Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah
Anwar.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.
Shazryl Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi berkenaan.
Anwar kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.
Husam yang dipetik dari sebuah akhbar berkata
(klik sini), Datuk T perlu menjalani ujian berkenaan bagi membuktikan bahawa mereka tidak melakukan pendedahan semata-mata
untuk kepentingan politik murahan mereka.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Husam, Shazryl Eskay berkata, itu membuktikan bahawa pemimpin PAS sedia menerima bukti secara saintifik.
"Itu menunjukkan mereka sanggup menerima rakaman video itu sebagai bukti. Mereka juga perlu terima bukti DNA dan kaedah saintifik bagi mengenal pasti lelaki dalam video itu," ujarnya.
Beliau juga menjemput Anwar untuk sama-sama bersumpah tetapi Ketua Pembangkang itu menolaknya.
"Saya yakin Anwar tiada masalah menggnakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya. (MS)
0 respon:
Catat Ulasan