RUANG PENGIKLANAN

HANYA RM10 UNTUK LANGGANAN (1) BULAN!! MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI
Memaparkan catatan dengan label ROSMAH MANSOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROSMAH MANSOR. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

Panas! Anak Rosmah, Penerbit Filem The Wolf Of Wall Street Bakal Disaman USD25 Juta?

Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai dan berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem Hollywood itu berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan "Contact Music , beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff"
pen buruk online ™

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Lebih teruk lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.

“Rakaman filem berkenaan mempunyai beberapa babak di mana karakter Greene digambarkan sebagai penjenayah, pengguna dadah, serta tidak bermoral.”

Untuk pengetahuan anda, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 1 Februari 2014

Lagi skandal mewah anak Rosmah Mansor didedahkan

Selepas memiliki kondo berharga RM110 JUTA di kota New Yorkanak lelaki Rosmah Mansor hasil perkahwinan pertama kinidilaporka Serawak Report membeli sebuah
rumah agam bernilai RM58 JUTA.

Sehingga kini Riza,Rosmah dan pihak berkuasa negara ini masih membisu dengan persoalan ini.

"dia kena jelas kepada rakyat Malaysia,dari mana duit di perolehinya.Sedangkan dia baru sahaja berkerja di sebuah bank disana." 


- Datuk Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

berita dari Suara Keadilan

Amaran dari Ali Tinju


patutlah dulu Ali Tinju beriya - iya memberi amaran agar jangan kacau Rosmah Mansor. Rupanya dia pun takut rahsia besar Rosmah Mansor terdedah .. cerita lanjut tu rujuk :

- sini -


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Isnin, 27 Januari 2014

Anak Rosmah Mansor rupanya ada...

2010. Setahun selepas Najib menjadi PM kannnnnnnn?

Hebat.

Dia neh boleh di ibaratkan kaya ekpress. Takde ribut, takde taufan, tahu2 aje dah menjadi orang kaya. Mula2 dia beli rumah mewah di LA. Then orang kata dia mampu beli rumah mewah disebabkan kerjaya dia.

Hasil semakan Rafizi, seseorang yang berkerjaya seperti Riza tidak akan mampu beli rumah mewah secepat itu melainkan ada sesuatu yang tersembunyik.

Sudah la buat filem mahal2 yang bajetnya tah dari mana datangnya.

RM326juta bukan satu angka yang kecik.

Besar tue.

Mana dia dapat wang?

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Rumah mewah + gaya hidup mewah + filem Hollywood (lucah).

Tak rasa pelik ka kita? Kalau pengarah2 lain, artis2 lain, kita tahu cerita turun naik mereka sebab cerita2 mereka sentiasa di paparkan. Berbeza dengan Riza. Kita tahu2 aje dia dah terkenal + kaya. Cerita sebelum dia kaya mana ada. Tak rasa pelik ka? Takde, disebabkan ia tak diceritakan atau memang tak diceritakan sebab tak wujud???

HAHAHA..

Lihat laporan terbaru mengenai anak Rosmah Mansur kat bawah. Dia rupanya ada rumah mewah yang lain. Dah ada dua la kiranya neh. Cuma yang neh dia beli dulu sebelum di LA tue. Yang ini tahun 2010. Masa tue dia apa? Tak mungkin hasil kutipan filem TWOWS = The Wolf Of Wall Streets.

2010. Setahun selepas Najib menjadi PM kannnnnnnn?
HAHAHAHAHA..~soscili

Lue fikirlah sendiri.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 21 Januari 2014

Sedutan adegan lucah dalam filem anak Rosmah Mansor

PERKASA kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.

Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.

Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 14 Januari 2014

Kalau benar sekalipun, takkan Rosmah Mansor banyak duit sehingga RM326 juta?

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.


{baca lagi klik butang papar ... }




Riza RizzDipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

PBO: banyak betul duit Rosmah ..? Jangan la fitnah si big mama ni, nanti dia cakap simpan duit sejak lahir pulak..!
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 2 Januari 2014

Ketika rakyat dihambat beban kos sara hidup .. Najib dan Rosmah dilaporkan kini sedang melancong sakan .. tengoklah!!

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.

“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Gosip atau cakap-cakap politik, barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli politik.

Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.


{baca lagi klik butang papar ... }






Najib RosmahDalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.

“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika perayaan Tahun Baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).

Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.

“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.

Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip dan fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.

Salah seorang editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.

Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.

Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.

Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.

Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 19 Disember 2013

Rosmah Mansor .. sila jawab ini dulu ..

"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,"- Mama Rosmah.

PERGHH.

Ingat aku akan terbeli dan cayor la lepas baca penjelasan kat bawah neh? Jangan harap la mama Rosmah oi. Makin bertambah2 pelik lagi ada. Nak tahu kenapa?

1. Apa bukti program PERMATA jadi beberapa negara luar sedangkan kejayaan program itu sendiri diragui dalam negara?

{baca lagi klik butang papar ... }




2. Kalau ye pergi sana buat kerja apa jadahnya pula isteri2 menteri ikut sekali? Mereka buat apa? Takan jadi makcik2 pacak kot? Shahrizat pun ada sekali. Kenapa? Apa peranan2 mereka semua? Kenapa itu tak didedahkan juga? Ce citer.

3. Siap membesar2kan lagi citer yang mama Rosmah pernah bantu rakyat Malaysia. Perlu ke citer tue? Rasanya tak perlu. Apatah lagi ada beberapa pihak menafikan bahawa mama Rosmah berperanan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia sebaliknya ia adalah hasil usaha dari pihak2 lain. Apa pun aku rasa ia mungkin hasil kolektif. Sana sikit, sini sikit, sama2 membantu, sama2 berperanan. Tak kisah la tue. Tapi perlu ke memperbesar2kan citer tue dan perlu ke bagitau satu dunia yang mama Rosmah rapat dengan isteri Hosni Mubarak? Ini bukan perkara yang membanggakan pun.. aduhai.

4. Sekali lagi rakyat minta bukti. Apa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat dengan lawatan2 kerja yang dibuat oleh Rosmah Mansur ke beberapa buah negara?

5. Tidur hotel, makan dan sebagainya guna duit sapa?

Mohon mama Rosmah jawab yang ini dulu la. Ini aje pun yang penting2 rakyat nak tahu. Lain2 yang bersifat peribadi HARAM rakyat nak amek peduli. Terima kasih ye mama ku sayang. Mohon jangan spin lagi ye. ~~soscili

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 9 Disember 2013

Rosmah Mansor bakal 'tendang' beberapa Menteri ..?

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.


{baca lagi klik butang papar ... }






“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Najib semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.

Katanya bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa.

Kadir berkata, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Begitu juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan.

“Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian,” katanya.

Kadir turut menolak hujah perwakilan Wilayah Persekutuan semasa perhimpunan Umno tempoh hari yang mendakwa semua lelaki tidak sayangkan isteri kecuali Najib.

Katanya, media melaporkan Affandi berkata isteri Perdana Menteri seharusnya dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Saya sangat berkecil hati dengan tuduhan ini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan itu. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU 2013.

“Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki lain tidak sayang isteri, saya rasa itu satu penghinaan yang sangat dahsyat. Bayangkan tekanan emosi Najib jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya. Beliau sayangkan isterinya,” katanya.

Affandi dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno berkata, jika Rosmah berada dalam jet eksekutif, Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah orang bodoh pun tahu penerbangan dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial tetapi ia perlu dilihat daripada aspek keselamatan.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang akan Perdana Menteri tanggung sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata Affandi.

Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. – The Malaysian Insider



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 30 November 2013

Kembang dan koyak kain Rosmah Mansor bila diampu tahap babas oleh Ali Tinju



Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mesti berhenti "mengacau isteri perdana menteri" dan mempersoalkan perjalanan beliau menggunakan jet kerajaan, kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Ali Baharom.

Mohd Ali berkata sebaliknya kita harus berbangga kerana Rosmah pergi keluar negara sebagai "seorang wanita yang profesional", dan bukan mencari masalah di sana, lapor KiniTV.



{baca lagi klik butang papar ... }






"Datuk Seri Rosmah pergi luar negara bukan cari jantan, bukan cari masalah sosial di sana. "Beliau pergi keluar negara sebagai seorang wanita yang profesional, berhujah di hadapan media, dunia, ini satu kebanggaan. "Kita susah nak cari wanita Malaysia yg berani macam Datin Seri Rosmah yang sering kali dapat jemputan khas untuk berucap di program yang diadakan di dunia," kata Mohd Ali dalam satu sidang akhbar semalam.
Mohd Ali yang menarik perhatian umum selepas mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga, juga menuntut Azmin memohon maaf kepada Rosmah.

"Janganlah kamu sebagai YB kacau isteri perdana menteri? jangan kamu kacau isteri orang," kata Mohd Ali yang lebih popular dengan panggilan Ali Tinju.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 5 Januari 2013

Gegar: Rafizi jawab dakwaan Deepak

Dua hari lepas kecoh isu pembelian barang kemas bernilai jutaan ringgit kepada bini Najib, Rosmah Mansor diikuti dengan penafian Deepak pada sebelah malamnya bahawa dia sendiri menyerahkan dokumen tersebut kepada Rafizi.

Selepas penafian itu, ramai yang mula memperkatakan tindakan Rafizi sama ada dia diperangkap atau telah berbohong dengan perkara dokumen pembelian itu;

Rafizi kantoi berbohong?

Semalam Rafizi datang dengan penjelasan bahawa dia memang tidak menerima sendiri dari Deepak tapi dari pihak ketiga. Pihak ketiga itu merupakan pemimpin PKR.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan


PETALING JAYA, 3 JAN : Pendedahan dokumen yang menunjukkan pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta yang didakwa untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sahih dan diserahkan sendiri oleh perniaga karpet, Deepak Jaikishan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini berkata, Deepak telah menyerahkan kesemua dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan PKR.

Menurut Rafizi, dokumen itu kemudiannya diserahkan kepadanya oleh individu terbabit yang juga merupakan pimpinan PKR untuk disemak dan dipastikan kebenarannya.

“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada VIP tanpa ada bukti habuan atau projek yang terlibat.

“Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM 160 juta untuk membeli syarikat milik Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam.

“Selepas menyemak dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia mempunyai asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini pagi tadi.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Deepak wajar dijadikan bukti dalam siasatan akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen itu melibatkan syarikat dan urusniaga syarikat beliau sendiri.

Tambah Rafizi, beliau juga telah menerima persetujuan daripada individu yang menerima dokumen itu bagi membuktikan bahawa ia diperolehi daripada Deepak.

“Jelas membuktikan bahawa tindak tanduk dan tingkah laku Deepak sebelum ini tidak berkait rapat dengan PKR.

“Ia menyangkal percubaan Umno-BN yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh PKR. Malah Deepak sendiri menyatakan kekecewaannya kerana pimpinan PKR dilihat keberatan untuk berbincang dengan beliau.

“Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti, maka saya boleh bertemu dengan Deepak untuk meneliti segala bukti yang dimiliki, seperti yang didakwa sebelum ini,” ujarnya.

Rafizi semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak dari dua syarikat di Hong Kong.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD 3.9 juta (RM 11.8 juta) bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, di dalam beberapa laporan semalam, Deepak menafikan beliau membeli barang kemas tersebut. (tvnews)

Seperti aku kata dalam entry sebelum ini, aku harap perkara ini tidak menjejeaskan sokongan rakyat atas pagar kepada pakatan rakyat. Jangan beban tiada, batu digalas. Tindakan dua tiga bulan ini kena 100% berhati-hati. kerana apa? kerana silap selangkah, hancur momentum yang ada.

Pemimpin pakatan jangan cepat melatah, berhati-hati dengan soalan media arus perdana Awasi katak-katak yang pernah melompat masuk dan keluar.

Wallahualam ..PBO™

Anda nak tahu kenapa Rosmah Mansor lebih sudu dari kuah?




Selasa, 18 Disember 2012

Nak tahu kenapa Rosmah bini Najjib lebih sudu dari kuah?

“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),”

KUALA LUMPUR 17 Disember: Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.

“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.








sumber sini

“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.

Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.

“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang.