Khamis, 25 Jun 2015

Biar betul .. masih ada majikan halang pekerja solat di Johor

Fazly yang berusia 29 tahun menceritakan bahawa pengurusnya, Alvin hanya membenarkan dia menunaikan solat sehari sekali sahaja.


PETALING JAYA: Seorang pekerja di Johor Premium Outlet (JPO), Johor Bharu yang bekerja dengan sebuah butik yang berjenama antarabangsa British mendakwa
pengurusnya tidak membenarkannya untuk menunaikan solat fardhu.

Pengadu yang memperkenalkan dirinya sebagai Fazly, terkilan dengan apa yang berlaku dan mendesak supaya Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)menyiasat.

Sewaktu dihubungi FMT, pegawai jualan yang berusia 29 tahun menceritakan dalam kejadian 22 Jun lalu, pengurusnya, Alvin hanya membenarkan dia menunaikan
solat sehari sekali sahaja.

“Manager cakap, kami tidak boleh pergi sembahyang waktu kerja. Kalau mahu pergi, hanya waktu rehat sahaja. Jadi, waktu rehat hanya satu jam sahaja dan
hanya dapat menunaikan solat Zohor.

“Tetapi, solat Asar dan Maghrib tidak boleh. Saya dah pening,” luahnya.

Pada masa sama, Fazly turut mendedahkan menerusi rakaman suara yang dihantar oleh Alvin di dalam ‘group whatsapp’ syarikatnya.

“We all only have break time, we dont have sembahyang time, if you want sembahyang I tak kacau, tapi you have to go on your break time. Itu sahaja.

“You are using company money, and you earn you company money for your sembahyang, apa maknanya, ini kan dosa,” ujar Alvin seperti yang didakwa Fazly.

Fazly turut meluahkan rasa sedih dan pelik dengan sikap pengurusnya, yang seolah-olah menidakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Saya berasa pelik adakah saya di negara lain bukan negara Islam.

“Saya sangat kecewa, tidak tahu hendak buat apa. Nak berhenti bekerja, sekarang ini tengah gawat, siapa yang hendak ambil saya bekerja. Kecewa dengan Malaysia
yang tidak pentingkan hukum hakam sebuah negara Islam,” luahnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: