Isnin, 14 Januari 2013

Rafizi tidak akan minta maaf

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menolak bulat-bulat permintaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sambil menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sehubungan itu katanya, beliau sekali lagi bersedia untuk menghadapi saman dibawa oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Saya sudah pun menghadapi saman pemimpin Umno. (Jadi) saya tidak ada masalah untuk menghadapi satu lagi kes.






#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



"Itu hak dan terserah kepada Datuk Zahid jika mahu membawa kes saman... saya tidak ada masalah untuk menghadapi saman beliau jika dibawa," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Zahid yang juga Naib Presiden Umno meminta Rafizi memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana LTAT.

Zahid telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan tuduhan Rafizi bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dengan menyelewengkan dana LTAT bagi pembelian tanah bernilai RM160 juta oleh sebuah anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Sdn Bhd, sebagai melampau.

“Tuduhan itu melampau kerana mengaibkan saya. Fakta yang dikemukakan tidak benar sehingga menimbulkan keaiban kepada pengurusan LTAT.

“Saya beri peluang kepada beliau memohon maaf kerana saya ikhlas dalam perkara ini. Terimalah keikhlasan saya, kalau mahu mengakui kesalahan dan kesilapan,” katanya.

Zahid berkata, tuduhan itu adalah cubaan menghakis kepercayaan pencarum kepada pengurusan LTAT, walaupun pembelian tanah itu dilakukan oleh anak syarikat LTAT.

Beliau mencabar Rafizi melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan itu.

Tahun lalu, Rafizi berhadapan dengan kes saman masing-masing dibawa oleh kerajaan dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ada kaitan dengan isu projek ternakan lembuh daging Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau tidak mahu mengheret Zahid dalam isu itu, yang dibawanya sejak tiga minggu lalu.

"Kes ini tiada kaitan dengan Datuk Zahid sama sekali, cumanya beliau menjadi Menteri Pertahanan.

"Pada pandangan saya, pihak yang perlu menjawab isu ini ialah Perdana Menteri sendiri, bukan Datuk Zahid," katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah lebih baik pihak-pihak terbabit menjelaskan isu yang dibangkitkan dengan fakta dan penjelasan daripada mengugut mahu membawa kes mahkamah.



Apakah Rafizi sudah nekad .. dia tidak takut kantoi berbohong?






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: