Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau mendapati terdapat konflik kepentingan dalam isu tersebut kerana melalui maklumat yang diperolehnya mendapati pengarah syarikat pemaju berkenaan merupakan ahli majlis MAIWP.
“MAIWP merupakan pemegang saham terbesar IPB dan pihak pemaju yang menyewakan bangunan tersebut merupakan salah seorang ahli majlis MAIWP.
“Jadi, kita hairan macam mana dia (pemaju) boleh terlibat menyewakan bangunan tersebut kepada IPB sedangkan dia sendiri ahli MAIWP. Pihak MAIWP perlu menjelaskan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Utusan Malaysia pada bulan lalu mendedahkan bangunan asrama yang menempatkan 500 orang pelajar baharu IPB bagi sesi September 2015 IPB didakwa tidak memiliki CF dan pernah terbiar hampir 12 tahun.
Hasil pendedahan itu, pelajar-pelajar berkenaan membuat laporan polis mempersoalkan tindakan pihak pengurusan yang memperjudikan keselamatan mereka.
IPB dalam maklum balasnya berhubung isu itu menjelaskan, bangunan tersebut telah mendapat Sijil Siap Bina (CPC) dan mendapat Surat Pelepasan Perakuan Berperingkat: Menentang Kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 September 2015 selain sedang dalam peringkat akhir mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Menurut Hanipa, beliau juga mendapat maklumat bahawa pelajar-pelajar yang membuat laporan polis dan terlibat dalam memberikan maklumat kepada pihak media telah diugut tidak akan diberikan bantuan baitulmal oleh pihak atasan IPB.
“Saya ada bukti perbualan WhatsApp antara pelajar dengan pihak atasan IPB berhubung ugutan ini.
“Sebanyak 80 peratus daripada mereka ini adalah golongan asnaf, sudahlah biasiswa mereka dipotong tanpa justifikasi, ada yang lambat diberikan, sekarang ini diugut pula oleh pihak atasan IPB,” ujarnya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan