Beliau berkata, ia berikutan kejayaan kerajaan negeri pimpinan PAS dalam menguruskan ekonomi dan mengekalkan integriti pentadbirannya.
Berucap dalam Muktamar PAS di Kuala Terengganu hari ini, beliau turut mengkritik pelaksanaan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menurutnya tiada beza dengan GST.
Katanya, Malaysia bukanlah negara yang berdepan masalah menjana pendapatan apabila hasil negara meningkat sebanyak RM20 bilion setiap tahun.
Tetapi, katanya lagi, masalah timbul apabila perbelanjaan tidak diuruskan secara berhemah serta Islam tidak dijadikan penyelesaian dalam pentadbiran negara.
"PAS tidak hanya bercakap kosong, kerajaan PAS Kelantan telah membuktikan pelbagai kejayaan. Ia berjaya meningkatkan pungutan hasli sebanyak RM566.52 juta pada 2017 berbanding RM497.2 juta pada 2016.
"Anggaran lebihan dalam belanjawan negeri pada 2017 pula sebanyak RM38.76 juta berbanding belanjawan defisit RM33.47 juta pada tahun sebelumnya. Ini adalah rekod yang membuktikan kejayaan PAS dalam mentadbir negeri," katanya.
Beliau juga mendakwa Kelantan mengekalkan rekod sifar rasuah sepanjang 27 tahun mentadbir negeri itu apabila tiada pemimpin dan pegawai kerajaan yang didakwa atau disabit tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Inilah model yang dimiliki Pas yang mesti dibawa ke peringkat persekutuan," kata Mahfodz lagi dalam ucapan dasarnya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Lobai mimpi apa ni....
Biar betul lebai. Husam kata nak beli lori sampah pun x cukup duit. Terpaksa minta wang dr pusat utk bayar gaji k/ tgn negeri.
Tp bole lak beli bbrp mercedes baru.
Biar betul lebai. Husam kata nak beli lori sampah pun x cukup duit. Terpaksa minta wang dr pusat utk bayar gaji k/ tgn negeri.
Tp bole lak beli bbrp mercedes baru.
Catat Ulasan