Sabtu, 29 September 2018

Hasrat Saiful Bukhari lawan Anwar di PD kerja orang dalam?

Mohd Saiful Bukhari Azlan mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson bagi menentang bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful memberitahu The Star bahawa beliau tidak disokong oleh mana-mana parti dan pencalonannya tidak ada kaitan dengan pengalaman lalu beliau bersama Anwar.

"Saya bertanding semata-mata sebagai seorang yang bebas tanpa mana-mana parti yang menyokong saya.

"Saya tidak bertanding kerana masa lalu dengan Anwar tetapi atas alasan lain.

"Saya telah memikirkannya dengan teliti dan saya rasa ia adalah tindakan yang betul," katanya.

Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Anwar mendapat pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei.

Sekiranya Saiful menyerahkan kertas pencalonannya esok, pilihan raya kecil Port Dickson akan menjadi pertarungan antara Pakatan Harapan, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan tiga calon bebas, Tan Sri Isa Samad, Stevie Chan dan Saiful Bukhari.

REAKSI ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengangkat bahu apabila wartawan meminta beliau memberi komen mengenai hasrat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Anwar menghadiri majlis pelancaran bilik gerakan PKR di PD Waterfront di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini ketika Saiful dilapor akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pada majlis yang sama, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu penyokong parti itu bahawa pihaknya akan menangkis apa sahaja tuduhan yang akan dibuat Saiful.

"Dia baling tahi, kita sambut dengan bunga," Saifuddin memberitahu kira-kira 200 orang yang hadir.


p/s: dalam politik, Semua dirancang. Semuanya diatur. Dalam politik tidak ada satu perkara boleh berlaku secara sendirian. Politik bukan bencana ribut taufan atau gempa bumi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ada kemungkinan Saiful dijadikan umpan untuk dicederakan atau dibunuh. Ia diikuti dengan pelbagai kewujudan bahan bukti dan saksi rekaan untuk mengaitkan Anwar sebagai suspek. Malahan jika tidak sangkut kes sekalipun, perancang kes liwat dulu akan bebas daripada dihantui mimpi ngeri, jika Saiful buka mulut!