Jurucakap dari Balai Polis Brickfields berkata polis menerima maklumat daripada pengguna jalan raya itu sekitar jam 4.35 pagi.
Mayat lelaki berusia 53 tahun, dikenali sebagai Asok Kumar Koyamboo, bekas pegawai tentera udara dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Inter Quest Removals, sebuah syarikat pengangkutan, ditemui tergantung setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang di lebuh raya itu menghala ke Petaling Jaya.
Lima ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam kemudiannya menurunkan mayat itu yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Majlis berkabung diadakan hari ini di rumahnya di Meadow Park, off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Majlis pengebumian akan diadakan esok di tempat yang sama, dengan perarakan menuju ke Pusat Pembakaran Mayat Sentul.
Asok meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.
Gerbang Kota Darul Ehsan kini sedang dibaikpulih dengan kos RM9.7 juta. – 20 Disember, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan