Khamis, 2 Julai 2015

Video Anggota Kementerian Kesihatan Diacu Parang

Video Anggota Kementerian Kesihatan Diacu Parang - Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari
Kementerian Kesihatan telah diugut dengan diacukan parang ke arah mereka.

Berdasarkan keterangan yang disertakan dengan video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku semalam (1 Julai 2015) berpunca apabila lelaki berkenaan berang selepas pihak Kementerian Kesihatan didakwanya tidak memberikan sebarang
notis awal untuk melakukan semburan asap basmi denggi (fogging).

Menurut keterangan, lelaki itu naik berang kerana semasa kejadian "fogging' berkenaan terdapat keluarganya masih berada di dalam rumah.

block quote
"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?" katanya sambil mengacu parang.
block quote end

Berdasarkan keterangan juga, pihak Kementerian Kesihatan juga telah memberi notis kepada penduduk di apartment berkenaan pada pagi hari kejadian.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

Aku pernah berhadapan dengan geng KKM yg ganas macam Hj Hadi. Dia sembur kolam ikan ikan sampai habis ikan mati, dia kata kenapa tak asingkan ikan dalam bekas lain dahulu? Mabuk TODI. Kalau kolam ada ikan banyak BERMAKNA jejentik tak ada dalam kolam itu sebab jejentik adalah makanan ikan. Ini yg KERAjaan BN kena pantau tatalaku pegawai, sombongbodoh dan bongkakbahlul macam menteri2 BN. Last2 sekali aku diugut, katanya mengganggu penjawat awam. Adil kan? kah kah kah