Khamis, 6 September 2018

Mari tengok siapa yang kena?

Pemimpin PAS begitu KUAT memainkan sentimen tunai janji PH dalam tempoh 100 hari.

Malah mereka lebih RELA bekerjasama dengan UMNO dan MCA demi mengalahkan PH.

Hujah yang digunakan, PH gagal menunaikan janji dalam tempoh 100 hari.

Pemimpin PAS menterjemahkan pemikiran dan kepercayaan mereka melalui pelbagai ucapan yang kita boleh lihat dalam akhbar dan youtube. Mereka memaksa penyokong tegar dan pengundi untuk melabel PH sebagai kerajaan yang gagal menunaikan janji.

Bagi mereka yang boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara sila jawab soalan berikut:

1. Antara 100 hari dengan 61 tahun mana yang lebih lama?

2. Antara 100 hari dengan 5 tahun tempoh, mana yang lebih relevan untuk mengukur pencapaian pemerintahan?

3. Antara mengurangkan sedikit perbelanjaan kerajaan bagi memulihkan kembali ekonomi dengan menyokong kerajaan yang merompak berbillion ringgit, mana yang lebih baik?

4. Kerajaan lama tidak bagi wang input tax GST kepada rakyat, Kerajaan PH cuba selesaikan untuk bagi tahun hadapan. Mana lebih baik?

5. Kerajaan PH cuba bagi royalti kepada Kelantan. Kerajaan lama tak bagi royalti. Mana lebih baik?

6. UMNO dengan PH mana lebih JAHAT?

Untuk itu, saya melihat, pemimpin PAS sebenarnya hanya mahu berkuasa. Mereka meracun pemikiran supaya membuat satu imej bahawa kerajaan PH gagal menunaikan janji. Hakikatnya mereka juga mengakui, tidak 100% sebenarnya realitinya begitu. Ada juga dan ada juga yang sendang ditunaikan dalam tempoh 5 tahun.

Pengundi melayu yang mengundi PH bukan mengundi untuk manifesto. Tetapi faham dan sedar, hanya menumbangkan UMNO dan Najib, maka jalan yang gelap dapat dicerahkan.

Setakat ini, tiada lagi keputusan PH yang dibuat itu menambah gelap jalan rakyat. Jika ada satu dua perkara yang kurang enak, insyaAllah akan diperbetulkan dari suara akar umbi pemimpin PH.

Jadilah pengundi celik pemikiran bukan pengundi taksub.

Buang penyakit cemburu kerana masih lagi belum diberi ruang untuk menjadi Menteri. Sabar itu separuh dari iman.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mcm nik amar kata. Org ktan cerdik krn pilih pas. Ya, benar. Sama cerdik mcm nik amar.....kahkahkah

tokwancha berkata...

Isunya bila terlalu berani kata kalau kita menang esuk kita laksanakan. Cuba lihat apa yg mazlee beritahu... Boleh tuntut janji siap dngan grafik.

Tinta Mohd Yusri berkata...

Grafik cybertrooper umno yg buat ..bodoh. Patutlah pas 60 tahun pembangkang, sebab bodoh

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah ore Kelate sudah dapat beca dan tembikai susu. Ore Kelate nak gapo lagi? Doh kayo-kayo gak belako. Koya la nak tukar Pas pulok. Tak cukup beca ko?

Tanpa Nama berkata...

Pas bagus. Pas tak pakai manifesto kalau tak mampu buat. Sbb itu dlm manifesto pas tak ada manifesto nak bantu orang asli. Pas juga tiada manifesto nak haramkan pembalakan hutan simpan. Sbb pas memang pasti tak boleh buat. Tu pasal tak ada dlm manifesto.

Tanpa Nama berkata...

Pas blh menang prk hanya bila hadi, zuhdi, abduh, amar, tantawi, razman, mokhtar, idris dan tuan ibrahim dipecat dr pas. Org bukan benci pas tapi benci tengok muka diaorg.

mahligaiseni berkata...

Tokwancha, lihat jangan esok itu daripada makna harfiah, sebaliknya lihat dari sudut metafora. Pengundi PH memahami perkataan esok itu dari konteka segera diusahakan. Maksudnya, PH cuba atasi sesuatu masalah dengan segera mengikut keupayaan mereka. Kalau saudara melihatnya dari sudut makna harfiah, tentu tidak logik kerana menang hari ini (9 Mei), takkanlah 10 Mei masalah itu dapat diselesaikan. Gunakanlah akal yang rasional. Bagi kami (pengundi PH) perkara itu sangat kami fahami dan kami sedia bertolak-ansur jika kerajaan PH ada kekangan menyelesaikannya. Yang tidak faham ialah orang seperti kamu.