Khamis, 30 Ogos 2018

Harakah hina Selangor dengan Darul LGBT .. hina siapa tu?

Selepas dikecam ramai, pihak Harakah hari ini membuat permohonan maaf atas siaran sebuah artikel yang dianggap menghina kerajaan Selangor.

Dalam kenyataan pendek dikeluarkan hari ini, jabatan pengarang akhbar rasmi PAS itu berkata, rencana berjudul PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT itu tidak ditujukan kepada rakyat Selangor atau institusi diraja negeri terbabit.

Namun, kata kenyataan itu, Harakah mendakwa berlaku "salah tafsir" terhadap rencana berkenaan.

"Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak sidang pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai," katanya.

Rencana itu ditulis wartawan veteran Subky Latif yang memang terkenal dengan ketajamannya mengulas sesuatu isu secara bersahaja.

Bagaimanapun tulisan yang tersiar dalam Harakah edisi 2376 itu menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Selain dianggap semberono mengaitkan kerajaan negeri dengan alaman lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia juga secara tidak langung terarah kepada Sultan Selangor sebagai ketua negeri.

Doa hancurkan pakatan jahat

Ia menarik perhatian kerana rencana kolumnis berkenaan disiarkan menjelang kurang dari 10 hari lagi sebelum pilihan raya kecil Seri Setia dan Balakong.

PAS meletakkan bekas exco Selangor Dr Halimah Ali sebagai calonnya di Seri Setia, selain menggesa penyokong parti terbabit memberikan undi kepada MCA yang mewakili pembangkang di Balakong.

Untuk rekod ia bukanlah kali pertama PAS mengundang kritikan ramai dalam aktiviti politik mereka di Selangor.

Pada Mac lalu PAS Selangor turut menimbulkan kontroversi ekoran doa yang dibacakan salah seorang pemimpinnya Ahmad Dusuki Abd Rani. Ia berlangsung menjelang pilihan raya umum ke-14.

Antara lain doa dibacakan Ahmad Dusuki itu ialah:

"Di malam yang baik ini, Ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

PokAmid berkata...

Kepimpinan parti cap bulan skrg ni diterajui oleh oleh ostad-ostad yg pendirian keras. Bila tk ikut depa je, maka keluorlah kata-kata nista dan maki hamun.

Sapa yg mereka ikuti ni? Tak lain tak bukan ialah kepala lebai mereka yg konon pemimpin terhebat, tp kita dah tau dia tu ciput dgn idea kepimpinan. Yg dia hebat ialah maki-hamun dn kata-kata nista.
Krn hodoh perangai dan sikap pimpinan parti, pengaruh parti makin merosot dan jajaan agama makin tidak dihiraukan rakyat lagi.
Kesian lebai-lebai, tapi yg paling kesian ahli-ahli bawahan yg duk walak membuta tuli, konon ada nombor ahli je, dah layak utk ke sorga... sorga cap bulan laa tu!!

Tanpa Nama berkata...

Masa pas jd exco di selangor sblm pru 14, selangor darul apa? Pas oh pas, auta tak habis

Tanpa Nama berkata...

Tiada seekor Lebai berani buat sidang media melaknat penyamun. Adakah sebab Lebai sudah melahap melantak membaham duit haram Umno? Kalau Lebai sudah makan duit haram dan jadi darah daging apa pula hukumnya?