhari lawan Anwar di PD kerja orang dalam?

Mohd Saiful Bukhari Azlan mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson bagi menentang bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful memberitahu The Star bahawa beliau tidak disokong oleh mana-mana parti dan pencalonannya tidak ada kaitan dengan pengalaman lalu beliau bersama Anwar.

"Saya bertanding semata-mata sebagai seorang yang bebas tanpa mana-mana parti yang menyokong saya.

"Saya tidak bertanding kerana masa lalu dengan Anwar tetapi atas alasan lain.

"Saya telah memikirkannya dengan teliti dan saya rasa ia adalah tindakan yang betul," katanya.

Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Anwar mendapat pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei.

Sekiranya Saiful menyerahkan kertas pencalonannya esok, pilihan raya kecil Port Dickson akan menjadi pertarungan antara Pakatan Harapan, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan tiga calon bebas, Tan Sri Isa Samad, Stevie Chan dan Saiful Bukhari.

REAKSI ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengangkat bahu apabila wartawan meminta beliau memberi komen mengenai hasrat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Anwar menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan PKR di PD Waterfront di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini ketika Saiful dilapor akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pada majlis yang sama, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu penyokong parti itu bahawa pihaknya akan menangkis apa sahaja tuduhan yang akan dibuat Saiful.

"Dia baling tahi, kita sambut dengan bunga," Saifuddin memberitahu kira-kira 200 orang yang hadir.


p/s: dalam politik, Semua dirancang. Semuanya diatur. Dalam politik tidak ada satu perkara boleh berlaku secara sendirian. Politik bukan bencana ribut taufan atau gempa bumi.

Dari mana Danyal Balagopal dapat RM25 juta? Anwar bagi ..?

Bekas Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Danyal Balagopal akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang mengenai dakwaan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Selain daripada tuduhan bahawa saya telah mengambil RM25 juta untuk peletakan jawatan, kini terdapat suatu artikel dalam sebuah portal berita berkenaan seorang 'ex-bartender' membayangkan saya seorang laksamana bersara yang korup dan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya dikenali sebagai orang yang mudah memaafkan seseorang, bagaimanapun saya tidak boleh membenarkan seseorang mengambil kesempatan atas personaliti saya dan dengan sengaja memfitnah saya," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun

Jumaat, 28 September 2018

Seorang ADUN cedera kemalangan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor, dan 12 lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 329, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 6.20 pagi itu, Zainun, 62, memandu Honda CRV, manakala dua lagi kenderaan adalah lori dipandu lelaki berusia 33 tahun dan kereta Proton Exora dipandu mangsa berusia 46 tahun.

Sepuluh lagi mangsa turut cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan batu forselin dalam perjalanan dari utara menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu lori itu gagal mengawal kenderaan berat itu sebelum terbabas di tengah lebuh raya.

“ADUN Chenderoh dan pemandu kereta Exora yang turut dalam perjalanan dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan wakil rakyat berkenaan dan pemandu lori dan pemandu Exora cedera.

“Dalam kemalangan itu, seramai 13 mangsa termasuk ketiga-tiga pemandu cedera dan menerima rawatan di Hospital Tapah.

“Sepuluh lagi mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti dan semua mangsa tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati lebuh raya berkenaan adalah jalan lurus dan mempunyai dua lorong.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.09 pagi.

Beliau berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati lori membawa muatan jubin seramik berkenaan dalam keadaan terbalik di tengah lebuh raya.

“Pemandu lori cedera ringan dan sudah dikeluarkan oleh orang awam pada ketika itu.

“Dua penumpang wanita dalam kereta Proton Exora berusia lingkungan 45 tahun dan seorang penumpang wanita dalam CRV tersepit dan tidak dapat dikeluarkan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan cedera dengan menganjakkan kerusi. Semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, operasi tamat jam 7.16 pagi.

Simpati dengan UMNO ...Hadi Awang tak akan hadir PAU

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula hari ini hingga Ahad, kata timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, Hadi terikat dengan aturcara lain yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Saya difahamkan beliau (Abdul Hadi) ada program lain. Saya akan hadir. Timbalan presiden akan hadir,” kata Tuan Ibrahim kepada pemberita di Port Dickson malam semalam.

Tuan Ibrahim berkata PAS belum lagi memutuskan jumlah pemimpinnya yang bakal tampil pada PAU yang berlangsung hari ini hingga 30 September.

“Kita putus dalam peringkat parti dapat jemputan daripada Umno. Mereka juga hadir di Muktamar PAS.

“Kita akan juga hadir di PAU. Jumlah nanti akan tengok berapa orang hadir yang mewakili dewan-dewan dan pusat,” katanya.

Pada 15 September lalu. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai delegasi pemimpin Umno ke muktamar PAS di Kuala Terengganu.

Antara yang mengiringi Ahmad Zahid ialah dua naib presiden parti itu - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, serta Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Mengenai kabinet bayangan yang ditubuhkan BN, Tuan Ibrahim berkata PAS juga ada mewujudkan jawatankuasa sendiri untuk memantau kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.

Justeru, tidak ada keperluan untuk mereka menyertai kabinet bayangan BN.

“Kita di peringkat parlimen, kita dah buat senarai MP PAS untuk monitor setiap kementerian yang ada.

“Ini kita dah buat awal sebelum Umno di mana 18 MP PAS ditugaskan untuk monitor setiap kementerian yang ada sama ada memberi maklumat atau perkara yang berbangkit. Kita dah tugas awal penggal parlimen.

“Kita dah ada, jadi tak perlu (sertai dengan BN)," kata Tuan Ibrahim yang juga adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian .

Rabu lalu, BN membentuk kabinet bayangannya yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Setiausaha Agung Umno menggalakkan Ahli Parlimen dari Gagasan Sabah dan Gabungan Parti Sarawak untuk menyertai jawatankuasa itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut tentang PAS.

Selain PAS, kecoh Isa Samad, Khalid Ibrahim dan Ezam Mohd Nor juga nak lawan Anwar Ibrahim

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, bukan cabaran buat beliau.

Beliau berkata, rakyat mengetahui dengan jelas mengenai status dan masalah yang dihadapi bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu.

“Dia (Isa) kalau mahu tawar diri (bertanding) itu hak dia sebagai rakyat. Saya tiada apa-apa komen, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sesiapa saja boleh bertanding dan biar rakyat putuskan.

“Dia bermasalah dan diketahui umum. Biarlah pengundi putuskan dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan tayangan khas filem Tamil bertajuk ‘Chekka Chevantha Vaanam’ di Era Square di sini, malam ini.

Selain itu, Anwar, apabila ditanya mengenai calon lain yang dikatakan akan bertanding termasuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, beliau enggan mengulas lanjut.

*jangan lupa baca artikel Analisis dan rekod pencapaian PAS di Port Dickson

“Siapa pun bertanding itu hak masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua calon supaya bertanding mengikut kaedah dan peraturan ditetapkan.

Malah, beliau turut mengingatkan rakan parti supaya tidak menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, sebaliknya menggunakan badan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti sebelum ini.

Terdahulu, Isa mengesahkan akan bertanding calon Bebas pada PRK Parlimen Port Dickson 13 Oktober ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi FELDA berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.]

Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar pilihan PAS



Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara, Johor, Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, diumumkan sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas PAS Bukit Tembok, Pasir Panjang di sini, sebentar tadi.

PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua parti politik iaitu PAS dan Parti Rakyat Malaysia.

Mereka disertai dua calon bebas iaitu personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Khamis, 27 September 2018

Video lucah terbaru Anwar akan muncul tidak lama lagi?

Kalau anda perasan, sekarang papa gomo selalu tampil 'live' dalam facebook. Aku tak follow pun tapi kalau buka youtube ada je video yang recomend untuk tengok ulasan papagomo secara live mengenai isu politik semasa. Sudah pasti agak mual perut aku dengan teori - teori konspirasi dari dia.

Sekitar beberapa tahun yang dulu, kita sering dikejutkan dengan video seks, gambar seks pemimpin bergelar Anwar Ibrahim Siapa lagi kalau hero malaya yang tukang sebar .. papagomo. Masih ingat china doll, Dato' T dan banyak lagi video...?

Malah nama papagomo menjadi sangat popular. Ada yang percaya, ada juga yang tidak percaya. Yang percaya atau tidak percaya sudah biasa dengan ragam politik.

Menjelang PRK Port Dikcson kelak, apakah serangan lama akan timbul kembali? Ada aksi - aksi jelik akan muncul dalam internet dan group whatsapp anda?

Siapa pula akan jadi mangsa ..?

Sebut pasal mangsa, apa khabar Saiful Bukhari ..?

Dalam keghairan Anwar Ibrahim untuk menjadi ahli parlimen, kiri kanan atas bawah kena awasi peluang dan ruang musuh untuk terus mendajjal Anwar.

Jangan pisang berbuah tiga kali.

Analisis dan rekod pencapaian PAS di Port Dickson

Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P132 PORT DICKSON (TELOK KEMANG) NegeriSembilan


  • PRU 14. 9 MEI 2018

PKR
Danyal Balagopal Abdullah
36225

BN
Datuk Mogan Velayatham
18515

Pas
Mahfuz Roslan
6594

Pengundi: 75,212
Jumlah Undi: 62,282, Undi Rosak: 948, Peratus Mengundi: 82.81

  • PRU 13, 2013
Pengundi: 70,524 Pecahan Kaum: M:42.35% C:33.81I:21.41% L:2.43%
Jumlah Undi: 59,981 Undi Rosak: 1,344 Peratus Mengundi: 85.05

Datuk Kamarul Baharin Abbas
PKR
29,848 (1,579)

Datuk V.S. Mogan
Datuk V.S. Mogan
BN
28,269

Datuk Seri Kamaruddin Kumaravel Abdullah
Bebas

  • PRU 12, 2008

Pengundi: 60,186 Pecahan Kaum: M:40.6% C:36.1% I:22.2% L:1.1%
Jumlah Undi: 45,792 Undi Rosak: 1,299 Peratus Mengundi: 76.08

Datuk Kamarul Baharin Abbas
PKR
23,348 (2,804)

Datuk S. Sothinathan
BN
20,544

Mohd. Rashid
Bebas
601

  • PRU 11, 2004
Pengundi: 55,791
Jumlah Undi: 40,700 Undi Rosak: 1,489 Peratus Mengundi: 72.95

Sothinathan A/L Sinna Goundar
BN
28,494 (17,777)

Ab Manap Sahardin
KEADILAN
10,717

  • PRU 10, 1999

Pengundi: 67,187 Pecahan Kaum: M:45.7% C:34.4% I:18.5% L:0.8%
Jumlah Undi: 46,149 Undi Rosak: 1,867 Peratus Mengundi: 68.68

S.R. Anpalagan
BN
27,112

N. Gobalakrishnan
DAP
17,170

Kalau Rosmah bini Najib masih berkuasa sekarang ...

Tukang emas yang berpusat di Dubai menuntut agar barang kemas berjumlah lebih AS$5 juta yang dikatakan sebelum ini diserahkan kepada bekas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dipulangkan.

Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, barang kemas yang belum dibayar itu diserahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur pada Mac tahun ini.

Barang kemas daripada Adi Hasan AlFardan Jewellery (AlFardan) itu termasuk seutas rantai mengandungi 56 berlian kuning berbentuk hati dengan satu batu terbesar seberat 10.7 karat.

Rantai berkenaan juga dikatakan mengandungi 78 berlian berwarna yang bersaiz lebih kecil.

Dengan kos pengubahsuaian yang didakwa diminta oleh Rosmah, rantas berkenaan didakwa bernilai AS$2.248 juta.

Selain daripada itu, tukang kemas itu juga mendakwa menghantar seutas rantai dan set subang yang juga mengandungi berlian kuning, bernilai AS$3 juta.

Rantai berkenaan dikatakan diperbuat daripada berlian “cushion cut" berjumlah 112.94 karat manakala subang itu yang juga dibuat dengan teknik tempaan sama, seberat 17.84 karat.

Menurut Institut Geomologikal Amerika (GIA), berlian kuning sangat berharga dan sukar diperoleh. Ia dikatakan hanya boleh didapati di lombong Zimmi di Sierra Leone.

Pada Julai lalu, tukang emas berkenaan, melalui firma guaman Malaysia, Kandiah Partnership, telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh bagi menuntut pemulangan barang kemas berkenaan.

Surat itu, yang dilihat Malaysiakini menyatakan Rosmah telah menjelaskan kepada pemilik Alfardan bahawa barangan berkenaan telah disita oleh pihak berkuasa ketika serbuan di beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Najib.

"Pada 20 Jun, anak guam kami (AlFardan) telah datang ke Malaysia dan berjumpa dengan Rosmah di kediamannya di Kuala Lumpur.

"Dalam perjumpaan itu, Rosmah memaklumkan Adi (AlFardan) bahawa tiga barang kemas berkenaan antara barangan yang disita polis dan Rosmah kini tidak boleh membayar barang kemas itu.

"[....] Kami (peguam) telah diberi arahan untuk membantu anak guam kami menuntut semula barangan itu daripada polis, sekiranya ia telah disita. Jika ia tidak disita, anak guam kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rosmah," kata surat berkenaan.

Surat itu meminta agar Amar mengesahkan pihak polis menyimpan barang kemas yang dimaksudkan.

"Anak guam kami sedia memberi kerjasama dengan polis untuk mendapatkan semula barang kemas itu yang belum dibayar oleh Rosmah," tambah surat itu.

Apabila dihubungi, peguam K Ashok dari Kandiah Partnership mengesahkan surat berkenaan.

"Saya boleh mengesahkan kewujudan surat itu yang dikeluarkan firma guaman saya. Dan kami kini dalam proses untuk mengambil arahan anak guam kami untuk tindakan selanjutnya atau prosiding undang-undang terhadap Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Peguam itu juga mendedahkan bahawa polis telah merespons, namun tidak menyentuh berhubung perkara yang dibangkitkan mereka.

Malaysiakini sudah menghubungi Amar untuk mendapatkan ulasan.

Sementara itu, surat berkenaan juga mendakwa Adi AlFardan, dalam empat kunjungannya ke Malaysia bagi menyerahkan barang kemas kepada Rosmah, selain untuk menuntut bayaran, sering tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.

"Kebanyakan ketibaannya di Kuala Lumpur, individu yang mengaku sebagai pegawai khas dari Pejabat Perdana Menteri menunggunya di balai ketibaan dan mengiringinya melepasi pusat pemeriksaan kastam dan imigresen," kata surat itu.

Pada Jun lalu, Global Royalty Trading yang berpusat di Lubnan memfailkan saman ke atas Rosmah berhubung 44 barang kemas yang terdiri daripada tiara, rantai berlian, cincin, gelang dan subang yang diserahkan kepada Rosmah.

Global Royalty mendakwa Rosmah maklum dengan resit konsainan bertulis, barang kemas itu tidak lagi dalam simpanannya.


* Andai kata BN menang, Rosmah masih berkuasa, lihat lah ..., dan andai kata UMNO diberi talian hayat oleh PAS semasa PRU 14 yang lalu ... fikirkanlah.

Anwar akan kalah di Port Dickson dengan perkembangan terbaru ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu bersetuju untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan dan hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang berlangsung malam ini di Marang, Terengganu.

"Setelah kita mendengar laporan dan maklumat daripada Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, mengambil kira semua pandangan kita melihat bahawa kita bersetuju untuk bertanding di PRK Port Dickson. 

"Kita akan umum calon malam esok di Port Dickson," katanya pada di sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook PAS Pusat. 

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan serta kepimpinan kanan parti itu. 

Terdahulu, kerusi parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen. 

Keputusan PAS untuk meletakkan calon itu dibuat selepas BN memilih untuk memboikot PRK berkenaan. 

Sementara itu, ditanya mengenai kriteria calon yang dipilih PAS Abdul Hadi berkata, individu tersebut perlu dirasakan sepadan untuk menyaingi Anwar. 

"Tokoh yang sepadan dengan dia (Anwar).

"Kita mahu hidupkan demokrasi, PAS parti yang mendokong demokrasi, kita tak mahu rakyat tak diberi peluang untuk memilih," katanya. 

Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, walaupun kita tak setuju pilihan raya ini dibuat dengan tergesa-gesa pihaknya tetap mendokong demokrasi. 

"Walaupun kita tak setuju dengan PRK ini diadakan, tetapi kita tak boleh matikan demokrasi. 

"Tak mahu membazir tanpa kerja, jadi kita buat kerjalah. Sekurang-kurangnya untuk melatih petugas-petugas kita, melihat kepada respons semua pihak menandakan tak mustahil boleh menang," katanya. 


* nak tengok sama ada MCA akan menyokong PAS atau tidak.

Rabu, 26 September 2018

Pulak dah ... Pengerusi baharu SPR minum arak dan bercumbu tersebar?

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun menafikan beliau adalah individu dalam gambar tular yang yang menunjukkan seorang lelaki minum arak dan berpoya-poya.

“Bukan saya,” katanya yang lebih dikenali sebagai Art Harun kepada The Star.

Gambar-gambar itu menunjukkan individu mirip Azhar minum arak dan bercumbu dengan seorang wanita.

The Star berkata carian Google terhadap gambar itu mendapati membawa ke beberapa laman di Indonesia.

Menurut Facebook RPS 2019, individu dalam gambar itu dikenali sebagai seorang ustaz Indonesia bernama Abu Janda al-Boliwudi.

“Ia menyebut Facebook peribadi Abu Janda telah godaan dan album foto peribadi, yang ditetapkan untuk tatapan peribadi sahaja, telah diakses secara terbuka,” menurut laporan itu.

Kerajaan mengumumkan pelantikan peguam veteran 56 tahun itu pada 21 September lalu.

Ahli Parlimen Baling akhirnya digari, direman 4 hari (update)

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pagi ini.

Azeez tiba bersama abangnya, Abdul Latiff, serta seorang saudara mereka pada pukul 10.35 pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Ketiga-tiganya memakai baju lokap SPRM berwarna jingga serta bergari serta diiringi sejumlah anggota SPRM dan polis.

SPRM menahan Azeez dan abang awal pagi semalam - dan saudaranya pada lewat malam - mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sekumpulan penyokong Umno diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Lokman Noor Adam sedia menunggu di perkarangan mahkamah, dan menyambut ketibaan Azeez dengan laungan "hidup Azeez" dan takbir. (penyokong PAS ker...)

Aziz yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji menjadi perhatian ramai Mei lalu apabila SPRM menyerbu hartanah yang dikaitkan dengannya di Subang Jaya, Selangor dan Kedah. Ketika itu SPRM merampas wang tunai berjumlah RM500,000 dan jam tangan mewah.

UPDATE: Azeez Rahim direman 4 hari


Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan beberapa kontrak yang diberikan Lembaga Tabung Haji.

sekadar selingan hahahhaa:

Akibat kasihan, akhirnya gadis ini terlanjur ..

Menggunakan alasan  kasihan kepada teman lelaki yang terpaksa berulang alik ke tempat kerja, seorang gadis mengajak kekasihnya itu tinggal bersama di rumah sewanya di Kuala Ibai, di sini.

Rahsia gadis, 16, bersama pasangannya, 25, yang hidup seperti suami isteri akhirnya terbongkar selepas kediaman itu diserbu Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Kuala Terengganu, kira-kira jam 1. 45 petang semalam.

Menurut sumber, serbuan dibuat selepas menerima aduan orang awam yang curiga melihat pergerakan pasangan terbabit kerana rumah tersebut turut didiami beberapa wanita lain sebelum ini.

"Semasa serbuan, didapati hanya pasangan itu berada di dalam rumah yang mana si lelaki hanya memakai boxer manakala gadis itu berseluar pendek dan mengenakan baju t tanpa memakai baju dalam.

"Selepas disoal siasat, gadis yang beralamat dari Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus dan pasangannya dari Dungun mengaku tinggal bersama sejak dua minggu lalu.

"Mereka memberi alasan hanya berehat di dalam bilik berkenaan sementara menunggu untuk bekerja pada waktu malam kerana mereka bekerja sebagai pembantu kedai makan di restoran berhampiran," katanya ketika dihubungi.

Kata sumber lagi, hasil siasatan selanjutnya, pasangan ini mengaku sudah menjalin cinta sejak empat bulan lalu dan sepanjang hubungan itu, mereka mengaku pernah beberapa kali terlanjur.

"Namun, mereka memberi alasan dalam perancangan untuk berkahwin tetapi masih dalam tempoh mengumpul duit kerana pendapatan diperoleh sekarang tidak seberapa.

"Gadis tersebut juga mendakwa terpaksa membenarkan teman lelakinya tinggal bersama dalam 'diam'  kerana kasihan dan tidak sampai hati melihat lelaki itu berulang alik jauh ke tempat kerja," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan terbabit.

Jelasnya, pasangan itu ditahan dibawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Selasa, 25 September 2018

Ini jawapan kepada PAS yang selalu tuduh PH munafik

Pihak yang berjanji untuk melakukan sesuatu perlu menunaikan janjinya mengikut kemampuan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor, Rumaizi Ahmad berkata, terdapat  janji yang boleh dilaksanakan secara segera dan ada janji yang hanya boleh dilaksanakan secara berperingkat kerana melibatkan pelbagai perkara termasuk pentadbiran, birokrasi, peruntukan undang-undang dan sebagainya.

Menurutnya, aspek menunaikan janji dalam bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebenarnya berdepan dengan beberapa isu namun jika pihak tersebut berusaha untuk menunaikan janjinya, ia belum boleh dikatakan memungkiri janji kerana proses pelaksanaannya mempunyai kekangan tertentu.

"Bagaimanapun, apabila melihat isu peminjam PTPTN pula, mereka sebenarnya telah berjanji melalui akad atau kontrak yang mereka akan membayar pinjaman PTPTN berdasarkan syarat yang dipersetujui.

"Maka peminjam adalah pihak yang telah berjanji dengan kontrak untuk membayarnya dan wajib menunaikan janjinya sama ada peminjam menandatangani kontrak untuk membayar balik atau tidak, ia adalah hutang yang tetap perlu dibayar berdasarkan hadis," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai adakah mereka dianggap munafik sekiranya tidak menunaikan janji, Rumaizi berkata, benar terdapat hadis yang menyatakan tanda-tanda orang munafik antaranya jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia mengkhianati.

Namun, ia bukan sandaran untuk mengatakan seseorang itu munafik kerana tuduhan itu adalah berat.

"Munafik ialah Islam pada zahir dan kafir pada batinnya. Menuduh orang lain munafik seolah-olah menuduh ia menjadi kafir batinnya.

"Tanda atau ciri-ciri munafik hanya sebagai peringatan kepada kita dan bukan untuk ditujukan kepada orang lain. Jika memungkiri janji menjadi asas untuk menuduh orang munafik, maka peminjam PTPTN akan tergolong dari kalangan yang sama kerana mereka telah menandatangani  kontrak yang mengikat janji untuk membayar hutang mereka," katanya.

Bagaimanapun, tuduhan-tuduhan munafik dan sebagainya perlu dihentikan manakala pengguna laman sosial antara kumpulan yang turut  disaran menghentikan sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

Sebelum ini, bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman pendidikan mereka tidak seharusnya dimarahi sebagai golongan yang tidak amanah dan memalukan bangsa sendiri.

Katanya, golongan tersebut juga tidak seharusnya dimarah untuk mengabaikan janji manifesto PH.

Ini punca Sultan Johor murka

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP.

Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.

“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau ahli majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.

“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Baginda bertitah demikian bagi mengulas tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut tular dalam laman media sosial.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang diguna pakai sejak dahulu di Johor.

“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya…, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda.

Panas! Timbalan Menteri skandal dengan pegawai?

Timbalan menteri tenaga, teknologi, sains, perubahan iklim dan alam sekitar menafikan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawainya.

Isnaraissah Munirah Majilis turut menafikan terlibat dengan dakwaan krisis rumah tangga pegawainya itu seperti yang dilapor sebuah blog.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagai mana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya,” catatnya di Facebook bersama aduan polisnya.

“Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat”.

Isnaraissah Munirah, ahli parlimen Kota Belud daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) ingin polis menyiasat penulis blog tersebut yang membuat dakwaan tersebut semalam.

Dalam aduannya, beliau mendapat mesej satu WhatsApp daripada rakannya yang menghantar pautan blog itu ketika berada di Putrajaya semalam.

“Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga saya dan agar penulis dapat disiasat...,” katanya.

Blog itu mendakwa isteri pegawainya itu membuat laporan polis beliau dicekik dan dipukul suaminya bulan lalu setelah mengetahui hubungan timbalan menteri itu melalui mesej WhatsApp.
https://www.msnn.com/en-my/news/national/timbalan-menteri-nafi-jalin-hubungan-sulit-dengan-pembantu/ar-AAAyQmk?li=BBr8Hnu

Isnin, 24 September 2018

26 jenis mata wang bernilai RM116 juta, UMNO tuntut di mahkamah hari ini!

Apabila UMNO sudah menfailkan tuntutan di mahkamah hari ini untuk menuntut kembali wang berjumlah RM116 juta yang dirampas di rumah bekas Presiden mereka, Najib Razak, ianya akan membawa dan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk misteri tersebut terungkai.

Bagus juga UMNO melalui presiden baharunya , Zahid Hamidi untuk menuntut kembali wang tersebut. Sekurang-kurangnya kita akan dapat menyaksikan jawapan - jawapan bernas dari UMNO. Dari mana dan bagaimana sumbangan itu pergi kepada Najib Razak ataupun UMNO.

Kita juga nak tahu, bagaimana boleh sampai ada 26 jenis mata wang yang menyumbang kepada UMNO?

Amar memaklumkan, wang tunai dirampas itu membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit. Beliau berkata, pihaknya mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/430051/rm114-juta-dalam-35-beg

Jika 26 senarai jenis mata wang tersebut, kita juga mahu tahu apakah mata wang Monglolia tersenarai? :)

Berita berkaitan:

Umno ke mahkamah, tuntut wang rampasan polis


Umno telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menuntut wang rampasan polis bernilai RM116.7 juta milik yang didakwa miliknya.

Menurut laman webnya Umno Online, tuntutan itu telah difailkan pada Jumaat lepas.

Tuntutan tersebut dilapot difailkan terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Datik Mohd Sakri Arifin sebagai pegawai serbuan dan empat lagi pihak.

Tetuan Scivetti & Associates melalui peguam utama Umno Datuk Hariharan Tara Singh telah memaklumkan bahawa sesalinan Writ bertarikh 21 September dan pernyataan tuntutan bertarikh 20 September diserahkan kepada defendan pada 21 September.

Defendan-defendan mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan untuk memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menurut laporan itu lagi.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh 15 Oktober 2018 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Wang itu dirampas di enam lokasi di premis yang dikaitan dengan bekas perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib sedang berdepan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di mahkamah. Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan.
https://m.malaysiakini.com/news/444481

Seorang janda di Terengganu bakal disebat kerana tawar khidmat seks

Seorang janda yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu berdepan hukuman sebat selepas mengaku bersalah hari ini.

Tertuduh yang berusia 30 tahun sebelum itu didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 17 Sept lalu.

Dia yang mempunyai seorang anak perempuan membuat pengakuan bersalah di depan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Rosdi Harun.

Portal mStar Online melaporkan wanita itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika menawarkan khidmat seks.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001.

Mengikut undang-undang itu seseorang yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM5,000 atau disebat dengan rotan sebanyak enam kali atau kombinasi hukuman terbabit.

Semasa membuat rayuan wanita itu meminta dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak mampu membayar denda.

Tertuduh juga menjelaskan kepada mahkamah, dia tidak menerima bantuan kewangan daripada bekas suaminya.

Pada 3 Sept lalu dua wanita menjalani hukuman sebatan mengikut syarak kerana didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu dijalankan di bilik Mahkamah Tinggi Syariah dengan disaksikan lebih 100 orang termasuk ahli keluarga tertuduh, media dan peguam.

Bagaimanapun untuk rekod hukuman sebat mengikut ketetapan syarak berbeza dengan pelaksanaan konvensional, serta perlu mematuhi syarat tertentu.

Pasangan wanita terbabit turut didenda RM3,300 atau dipenjara empat bulan jika mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Nasib janda yang mengaku bersalah di mahkamah hari ini akan diketahui pada Khamis apabila Rosdi akan membuat keputusan mengenai hukuman yang akan dikenakan ke atasnya.

Ahad, 23 September 2018

Anwar akan bentuk pakatan baru?

Barisan Harapan Malaysia (BHM) yang diuar-uarkan oleh beberapa pemimpin tertinggi BN menimbulkan persoalan apakah Umno dan komponen BN yang lain tidak mampu bertahan sebagai pembangkang.

Sedangkan, Pakatan Harapan baru memerintah negara kurang empat bulan.

Sejak beberapa minggu, laungan BHM semakin kedengaran di media sosial, blog milik Umno dan portal-portal berita.

Walaupun gabungan BHM – merangkumi Umno, PKR, PAS, MCA, MIC, STAR, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta bebas – belum mendapat reaksi positif PKR, beberapa pemimpin BN sudah pun menyenarai pendek jumlah anggota parlimen yang bakal menyertainya.

Berdasarkan satu mesej yang tular di sosial media, Umno bakal akan menjadi kuasa besar dalam gabungan ini dengan 51 kerusi parlimen diikuti PKR (kem Datuk Seri Anwar Ibrahim) 25 kerusi, GPS 19 kerusi, PAS 18 kerusi, MIC dua kerusi dan MCA, STAR dan bebas masing-masing dengan satu kerusi.

Jumlah keseluruhannya 118 kerusi parlimen, sekali gus cukup untuk menubuhkan kerajaan baru bawah naungan Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

Pakatan Harapan pula akan tinggal 97 kerusi dengan DAP sebanyak 42 kerusi, PKR (kem Datuk Seri Azmin Ali) 22 kerusi, BERSATU 13 kerusi, AMANAH 11 kerusi serta WARISAN Sabah lapan kerusi dan seorang anggota parlimen bebas.

Tambahnya, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diangkat sebagai timbalan perdana menteri II.

Penulis sempat berbincang dengan seorang ketua bahagian Umno dari Wilayah Persekutuan yang sangat yakin dengan gabungan ini.

Menurutnya, Anwar akan setuju untuk cadangan gabungan BHM, kerana beliau masih tidak yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir didakwa lebih berminat menyerahkan kuasa kepada Azmin sebagai perdana menteri berbanding Anwar, demi menyelamatkan karier politik anaknya Datuk Mukhriz.

Penulis juga terkejut apabila ketua bahagian berkata, Anwar berminat dengan kekayaan yang dimiliki Umno.

Namun, beliau tidak mampu menjawab bagaimana Anwar boleh menikmati kekayaan Umno sedangkan Zahid masih presiden Umno.

Apa yang pelik, kebanyakan pemimpin MIC juga berbisik mengenai gabungan ini, yang mungkin mustahil pada pandangan penulis.

Umno terpaksa membuat pelbagai cadangan dan persefahaman dengan parti-parti Pakatan Harapan untuk terus kekal relevan. Khususnya, demi meyakinkan anggota partinya yang mula meninggalkan parti selepas parti Melayu tersebut tidak ada hala tuju yang tepat.

Persefahaman dengan PAS, kebenaran yang diberikan anggota parlimen Umno kepada Zahid untuk membuat perbincangan dengan mana-mana parti dalam HARAPAN adalah beberapa teknik atau helah yang digunakan oleh Umno meyakinkan anggota partinya.

Pada pendapat penulis permuafakatan antara Umno-PKR atau gabungan BHM hanya satu retorik politik.

Kenyataan Anwar baru-baru ini bahawa beliau tidak melayan permintaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam pilihan raya umum ke14 (PRU14) untuk membuat kerajaan campuran adalah petunjuk Anwar tidak berminat dengan kerjasama dengan Umno.

Yang penting, PKR mungkin akan gulung tikar pada PRU15, sekiranya berjabat tangan Umno. Ini kerana, parti tersebut perlu akur bahawa HARPAN menang bukan kerana rakyat minat terhadapnya, malah kebencian terhadap BN yang membawa undi kepada HARAPAN.

Akhir kata, selamat berjaya kepada Umno untuk berusaha memujuk Anwar dan gabungan HARAPAN! ~malaysiakini

Nak tulis pun malu dengan sikap parti PKR

PEMILIHAN PKR | Pergaduhan tercetus di kalangan anggota PKR di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam ini.

Video yang dimuat naik anggota PKR Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, menunjukkan seorang individu yang cuba menyerang sekumpulan lain dengan kerusi tetapi sempat dihalang.

Video sama turut menunjukkan seorang lagi membaling kerusi dan sempat disambut sebelum mencederakan orang lain.

Turut kelihatan adalah calon Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang menenangkan keadaan yang kian hangat.

Kejadian dipercayai berlaku di Safira Country Club, Seberang Jaya, selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengadakan sidang media.

Menurut Afif, pergaduhan tercetus ekoran ada anggota yang tidak berpuas hati dengan pengumuman JPP.

"Maka mereka mula kepung JPP, anggota yang jaga keselamatan kemudiannya mengiringi JPP untuk keluar.

"Itulah yang mencetuskan pergaduhan," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam sidang media itu, JPP mengumumkan keputusan pengundian di Pulau Pinang diterima manakala pengundian di Kedah dibatalkan.

Ia susulan kekecohan di beberapa pusat mengundi di Kedah ekoran masalah dengan e-undi, seperti dilapor Malaysiakini.

PKR Pulau Pinang, selain Kedah, merupakan negeri pertama yang memulakan pemilihan parti hari ini.

Pengundian di Perlis dan Perak yang sepatutnya bermula esok, dan Negeri Sembilan dan Melaka pada 29 September ini juga ditangguhkan ekoran masalah yang berlaku.

Jumaat, 21 September 2018

Bukti terbaru Mahathir sokong LGBT

Masih jadi bual mulut dan bicara penyokong tegar pembangkang termasuk PAS, mendakwa PH menyokong LGBT. Cakaplah bagaimana sekalipun. Mereka tetap akan mengatakan PH menyokong LGBT.

Ini kerana beberapa kerat individu yang dari LGBT menyatakan pendirian menyokong Pakatan Harapan. Oleh kerana beberapa kerat itulah, maka PH dicop sebagai menyokong LGBT.

Walhal beberapa kerat manusia LGBT bukanlah suara akar umbi dan bukan juga suara majoriti di dalam PH. Mereka hanya rakyat yang menyokong PH. TIDAK bermakna PH menyokong LGBT.

Begitu mudah pun, penyokont taksub tidak boleh berfikir. Yang lebih parah apabila pemimpin tertentu mengapi-apikan isu LGBT sehingga ada artikel seperti PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT

Terang lagi bersuluh, pemahaman yang diterapkan kepada penyokong, PH sokong LGBT. PH pinggirkan Islam.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk perkahwinan sejenis.

Beliau menegaskan sistem nilai di negara ini tidak sama seperti sistem nilai di negara-negara Barat yang lebih bebas.

“Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

“Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak-anak atau anak angkat, manakala perkahwinan sejenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat JKKMAR yang turut dihadiri wakil Suhakam, bersetuju dengan syor supaya Akta Suhakam dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pindaan itu antara lain termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan mediasi atau pengantaraan.

Dr Mahathir berkata Suhakam juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. - Bernama

Khamis, 20 September 2018

Najib tetap tersenyum ..

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Empat pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Najib, 65 turut mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM4.3 bilion.

Beliau membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Tan sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 dengan mengambil empat tindakan pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011, di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

- Pada 1 April 2009, di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya melalui memorandum daripada Menteri Kewangan, Najib telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri supaya Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada Terengganu Investment Authority Berhad (TIA). Jaminan itu bagi membolehkan TIA mendapatkan pinjaman sehingga RM5 bilion daripada pasaran domestik dan luar negara melalui Islamic Medium Term Notes Programme.

-- Pada 29 Julai 2009, di tempat sama, Najib pada 3 April 2009 telah memutuskan supaya Kerajaan Persekutuan mengambil alih TIA dan selanjutnya telah menyebabkan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang mengenainya beliau mempunyai kepentingan secara langsung.

-- Pada 26 Sept 2009, Najib telah mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB yang mengadakan satu Mesyuarat Khas di The Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya, untuk meluluskan satu Resolusi membenarkan 1MDB untuk menyertai satu usahasama bersama PetroSaudi International limited dengan membuat pelaburan sebanyak RM1 bilion saham biasa dalam syarikat itu pada harga US$1.00 setiap saham.

-- Pada 16 Mei 2011, di Pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Najib telah menyebabkan Lembaga Pengarah 1MDB untuk meluluskan satu Circular Resolution yang membenarkan satu pelaburan tambahan sebanyak RM1 bilion (atau dengan nilai yang bersamaan dalam US$) di bawah Murabaha financing Agreement bertarikh 31 Mac 2010 dibuat di dalam 1MDB Petro Saudi Limited.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib didakwa antara 31 Okt 2012 dan 20 Nov 2012, di tempat sama, atas jawatan sama telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya berjumlah RM90,899,927.28 dengan mengambil dua tindakan:

-- Pada 9 Feb 2012, di Pejabat 1MDB, sebagai selaku Menteri Kewangan telah meluluskan 1MDB yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan melalui 1MDB Energy Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh 1MDB untuk menawarkan bidaan bagi tujuan cadangan pengambil alihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd pada harga bidaan sebanyak RM10.6 bilion.

-- Pada 10 Ogos 2012, di tempat sama, sebagai selaku Menteri Kewangan telah meluluskan pengambilalihan ekuiti Syarikat Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga pembelian agregat sehingga RM2.75 bilion dan selanjutnya meluluskan 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan untuk melaksanakan penerbitan 10-Year Structured Loan Note bernilai US$1.75 bilion.

Bagi pertuduhan ketiga pula, bekas perdana menteri itu didakwa antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri berjumlah RM2,081,476,926 melalui dua tindakan:

-- Pada 25 Feb 203, di Pejabat 1MDB, sebagai Menteri Kewangan telah meluluskan 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan untuk memasuki satu perjanjian usahasama dengan Aabar Investment PJS.

-- Pada 14 Mac 2013, telah meluluskan Letter of Support kepada 1MDB global Investment Limited bagi tujuan sokongan kepada terbitan bon berjumlah AS$3 bilion bagi pihak 1MDB, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (1MDB) telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM49,930,985.70 dengan cara mengambil tindakan seperti berikut :

-- Pada 20 Ogos di Pejabat 1MDB, dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, telah mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB untuk meluluskan 1MDB Energy Holdings Limited untuk membuat pinjaman melalui Term Loan Facility sehingga US $975,000,000 daripada Deutsche Bank AG bagi tujuan terbitan 1MDB Eenergy Group IPO, yang mengenainya beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 23 Jun 2014 dan 19 Dis 2014.

Bagi kempat-empat pertuduhan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), Najib turut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 21 pertuduhan dan mohon dibicarakan. Pertuduhan tersebut adalah:

- Bahawa beliau menerima RM155 juta daripada akaun Perbadanan Kewangan Tanore di Falcon Bank, Singapura pada 22 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima RM155 juta lagi daripada Tanore Finance Corporation pada 22 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima pemindahan ketiga sebanyak RM155 juta dari Tanore Finance Corporation pada 22 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima RM188 juta daripada Tanore Finance Corporation pada 26 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima RM231 juta dari Tanore Finance Corporation pada 28 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima RM138 juta dari Tanore Finance Corporation pada 28 Mac 2013;

- Bahawa beliau menerima RM152 juta dari Tanore Finance Corporation pada 8 April 2013;

- Bahawa beliau menerima RM304 juta dari Tanore Finance Corporation pada 9 April 2013;

- Bahawa beliau menerima RM602 juta dari Tanore Finance Corporation pada 10 April 2013

-Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM652 juta dari akaun Ambanknya kepada Tanore Finance Corporationon 2 Ogos 2013

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM20 juta kepada Umno pada 2 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM100,000 kepada bahagian Umno Batu Kawan pada 7 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM246,000 kepada Lim Soon Peng;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM2 juta kepada ORB Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan membayar RM303,000 kepada Semarak Consortium Sdn Bhd pada 14 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM326.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 15 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM327.3 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 15 Ogos 2013;

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM181.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 22 Ogos 2013

- Bahawa beluau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM545.8 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 23 Ogos 2013

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM150 juta kepada Tanore Finance Corporation pada 27 Ogos 2013

- Bahawa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan RM12.4 juta ke akaun Ambank lain yang dimilikinya pada 30 Ogos 2013.

Terdahulu, Najib tiba ke kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hampir jam 2 petang untuk berdepan pendakwaan terbaru terhadapnya.

Beliau meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di ibu negara kira-kira jam 1.30 petang dengan diiringi oleh polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah tetapkan ikat jamin Najib RM3.5 juta


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi menetapkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM3.5 juta berhubung 25 pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Azura juga mengarahkan wang ikat jamin itu mesti dibayar secara penuh pada 28 Sept.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberi jaminan sebanyak RM1 juta akan dibayar esok, manakala RM500,000 akan dibayar setiap hari sehingga tarikh itu.

Dua individu dinamakan sebagai penjamin iaitu Mohd Nizar Najib dan Mohd Shahrir Arifin.

Keputusan ini bermakna Najib terlepas daripada bermalam di penjara pada malam ini.

Terdahulu, Shafee mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 diberikan dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, pendakwaan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram membantah jumlah itu dengan mengatakan pertuduhan terhadap Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 merupakan kesalahan serius membabitkan jumlah RM2.28 bilion.

Najib hari ini menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

Selasa, 18 September 2018

Terbukti PH telah menipu rakyat, kewangan negara tidak teruk!

ANTARA pidato yang lantang dihujahkan oleh beberapa pemimpin PAS di dalam muktamar PAS baru-baru adalah kegagalan Pakatan Harapan di dalam melunaskan janji - janji di dalam manifesto. Buka youtube dan tolong dengar apa yang mereka bicarakan.

Ada juga isu RM1.50 minyak seliter, janji tol dan pelbagai lagi janji yang mereka anggap PH tidak tunaikan. Walhal janji minyak RM1.50 tidak terkandung langsung dalam buku manifesto. Tetapi mereka yang bergelar ulama terus mengapi-apikan isu tersebut. Di mana tahap ketokohan seorang pejuang Islam jika cakap-cakapnya bercampur gaul dengan fitnah?

Pemimpin PH sudah menjelaskan keadaan sebenar. Mereka sebenarnya cuba untuk melaksanakan manifesto. Ada usaha ke arah itu. Cumanya mereka tidak menyangka, kerosakan ekonomi angkara Najib dan UMNO yang kini menjadi rakan mesra PAS sebenarnya jauh lebih parah. Aku cabar pemimpin PAS untuk mengatakan kewangan negara sebenarnya baik dan tidak menghadapi masalah.

Serangan PAS nampak gayanya mengajak PH untuk menunaikan semua janji manifesto dalam masa singkat. Dengan erti kata lain, biarlah apa nak jadi dengan kewangan negara. Manifesto tetap manifesto. Dan jika ikut PAS, tidak keterlaluan aku katakan, biar jahanam eknomi, asalkan manifesto tertunai.

Begitu juga yang berlaku dengan bonus hari raya di bumi Kelantan untuk penjawat awam di sana. Kita sedia maklum, Kelantan berdepan dengan kewangan yang defisit sudah banyak tahun. Defisit itu membengkak dan kerajaan Kelantan merupakan salah satu negeri yang pinjamannya tertinggi. Kalau sudah bengkak defisit, tapi imbuhan binus hari raya tetap diberikan. Memang nampak macam bagus, tetapi itu sebenarnya satu tindakan populis yang merugikan.

Aku yakin, PH boleh sahaja meneruskan semua yang kerajaan UMNO buat, boleh sahaja menaikan jumlah BR1M dan pelbagai lagi. Tetapi apa jadi selepas itu?

Kalau pun PAS kata mahu tukar sistem percukaian dari GST, SST kepada sistem cukai koporat, apakah ia tidak memerlukan masa untuk mendapat hasil dan kelulusan?

Masa .. itulah tajuk utama. Bukan PH dengan angkuh kata tidak mahu menunaikan. PH perlukan masa. Anwar Ibrahim dan Mahathir sendiri mengakui, masa itu diperlukan untuk memenuhi semua manifesto.

Aku sendiri tidak faham, bagaimana ahli dan pemimpin PAS berfikir. ~menconteng untuk perubahan.

Isnin, 17 September 2018

Ada kemungkinan Azmin Ali akan lompat parti?

Jika Azmin Ali kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tidak lama lagi, aku berpendapat tidak mustahil dia akan keluar parti dan masuk salah satu parti yang sedia ada.

Dalam satu video yang aku tonton, ketika soal jawab antara pemimpin UMNO dengan Najib, mereka ada mengulas kemungkinan besar kerusi utama untuk Azmin akan diberi BERSATU. Malangnya aku gagal jumpa balik video tu di dalam youtube.

Sebenarnya 'kirsis' Azmin Ali bukan baru dalam PKR. Ketika kemelut Menteri Besar Selangor tahun 2013, memang kecoh.

Baca artikel ini


Jadi kalau Anwar kata pilih pemimpin yang bukan untuk agenda peribadi. Faham sendirilah ..

Berbalik kepada Azmin, desas desus kuat mengatakan Azmin ingin menjawat jawatan nombor satu dalam PKR. Sampai sekarang beliau belum menafikan perjumpaan beliau dengan Anwar di Turki.

Susah juga kalau ada pemimpin yang untuk perut sendiri dari yang lain.

Ahad, 16 September 2018

PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi?

APABILA kerjasama PAS dan UMNO sudah dizahirkan secara tidak berselindung lagi, sepwajibnya Pakatan Harapan sudah boleh menjangkakan satu tekanan kuat buat mereka. Tekanan dan ancaman ini jika tidak diurus dengan baik akan mengundang padah yang besar kepada kekuasaan yang sedia ada pada hari ini.

Peratus melayu yang mengundi Pakatan Harapan bukanlah suatu angka yang besar. Dan tidak mustahil peratusan itu akan terus merosot dari hari ke hari.

Ini sebenarnya suatu amaran buat pendesak yang ada di dalam Pakatan Harapan terutama berkaitan dengan kedudukan orang melayu dan Islam. Jika terus menerus mendesak terhadap perkara yang dikira sensitif dikalangan orang melayu, akhirnya pasti anda akan gigit jari.

~ Menconteng Untuk Perubahan™

Kita tidak boleh menafikan sama sekali, ada sesetengah isu yang dipolimikkan hanyalah isu yang dibesar-besarkan. Jangan lupa juga ada sesetengah isu yang dibawa oleh PH sebelum menjadi kerajaan, ada juga yang dibesarkan melalui media sosial. Walaupun PH boleh menafikan beberapa isu, mereka juga tidak boleh menepikan pengaruh dan ledakan media sosial. Jika masih ditahap 'honeymoon' dan tidak cepat bertindak, peratusan untuk melayu menyokong PH semakin menipis.

Dalam bulan Jun dan Julai saya pernah meramalkan bahawa PAS dan UMNO akan bekerjasama / bersatu. Kini melalui muktamar PAS, UMNO dilihat hadir dan lebih mesra untuk mencorak satu kerjasama kukuh bagi menghadapi PH.

Najib tidak lagi dilihat sebagai suatu beban kepada UMNO dari kaca mata PAS. PAS boleh melupakan semua keburukan yang dilakukan oleh bos UMNO terdahulu. Dan selepas selesai perbicaraan Najib kelak, UMNO seolah-olah dilihat 'bersih' oleh PAS dan rakyat.

Selepas itu, fokus PAS dan UMNO adalah untuk menawan Putrajaya. Kita boleh jangka, isu melayu dan Islam selepas ini akan digembur habis- habisan.

MCA dan MIC jika mahu terus menerus relevan, mahu atau tidak akan tunduk dan patuh kepada dua parti besar orang melayu ini. Mungkin Barisan Nasional akan terkuvbur dan satu nama lain akan diwujudkan.

Suatu perkara lagi yang harus diberi perhatian adalah persaingan dua kem di dalam PKR.

Tidak mustahil juga, ada kelompok - kelompok tertentu akan berhijrah ke kem pembangkang yang akan diwujudkan kemudian. Akibat kalah dan parah, siapa boleh menjangkakan semua ini.

Saya melihat perkara yang paling utama adalah perlu golongan pendesak di dalam PH untuk berfikir kembali tindakan mereka.

Mahu terus mendesak atau terus gigit jari!

Sabtu, 15 September 2018

Mursyidul Am PAS dan cerita anjing!

Sebenarnya aku malas nak ambil pusing mengenai muktamar PAS. Namun jika tak bersuara, aku gatal tangan untuk mengulas isu kerjasama PAS - UMNO yang hangat dibahaskan di muktamar PAS sekarang.

ISLAM dan MELAYU. Skrip biasa dan skrip inilah juga yang 'meracun' pemikiran ahli PAS supaya percaya akan agenda politik pemimpin PAS dan UMNO. Bagi UMNO, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk bangkit kembali setelah kegagalan memalukan. Mereka malu kerana kalah dalam PRU 14, tetapi kurang malu engan dosa-dosa mereka dalam kerajaan terdahulu. Banyak sungguh kemungkaran yang mereka lakukan. Bagi PAS dan UMNO, PH adalah musuh utama. Bagi PAS Islam sudah hancur di bawah PH. Bagi UMNO .. melayu semakin melarat dan menderita di bawah PH.

Ketika UMNO dilihat cuba meneruskan survivor politik mereka, PAS pula mencari rakan sekutu yang lebih kuat untuk turut serta merasai nikmat bergelar ahli kabinet, Menteri dan sebagainya. Rasa cemburu ketika pemimpin AMANAH telah mengecapi nikmat tersebut suddah tidak dapat diselindung lagi.

Demi mengejar cita-cita yang tidak berkesudahan, mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO. Sampai membawa perumpamaan cerita anjing dalam kisah seperti di bawah.

Sebenarnya cerita itu tidak ada cacat celanya. Betul, dua ekor anjing yang berebut tulang akhirnya berdamai untuk menyerang serigala.

Kita patah balik sedikit beberapa bulan terdahulu. Kita hanya perlu tukar serigala tersebut kepada Barisan Nasional. Apakah ruang dan peluang telah diberikan kepada PAS untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan, lalu menyerang serigala bersama-sama.

APA JAWAPAN PAS KETIKA ITU? Seluruh rakyat memahami apa tidndakan PAS ketika itu.

Aku melihat PAS hanya menggunakan pelbagai hujah yang melucukan. Mengambil kesempatan dan memaksa ahli untuk percaya dengan hujah mereka. Sebenarnya hujah tersebut sangatlah melucukan.

Pemimpin PAS membuat pelbagai hujah untuk 'MENGHALALKAN' kerjasama mereka untuk menang PRU 15. Ini tidak dapat ddisangkal. Hanya untuk menang PRU 15. Biarlah parti UMNO itu jugalah yang mereka tentang berpuluh tahun. Biarlah mereka sedar bahawa UMNO dan pemimpin di dalamnya jugalah yang merosakkan MALAYSIA.

Sebagai rujukan, sila baca petikan di bawah;



Ketika isu kerjasama antara PAS dan Umno menjadi tumpuan di Muktamar PAS ke-64 yang sedang berlangsung, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin menyeru ahli mengambil iktibar kisah pergaduhan dua anjing dan serigala.

Berucap di Muktamar Dewan Pemuda PAS beliau berkata, dua ekor anjing yang sedang bergaduh akan menghentikan pergaduhannya apabila munculnya serigala.

"Dua ekor anjing sedang bergaduh kerana berebut tulang, tiba-tiba datang seekor serigala.

"Kedua-dua anjing tersebut berhenti bergaduh dan bertindak menyerang serigala kerana sedar serigala itu adalah musuh utama mereka.

"Itu anjing pun boleh berfikir. Jadi sekarang musuh utama kita siapa?" katanya.

Terdahulu Hashim berkata, Majlis Syura Ulama bermesyuarat antaranya membangkitkan isu semasa yang dirasakan perlu untuk dibincangkan kemungkinan wujud masalah dalam kerjasama dengan Umno.

Katanya, sekarang bukan masa sesuai untuk bergaduh dengan Umno dengan suasana orang Melayu berpecah kepada lima parti.

"Kita telah pun mendapat maklumat ada pemimpin di kalangan pemuda dan muslimat yang akan bangkitkan dan menentang habis-habisan.

"Tolonglah belajar daripada kisah anjing tadi. Sesuai ke masa ini untuk kita fikir gaduh dengan Umno?

"Memang kita tak setuju dengan Umno yang buat macam-macam, itu kita tak lupa. Tetapi sekarang musuh utama, apa patut kita buat dan dengan siapa kita berkawan," jelasnya. Malaysia Kini

Jumaat, 14 September 2018

PAS saran k'jaan persekutuan jadikan Kelantan negeri contoh

MUKTAMAR | Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed menyarankan kerajaan persekutuan menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh.

Beliau berkata, ia berikutan kejayaan kerajaan negeri pimpinan PAS dalam menguruskan ekonomi dan mengekalkan integriti pentadbirannya.

Berucap dalam Muktamar PAS di Kuala Terengganu hari ini, beliau turut mengkritik pelaksanaan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menurutnya tiada beza dengan GST.

Katanya, Malaysia bukanlah negara yang berdepan masalah menjana pendapatan apabila hasil negara meningkat sebanyak RM20 bilion setiap tahun.

Tetapi, katanya lagi, masalah timbul apabila perbelanjaan tidak diuruskan secara berhemah serta Islam tidak dijadikan penyelesaian dalam pentadbiran negara.

"PAS tidak hanya bercakap kosong, kerajaan PAS Kelantan telah membuktikan pelbagai kejayaan. Ia berjaya meningkatkan pungutan hasli sebanyak RM566.52 juta pada 2017 berbanding RM497.2 juta pada 2016.

"Anggaran lebihan dalam belanjawan negeri pada 2017 pula sebanyak RM38.76 juta berbanding belanjawan defisit RM33.47 juta pada tahun sebelumnya. Ini adalah rekod yang membuktikan kejayaan PAS dalam mentadbir negeri," katanya.

Beliau juga mendakwa Kelantan mengekalkan rekod sifar rasuah sepanjang 27 tahun mentadbir negeri itu apabila tiada pemimpin dan pegawai kerajaan yang didakwa atau disabit tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Inilah model yang dimiliki Pas yang mesti dibawa ke peringkat persekutuan," kata Mahfodz lagi dalam ucapan dasarnya.

Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib

Polis mendapati sejumlah AS$972 juta disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri.

Polis berkata nilainya bersamaan RM2.973 bilion. Tetapi ia berdasarkan kadar tukaran ketika transaksi itu berlaku iaitu daripada 2012 hingga 2013.

Namun berdasarkan tukaran semasa (AS$1 = RM4.10) nilainya mencecah RM3.985 juta.

AS$681 juta daripadanya diketahui umum, iaitu "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar tukaran ketika ia pertama kali didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai 2015.

Jumlah itu bernilai RM2.972 bilion hari ini.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), AS$681 juta itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, dan sumber dananya adalah daripada bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu usaha sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Digelar sebagai "Fasa Tanore", transaksi itu berlaku antara Mac hingga April 2013.

DOJ menjelaskan bagaimana dana 1MDB berada pada Tanore dan perinciannya juga boleh didapati di laman mikro Malaysiakini bertajuk 'Stolen' 1MDB Funds: The DOJ Lawsuit Revisited.

Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Lonng, dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.

Bakinya pula dari mana

Jadi dari mana baki AS$291 juta itu datang?

Perincian tentang sumbernya didedahkan sedikit demi sedikit dan mendapat liputan meluas pelbagai media antarabangsa termasuk WSJ, Sarawak Report dan ABC News Australia.

Berdasarkan laporan itu dan penyiasatan pelbagai negara, boleh dikatakan daripada AS$291 juta itu, AS$170 juta datang daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan lagi AS$120 juta daripada individu dengan "Putera Faisal bin Turkey".

Menurut DOJ, dana Blackstone berasal daripada bon berganda 1MDB bernilai AS3.5 bilion yang diraih dengan bantuan Goldman Sachs pada 2012, dikatakan untuk membeli aset tenaga. AS$1.367 daripada bon itu didakwa telah diselewengkan.

DOJ menyifatkannya sebagai "Fasa Aabar-BVI" dan perincian bagaimana wang 1MDB boleh berada pada Aabar Investments PJS (British Virgin Islands) dan kemudiannya Blackstone boleh dilihat di sini.

Bagi AS$120 juta daripada Putera Faisal pula, Najib berulangkali menggunakannya untuk mendakwa semua wang yang diterima adalah "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Putera Faisal dan ahli perniagaan Tarek Obaid adalah pengasas bertama Petrosaudi International. Tarek juga sekutu utama Jho Low dalam dakwaan pengubahan wang 1MDB.

Dinamakan sebagai "Saudi Associate 1 dan 2" dalam dokumen DOJ, dana 1MDB disalurkan ke akaun mereka selepas pelaburan syarikat itu yang bernilai AS$1.03 juta dalam usaha sama dengan PetroSaudi International dialihkan ke Good Star Ltd, syarikat yang dikawal Low.

Good Star kemudian memindahkan wang itu kepada Tarek dan Putera Faisal.

Perincian tentang bagaimana dana 1MDB dipindahkan ke Good Star dan kemudian disebarkan kepada sejumlah pihak - dinamakan sebagai "Fasa Good Star" - boleh dilihat di sini.

Menariknya, ada dua transaksi berjumlah AS$80 juta yang memang datang secara langsung daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Transaksi itu berlaku antara Ogos dan November 2011. Polis tidak menyebut perkara itu dalam pengumumannya hari ini.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk wang AS$80 juta itu datang daripada sumber yang tidak sah.

Khamis, 13 September 2018

Polis: RM2.97 bilion masuk akaun Najib

Siasatan polis mendapati sejumlah AS$972 juta (RM2.973 bilion) dipindahkan ke akaun bank AmIslamic milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata jumlah itu disalurkan melalui tiga fasa membabitkan firma Good Star, Aabar dan Tanore.

Sehingga kini katanya, sebanyak 132 transaksi melibatkan hasil daripada aktiviti haram telah dikenalpasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Rashid berkata polis telah merekodkan keterangan daripada 64 orang, termasuk Najib dan anak perempuannya Nooryana Najwa.

Beliau juga berkata lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Angka RM2.973 bilion dikira berdasarkan kadar pertukaran wang ketika pelbagai transaksi berlaku.

Bagaimanapun, AS$972 juta jika berdasarkan kadar pertukaran hari ini adalah berjumlah RM3.985 bilion.

Bercakap dengan pemberita kemudian, Rashid berkata polis juga telah mengenalpasti 50 individu yang menerima wang daripada transaksi itu.

Ditanya berapa ramai daripadanya adalah ahli politik, beliau menjawab: "Ya, berkaitan dengan politik. Saya tidak ingin komen lebih lanjut."

selain itu, Rashid juga ditanya tentang lokasi ahli perniagaan Jho Low, yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal 1MDB.

"Saya tidak boleh sahkan di mana dia sekarang. Tentulah kita ada maklumat, tetapi ia melibatkan kedaulatan negara lain yang kita perlu hormati.

"Kita tak boleh hantar pegawai ke negara lain dan membuat tangkapan di sana. Kita perlukan bantuan, kelulusan dan kerjasama daripada negara berkaitan," katanya.

Ditanya jika Jho Low berada di Asia, Rashid hanya ketawa dan membalas: "Saya sudah beritahu tak akan komen sehingga itu."

Khamis, 6 September 2018

Mari tengok siapa yang kena?

Pemimpin PAS begitu KUAT memainkan sentimen tunai janji PH dalam tempoh 100 hari.

Malah mereka lebih RELA bekerjasama dengan UMNO dan MCA demi mengalahkan PH.

Hujah yang digunakan, PH gagal menunaikan janji dalam tempoh 100 hari.

Pemimpin PAS menterjemahkan pemikiran dan kepercayaan mereka melalui pelbagai ucapan yang kita boleh lihat dalam akhbar dan youtube. Mereka memaksa penyokong tegar dan pengundi untuk melabel PH sebagai kerajaan yang gagal menunaikan janji.

Bagi mereka yang boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara sila jawab soalan berikut:

1. Antara 100 hari dengan 61 tahun mana yang lebih lama?

2. Antara 100 hari dengan 5 tahun tempoh, mana yang lebih relevan untuk mengukur pencapaian pemerintahan?

3. Antara mengurangkan sedikit perbelanjaan kerajaan bagi memulihkan kembali ekonomi dengan menyokong kerajaan yang merompak berbillion ringgit, mana yang lebih baik?

4. Kerajaan lama tidak bagi wang input tax GST kepada rakyat, Kerajaan PH cuba selesaikan untuk bagi tahun hadapan. Mana lebih baik?

5. Kerajaan PH cuba bagi royalti kepada Kelantan. Kerajaan lama tak bagi royalti. Mana lebih baik?

6. UMNO dengan PH mana lebih JAHAT?

Untuk itu, saya melihat, pemimpin PAS sebenarnya hanya mahu berkuasa. Mereka meracun pemikiran supaya membuat satu imej bahawa kerajaan PH gagal menunaikan janji. Hakikatnya mereka juga mengakui, tidak 100% sebenarnya realitinya begitu. Ada juga dan ada juga yang sendang ditunaikan dalam tempoh 5 tahun.

Pengundi melayu yang mengundi PH bukan mengundi untuk manifesto. Tetapi faham dan sedar, hanya menumbangkan UMNO dan Najib, maka jalan yang gelap dapat dicerahkan.

Setakat ini, tiada lagi keputusan PH yang dibuat itu menambah gelap jalan rakyat. Jika ada satu dua perkara yang kurang enak, insyaAllah akan diperbetulkan dari suara akar umbi pemimpin PH.

Jadilah pengundi celik pemikiran bukan pengundi taksub.

Buang penyakit cemburu kerana masih lagi belum diberi ruang untuk menjadi Menteri. Sabar itu separuh dari iman.

Pendedahan ada 6 kelab gay di Kuala Lumpur

Risikan kerajaan mengesahkan terdapat enam kelab gay beroperasi secara aktif di ibu negara, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Bercakap ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini, katanya keenam-enam kelab itu termasuk kelab Blue Boy yang terkenal di kalangan pelancong Eropah.

Walau bagaimanapun, menurut beliau pihaknya, sentiasa memantau semua kelab itu bagi memastikan tiada kes salah laku, jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kita alu-alukan aduan daripada orang ramai untuk dilakukan serbuan dan operasi.

“Kelab Blue Boy saya difahamkan terkenal seluruh dunia kerana pamer perkhidmatan dalam media sosial. Blue Boy dikenali kerana pelancong-pelancong dari Eropah ‘taste’ (minat) orang Asia,” katanya.

Shahruddin juga memberi jaminan kementeriannya akan bertindak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sejak menerajui kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), kerajaan Pakatan Harapan dilaporkan melancarkan beberapa serbuan ke atas kelab gay dan beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Bahaya statement Ahmad Maslan ni

Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan menyarankan para pengundi yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghapuskan tol supaya tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka.

"Nak hapuskan tol, adakah mereka (Pakatan Harapan) hapuskan tol? Ada ?

"Saya harap ada yang antara kita ni yang berani melangar palang-palang tol yang berada di mana mana. Langgar je tuan-tuan dan puan-puan palang-palang tol.

"Kalau kena tangkap jangan cari saya. Tuan-tuan jawab sendiri," kata Ahmad kepada kira-kira 50 pengundi Melayu di ceramah MCA di Desa Baiduri Awam, Balakong malam tadi.

Menurut Ahmad, ada antara rakan beliau turut berbuat demikian kerana tidak mahu membayar tol.

"Macam mana cara nak langgar tol, tuan-tuan fikirlah sendiri. Tetapi kalau ada apa-apa hal, ditangkap dan sebagainya, (akan) di bawa ke makahmah dan sebagainya," katanya.

Ahmad dalam ucapannya turut menyentuh mengenai video pemimpin DAP,  Tony Pua sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjanji HARAPAN akan memansuhkan tol sekiranya menjadi kerajaan.

"Saya bertanya di Dewan Rakyat kepada Menteri Kerja Raya yang baru, Baru Bian, bila nak hapus tol ini.

"Dia kata kalau nak hapus tol, kena belanja RM400 bilion. Mana ada duit RM400 bilion. Kenapa kamu janji menghapuskan tol hari itu (sebelum PRU)?

"Kencing dan hancing satu Malaya tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Sebelum ini Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu dikelilingi oleh tujuh tol yang ‘mengepung’ mereka.

Menurutnya, penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur.