Memaparkan catatan dengan label ESKAY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESKAY. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

Panas!! Eskay kembali lagi

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kontrak yang melibatkan perbuatan menjaja pengaruh adalah tidak sah dan bercanggah dengan dasar awam.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tidak berhak menerima bayaran komisyen RM20 juta daripada Merong Mahawangsa Sdn Bhd untuk khidmatnya mendapatkan projek ‘Jambatan Bengkok’ di Johor Bahru.

Panel lima anggota dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara membenarkan rayuan oleh syarikat pemaju, Merong Mahawangsa dan Pengarah Eksekutifnya Datuk Yahya Abdul Jalil serta memutuskan bahawa kontrak yang melibatkan perbuatan menjaja pengaruh adalah tidak sah dan bercanggaah dengan dasar awam.

Panel itu juga memerintahkan Eskay membayar kos RM100,000 kepada dua perayu, Merong Mahawangsa dan Yahya.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membayar bayaran komisyen RM20 juta kepada Eskay kerana khidmat yang beliau sumbangkan.

Panel itu turut dianggotai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang kini Peguam Negara, dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Mohamed Apandi menganggotai panel berkenaan ketika pendengaran rayuan itu (sebelum dilantik menjadi Peguam Negara).

Mohamed Apandi tidak hadir hari ini dan menurut Melanjum, Mohamed Apandi telah membaca deraf penghakiman itu.

Pada 5 Mei 2011, Mahkamah Tinggi menolak saman sivil Eskay terhadap Merong Mahawangsa dan Yahya yang dikatakan melanggar kontrak setelah beliau (Eskay) tidak berhak menuntut bayaran itu kerana projek berkenaan dibatalkan.

Projek Gerbang Antarabangsa Malaysia-Singapura itu (dikenali sebagai Jambatan Bengkok) bagi menggantikan Tambak Johor, dibatalkan kerajaan pada 12 April 2006, walaupun kerja awalnya telah dimulakan.

Kerajaan membayar ganti rugi RM155 juta kepada Merong Mahawangsa berikutan pembatalan projek itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan Kok Wha, mahkamah mendapati bahawa mengikut Seksyen 24 Akta Kontrak Malaysia 1950, adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia seseorang itu diambil berkhidmat dengan diberi wang atau pertimbangan berharga, untuk menggunakan kedudukan dan kepentingannya bagi memperoleh manfaat daripada kerajaan kerana perbuatan menjaja pengaruh boleh mengakibatkan perbuatan rasuah dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, yang seterusnya boleh memudaratkan kepentingan awam.

Kok Wha berkata, komisyen RM20 juta itu adalah sebagai bayaran bagi khidmat Eskay untuk mendapatkan projek berkenaan dan beliau (Eskay) mengaku yang beliau ‘menggunakan’ pengaruh serta hubungan baiknya dengan kerajaan untuk mendapatkan projek jambatan asal itu untuk manfaat dan kepentingan Merong Mahawangsa.

Kok Wha berkata, dalam kenyataan saksinya, Eskay menegaskan tentang fakta itu dan malah memberi butiran terperinci tentang pengaruhnya serta cara beliau menggunakan pengaruhnya dan meyakinkan para menteri persekutuan berkenaan.

“Suatu perjanjian, yang inti patinya ialah menggunakan pengaruh terhadap para menteri kerajaan bagi mendapatkan keputusan yang menguntungkan, boleh merosakkan pentadbiran yang baik dan berwibawa.

Ia menunjukkan wujudnya kecenderungan untuk merasuah atau mempengaruhi penjawat awam supaya membuat keputusan menguntungkan, yang tidak mengikut merit sebenar. Perjanjian seperti ini adalah bercanggah dengan dasar awam. Tidak kisahlah sama ada orang yang hendak dipengaruhi itu tunduk atau tidak kepada syor yang dikemukakan,” kata hakim itu.

Beliau berkata, berdasarkan fakta serta keadaan yang ada, adalah jelas dan nyata bahawa pertimbangan itu bercanggah dengan undang-undang, manakala surat aku janji antara Merong Mahawangsa dan Eskay juga adalah tidak sah.

“Atas alasan inilah, tuntutan itu (oleh Eskay) perlu ditolak,” kata Kok Wha.

Hakim itu berkata apabila projek jambatan berkenaan ditarik balik, yang faktanya tidak dipertikaikan, maka penganugerahannya sudah tidak lagi bermakna.

“Apabila projek jambatan itu ditarik balik, penganugerahan projek jambatan berkenaan secara automatik turut ditarik balik. Dalam hubungan ini, kami bersetuju dengan dapatan hakim perbicaraan bahawa apabila projek jambatan itu ditarik balik, maka RM20 juta berkenaan tidak perlu dibayar, tetapi jika sudah dibayar, surat aku janji menyebut bahawa ia perlu dikembalikan,” katanya.

Eskay memfailkan saman itu pada 2002 dengan mendakwa bahawa pada 1998, Yahya memohon pertolongannya untuk mendapatkan projek berkenaan daripada kerajaan dan mendapatkan pembiayaan dari luar negara untuk projek berharga RM640 juta itu.

Ketika membela dirinya, Yahya menafikan beliau menggunakan hubungan baik Eskay dengan kerajaan kerana perbuatan seperti itu “bercanggah dengan dasar awam dan melanggar undang-undang.”

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Merong Mahawangsa dan Yahya, manakala Eskay diwakili peguam Datuk C.V. Prabhakaran. – Bernama

# dalam UMNO memang sudah ada budaya turun temurun menggunakan pengaruh dan hubungan baik untuk mendapatkan kontrak atau sesuatu projek . tak caya tanya ketua cawangan dan macai ..

Khamis, 4 April 2013

Eskay dapat RM20 juta setelah ..

Berita 3 April hari ini hangat dengan pengumuman pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Najib walaupun tersalah sebut tahun (bingai punya skrip tu). Klik link tu untuk tengok video Najib salah sebut tarikh pilihanraya.

Hari ini Eskay telah berjaya mendapat "habuan" sebanyak RM20 juta hasil "kebijaksanaan" pemerintah UMNO-BN menguruskan negara.

Imbas kembali ..

Kerajaan telah membatalkan pelaksanaan jambatan bengkok dan terpaksa Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta. RM257 juta beb. Bukan 257n hinggit!!

Eskay dapat RM20 juta.


Menurut laporan Bernama yang PBO petik dari sini

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhak menerima RM20 juta sebagai bayaran komisen daripada sebuah syarikat dan pengarah eksekutifnya bagi khidmatnya dalam pemerolehan projek jambatan bengkok di Johor Bahru.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali berkata berdasarkan tafsiran pada surat akujanji, amaun itu perlu dibayar bagi khidmat diberikan.

Beliau berkaya Eskay telah menyelesaikan tugasnya dan persoalan projek itu dibatalkan, tidak timbul.

Kita tidak kisah jika Eskay mendapat hak yang dia patut dapat, cuma yang menarik di sini agak-agak ada kaitan tak dengan perkara ini:

Eskay, yang merupakan seorang daripada anggota trio 'Datuk T' yang mendedahkan video seks didakwa membabitkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur

Tidak, tidak sama sekali .. mana mungkin dia mendapat hak dia kerana isu tersebut .. hehehehhehehe. Korang jangan memandai nak buat cerita bukan-bukan.

Baik kita lupakan kegirangan Eskay mendapat RM20 juta. Kita hanya persoalkan mengapa harus kita memberi ruang sekali lagi kepada UMNO-BN untuk memerintah negara sedangkan terlalu banyak wang rakyat "lesap" begitu sahaja kerana "kebijaksanaan" pemimpin UMNO-BN.

Sudah, sudah cukup sudah .. kali ini kita kuburkan UMNO-BN. Jangan lupa like "kami undi pakatan rakyat" dalam blog ini dan yang paling penting jangan lupa mengundi pakatan rakyat pada PRU 13 nanti.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Demikianlah ...




Jumaat, 22 Mac 2013

Taktik terbaru trio Datuk T hahahhaha



Menurut Rahim Thamby Chik teman seperjuangannya dalam penyebaran filem lucah dapa tahun 2011, Shazryl Eskay Abdullah telah ditawarkan dengan cek kosong untuk diisi dengan seberapa banyak wang yang dia mahu jika beliau menarik balik tuduhan yang mengatakan pelaku di dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan skandal dengan seorang gadis di bawah umur semasa menjadi Ketua Menteri Melaka mendakwa tawaran tersebut telah dibuat oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai orang tengah Anwar'

Rahim Tamby Chik yang juga terlibat dalam pendedahan video seks itu bersama-sama Datuk Shuaib Lazim dan menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" itu berkata, Shazryl Eskay cuma perlu menandatangani akuan berkanun yang telah disiapkan.

"Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju (membuat pusingan U), dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau," kata Rahim dalam sidang akhbar di ibu pejabat RISDA di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) itu, ketika ini hanya Shazryl Eskay yang diekori dan dipujuk dengan ganjaran tersebut oleh individu yang tidak dikenali.

"Apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran, ini bukan untuk dijual beli... Jangan buang masa (menganggap) bahawa trio Datuk T ini bukan seperti sesetengah orang yang membuat 'pusingan U' dan mudah dibeli," tegas Rahim.

Menurutnya, Shazryl Eskay yang pada awalnya dijadualkan hadir sama pada sidang akhbar itu terpaksa membatalkan hasrat kerana bimbang dengan keselamatannya.





Lawak apakah ini??..

Anwar tawar Eskay cek kosong untuk diisi dengan sebanyak mana wang yang dia mahu hanya kerana nak minta Eskay tarik balik tuduhan kononnya lelaki dalam video fitnah edarnya itu adalah Anwar?

Takanlah Anwar banyak sangat duit sampai macam tu sekali tawarannya kot?.. kalau banyak duit sampai macam tu buat apalah Anwar bersusah payah jadi Ahli Parlimen...

Lagipun.. video edaran Datuk 'T' tu tak lakupun di pasaran.. hanya macai UMNO yang percaya..

Cerita bodoh apa Rahim Thamby Chik bawa ni?
Anak Sungai Derhaka.

LAGI POST PANAS HARI INI










pen buruk online




Rabu, 19 Oktober 2011

VIDEO SEKS : Permohonan Hishammuddin Batalkan Kenyataan Pembelaan Anwar Didengar 27 Oktober

Selasa Oktober 18, 2011 KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Oktober ini untuk mendengar permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin, berkata kepada pemberita hari ini, permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V.T.Singham.








Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan Internet.

Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.

sumber klik sini


PBO: memang benarlah, fitnah itu sangat keji. gara-gara fitnah yang di bawa oleh mereka yang menayangkan video seks tersebut, habis banyak masalah lain yang timbul.



Rabu, 29 Jun 2011

Trio T nak bersumpah laknat lagi?

Apa cerita pula kali ini apabila dakwaan terbaru bahawa MP Johari meminta wang RM1 juta untuk "jadi katak"

Dakwaan dari siapa lagi kalau bukan dari trio T dan digemburkan dengan hebat sekali oleh blogger raja kencing papa gomo.





Johari menafikan beliau ada meminta wang sejuta ringgit dengan berkata;

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari.

Ha apa lagi, sumpah laknat la papa gomo dan trio T. Bersumpahlah .. katakan Johari memang ada meminta RM1 juta untuk jadi katak haramjadah. Buat liputan secara langsung di seluruh pelusuk dunia.

PBO pun memang tak percaya sikit pun pada Johari ni sebab Rm1 juta maaaa, apasal dia tolak? Jawapnnya nilai moral yang rendah memang terletak pada pencacai dan pemimpin UMNO!



penafian dari Johari klik sini

Jumaat, 24 Jun 2011

Trio T mengaku bersalah

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.





Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

'Bukan menyerupai, tapi Anwar'


Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Selepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

sumber klik sini

Rabu, 22 Jun 2011

Trio Datuk 'T' Akan Didakwa Di Mahkamah Jumaat, blogger pro UMNO bila lagi?

PETALING JAYA: Kesemua trio 'Datuk T' akan didakwa di mahkamah di Jalan Duta, dekat sini Jumaat ini.

Salah seorang ahli trio terbabit yang juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullahberkata, dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada pukul 8 pagi hari tersebut.




Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) itu berbunyi: "Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum."

Selain Eskay, dua lagi ahli trio 'Datuk T' ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Trio terbabit sebelum ini mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian dinafikan Ketua Pembangkang terbabit.


PBO:

blogger-blogger pro UMNO seperti papagomo yang letgak kat blog dan free download bila lagi?
sumber berita klik sini

Khamis, 19 Mei 2011

PANAS: 50 dalil video seks Anwar tidak harus dipercayai

Senarai keraguan dan kemuskilan mengenai video seks DSAI

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa?

2.Ketika mencari di belakang laci meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.


selanjutnya klik sini

Isnin, 16 Mei 2011

Gempar: Eskay sudah buat pendedahan terbaru mengenai Anwar

Eh .. ada ke tak? mana ni? Kata hari tu minggu depan (minggu ni). Tik tok Tik Tok ... jam dah dekat pukul 12 malam. Kejap lagi minggu lain pula. Orang macam ni ke yang buat sumpah laknat?




BERITA PENDEDAHAN BESAR KLIK SINI

Cepatlah, pencacai blogger dah bersiap sedia nak gempur. Pengarang media pengampu dah sedia nak letak muka depan esok. PBO kata minggu ni. Bukan esok ....

Ish pandai-pandai je pengarang tu kata minggu depan. Nak bagi laris suratkhabar tu ke? hahahhaha ...


Sabtu, 14 Mei 2011

Mat Zain: Eskay rancang timbul ketegangan di masjid

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim percaya tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini, bertujuan menimbulkan kekecohan.











Dalam surat terbarunya, Mat Zain berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid dan agama Islam malah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan.



“Sebaliknya apabila ke masjid, bukan sahaja beliau memerlukan jaket kalis peluru, malahan beberapa orang pengawal peribadi yang mungkin bersenjata mengawalnya.

“Dalam kata yang lebih mudah, pada pendapat saya, Eskay ingin memberi tahu umum bahawa kepada beliau, berada ditempat pelacuran, lebih selamat daripada berada dalam Masjid.



“Pada pendapat saya seterusnya, pemakaian jeket kalis perluru di dalam masjid itu adalah sesuatu yang telah dirancang. Suasana tegang yang timbul di perkarangan Masjid pada hari tersebut adalah sesuatu yang telah diduga, malah yang diharapkan oleh Eskay, Rahim dan Shuib,” katanya yang baru-baru ini menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya tidak mengikut telunjuk Peguam Negara dalam kes itu.



Menurut Mat Zain, keadaan itu ditambah dengan tindakan Eskay mengumumkan secara meluas acara sumpah laknat tersebut beberapa hari sebelum upacara itu diadakan di Masjid Amru Al-As itu, Sentul.



“Malah Eskay mencabar secara terbuka sesuatu pihak untuk turut sama dalam majlis tersebut.



“Tidak keterlaluan untuk saya berpendapat,bahawa Eskay,Rahim dan Shuib memang mengharapkan mereka atau salah seorang daripada mereka dicederakan walaupun sedikit, supaya keadaan yang lebih kecoh boleh diujudkan di dalam Masjid itu yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam , malah mungkin merebak ke masjid-masjid lain,” ujarnya lagi.



Shazryl, bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah tiga individu yang menayangkan rakaman video fitnah mengaitkan ia dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.



Ia mengundang kecaman banyak pihak, berikutan video itu disebar secara meluas di internet dan dikesan sebagai percubaan jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ini kerana paparan imej lelaki dalam video berkenaan ternyata bukan Anwar, berdasarkan kepada bentuk badan beliau, potongan rambut dan lenggok beliau.



Pada 29 April lalu, Syazryl, disaksikan Rahim dan Shuib mengangkat sumpah laknat bertempat di-Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bagi membenarkan dakwaan itu.



Tindakan itu dikecam banyak pihak terutama golongan agamawan kerana sumpah seumpama itu, tidak dianjurkan Islam.



Di dalam Islam, Islam hanya menganjur kan sumpah Li’an, dalam perkara membabitkan hubungan suami dan isteri, manakala sumpah mubahalah pula hanya membabitkan persoalan akidah.



Tindakan Trio Datuk T itu mengundang kekecohan di dalam masjid berkenaan apabila beberapa pihak menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang menghina kesucian Islam dan masjid itu.



sumber klik sini



Jumaat, 13 Mei 2011

Anwar bersedia sumpa laknat ...

PBO petik dari Malaysiakini;

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.














Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.



Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.



Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.



Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.



Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.



Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.



petikan penuh di sini



PBO kata;



Andai Anwar bersedia membuat sumpah laknat bagi menepis tuduhan ke atasnya. Adakah siasatan akan ditutup dan semuia perbicaraan kes liwat ke atasnya akan dihentikan?



Dan andai Allah hendak menguji kita, tiada siapa yang dilaknat baik Saiful, Eskay mahupun Anwar, siapa yang bersalah? Maslan? Lahabau punya orang.



PBO kata lagi, jika bukan UMNO yang merencana skrip fitnah adan dan aib kepada Anwar, siapa lagi? Kita sedia maklum, segala bentuk serangan dikenakan ke atas Anwar. Dari media, fitnah, mahkamah, polis dan sebagainya. Kenapa ceramah Anwar selalu diganggu? Arahan siapa?



Cukup-cukuplah jadi pelawak politik demi kelangsungan sebuah kakapal yang bakal karam. Takbir!





Khamis, 5 Mei 2011

PANAS: Eskay terlepas RM20 juta

KUALA LUMPUR, 5 Mei —  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn
Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu.








Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang “Datuk T” dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya
A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan
projek itu bagi mereka.

Sementara Hakim Datuk V.T. Singham bersetuju bahawa Shazryl Eskay seharusnya dibayar RM20 juta kerana membantu mendapatkan projek jambatan yang menghubungkan
Johor dan Singapura, sebagaimana dipersetujui dalam surat antara beliau dan defendan, ahli perniagaan tersebut juga tertakluk kepada klausa bahawa bayaran
itu dipulangkan jika projek terbatal.

Awalnya, Singham berkata para defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa kontrak dan cara ia diperoleh “mencatatkan dasar awam” sebagaimana dikatakan
dalam hujah bertulis.

Hakim juga berkata sementara kontrak itu diperoleh menggunakan cara tidak teratur, tiada bukti bahawa Shazryl Eskay telah menggunakan pengaruh atau cuba
merasuah pegawai-pegawai kerajaan dalam proses.

Singham juga berkata mahkamah hanya boleh memutuskan bersandarkan fakta-fakta secukupnya dan tidak akan terikat dengan soal menduga atau membenarkan prejudis
peribadi dalam menentukan keputusannya.

“Mahkamah ini juga tidak bertindak sebagai badan membuat keputusan untuk menarik persepsi awam tetapi hanya akan bertindak sebagai badan kehakiman, yang
fungsinya ialah mentafsir dan bukannya membuat undang-undang,” kata beliau.

