Memaparkan catatan dengan label RAFIZI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAFIZI. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Tiga lagi skandal pemimpin UMNO akan terlondeh

TANJONG TOKONG:Selepas isu pemberian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kroni Umno didedahkan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) akan mendedahkan tiga lagi skandal membabitkan pemimpin parti itu.

“Selepas mendapat bukti dan isyarat, saya akan dedahkan tiga lagi skandal melibatkan korupsi pimpinan mereka dalam masa terdekat,” ujarnya pada majlis makan malam PKR di Straits Quay Convention Centre di sini, 21 Jun lalu.

Menurutnya, pendedahan mengenai projek penswastaan kampus UiTM adalah bukti ketara bagaimana pemimpin Umno mengkhianati orang Melayu dengan memberikan projek tersebut kepada suku sakat dan kroni mereka.

“Jika kerajaan tidak ditukar dalam pilihan raya yang akan datang, banyak lagi pengagihan kekayaan negara secara tidak telus akan dibolot oleh kroni-kroni mereka secara melampau,” ujarnya.

“Umno seolah-olah mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya Umnolah yang memperbodohkan orang Melayu di kampung dan pedalaman,” katanya.

Justeru Rafizi berkata, PKR akan mengatur program turun padang ke seluruh negara bagi mendedahkan pembohongan Umno, terutama kepada penduduk luar bandar berkaitan isu berkenaan.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Bagaimanapun, UiTM perlu membayar semula sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.

Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.

Antara individu yang mendapat konsesi berkenaan ialah adik kepada bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban III dan Ketua pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Rozali Ismail yang diberi konsesi UiTM Puncak Alam.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, barisan exco kerajaan negeri serta pimpinan PAS dan DAP Pulau Pinang. - KeadilanDaily

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 16 November 2013

Rafizi .. kenapa ler ko tak hulur seratus dua kat mamat tu .. kasihan dia hehe

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.



{baca lagi klik butang papar ... }





Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Tambah beliau, Aziz mengambil tindakan menyertai Umno itu selepas 'kecewa' selepas khemah sementara bilik gerakan pilihan raya PKR yang diletakkan di hadapan rumah Aziz tidak dibayar sebaliknya beranggapan ia adalah sewa tapak sedangkan pihak parti meminta bantuan sahaja daripada sukarelawan.

"Beliau sebenarnya menuntut bayaran yang kami tidak penuhi, jika BN akan beri bayaran lumayan hingga RM5,000 bagi sewa satu tapak bilik gerakan itu.

"Oleh kerana beliau tidak bekerja, atas sifat ihsan, kerap kali saya hulurkan sedikit bantuan kewangan antara RM200 hingga RM300 sahaja sepanjang tempoh kempen pilihan raya lalu.

"Tidak adil jika selepas PRU13, hanya dia sahaja menuntut bayaran sedangkan petugas dan sukarelawan lain kembali kepada aktiviti masing-masing dan bekerja," dakwanya lagi.

Ditanya sama ada Rafizi mempunyai perselisihan faham sebelum ini, beliau menegaskan tidak pernah timbul perkara tersebut malah Rafizi memberikan layanan yang baik sepanjang berkempen.

"Aziz berperwatakan baik, malangnya hingga sekarang beliau masih tidak bekerja, akibat kesempitan wang beliau pergi kepada Umno mengadu nasibnya.

"Umno lebih suka jika ahli kami pergi kepada mereka, dan ia berita gembira buat saya sebab tidak perlu melayan tuntutan wang yang sebenarnya tidak wujud," katanya lagi.



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 27 Julai 2013

Mungkin mereka sudah terfikir untuk "melenyapkan" suara Rafizi

National Feedlot Corporation (NFC) bercadang untuk mengemukakan satu lagi saman ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, kali ini berhubung dakwaan
mengenai pengambilalihan syarikat itu oleh satu firma usahasama Malaysia-Jepun.

Dakwaan itu, yang disangkal NFC, menyatakan kerajaan mungkin kerugian sehingga RM163 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat tersebut,
sekiranya syarikat yang mengambil alih NFC tidak menanggung liabiliti syarikat tersebut.

baca lagi ..



“Jumlah saman yang akan dikemukakan nanti kita serahkan kepada peguam untuk uruskan,” kata pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh seperti dipetik dalam
laporan Berita Harian hari ini.

Jelasnya, artikel yang disiarkan The Malaysian Insider itu menyebut dakwaan Rafizi bahawa syarikat usahasama tersebut, Kirimitonas Agro Sdn Bhd tidak menanggung
liabiliti NFC dan hanya mengambil alih NFC.

Sedangkan, syarikat usahasama itu sudahpun bersetuju mengambil alih hutang NFC dalam bentuk pinjaman mudah RM250 juta itu, kata Mohamad.

Laporan Berita Harian juga menyebut, peguam NFC telah mengemukakan surat bagi meminta penjelasan dari Rafizi, laman The Malaysian Insider dan juga satu
lagi portal berita, Free Malaysia Today yang turut menyiarkan kenyataan MP tersebut.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 10 Julai 2013

RM163 J duit untuk NFC tu kira hangus la ye bang ..

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.

Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.

baca lagi ..



“Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.

“Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.

Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.

“Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.

“Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.

“Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,” katanya.

“Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 26 Jun 2013

Rafizi kena saman

Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah ke atas pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City.

Mohamad Salleh dan (NFCorp) sebagai plaintif kedua memfailkan saman itu pada 3 Jun tahun ini dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui Wan Shahrizal, Hari & Co menamakan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan dan pemilik portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan.

Hari ini saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Nur Shafrida Hashim.

baca lagi ..





Peguam Mohamad Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin memberitahu pemberita mahkamah memberikan masa 14 hari untuk Mohd Rafizi dan Malaysikini memfailkan penampilan mereka di mahkamah.

"Masa 14 hari akan luput menjelang 2 Julai, jika gagal plaintif akan memfailkan satu penghakiman ingkar terhadap defendan," katanya sambil menambah plaintif telah mengemukakan writ saman kepada defendan pada 18 Jun.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 19 Ogos bagi pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohamad Salleh berkata pada 7 Mac tahun lepas, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

Mohamad Salleh memohon untuk ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu. - Bernama, 26 Jun, 2013.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 24 Jun 2013

Rafizi akan gegarkan parlimen dengan lebih banyak penyelewangan BN

24 JUN : Rafizi Ramli akan terus membongkar pelbagai isu ketika sesi persidangan Dewan Rakyat pada penggal kali ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen di sini pagi tadi menyedari peluang berbahas mengenai sesuatu isu adalah terhad di dalam sesi Dewan Rakyat.

“Sebenarnya berada dalam (Parlimen) lebih terhad bergantung kepada masa yang dihadkan, giliran dan sebagainya.

“Tetapi tidak mengapa, jika tidak dapat peluang mencukupi di dalam Parlimen, saya tetap akan bongkar di luar,” jelas Ahli Parlimen Pandan itu.

baca lagi ..


Beliau sebelum ini terkenal membongkar pelbagai isu antaranya isu penyelewengan National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan mantan Menteri Hal Ehwal Wanita, Datuk Seri Sharizat Jalil dan isu tanah di Bukit Raja yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Dalam perkembangan lain, seramai 26 orang aktivis di Padang Merbok yang berbaring di hadapan parlimen pagi dilaporkan ditahan pihak berkuasa.

Antara yang ditahan ialah aktivis mahasiswa, Mohd Safwan Anang sementara Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan seorang lagi aktivis, Adam Adli menyerah diri kepada pihak polis.

khalid samad

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan dijangka dibawa ke lokap di Jinjang.

Mengulas penahanan tersebut, Rafizi di dalam responnya meminta agar pihak polis tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka yang ditahan.

“Kita akan memastikan mereka ini mendapat bantuan guaman dan apa-apa yang perlu,” ujar Rafizi.

Pagi tadi lebih 50 orang menyertai demonstrasi di hadapan parlimen bagi mendesak anngota tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Mereka turut berkesempatan menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Selasa, 12 Mac 2013

Rafizi mengganas lagi, kali ini dengan bukti cek dan resit bayaran

PETALING JAYA: 12 Mac 2013 - Pakatan Rakyat hari ini menampilkan bukti berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan balak di Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan bukti berupa cek dan resit bayaran daripada syarikat yang terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Akhir Februari lalu Rafizi dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendedahkan skandal melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.

"Sebelum ini saya dan Dr Syed Azman mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.

"Hari ini saya tunjukkan cek dan resit bayaran yang dibuat kepada penama yang merupakan syarikat yang terlibat dalam urusniaga pembelian saham," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Menurut Rafizi juga, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telah menjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menunjukkan dokumen rasmi SPRM yang mengesahkan kes tersebut telah disiasat oleh badan itu.

"Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu," katanya.

Tambah beliau juga, Ahmad sendiri sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan itu.

"Saya tidak mendapat apa-apa maklum balas pun daripada Datuk Ahmad Said sendiri mengenai skandal balak ini yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dan banyak keputusannya ditentukan beliau sendiri," katanya lagi.

Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 405 hektar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian dimeterai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.

Wang jualan itu disyaki disalurkan kembali kepada individu tertentu yang berpengaruh menentukan hak membalak kepada syarikat terbabit.


sumber sini



Selasa, 5 Februari 2013

Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac

SHAH ALAM, 4 Feb — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dan seorang kerani bank yang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Hakim G Ramesh menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Evic Paulsen yang mewakili Mohd Rafizi.

Evic memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu proses rayuan Mohd Rafizi di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Bafia itu.

Pada 23 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lepas, atas alas an prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Mohd Rafizi, 36, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu National Feedlot Corporation (NFC),

National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac lepas.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kerani bank, Johari Mohamad, 42, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama. —





Jumaat, 25 Januari 2013

Zahid Hamidi saman Rafizi

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama

PBO™:

Artikel mana satu belum aku dapat kenalpasti. Setakat tu je berita dari Bernama.


sumber sini



Isnin, 14 Januari 2013

Rafizi tidak akan minta maaf

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menolak bulat-bulat permintaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sambil menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sehubungan itu katanya, beliau sekali lagi bersedia untuk menghadapi saman dibawa oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Saya sudah pun menghadapi saman pemimpin Umno. (Jadi) saya tidak ada masalah untuk menghadapi satu lagi kes.






#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



"Itu hak dan terserah kepada Datuk Zahid jika mahu membawa kes saman... saya tidak ada masalah untuk menghadapi saman beliau jika dibawa," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Zahid yang juga Naib Presiden Umno meminta Rafizi memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana LTAT.

Zahid telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan tuduhan Rafizi bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dengan menyelewengkan dana LTAT bagi pembelian tanah bernilai RM160 juta oleh sebuah anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Sdn Bhd, sebagai melampau.

“Tuduhan itu melampau kerana mengaibkan saya. Fakta yang dikemukakan tidak benar sehingga menimbulkan keaiban kepada pengurusan LTAT.

“Saya beri peluang kepada beliau memohon maaf kerana saya ikhlas dalam perkara ini. Terimalah keikhlasan saya, kalau mahu mengakui kesalahan dan kesilapan,” katanya.

Zahid berkata, tuduhan itu adalah cubaan menghakis kepercayaan pencarum kepada pengurusan LTAT, walaupun pembelian tanah itu dilakukan oleh anak syarikat LTAT.

Beliau mencabar Rafizi melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan itu.

Tahun lalu, Rafizi berhadapan dengan kes saman masing-masing dibawa oleh kerajaan dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ada kaitan dengan isu projek ternakan lembuh daging Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau tidak mahu mengheret Zahid dalam isu itu, yang dibawanya sejak tiga minggu lalu.

"Kes ini tiada kaitan dengan Datuk Zahid sama sekali, cumanya beliau menjadi Menteri Pertahanan.

"Pada pandangan saya, pihak yang perlu menjawab isu ini ialah Perdana Menteri sendiri, bukan Datuk Zahid," katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah lebih baik pihak-pihak terbabit menjelaskan isu yang dibangkitkan dengan fakta dan penjelasan daripada mengugut mahu membawa kes mahkamah.



Apakah Rafizi sudah nekad .. dia tidak takut kantoi berbohong?






Sabtu, 5 Januari 2013

Gegar: Rafizi jawab dakwaan Deepak

Dua hari lepas kecoh isu pembelian barang kemas bernilai jutaan ringgit kepada bini Najib, Rosmah Mansor diikuti dengan penafian Deepak pada sebelah malamnya bahawa dia sendiri menyerahkan dokumen tersebut kepada Rafizi.

Selepas penafian itu, ramai yang mula memperkatakan tindakan Rafizi sama ada dia diperangkap atau telah berbohong dengan perkara dokumen pembelian itu;

Rafizi kantoi berbohong?

Semalam Rafizi datang dengan penjelasan bahawa dia memang tidak menerima sendiri dari Deepak tapi dari pihak ketiga. Pihak ketiga itu merupakan pemimpin PKR.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan


PETALING JAYA, 3 JAN : Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta yang didakwa untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini berkata, Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR.

Menurut Rafizi, dokumen itu kemudiannya diserahkan kepadanya oleh individu terbabit yang juga merupakan pimpinan PKR untuk disemak dan dipastikan kebenarannya.

“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada VIP tanpa ada bukti habuan atau projek yang terlibat.

“Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam.

“Selepas menyemak dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini pagi tadi.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri.

Tambah Rafizi, beliau juga telah menerima persetujuan daripada individu yang menerima dokumen itu bagi membuktikan bahawa ia diperolehi daripada Deepak.

“Jelas membuktikan bahawa tindak tanduk dan tingkah laku Deepak sebelum ini tidak berkait rapat dengan PKR.

“Ia menyangkal percubaan Umno-BN yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh PKR. Malah Deepak sendiri menyatakan kekecewaannya kerana pimpinan PKR dilihat keberatan untuk berbincang dengan beliau.

“Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti, maka saya boleh bertemu dengan Deepak untuk meneliti segala bukti yang dimiliki, seperti yang didakwa sebelum ini,” ujarnya.

Rafizi semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut. (tvnews)

Seperti aku kata dalam entry sebelum ini, aku harap perkara ini tidak menjejeaskan sokongan rakyat atas pagar kepada pakatan rakyat. Jangan beban tiada, batu digalas. Tindakan dua tiga bulan ini kena 100% berhati-hati. kerana apa? kerana silap selangkah, hancur momentum yang ada.

Pemimpin pakatan jangan cepat melatah, berhati-hati dengan soalan media arus perdana Awasi katak-katak yang pernah melompat masuk dan keluar.

Wallahualam ..PBO™

Anda nak tahu kenapa Rosmah Mansor lebih sudu dari kuah?




Khamis, 3 Januari 2013

Rafizi kantoi berbohong?

PBO™ : Sehingga berita ini dipetik, suasana masih lagi panas. Pagi tadi (semalam) heboh mengenai pembelian jutaan ringgit melibatkan bini Najib. Malam ni (semalam) Deepak menafikannya pula .. hai


hai hai! Teringat kes Bala dulu. pisang berbuah dua kali? Rafizi diperangkap atau memang Rafizi menipu? Atau Deepak sudah buat pusingan U?

Jika benar Rafizi "tersalah" langkah, memang mengundang flying kick kepada pengundi atas pagar.

Apapun kita tunggu dan lihat seterusnya. Lawan tetap lawan, PR wajib ambil alih Putrajaya untuk rakyat!

'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apadokumen'

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.


"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.

p/s: apa reaksi korang .. seram sejuk?

Anda harus baca ini juga:

Gegar: Rafizi sudah jadi kaya raya kerana pendedahan berani?





Selasa, 1 Januari 2013

Gegar: Rafizi sudah jadi kaya raya kerana pendedahan berani?

KUALA LUMPUR 31 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan beli satu saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) untuk membolehkannya mempunyai kepentingan bagi pihak bekas anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ini berikutan Boustead tidak membenarkan pencarum LTAT menyemak dokumen perjanjian jual beli tanah dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah bernilai RM160 juta.

“Boustead adalah milik LTAT. Pencarum LTAT, iaitu bekas anggota tentera ada hak untuk periksa dokumen.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan


“Selepas ini saya akan jadi pemegang saham Boustead. Kita akan semak perjanjian dan berusaha untuk hentikan pembelian gila menggunakan duit pencen tentera,” tegas Rafizi.

Terdahulu, lobi Menara Boustead di Jalan Raja Chulan kecoh apabila seorang pegawai syarikat berkenaan berkata, LTAT tiada kena mengena dengan Boustead.

Menurut pegawai tersebut, hanya pemegang saham berdaftar syarikat itu dibenar akses dokumen syarikat berkenaan.

Ia mengundang kemarahan kira-kira 20 bekas anggota tentera diketuai Rafizi.

Mereka menunggu hampir sejam untuk masuk ke ibu pejabat Boustead itu sejak 1 petang tadi bagi menyemak dokumen perjanjian jual beli.

“Siapa kata LTAT tidak ada kepentingan dalam Boustead? Kalau tak ada LTAT dan tak ada caruman bekas anggota tentera, Boustead sendiri juga tidak wujud,” kata Presiden Kerabat Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

“LTAT ada pegangan majoriti dalam Boustead. Kita datang cara baik, sepatutnya mereka urus cara baik,” tegasnya memaklumkan, akan mengadakan program khusus penerangan isu ini ke seluruh negara.

PBO™: Takkan beli 1 saham pun dikira kaya? lain la geng kaler biru yang ada banyak saham seperti anak pemimpin BN. Baca(sini)


sumber sini