Jumaat, 3 Mei 2013

PR bakal kalah teruk gara-gara ini .. tengok tak percaya!

Slogan "Ini kalilah" dan "Ubah" dilihat berjaya mencetuskan tsunami politik kali kedua terhadap BN.

Jika tsunami terbesar pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu
dikatakan bermula empat hari sebelum pilihan raya tersebut, tsunami kali ini dilihat bermula sejak Jumaat lalu, iaitu 26 April.

Ketika tersebar berita dari sumber dalaman Umno yang menyatakan jentera Umno Selangor "hampir lumpuh" dan Wanita Umno pula "tidak bersemangat", tinjauan ke beberapa tempat di seluruh negara menyaksikan arus perubahan semakin dekat di hati rakyat dan kecenderungan untuk memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat (PR) nyata semakin ketara.



Bagi AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, apa yang berlaku itu adalah hasil dari arus bawah dari Selatan.
"Undercurrent from the South," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Beliau merujuk kepada kebangkitan luar biasa rakyat Johor menentang BN. Dr Mohd Hatta yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Krai mengakui "undercurrent"
dari Selatan itu bukan sahaja memberi kesan dan manfaat yang besar kepada Kuala Krai, malah seluruh Kelantan.

Di Johor, sambutan puluhan ribu kepada ceramah-ceramah­ Pakatan semakin menjadi fenomena terutama menjelang PRU13. Sedangkan dahulu, seperti yang dinyatakan
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, lebih banyak pokok yang "mendengar" ceramah pembangkang berbanding orang.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan kawasan Dun Nusajaya dilihat memberi pengaruh yang besar kepada
masyarakat Melayu di negeri itu untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan.

Di kalangan masyarakat Cina pula, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah membentuk gelombang tsunami yang
jauh lebih "gigantic" di kalangan masyarakat Cina.

Melihat kehadiran beliau akan mengakibatkan kecederaan yang parah teramat parah kepada penguasaan Umno-BN di negeri yang mereka megahkan sebagai kubu mereka
itu, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dipertaruhkan menentang Kit Siang di kerus. Pada Umno, MCA tidak boleh diharap lagi dan hanya menjadi
bebanan.

Dalam tidak tentu arah dan latah yang berpanjangan kerana terpaksa bertarung dengan Kit Siang, Abdul Ghani terus berpaut kepada sentimen perkauman yang
"crude" atau kasar untuk menahan arus kebangkitan rakyat itu sehingga dilaporkan bahawa "habis hilang sifat gentleman" beliau.

Jika tsunami di Johor itu hanya terbatas kepada kaum Cina sahaja, tentulah BN tidak gabra dan menggelabah.

The Malaysian Insider melaporkan, pengundi Melayu Johor bersedia mengundi calon bukan Melayu.

Salahuddin pula memberitahu, banyak kawasan penempatan Melayu yang sebelum ini tidak dapat ditembusi kini tidak lagi menjadi "kawasan terlarang" kepada
pemimpin dan petugas Pakatan. Malah, ceramah-ceramah­ berjaya diadakan di kawasan tersebut, sebahagian besarnya menerima sambutan ribuan hadirin.

"Kalau ada banyak yang datang dengan kereta, van dan sebagainya, kita boleh kata itu orang luar. Tetapi kalau banyak yang datang menaiki motosikal dan
basikal, itu tandanya sambutan yang kita terima adalah dari penduduk tempatan," kata Salahuddin yang tidak dapat berbual panjang kerana tergesa-gesa untuk
menyambut kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang turun ke Johor untuk menambahkan bisa kempen Pakatan di negeri itu.


Di Shah Alam, peluang calon PAS, Khalid Abdul Samad untuk mempertahan kerusi Parlimen Shah Alam dilihat semakin cerah apabila calon BN, Dato' Zulkifli
Nordin menghadapi jalan berliku-liku. Sebaik sahaja diketahui beliau akan bertanding pada malam sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan
calon-calon BN Selangor pada 16 April lalu, tiga bilik gerakan yang dikendalikan oleh petugas-petugas­ Umno di situ telah ditutup.

Apabila Zulkifli mencuba nasib melawat masjid-masjid dan surau-surau di dalam kawasan Parlimen berkenaan, sambutan yang diterima Naib Presiden Perkasa
itu amat dingin. Umpamanya, ketika melawat sebuah surau di Seksyen 7, hanya seorang sahaja ahli jemaaah surau itu yang bersalaman dengannya, iatu seorang
yang bergelar datuk.

Lebih malang lagi, pencalonan beliau menjadi bahan ketawa dan bahan gurauan di kalangan sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk di pejabat-pejabat
di situ.
Di kalangan pengundi India pula, mereka bukan sahaja amat marah dengan penghinaan Zulkifli terhadap kepercayaan mereka malah perbuatan pemimpin Umno termasuk
dari Shah Alam yang memijak kepala lembu dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri juga amat menyakitkan hati mereka.
Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India
supaya jangan mengundi Zulkifli.
Sebelum itu, Penasihat Strategik MIC, S Vell Paari dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'
G palanivel supaya menyampaikan kebimbangan kepada Najib tentang kebimbangan BN akan kehilangan 50 hingga 70 peratus masyarakat India berikutan pencalonan
Zulkifli.

Najib ternyata tidak mempedulikan pandangan Vell Paari yang juga anak kepada bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu.

Begitu juga di Sepang, di mana kira-kira 18 peratus pengundinya adalah dari kaum India. Sentimen kemarahan akibat tindakan mencalonkan Zulkifli di Shah
Alam dilihat merebak ke Sepang.

Ketika PAS mempertaruhkan antara calon utamanya, iaitu AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon BN di situ iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor,
Dato' Mohd Zin Mohamed menghadapi pemberontakan dalaman.

Dua tokoh Umno Bahagian Sepang, iaitu Ahli Jawatankuasanya­, Hanapiah Mohamad dan bekas Adun Dengkil, Dato' Suhaimi Mohd Ghazali mengambil keputusan bertanding
sebagai calon bebas dengan matlamat "hendak jatuhkan Zin".

Pada masa sama, bertebaran SMS kepada pengundi Sepang khususnya ahli-ahli Umno. Mengambil kira sebahagian besar yang menerima SMS itu adalah ahli-ahli
dan penyokong-penyo­kong, dipercayai SMS itu disebarkan orang Umno sendiri.

Memburukkan keadaan, tersebar pula berita cawangan-cawang­an Umno akan dibubarkan, bukan sahaja di Sepang tetapi di seluruh Selangor. Tidak kira sama ada
perkara itu berlaku atau tidak, ia dilihat menjejaskan nama dan peluang Mohd Zin kerana rancangan pembubaran cawangan-cawang­an Umno itu dikaitkan dengan
kemarahan terhadapnya.

Di Kedah, perpecahan sesama Umno meletakkan tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu yang bertanding di Pendang dan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang bertanding
di Pokok Sena dijangka dapat mengetepikan calon BN.

Walaupun BN meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail dalam percubaan merampas kerusi Pokok Sena yang sebelum ini disandang
Mahfuz, tetapi perpecahan dalam Umno seluruh Kedah antara puak yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan puak yang menentangnya
memberikan kelebihan kepada Pakatan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sering dilaporkan sebagai pemimpin puak yang tidak senang dengan "campur tangan"
Dr Mahathir di Kedah.

Ahmad Bashah adalah orang yang dilaporkan paling tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir kerana terlalu mengidam hendak meletakkan anaknya, Dato'
Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang di negeri itu.

Selain perpecahan parah sesama Umno, antara berita baik kepada Pakatan di Kedah ialah kehadiran lebih ramai kaum wanita ke majlis-majlis yang diadakan
oleh pakatan itu. "Wanita-wanita ramai yang datang ke program-program­ kita," kata Mohd Nasir Mustafa yang mempertahankan Dun Kubang Rotan.

Menambahkan parah ialah apabila masyarakat Siam di Kedah yang tidak bersama dalam ombak tsunami 2008 dan dianggap "fix deposit" BN di Kedah kali ini berubah
apabila sokongan kaum minoriti itu semakin kuat kepaqda Pakatan terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi
tersebut.


Di kawasan Parlimen Raub, peluang calon DAP di situ, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dilihat semakin menjanjikan apabila diambil kira sambutan pengundi Melayu
di situ kepada bekas Adun Pulau Manis, dalam kawasan Pekan itu.


Penyokong tradisi Umno di situ dilaporkan lebih cenderung kepada Arif Sabri yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan berbanding calon BN, Dato'
Hoh Khai Mun.


Di belakang tabir, tersebar cakap-cakap bahawa Umno Raub berharap calon MCA itu kalah bagi memolehkan mereka mengambil alih kerusi Parlimen Raub seperti
yang dilakukan parti itu di Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.


Di kalangan masyarakat Cina yang membentuk 43.51 peratus pengundi di situ, peluang calon BN awal-awal lagi dilihat gelap berikutan penentangan mereka terhadap
operasi sebuah kilang memproses emas di Bukit Koman, dekat Raub yang mereka bimbangi akan mengakibatkan terjejasnya kesihatan penduduk kerana keracunan
sainida.
Kumpulan pejuang alam sekitar di Raub, Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) telah pun membuat kenyataan terbuka meminta penduduk Raub
supaya jangan mengundi calon BN.
“Kami menggesa pengundi Raub untuk menolak calon ini yang tidak jujur dan telah berkali-kali berbohong kepada masyarakat Raub.
“Khai Mun sebelum ini menuduh penduduk Bukit Koman mengidap penyakit kulit kerana menggunakan “sabun yang salah” dan bukan akibat keracunan sainida. Beliau
mengelirukan rakyat untuk melindungi kerjasama antara pegawai-pegawai­ kerajaan dengan ahli perniagaan yang tidak beretika,” kata BCAC dalam satu kenyataan
medianya.


Di kalangan pengundi undi India pula, sentimen dan kemarahan yang menjalar ke seluruh negara akibat tindakan BN mencalonkan Zulkifli Nordin di Shah Alam
dijangka memberi kesan yang besar kepada BN.

PBO: sepatutnya bukan PR dalam tajuk tu tapi BN. Ini kalilah ... jom kita undi PR.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

23 respon:

Unknown berkata...

Poyo je.

HMan. berkata...

Memang patut pun PR KALAH.

arjuna berkata...

saya sokongnajib jadi pembakang

satukedah berkata...

Bohong pun patut-patut la bro...
Buat homework sikit...
Siang tadi kawan pusing dari Rawang, Kuala Selangor, Kapar, Kelang, Shah Alam, Subang...di mana-mana, kecuali Jeram, momentum memihak pada BN.
Kita tunggu malam ni...tak sabar nak tengok pembohong tegar tu jadi pensyarah di Perancis...hehe

Tanpa Nama berkata...

Terima sahaja kenyataan. Berhenti dari asyik menyalahkan orang lain. SPR salah, Bangla salah, dakwat salah... Diri sendiri tak pernah salah.

nbi3930 berkata...

Kena terima keputusan dengan hati terbuka. Perlu diingat Melayu telah berpecah dan kesempatan telah diambil oleh DAP..... PR nampak kuat tetapi yang banyak kerusi adalah DAP..... PAS dan PKR tumpang sekaki dan dah tentu duduk saf belakang DAP. Kenapa biarkan ini berlaku???? Renungkan!!!!!

Tanpa Nama berkata...

pr dh teruk.,slogan pun ikut DAP...ini kalilah.,tu bukan ayat cine mabuk ke?,sepatutnye ayat betul kite kali inilah..cine kt tempat aku dah penah sembang speak english die ingat aku tak faham kot.,diorg ckp tak lame lagi malaysia jadi negara kite(sambil ketawa)..korang suke ke?,diorg siap ckp melayu diperbodohkan oleh kite(sambil ketawa)..terase hina laaa.....

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik memilih bukan Islam yang amanah daripada Melayu Islam yang menipu, perasuah, salah guna kuasa, merompak wang negara, menindas, perogol, pembunuh, pemabuk, penzina, fasik, dan munafik. Orang yang teramat bangang sahaja yang boleh menyokong BN. Bangang sebangang-bangangnya! Takde otak!

Tanpa Nama berkata...

Kau yang bodoh sangat. Negara kita tu maksudnya negara yang dijaga oleh Pakatan Rakyat, bukan Cina. Kau ni dah tentu Melayu bodoh ...

Tanpa Nama berkata...

Tak tengok dalam internet beribu-ribu pendatang ditahan di luar tempat mengundi. Aleh-aleh polis yang menjadi komponen BN bagi masuk mengundi. Nanti Melayu jadi pariah di Malaysia akibat pendatang asing baru padan muka korang. Melayu ni memang bodohlah aku ingat. Pemimpin korup dan penuh dengan kes rasuahpun diorang boleh pilih jadi pemimpin. Memang bangsa Melayu ni bangsa yang dah korup.

Tanpa Nama berkata...

melayu yg sokong pr yg bodoh...cina dok gelak je

Tanpa Nama berkata...

BN dah menang balik....syukur Malaysia tak jatuh ke tangan DAP....Penyokong PKR dan PAS terimalah kenyataan, bukan semua melayu suka pada korang, tak payah la melalak lagi sana-sini...peace

Tanpa Nama berkata...

Memang Cina gelak kat Melayu yang sokong pemimpin korup. Pemimpin yang bersih tak disokong. Kalau bodoh macam tu bukan Cina je gelak, ikan dalam akuariumpun gelak. Lembu lagi gelak. Lembu duduk dalam kondo orang Melayu dok kampung kena tipu ngan pemimpin BN. Memang tak boleh maju orang Melayu kalau macam ni terus-terusan. Orang cerdik takkan memilih pemimpin yang kotor. Untung mereka yang tinggal di KL, Selangor, Penang dan Kelantan kerana ramai yang pandai - menolak pemimpin yang korup.

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini kau tanggunglah kesusahan yang akan dibawa oleh BN. Minyak naik harga, tol naik lagi, air naik harga, elektrik naik harga, GST akan dikenakan, AES akan dilaksanakan, lembu dalam kondo akan terbiar, pembunuh Altantuya takkan diketahui, hutang PTPTN akan bertambah banyak. Ini belum cerita tentang maksiat dan hiburan yang berleluasa.

Terima kasih kepada orang-orang bodoh yang mengundi BN, satu Malaysia akan merana, sengsara. Kau tanggunglah dosa.

Tanpa Nama berkata...

sokong...pemimpin islam yang tak boleh pimpin isteri sendiri tutup aurat

Tanpa Nama berkata...

slogan NI KALI LAH tu dari sabah la bodoh..bukan org cina mabuk pnya slogan..TOLOL!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Allahualam

Tanpa Nama berkata...

Kau ni orang islam ke? biadap sungguh...

Tanpa Nama berkata...

Bw2 la mngucap. Jgn asyik perbodohkn org je. Sepatutnya org melyu bersatu. Rasuah tu bpunca drp cina. Klu cina x beri duit kopi, rasuah x brlaku.

Tanpa Nama berkata...

Cina bersatu, orang melayu berpecah...nasib baik BN menang..kalau PR menang..ada pulak TPM cina lama kelamaan ada pulak TPM india...Belajar balik sejarah.. Apa jadi kerajaan Melayu Langkasuka, Apa jadi kerajaan Melayu Kemboja juga Filipina..Tolong muhasabah diri apa jadi kat orang2 melayu Singapura dan bangsa apa yg berkuasa kat Thailand dan apa jadi kat org melayu patani..renung2 kan lah...jangan too liberal.

Tanpa Nama berkata...

PM Melayu, TPM Melayu selama ini pun China juga yang kaya..ce sebut 10 org terkaya di M'sia, ce sebut 40 org terkaya di M'sia..berapa nama Melayu yang PM & TPM melayu dah tolong. China yg undi PR tak kira calon DAP ke PAS ke PKR ke sebab mereka mahu semua rakyat M'sia menikmati kebahagian hidup di negara bertuah ni..bukan sorang dua je untung..Ketua bahagian UMNO dapat projek di agih2kan pada anak beranak dan kroni dia atas kertas aje, lepas tu bagi kat tokeh2 China..Ini amalan biasa yg org PR (tak kira Melayu, China @ India ) nak hapuskan..harap paham..rujuk juga Laporan Audit Negara 2010 "Kereta Kebal yg dibeli berharga 7.6 bilion sdngkan harga pasaran hanya 1.7 bilion" boleh buka 70 supermarket Billion..contoh! contoh!

Tanpa Nama berkata...

ko ade kat sbelah ke mase dia beli kete kebal tu
..yg pling kaya kat mlaysia tentulah raja2 melayu..pe da.. saudagar cina kaye tu dalm kertas je

Tanpa Nama berkata...

sape pn jd PM.mesti ade agendanye
nm pn politik..kite penyokong dah le .jgn fanatik sgt saudara.klu kate najib tipu..anuar tak tipu ke nti..sume tu manusia la..mkn nsi jgk..kite pun penah menipu .tak banyk pun sikit.adat le manusia tak terlepas dari dugaan hidup