Memaparkan catatan dengan label ISU PANAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU PANAS. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2016

Ini punca Sultan Terengganu murka terhadap MB?

Semenjak semalam, ramai orang perkatakan tentang Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ditarik kurnia oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.

Razif pula tak nak ulas pasal isu ini. SUK tutup mulut. Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said.

Aku dapat maklumat, daripada geng UMNO teganukita bahawa murka sultan bermula pada 21 April 2016 lalu dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Tabungan SSPN-i kepada Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Mengikut sumber tersebut, teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu, dikatakan memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seramai 500 pelajar miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Ahmad Razif berucap dalam majlis bersama Sultan tersebut terdapat fakta dan figura di dalam ucapan tersebut adalah tidak benar serta tidak menepati fakta sehingga perkara tersebut menyingong perasaan sultan.

Untuk 'cover' UMNO Terengganu cuba menyalahkan tukang buat teks ucapan. TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dijadikan 'kambing hitam'.

Siapa pula nak jadi MB Terengganu selepas ini dikalangan UMNO??

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my
-tranungkite-

Isnin, 25 April 2016

Isu gelaran Dato' Seri MB Terengganu: Hishammuddin suruh bertenang kekekeke

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

"Saya minta jangan beremosi, bertenang. Pastikan kelebihan kepada badan perhubungan dan negeri itu lebih dari kepentingan individu," katanya.

Ditanya sama ada BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti dua kerusi, Hishammuddin menafikannya.

"Kita telah buktikan sebelum ini kalau kita letak kepentingan parti dan negeri lebih besar, dua kerusi bukan suatu yang membimbangkan," katanya.

Termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, BN kini mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 14 kerusi daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Ahmad awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

Ahad, 20 Disember 2015

CEO ditemui tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan

Seorang pengguna jalan raya terkejut besar awal pagi ini selepas menemui seorang lelaki tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan menghala ke Kuala Lumpur, yang terletak di Lebuhraya Persekutuan antara sempadan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jurucakap dari Balai Polis Brickfields berkata polis menerima maklumat daripada pengguna jalan raya itu sekitar jam 4.35 pagi.

Mayat lelaki berusia 53 tahun, dikenali sebagai Asok Kumar Koyamboo, bekas pegawai tentera udara dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Inter Quest Removals, sebuah syarikat pengangkutan, ditemui tergantung setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang di lebuh raya itu menghala ke Petaling Jaya.

Lima ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam kemudiannya menurunkan mayat itu yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Majlis berkabung diadakan hari ini di rumahnya di Meadow Park, off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Majlis pengebumian akan diadakan esok di tempat yang sama, dengan perarakan menuju ke Pusat Pembakaran Mayat Sentul.

Asok meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.‎

Gerbang Kota Darul Ehsan kini sedang dibaikpulih dengan kos RM9.7 juta. – 20 Disember, 2015.

TERKINI - KOMPLEKS KOTA RAYA DITUTUP, BERLAKU PERGADUHAN

KUALA LUMPUR - Satu pergaduhan kecil tercetus di Kompleks Kota Raya di sini apabila beberapa individu melakukan provokasi kira-kira jam 4.55 petang sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tujuh mangsa penipuan telefon bimbit cuba menuntut bayaran yang telah dibayar sebelum ini.

Pergaduhan yang berlaku tidak sampai lima minit itu menyebabkan kompleks Kota Raya di sini ditutup.

Jumaat, 20 November 2015

Lagi cerita tentang Peguam ‘correct, correct, correct’

Peguam terkemuka Datuk VK Lingam, yang mendapat nama buruk kerana berkata, "correct, correct, correct" (betul) dalam video menunjukkan beliau membincangkan pelantikan hakim atasan  "mesra" Barisan Nasional, dihalang daripada mengamalkan undang-undang.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara membuat keputusan pada awal bulan ini untuk memecat Lingam daripada jawatannya kerana terdapat "bukti jelas" (overwhelming evidence) beliau bersalah kerana salah laku profesional dalam skandal pada 2002 mengenai pelantikan hakim.

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru mengesahkan keputusan lembaga yang dibuat pada 6 November.

"Kami dimaklumkan mengenainya minggu lepas," katanya kepada The Malaysian Insider tetapi enggan mengulas lanjut.

Pemecatan Lingam akan berkuat kuasa 21 hari selepas keputusan itu dan beliau boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Difahamkan satu jawatankuasa tatatertib dengan 3 ahli yang mendengar kes itu membuat cadangan memecat Lingam kepada lembaga disiplin itu yang dipengerusikan seorang hakim bersara.

Majlis Peguam yang merupakan pengadu dalam kes itu, membuat laporan kepada lembaga disiplin pada 2007.

Rakaman video yang direkodkan secara rahsia oleh bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne dibuat pada Disember 2001 dan dihantar ke laman sesawang perkongsian video YouTube.

Majlis itu berpendapat tindakan Lingam dalam klip video itu adalah campurtangan serius terhadap pentadbiran keadilan dan gambaran buruk terhadap kejujurannya, amanah atau kelayakannya sebagai peguam.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Lingam tidak mengambil bahagian dalam prosiding itu bagi mengemukakan kesnya kerana berada di luar negara sejak tahun lepas untuk rawatan perubatan.

Peguamnya R Thayalan juga menarik diri daripada prosiding itu apabila jawatankuasa itu menolak penangguhan lanjut dan enggan melayan permohonan yang salah seorang ahli jawatankuasa itu berat sebelah.

Kebanyakan saksi adalah individu sama yang berdepan 5 ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai bekas hakim besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, berkaitan skandal tersebut.

'Saya boleh cakap apa saja yang mengarut dalam rumah saya'

Lingam memberi keterangan di hadapan RCI itu dan diingati kerana kata-katanya:"Ia nampak macam saya, ia bunyi macam saya", apabila ditanya sama ada lelaki yang bercakap di telefon dalam klip video itu adalah beliau.

Beliau juga memberitahu suruhanjaya diraja itu, terpulang kepadanya jika mahu "berpura-pura" bercakap dengan sesiapa saja yang beliau mahu.

"Saya boleh memilih apa saja topik yang saya suka. Saya malah boleh berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush jika saya mahu," katanya menjawab satu soalan, sambil menambah beliau berhak bercakap “apa saja yang mengarut” di dalam rumahnya.

Peguam terkemuka Datuk VK Lingam dalam rakaman video menunjukkan beliau membincangkan pelantikan hakim atasan yang mesra Barisan Nasional, dihalang amal undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 November, 2015.
Peguam terkemuka Datuk VK Lingam dalam rakaman video menunjukkan beliau membincangkan pelantikan hakim atasan yang mesra Barisan Nasional, dihalang amal
undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 November, 2015."Itu (perbualan) di rumah saya. Ia privasi dalam bilik saya. Rumah saya adalah istana
saya. Saya rajanya. Saya boleh bercakap apa saja yang mengarut di dalam rumah saya selagi saya tidak mabuk di luar dan melakukan kesalahan," kata Lingam
ketika memberi keterangan.

Gwo-Burne mula terkenal sebagai individu yang merakam percakapan Lingam di telefon, didakwa dengan bekas ketua hakim Malaya Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Lingam dikatakan mengatur bagi Fairuz untuk dinaikkan pangkat kepada ketua hakim negara. Fairuz adalah ketua hakim dari 2003 hingga 2007.

Individu lain yang tampil di hadapan jawatankuasa disiplin 3 ahli itu ialah bapa Gwo-Burne, Mun Fah dan bekas setiausaha Lingam, G Jayanti.

Dalam laporan 2008, RCI membuat kesimpulan klip video itu sahih dan Lingam adalah individu yang berbual dengan Fairuz berhubung pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap 6 individu iaitu Lingam, Fairuz, bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Eusoff Chin, hartawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kerana salah laku.

Ia juga mendapati terdapat keterangan prima facie untuk menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang.

Lingam kemudian memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar dapatan RCI yang mengatakan beliau melakukan salah laku jenayah yang menurutnya serangan serius terhadap reputasinya dan menjejaskan beliau.

Pada 13 September, 2011 Mahkamah Persekutuan memutuskan dapatan RCI tidak boleh dikaji semula kerana pesuruhjaya sekadar membuat dapatan dan ia bukan keputusan.

Pengerusi panel hakim Tan Sri Raus Sharif memutuskan Lingam dan 2 bekas ketua hakim itu tidak terjejas teruk dengan dapatan suruhanjaya itu.

Beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu tidak bermakna, dan juga pembaziran wang rakyat jika prosiding dibenarkan untuk dicabar. – 20 November, 2015.

Jumaat, 6 November 2015

Panas!! Skandal terbaru Ahli Majlis MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diminta menjelaskan status pemaju bangunan asrama yang disewakan kepada Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Kajang yang baru-baru ini hangat diperkatakan kerana tidak memiliki sijil layak menduduki (CF) dan pernah terbiar hampir 12 tahun.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau mendapati terdapat konflik kepentingan dalam isu tersebut kerana melalui maklumat yang diperolehnya mendapati pengarah syarikat pemaju berkenaan merupakan ahli majlis MAIWP.

“MAIWP merupakan pemegang saham terbesar IPB dan pihak pemaju yang menyewakan bangunan tersebut merupakan salah seorang ahli majlis MAIWP.

“Jadi, kita hairan macam mana dia (pemaju) boleh terlibat menyewakan bangunan tersebut kepada IPB sedangkan dia sendiri ahli MAIWP. Pihak MAIWP perlu menjelaskan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Utusan Malaysia pada bulan lalu mendedahkan bangunan asrama yang menempatkan 500 orang pelajar baharu IPB bagi sesi September 2015 IPB didakwa tidak memiliki CF dan pernah terbiar hampir 12 tahun.

Hasil pendedahan itu, pelajar-pelajar berkenaan membuat laporan polis mempersoalkan tindakan pihak pengurusan yang memperjudikan keselamatan mereka.

IPB dalam maklum balasnya berhubung isu itu menjelaskan, bangunan tersebut telah mendapat Sijil Siap Bina (CPC) dan mendapat Surat Pelepasan Perakuan Berperingkat: Menentang Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 September 2015 selain sedang dalam peringkat akhir mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Menurut Hanipa, beliau juga mendapat maklumat bahawa pelajar-pelajar yang membuat laporan polis dan terlibat dalam memberikan maklumat kepada pihak media telah diugut tidak akan diberikan bantuan baitulmal oleh pihak atasan IPB.

“Saya ada bukti perbualan WhatsApp antara pelajar dengan pihak atasan IPB berhubung ugutan ini.

“Sebanyak 80 peratus daripada mereka ini adalah golongan asnaf, sudahlah biasiswa mereka dipotong tanpa justifikasi, ada yang lambat diberikan, sekarang ini diugut pula oleh pihak atasan IPB,” ujarnya.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Apa rasional KDN beli helikopter RM535.7 juta?

Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Alwi Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini.

MoU tersebut melibatkan antara syarikat German, EMT Penzburg dan Drei Sohne Technologies Sdn Bhd dengan bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu (UAV) (Unmanned Aerial Vehicle).

EMT diwakili Pengarah Jualan Antarabangsa Horst H Bauch manakala Drei Sohne diwakili Pengarah Urusan Azmi Mustapha.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet. – 22 Oktober, 2015.

Isnin, 5 Oktober 2015

Rahim Thamby Chik tidak mengaku bersalah fitnah anak Sultan Selangor

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas  tuduhan menghasut.

Pengarah Risda itu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan secara sedar membuat penghantaran komen menerusi laman Facebooknya, Rahim Thamby Chik, dua minggu lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Slamat Yahya sebentar tadi.

Pada 25 September lalu, Abdul Rahim  yang juga Pengarah Risda menerusi akaun Facebooknya memuat naik status mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, sebagai murtad.

Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan dakwaan tersebut dan melahirkan rasa dukacita, terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab Abdul Rahim.

Selasa, 8 September 2015

Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.

“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

“Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.

Rizal: Tunggu berita siar dulu

Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.

“Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

“Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,” katanya.

Sementara itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.

"Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rizal lagi hari ini.

Isnin, 20 Julai 2015

KPN minta rasuah RM20,000 dari papagomo dalam isu Low Yat?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penyebaran perbualannya bersama penulis blog, Papagomo menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000.

Khalid berkata, siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama penulis blog itu.

Menerusi perbualan yang dikatakan itu, Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi 'menyelesaikan' kes penulis blog itu selepas dia ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu.

"Satu laporan dibuat bagi membantu siasatan," kata Khalid kepada The Star tetapi mengesahkan bahawa peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyai penulis blog berkenaan.

Halaman di akaun Facebook itu turut menyiarkan khabar angin yang didakwa perjumpaan diadakan di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan merancang untuk melakukan pergaduhan bersenjata di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Perkara itu tersebar selepas penahanan Papagomo.

Bukit Aman yang menyifatkan penyebaran maklumat tidak benar itu mempunyai niat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan, menggesa rakyat Malayisa supaya tidak membiarkan mesej-mesej tersebut viral secara dalam talian.

Sementara itu, Ahmad Shuaib turut menasihatkan anak guamnya supaya menjauhi daripada halaman itu dengan mengatakan bahawa Papagomo tidak boleh mengemaskininya kerana ketika itu dia di dalam tahanan.

Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat.

Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum.
-mstar-

Khamis, 16 Julai 2015

Ketua Umno bahagian Bagan ditahan berhubung insiden Low Yat

Polis menahan ketua UMNO bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Plaza
Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata Shaikh ditahan selepas diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Seberang Prai Tengah (SPT), hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya beliau difahamkan penahanan itu adalah atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat Shaikh selepas muncul mesej yang
dipercayai disebarkan pihak tertentu.

"Kami percaya penahanan Shaikh itu adalah ekoran mesej daripada kumpulan Whatsapp yang tersebar membabitkan apa yang ditulis Ketua Umno bahagian Bagan
itu dalam kumpulan berkenaan.

"Saya berpendapat bukan Shaikh yang cuba menghasut sebaliknya orang yang berada dalam kumpulan Whatsapp itu yang cuba menimbulkan perkara yang menggugat
ketenteraman negara," katanya ketika ditemui di luar
perkarangan IPD SPT.

Sebelum ini, penulis blog Papagomo, Wan Mohd Azri Wan Deris, ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat.

Terdahulu, Musa menemani bekas ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu ke IPD SPT kira-kira pukul 2 petang sebelum ditahan oleh dua anggota polis di luar balai
polis itu.

Difahamkan, penyebaran mesej itu didapati mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan remaja lelaki Melayu sahaja untuk didakwa dan tidak peniaga Cina
yang turut terbabit hingga mencetuskan pergaduhan.

Musa berkata walaupun kesal perkara sedemikian berlaku, beliau akur dengan undang-undang dan meminta polis turut menyiasat orang yang menyebarkan mesej
itu.

"Kumpulan Whatsapp ini adalah perbincangan tertutup dan semestinya penyebaran ini dilakukan oleh orang dalam kumpulan itu sendiri yang mana secara tidak
langsung orang terbabit yang cuba menghasut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kenyataan mengenai perkara itu (tangkapan) akan dibuat oleh Ketua Polis Negara," katanya. – Bernama, 15 Julai, 2015.

Rabu, 15 Julai 2015

Low Yat: Pemuda dibelasah tak berdendam

Selepas menikmati makan malam bersama rakan-rakan di Bukit Bintang, Patrick Lim memandu pulang ke rumahnya dengan tenang pada awal pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, pemanduannya terganggu apabila beliau bersama dua lagi rakannya diheret keluar daripada kereta yang sedang dipandunya oleh sekumpulan perusuh yang dianggarkan bilangan mereka kira-kira 100 orang.

Malah, sebuah video berhubung serangan terhadap Lim  juga menjadi viral di laman sosial. Video tersebut menunjukkan sekumpulan perusuh menyerang kereta Proton Wira hitam dan menyerang individu di dalam kereta itu.

Pihak polis pula berusaha untuk meleraikan kumpulan tersebut daripada terus menyerang sehingga menyebabkan salah seorang daripada anggota polis itu mengeluarkan pistol dan menghalakan ke udara.

Bercakap kepada pemberita buat pertama kalinya sejak kejadian itu, Lim, 21, bagaimanapun tidak menyimpan dendam.

"Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya tidak mahu membalas dendam. Ia adalah kerana saya mempunyai ramai kawan Melayu. Saya tidak mahu menjadi rasis.

"Kita dilahirkan di Malaysia, tak ada gunanya untuk lawan balik. Tetapi saya berharap agar tidak ada lagi kejadian seperti ini. Tak ada guna, kita rakyat Malaysia," kata Lim.

Lim berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengambil kereta Proton Wiranya yang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

Mengimbas kembali kejadian itu, bekas pemain bola keranjang negeri itu berkata, beliau langsung tidak bermaya ketika dipukul selama kira-kira 10 minit.

"Mereka buat kami seperti binatang," kata Lim yang berharap agar pihak yang memukulnya dibawa ke muka pengadilan.

* memalukan .. PEKIDA harus diharamkan!

Low Yat: Benarkah Ketua Polis Negara berbohong

Peguam kepada suspek kes curi telefon di Low Yat mendakwa KPN tidak bercakap benar kepada media berkenaan kes itu.

PETALING JAYA: Seorang peguam kepada tertuduh kes curi telefon bimbit di Low Yat sehingga tercetusnya pergaduhan menuduh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, salah seorang peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak menceritakan kejadian sebenar kepada media.

“KPN menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. Ini bohong.

“Selepas bersama anak guam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini (Selasa), anak guam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Ketua Polis Negara juga berbohong apabila mengatakan salah seorang suspek yang dibebaskan telah membuat fitnah ditipu oleh peniaga telefon bimbit.

Dia berkata, kenyataan yang dipetik blogger oleh Khalid berkenaan telefon klon juga tidak benar.

“Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kami tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan mana-mana blogger,” tegasnya.

Dia berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat semakin sudah hilang kredibiliti apabila membuat kenyataan mengelirukan orang awam dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

“Mana mungkin polis menangkap, menyiasat dan terus menuduh anakguam kami sebagai penjenayah seperti mana kenyataan KPN semalam kerana mahkamah, hakim dan bukti-bukti belum dikemukakan.

“Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah,” katanya yang turut memuatnaik kenyataannya di Facebook.

RAKYAT MARHAEN at 7/14/2015 06:48:00 PTG

Selasa, 14 Julai 2015

Plaza Low Yat: papagomo, mana mau lari ...

Polis kini sedang memburu penulis blog Papagomo yang didakwa menyebarkan berita palsu sehingga mencetuskan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, semalam,
kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut akan disiasat ialah anggota polis yang melepaskan rakan yang mengiringi suspek yang dikatakan mencuri telefon itu, sehingga membolehkannya menyebarkan
cerita bohong berkenaan insiden itu.

"Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.

"Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya. Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.

"Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi. Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap," katanya pada
sidang media di Plaza Low Yat sewaktu melawat bangunan itu petang ini.

Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, tahun lalu diperintahkan membayar saman sebanyak RM850,000 kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim kerana menyiarkan imej dan kenyataan yang mengaitkan Anwar mengadakan hubungan sejenis dengan lelaki.

Sementara itu, Khalid berkata, polis akan terus memantau penyebaran berita tidak benar berkenaan insiden di Plaza Low Yat semalam menerusi media sosial.

"Kita memantau semua laporan dalam media sosial dan kita akan menangkap mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu, berita rusuhan dan sebagainya.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini dan kita akan ambil tindakan segera," katanya.

Beliau juga mengumumkan 19 orang sudah ditahan reman selama 4 hari berhubung insiden semalam yang berusia di antara 19 dan 26 tahun.

"Kita sudah tahan semua 19 orang, termasuk yang mula-mula mencuri itu, dan kita sudah dapatkan reman 4 hari," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada mereka yang cuba berhimpun sekali lagi malam ini di Plaza Low Yat.

"Kita akan memantau perkara ini dan kita nasihat mereka yang cuba melakukan himpunan, kita akan ambil tindakan," katanya. – 13 Julai, 2015.

Isnin, 13 Julai 2015

Pergaduhan di Plaza Low Yat: Bukti ini pasti mengejutkan anda!

Khairul, Khairul. Ahti kau keras nak. Ini bulan ramadhan. Kau takde rasa kesal pun. Tak pasal2 sebab kau orang berbalah. Tak pasal2 sebab kau melayu cina
dok bergaduh sesama sendiri. Kau berjaya huru harakan dunia netizens dalam dua tiga hari neh. Memang gila la kau.

Ini pendedahan IGP. 

Lihat video ;



Point IGP ;

1. Khairul dan Shahrul ditahan oleh staff OPPO sebab mencuri di kedai atas.

2. Shahrul terus ditahan, Khairul pula dibebaskan tetapi tanpa keizinan dari pegawai atasan polis yang membebaskan Khairul. Khairul dibebaskan atas budi
bicara.

3. Khairul balik rumah. Ajak geng. Buat cerita tipu. Geng semua kena tipu dengan Khairul. P mengamuk kat Low Yat atas alasan penipuan peniaga.

4. Selepas rusuhan, polis tangkap Khairul dan geng2 yang mengamuk. Geng2 yang mengamuk neh story kat polis. Yang kedai OPPO tipu. Jual barang tiruan. Kemudiannya,
polis juga yang sebar info tue kat media. Dan netizens baca sebaran media dengan menyangka geng2 Khairul mengamuk sebab ditipu peniaga. Sampai kata KPDNKK
akan siasat sama. Dalam erti kata lain, polis2 kau kena tipu sekali. Bukan aku dan kau je.

baca juga;
perhimpunan dan demo oleh kelompok PEKIDA di Plaza Low Yat
5. Polis kemudian siasat lagi. Tengok CCTV. Memang sah kecurian berlaku. Khairul pula didapati buat cerita bohong. Mana ada kes kedai hp jual hp tipu.
Dua tiga kali IGP ulang. Habis ramai orang terpedaya dengan penipuan dia. Beria2 pula orang dok bekap dia. Gila keji perangai Khairul kau neh.

6. IGP juga mendedahkan setakat neh 19 ditahan. 4 hari direman. Termasuk Shahrul dan Khairul. 

7. IGP juga mahu semua pihak hentikan sebaran karut. Semua pihak yang memandai2 akan ditangkap termasuk Papa Gomo.

8. IGP juga mengatakan pihak2 yang dok buat cerita karut neh ada dalam pemerhatian polis dan setiap dari mereka akan dikenakan tindakan. Polis dah kenalpasti
siapa yang menjadi punca utama penyebaran berita palsu.

9. Pendek kata, dalam kerangka yang lebih kecil merujuk kepada kes neh semata2, Low Yat kena fitnah dek mulut Khairul. Tak pasal2 melayu malu kerana sikap
Khairul tue. Sekalipun mengiringi si pencuri dan kau tak mencuri kau tetap bersalah juga sebab buat cerita bohong. Tindakan Khairul neh betul2 mencemar
maruah orang melayu sebab tak memasal2 melayu dicop membela pencuri. Gila la dia.

Sedikit kronologi macam mana netizens terpedaya dan terheret sama dalam kisah ini.

1. Video rusuhan di Low Yat tersebar.
2. Susulan penyebaran tersebut, pelbagai spekulasi disebarkan.
3. Netizens yang terpedaya dengan sebaran berkenaan mula bergaduh sesama sendiri di laman sosial.
4. Pada awalnya simpati berpihak kepada Khairul.
5. Kononnya kena naya.
6. Apatah lagi dibantu dengan statement polis. Diapi2kan pula dengan cerita tipu dari pihak tertentu.
7. Bertambahla dia mendapat simpati umum.
8. Kebetulannya pula Low Yat memang terkenal sebagai lubuk penipuan.
9. Maka bertambahla sentimen marah.
10. Tetapi semakin lama semakin didapati siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan. Apabila polis mula update perkembangan kes.

selanjutnya dari AmenoWorld

kalau korang nak tahu cerita dari awal lihat
Gambar dan Video : Pergaduhan gaduh Di Plaza Low Yat

Plaza Low Yat tegang kembali, tutup awal, kumpulan PEKIDA lancar bantahan

PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT

Pihak berkuasa meminta peniaga di Plaza Low Yat menghentikan operasi mereka lebih awal malam ini (malam semalam) selepas kira-kira 200 orang, sebahagiannya dikatakan dari kumpulan hak Melayu Pekida, berkumpul di luar bangunan itu menyuarakan "ketidakpuasanhati" mereka berhubung satu pergaduhan yang berlaku semalam.

Premis perniagaan diminta tutup seawal jam 9 malam ini, dengan polis mengepung kawasan itu bagi menghalang kumpulan itu daripada cuba memasuki bangunan.

Difahamkan yang kumpulan itu berkumpul di hadapan bangunan itu kira-kira pukul 6 petang dan bilangannya menjadi semakin ramai pada pukul 8.45 malam, tanpa mempedulikan amaran polis yang melarang mereka membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.

Mereka didengari melaungkan kenyataan yang menghina dan keji dan kelihatan bersedia menyerbu ke dalam premis itu apabila pihak pengurusan dan pihak berkuasa memutuskan untuk menutupnya lebih awal.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Salah seorang daripada mereka yang dipercayai wakil kumpulan itu, kedengaran memberitahu orang ramai yang perhimpunan itu ialah mengenai menuntut keadilan.

"Kami mahu keadilan dan kesaksamaan, kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedar apa yang berlaku semalam," katanya.

Insiden yang berlaku pada jam 7.50 petang Sabtu menjadi viral di laman rangkaian sosial, dengan ramai yang membuat kesimpulan ia bermotifkan perkauman.

Posting di media sosial juga menyatakan, lelaki yang kini berada dalam tahanan polis kerana didakwa mencuri sebelum itu ditipu apabila membeli telefon bimbit di sebuah kedai.

Lelaki itu didakwa merampas satu unit telefon bimbit dari jurujual selepas jurujual itu enggan menggantikan telefon bimbit yang dibelinya terlebih dahulu.

Sementara itu, polis berkata malam ini, orang ramai mula bersurai perlahan-lahan sekitar jam 10 malam selepas diarahkan meninggalkan kawasan itu.

"Mereka salah faham apa yang berlaku selepas membaca berita di media sosial. Pihak polis menasihatkan mereka dan ada yang menerima penjelasan itu tetapi terdapat juga beberapa orang yang masih tidak berpuas hati," kata satu sumber.


Baca juga:
?
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang berada di tempat kejadian, sekali lagi menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku dan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka.

"Kami akan menyiasat kedua-dua pihak secara menyeluruh tanpa berat sebelah," kata Tajuddin ketika ditemui malam ini.

Sementara itu, Zainuddin berkata, polis menahan seorang lelaki di kawasan tersebut, yang dilihat "cuba memprovokasi" orang ramai dengan sebatang kayu .

"Nasib baik tiada kerosakan dilakukan kepada premis itu. Kami berjaya mengawal orang ramai dan menghentikannya daripada semakin buruk dan menjadi di luar kawalan," katanya.

Setakat malam ini, polis KL menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan malam tadi .

Mereka berdua dikatakan antara 7 yang mengamuk di kompleks itu selepas rakan mereka ditangkap kerana dituduh mencuri itu. – 12 Julai, 2015.
Gambar dan Video : Pergaduhan gaduh Di Plaza Low yat

Ahad, 12 Julai 2015

Gambar dan Video : Pergaduhan gaduh Di Plaza Low Yat


Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.

Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal
keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu, insiden berkenaan turut ‘viral’ di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.

Gambar & Video : Gaduh Di Plaza Lowyat

video di sini



Manakala satu lagi versi berita memetik begini;

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan
bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam
kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan
kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis
itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut
kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga
ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama
ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

Khamis, 2 Julai 2015

Video Anggota Kementerian Kesihatan Diacu Parang

Video Anggota Kementerian Kesihatan Diacu Parang - Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari
Kementerian Kesihatan telah diugut dengan diacukan parang ke arah mereka.

Berdasarkan keterangan yang disertakan dengan video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku semalam (1 Julai 2015) berpunca apabila lelaki berkenaan berang selepas pihak Kementerian Kesihatan didakwanya tidak memberikan sebarang
notis awal untuk melakukan semburan asap basmi denggi (fogging).

Menurut keterangan, lelaki itu naik berang kerana semasa kejadian "fogging' berkenaan terdapat keluarganya masih berada di dalam rumah.

block quote
"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?" katanya sambil mengacu parang.
block quote end

Berdasarkan keterangan juga, pihak Kementerian Kesihatan juga telah memberi notis kepada penduduk di apartment berkenaan pada pagi hari kejadian.

Isnin, 29 Jun 2015

(PANAS) TMJ please SEDAR diri bahawa tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa


“TMJ please SEDAR diri bahawa tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa”.

PETALING JAYA: Satu laman Facebook dikesan memperlekeh institusi beraja di negara ini khususnya terhadap Kesultanan Johor.

Dalam status terbaru yang dimuat naik pada Ahad, pemilik akaun JMW 4.0 bertindak kurang ajar dengan menyebut perkataan puii terhadap Sultan Ibrahim Ismail
Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Berbeza dengan kerabat Arjentina, mereka lebih menyokong kerajaan yang ada ketika ini.

“Hitam putih cicak kobin. Puii,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, dalam status yang dimuat naiknya pada 26 Jun lalu, pemilik akaun meminta pengikutnya berkongsi posting JMW vs UMNO.

“Siapa tak share dia beruk”, tulisnya.

Ia merujuk kepada posting yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“TMJ please SEDAR diri bahaw tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa”.

Ia sebahagian daripada status berbaur kesat yang dimuat naik pemiliknya.

Berdasarkan maklumat yang tertera, ia kali keempat akaun itu diwujudkan.

“JMW kembali lagi buat kali keempat selepas direport hampir 36281936291 juta kalinya.

Sape sentap die BERUK.

Keh Keh Keh,” tulisnya dengan angkuh.

Semoga pendedahan laporan ini mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak berkenaan, khususnya Suruhanjaya Multi Media dan Komunikasi (SKMM).. Tankgap dan sumbat dalam penjara!  

artikel: JMW 4.0 maki Sultan Johor - FMT

Khamis, 25 Jun 2015

Biar betul .. masih ada majikan halang pekerja solat di Johor

Fazly yang berusia 29 tahun menceritakan bahawa pengurusnya, Alvin hanya membenarkan dia menunaikan solat sehari sekali sahaja.


PETALING JAYA: Seorang pekerja di Johor Premium Outlet (JPO), Johor Bharu yang bekerja dengan sebuah butik yang berjenama antarabangsa British mendakwa
pengurusnya tidak membenarkannya untuk menunaikan solat fardhu.

Pengadu yang memperkenalkan dirinya sebagai Fazly, terkilan dengan apa yang berlaku dan mendesak supaya Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)menyiasat.

Sewaktu dihubungi FMT, pegawai jualan yang berusia 29 tahun menceritakan dalam kejadian 22 Jun lalu, pengurusnya, Alvin hanya membenarkan dia menunaikan
solat sehari sekali sahaja.

“Manager cakap, kami tidak boleh pergi sembahyang waktu kerja. Kalau mahu pergi, hanya waktu rehat sahaja. Jadi, waktu rehat hanya satu jam sahaja dan
hanya dapat menunaikan solat Zohor.

“Tetapi, solat Asar dan Maghrib tidak boleh. Saya dah pening,” luahnya.

Pada masa sama, Fazly turut mendedahkan menerusi rakaman suara yang dihantar oleh Alvin di dalam ‘group whatsapp’ syarikatnya.

“We all only have break time, we dont have sembahyang time, if you want sembahyang I tak kacau, tapi you have to go on your break time. Itu sahaja.

“You are using company money, and you earn you company money for your sembahyang, apa maknanya, ini kan dosa,” ujar Alvin seperti yang didakwa Fazly.

Fazly turut meluahkan rasa sedih dan pelik dengan sikap pengurusnya, yang seolah-olah menidakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Saya berasa pelik adakah saya di negara lain bukan negara Islam.

“Saya sangat kecewa, tidak tahu hendak buat apa. Nak berhenti bekerja, sekarang ini tengah gawat, siapa yang hendak ambil saya bekerja. Kecewa dengan Malaysia
yang tidak pentingkan hukum hakam sebuah negara Islam,” luahnya.