Bagaimanapun Singham menekankan bahawa tidak ragu-ragu kontrak-kontrak yang besar sepertinya seharusnya dikurniakan menerusi tender terbuka dan bukannya
menerusi aturan peribadi atau menggunakan pengaruh menter-menteri dan pemimpin-pemimpin politik bagi manfaat peribadi.

Yahya berada di mahkamah ketika hakim membacakan keputusannya tetapi Shazryl Eskay tidak hadir atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan.

Mengikut laporan media sebelum ini, bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu Shazryl memperoleh hak untuk membina jambatan
Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai “Jambatan Bengkok” 13 tahun lalu.

Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah Mac lalu bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu
apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl Eskay pada 1998.

Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Idea pembinaan jambatan itu digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana
menteri. (M.I)



Wanita seks: Kalau bukan Eskay, siapa lagi?

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.
"Tidak, saya tak buat (bekalkan wanita). Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.







Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia.

Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya.
"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.


Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".


Persalahkan wartawan


Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.


"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.




Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.


Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.


“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.


Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.
“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.




Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.


Kekecohan masjid

Selain dirinya sendiri, ahli keluarga Anwar bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menafikan ketua pembangkang itu adalah pelaku dalam video berkenaan. Mereka berkata terdapat perbezaan ketara antara ketua umum PKR itu dengan lelaki dalam video tersebut.

Eskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.




Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut.


Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.


Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."




Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut.
-malaysiakini-


Selasa, 3 Mei 2011

HANGAT: Minggu depan pendedahan besar tentang Anwar oleh Eskay!!

PBO petik dari utusan dalam ruangan "DALAM NEGERI" yang melaporkan satu lagi pendedahan besar yang melibatkan DSAI pada minggu depan.

PBO kata, selepas Eskay, siapa lagi yang akan tampil untuk menjatuhkan Anwar? Rata-rata datang dari rakan beliau sendiri ...







KUALA LUMPUR 2 Mei - Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

"Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.


sumber klik sini

PBO: Minggu depan akan menyaksikan sekali lagi musuh-musuh Anwar akan terus "mematikan" Anwar. Mungkin dengan video seks yang majoriti tidak perccaya, kini apa pula ceritanya, kita nantikan.


Video Lucah: Apa kau merepek ni Uthayakumar

SHAH ALAM 2 MEI : Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) menuduh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dan Polis Cawangan Khas sebagai dalang penyebaran rakaman video seks lucah untuk menfitnah dan mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.









Setiausaha Agung HRP, P.Utahyakumar berkata demikian selepas meneliti rakaman video 21 minit berkenaan menerusi pos dari Thailand pada 29 April lalu.

Pengasas pergerakan Hindraf itu bercadang menghantar salinan CD berkenaan kepada pejabat Perdana Menteri minggu hadapan bagi menuntut penjelasan.

Beliau berkata walaupun pihaknya dan Anwar berselisih pendapat mengenai beberapa isu mengenai kebajikan kaum India, beliau menolak fitnah yang cuba disusun terhadap Ketua Pembangkang itu.

"Mereka tahu bahawa kita ini memang mengkritik Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat. Jadi mungkin mereka ingin kami menurut serta bersama menganiya beliau,” kata beliau.

"Pada pendapat kita Anwar dianiaya. Kita telah lihat CD itu bersama 9 orang lain daripada Hindraf dan berpuas hati bahawa pelakon itu bukan beliau," tambah Utahyakumar.

Uthayakumar adalah individu kedua yang menerima salinan selepas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut menerimanya minggu lalu.

Beliau seterusnya menjelaskan salinan rakaman video 22 minit itu diterima menerusi sebuah sampul surat beralamat negara Thailand.

Uthayakumar menyifatkan video itu sebagai senjata politik fitnah terbaru untuk membunuh karier Anwar yang dianggap mempunyai kuasa tarikan rakyat di negara ini.

Beliau berkata pihaknya sendiri menjadi mangsa kepada fitnah Umno yang memperalatkan media massa untuk menghalalkan penangkapanya dan empat pemimpin Hindraf pada tahun 2007.

"Melalui media elektronik dan cetak, Umno telah berjaya mempengaruhi masyarkat umum untuk menjustifikasikan penangkapan dan penahanan kami di bawah ISA pada 2007," jelas beliau.

Apabila ditanya sekiranya laporan polis akan dibuat oleh HRP, Uthayakumar menjelaskan beliau telah hilang kepercayaan kepada badan itu itu.

"Pihak polis cawangan khas sendiri bagi saya (melakukan) jenayah, jadi bagaimana (ia) mahu siasat jenayah sendiri," ujarnya lagi.

Uthayakumar menggesa kerajaan menghentikan politik lucah selain memohon maaf kepada individu- individu yang dianiayai di negara ini.

Rakaman video lucah yang didedahkan kepada wartawan terpilih oleh trio 'Datuk T' pada 21 Mac lalu mendakwa Anwar melakukan hubungan seks dengan wanita berbangsa Cina.

Anwar membuat laporan polis terhadap trio berkenaan untuk disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Namun sehingga hari ini Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chil, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim tidak ditangkap.

Rakaman video itu pula disebarkan menerusi Internet selain dipertontonkan di tempat-tempat awam seperti balai raya dan kepada peserta kursus Biro Tata Negara. (tvsnews)


Escay sanggup jalani poligraf secara lintas langsung ke seluruh dunia!

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.









Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah
Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

Shazryl Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi berkenaan.

Anwar kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.

Husam yang dipetik dari sebuah akhbar berkata (klik sini), Datuk T perlu menjalani ujian berkenaan bagi membuktikan bahawa mereka tidak melakukan pendedahan semata-mata
untuk kepentingan politik murahan mereka.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Husam, Shazryl Eskay berkata, itu membuktikan bahawa pemimpin PAS sedia menerima bukti secara saintifik.

"Itu menunjukkan mereka sanggup menerima rakaman video itu sebagai bukti. Mereka juga perlu terima bukti DNA dan kaedah saintifik bagi mengenal pasti lelaki dalam video itu," ujarnya.

Beliau juga menjemput Anwar untuk sama-sama bersumpah tetapi Ketua Pembangkang itu menolaknya.

"Saya yakin Anwar tiada masalah menggnakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya. (MS)


Isnin, 2 Mei 2011

Husam cabar trio T jalani ujian poligraf

BANDAR PUTRA – Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini.

Selain itu Husam turut turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.

“Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka.

“Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

“Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci,” katanya. SH


Ahad, 1 Mei 2011

Kenapa kerajaan enggan laksana Qazaf?

KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.








"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.

"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.

Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.

Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.

"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.

"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi. (harakah)



Jawapan Dr Dzulkefly Ahmad mengenai isu sumpah laknat

Jawapan saya tentang sumpah laknat Eskay: Dr Dzul

1. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.







Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini.

Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad


Sabtu, 30 April 2011

Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib

KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan
tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.







Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa
si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.

Katanya, tidak kisah sama ada Shazryl atau Anwar mahu melakukan sumpah laknat kerana akhirnya publik akan menilai kejujuran individu terbabit.

“Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka.
Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka,” katanya lagi.

“Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi,” kata beliau selepas mempengerusikan
mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini hari ini.

Najib juga mengkritik penyokong PKR yang cuba untuk mensabotaj langkah ahli perniagaan mahu melakukan sumpah laknat dan tidak menghormati kesucian tempat
ibadat.

“Kita mesti menghormati kesucian masjid,” katanya yang turut mempertahankan akhbar-akhbar menyiarkan sedutan klip video seks itu.

“Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada
kaitan dengan Umno,” katanya.

Petang tadi, Shazryl melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini selepas dibatalkan dua
jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru
al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.

Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:

“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku
bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku
dalam video tersebut’.”

“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.

PBO: kah kah kah kah kah kah