Jumaat, 10 Mei 2013

Azmin Jangan jadi pengkhianat!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Azmin nak keluar PKR bersama 11 ahli parlimen

KECOH pasal isu Azmin Ali. Awalnya berita yang memetik komen Azmin Ali di dalam Twitternya yang tidak bersetuju apabila rakyat berhimpun di Kelana Jaya malam kelmarin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas keputusan PRU 13 yang dikatakan penuh dengan kontroversi. Azmin Ali tidak bersetuju rakyat berhimpun malam itu kononnya 'rakyat sudah letih'.

Terbaru, dikatakan pula ada ura-ura Azmin mahu umumkan keluar dari PR bersama lebih kurang 11 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Pagi nanti (Jumaat 10/5/13) jam 11.00 pagi diberitakan Azmin Ali akan adakan Sidang Akhbar. Desas desus juga bertiup kencang, ianya juga turut berkaitan dengan jawatan Menteri Besar.

Azmin jangan bersikap menongkah arus kerana pemimpinan PAS dan DAP yang lebih kerusi dari PKR sendiri telah buat keputusan memilih TS Khalid Ibrahim.

Pas dan DAP Terus Sokong Abdul Khalid Sebagai Calon

Menteri Besar

Pimpinan DAP dan Pas terus bersepakat memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, sebagai calon Menteri Besar bagi penggal ke dua.

klik papar untuk butiran lanjut:


Bercakap di hadapan kira-kira 30,000 penonton dalam Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Pakatan Rakyat Selangor, Pengerusi DAP Selangor
Teresa Kok berkata pimpinan DAP Pusat sudah menghantar surat sokongan kepada DYMM Sultan Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Beliau yang juga bekas Exco Selangor berkata surat tersebut dihantar kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

“Saya harap tiada masalah dengan jawatan Menteri Besar. Harap juga rakyat memberi sokongan kepada kerajaan baru untuk pastikan pencapaian lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menyatakan Pas berpendirian yang sama.

Beliau berkata menerima surat daripada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dua hari lalu yang memberikan sokongan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar.

“Kalau ada orang Pas yang tidak percaya, saya boleh tunjukkan surat itu, kalau perlu saya tampalkan di dahi saya,” katanya sambil berseloroh.

Katanya, keputusan sepakat untuk memilih Abdul Khalid sebagai Menteri Besar itu menunjukkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

“Ini sikap parti-parti dalam Pakatan, kita tidak anggap jawatan sebagai piala untuk direbut dan bergaduh.

“Bukan DAP nak kata dia lebih berhak dapat sebab menang dengan majoriti yang lebih besar. Bukan juga pegangan Pas sebab Pas menang banyak.

“Saya ditanya wartawan sebelum ini, saya jawab jika satu pasukan bola sepak menjadi juara dan secara tiba-tiba mahu menukar pengurusnya itu merupakan tindakan kurang bijak dan pelik,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui berkata beliau berterima kasih kerana Dap dan Pas menyokong beliau untuk kekal sebagai Menteri Besar.

“Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti. Begitu juga kepada rakyat yang menyokong saya.

“Itu perkara baru dalam politik di negara Malaysia bila rakyat sendiri yang menjadi penentu kepada pimpinan,” katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan turut menyatakan sokongan untuk memilih Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Keputusan Menteri Besar Selangor bakal diumumkan DYMM Sultan Selangor

PR Selangor berjaya membentuk kerajaan baru selepas memenangi kemenangan dua pertiga dengan majoriti 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum ke 13.

DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR memenangi 14 kerusi.

Sindir Anwar, Azmin Ali Akan Adakan Sidang Media


klik papar untuk butiran lanjut:-



PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).

Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas.

"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya.

Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab.

Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi.~Mstar online


Azmin Ali dijangka bawa 11 MP PKR keluar pakatan


klik papar untuk butiran lanjut:-


Orang kanan Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali kononnya bersedia untuk keluar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber parti, ahli politik 49 tahun mahu meninggalkan pakatan 'kerana rasa tidak puas hati beliau di atas peruntukan kerusi jawatankuasa eksekutif di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor .'

Adalah dipercayai bahawa 11 orang - dikatakan Ahli Parlimen yang baru dipilih akan mengikuti Azmin keluar parti.

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu telah mendapat

Kesimpulan

  1. Zuraidah Ketua Wanita PKR telah menguris hati pakatan rakyat yang telah memenangkan pakatan dan dia sendiri. Lihat video celupar Zuraidah katsini apa yang telah dibuatnya
  2. Mengapa bagi sesetengah individu tertentu yang tamak kuasa tidak mencontohi sikap Husam Musa. Lihat sini apa yang telah Husam Musa lakukan apabila namanya tiada dalam senarai barisan Exco negeri Kelantan.
  3. Jika benar Azmin akan keluar parti bersama 11 orang ahli parlimen yang lain, silakan. Kami mengundi kalian BUKAN kerana susuk tubuh kalian. Kami mengundi perjuangan. Sebelum keluar sila letak jawatan yang kalian terima dari sokongan rakyat
  4. Jika Azmin berpendapat bahawa dengan cara ini dapat mengugut Anwar akan menghadiahkan kerusi Menteri Besar untuk dia, PBO™ kata kau silap besar. Dan sekiranya Anwar sendiri memberi laluan sebegitu mudah kerana bimbang akan ugutan tersebut, Anwar juga bakal dibenci penyokong sendiri
  5. Seblum apa-apa hal, buktikan dulu TS Khalid Ibrahim tu lemah berbanding kamu wahai Azmin.
  6. PBO™ harap perkara ni selesai dengan cara baik. Lupakan nak jadi Menteri Besar. Kalau nak juga sila cari negeri di bawah Barisan Nasional yang belum dilantik Menteri Besar. Rosmah Mansor tentu ada idea menarik untuk itu.
  7. kritik tak bermakna benci, kritik tak bermakna anti, kritik coz love pakatan rakyat.
  8. Kita tunggu sidang media Azmin pukul 11 pagi ini. SELESAI



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

kirim salam sama Zuraidah dan Azmin klu trs buat perangai buruk

Tanpa Nama berkata...

Saudara Azmin Ali - Jika jawatan yang kau kejarkan maka letaklah jawatan dan sertailah UMNO kembali seperti EZAM yg mungkin saudara dilantik Senator.

Jika perjuangan RAKYAT yang inginkan KEADILAN, RASUAH DIHAPUSKAN dan KEBATILAN dilunaskan maka muhasabahlah diri dan teruskan perjuangan kerana rakyat sentiasa dibelakangmu.

Kami takkan RALAT sebesar kuman pun jika saudara meletak jawatan dari PERJUANGAN PAKATAN dan kembali ke UMNO walaupun saya duduk di area PARLIMEN dan DUN Saudara Azmin.

Apa yang penting PERJUANGAN RAKYAT harus diteruskan.

INGATLAH -- Saudara hanya wakil kepada RAKYAT dan bukanlah saudara seorang sahaja yang berjuang menghadapi REFORMASI & BERSIH... Kami RAKYAT yang inginkan PERUBAHAN juga sama menghadapinya malahan lebih teruk dikerjakan.

-- Sekian ---

Tanpa Nama berkata...

Bagus. You have shown your true colour. Silakan keluar. Kalau kamu kepingin jawatan silalah masuk UMNO. PR tiada tempat buat mu.

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni bukan selamanya, MB itu hanyalah tittle semata-semata, and for me , myself. Khalid Ibrahim tak boleh jadi MB , PKR won 14 seats , but PAS won 15 , same goes to DAP , so it means , DR.Rani from Pas might be the MB , since Undang Undang Tubuh Negeri Selangor said that hanya Melayu dan Beragama Islam sahaja berhak menjadi Menteri Besar. So however, Azmin couldn't be the MB ,

Well, what azmin said is true, that why did a reformasi lah apalah, sedangkan PR sendiri yang gagal menawan Putrajaya, kenapa perlukan rakyat ? Kenapa perlukan perhimpunan sana dan sini ? Sedangkan di US , the opposition bekerjasama dengan Obama demi rakyat, bukannya menyeksa rakyat .Sudah2lah with all the bersih and this reformation idiology . Malu bangsa lain tengok.

Benda ini semua membuang besar, kita tak dapat balik buat pru even this typical supporters buat perhimpunan sana sini. Somehow Azmin realise that actually Wan Azizah didn't like him , maybe that's one of the reason why he showed his true colour

Anwar Ibrahim pun sudah2 lah (: kita manusia ada akai guna akai, kenapa anwar dibuang dari UMNO ? Dia dulu timbalan perdana menteri , haha. And now, tengok lah ? Dah kalah , macam2 dia cakap. Azmin Ali was right . (: "salah siapa ?" THINK . Btw , I'm not 30 above or 20 above, I'm just a teenager who can think more than all of you , and a teenager from one of the kerabat diraja . Well, age did not define maturity I guess ? All The Best. Allah masih sayangkan Malaysia (: that's why , how hard Anwar tried, Putrajaya tetap takkan jatuh ke tangan dia. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

siti

Asyik2 begaduh. Bila malaysia nak aman. akhirnya nak berhimpun lebih, kerja tak buat. Sekrg ni berebut jawatan pula... Pening ambo. wahai wakil rakyat dah menang buatlah kerja

Tanpa Nama berkata...

Anwar memang gila kuasa. Dari student sampai dah nak nyanyok. Sudah2 lah pergi beramal, buat kebajikan, jaga kawasan masing-masing, mahasabah diri sebelum Allah bagi bala lebih besar. Sebagai rakyak yang suka kedamaian saya menyeru bantulah kerajaan sekarang untuk memajukan Malaysia