Selasa, 11 Mac 2014

MH370: Terbaru .. jangan tak percaya, di sini rupanya pesawat MH370!! + VIDEO


"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.


video

SEPANG- Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang
sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih
50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan
pesawat terbabit.Ibrahim berkata,bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu
dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan
dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan
Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.


sumber


PBO: MasyaAllah, macam-macam.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

25 respon:

Awanama berkata...

cuba cari kat kepulauan sulu. ada nelayan kelantan nampak pesawat terbang rendah menghala keluar negara. aku rasa sampai kelaluan antarabangsa 2 org perampas tu buat u-turn kekanan bukan kekirilah. terbang rendah sepanjang lautan antarabangsa sampai kesabah dan mendarat kesebuah pulau dikepulauan sulu dgn landasan yg dirancang khas. waktu org tidur lg. mendarat dgn selamat dan simpan pesawat disitu. tapi ada h/p tersalah off pasal tu dapat cal. ini perancangan yg teliti. rakyat berkabung. jgn buat demo tau.

Awanama berkata...

Panggil david copperfield pakar silap mata bergabung dgn bomoh ini mesti jadi reality agaknya.

janggutsemanggol berkata...

Masih ada lagi rakyat 1Malaysia yg berfahaman begini. Syirik. Sedih.Hasil didikkan Um.....

Awanama berkata...

Brahim ni waktu separuh usianya kena penjara sebab rogol anak gadis orang. Dibuang daerah kat Pulau Jerjak suatu masa dahulu. Sekarang dia "OKU".... Selain kuat membodek pemerintah korupsi, mamak kutty ni pandai cari makan dengan cara menipu. Tak lama lagi nak mampus pun kuat lagi melabon...

Qaseh Bonda berkata...

Antara 2, kalau bukan perancangan dari sulu, perancangan dari keturunan genghis khan. Pelanduk memang selalu terlupakan jerat tapi jerat mana boleh lupa lupa sama itu pelanduk maa...

Awanama berkata...

Sama samalah kita berdoa agar mereka dijumpai dengan selamat..apa yang raja bomoh buat adalah ikhtiar semata mata..berdoa,berusaha dan berikhtiar sifat orang muslim.

Yadzid7007 berkata...

Super sorry. I don't wish to pry but...bomoh tahap mahaguru ni service dia mahal giler. Ramai yg dah terkena beb....terutama kaum pompuan.

Awanama berkata...

kalau benar kata Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan terbukti dlm sedikit masa lagi In Syaa Allah, akan ramai lagi org kafir akan memeluk Islam.....In Syaa Allah...

Awanama berkata...

Semoga mereka semua akan selamat pulang ..sama2 lah kita berdoa ..ini ujian yg diberi , kita patut reda dan jgn juga berputus asa dan salah kan mana2 pihak ..

Awanama berkata...

hehehe saya sokong...

Awanama berkata...

Bomoh.....org melayu mmg percaya benda2 yg karut marut ni bodoh nk mampos.....

Unknown berkata...

Ya..yaa...saya pun nampak. Kalau tak nampak anak haram!

Awanama berkata...

sya sokong jgk...hehehhe...khurafat semua tue...

Awanama berkata...

Aku rasa kapal terbang tu "JATUH" ke langit pertama....he3

Unknown berkata...

yeye setuju........

Unknown berkata...

pls pray 4 mh370

Awanama berkata...

Bukan masanya untuk membuat andaian.. yang penting kita berdoa kepada ALLAH SWT. Moga dipertemukan dalam keadaan selamat. Orang tersayang menanti denga setia.......

Awanama berkata...

jd bomoh xslh..kerna bomoh ini adlh nama julukan yg org melayu gelarkn.sbb dr zaman kenabian dulu pun da ade tabib..cume perbezaan aqidah dlm sesuatu perkara hendak lh kite semua kena amik berat n di jaga supaya sedar agar tidak sampai terpesongkn aqidah didlm ilmuan ke alternatif ini...ilmu yg agung kitabillah..sunnah yg baek sunnati nabi..pd tok moh tok bib ni same2 lh kite renung2kn n selmt beramal..

Awanama berkata...

yer satu dunia menghina disebabkan bomoh ni..inikah rupanya islam...

Awanama berkata...

tak payah banyak cakap lah, siapapun n apapun media asal mh370 dapat ketemu, itu lah yg trbaik....... Inget siapapun mereka n apapun medianya, smua dh jdi q0drat illahi manusia tinggal jalani, g da yg bisa menentang takdir

Unknown berkata...

Kita tolak bomoh...!! Syirik meminta tolong dan perlindungan dari lain2 mahluk ghaib selain dari Allah

Awanama berkata...

Ilmu yang esa banyak dan macam macam jenis, bomoh tu mintak pada yang esa , yang ko fitnah kata bomoh mintak setan buat apa??? Setan pun mintak yang esa, Jika dia jumpa bagus lah , kan ke bomoh tu nak buat kebaikan , ramai sangat AKAL PENDEK, suka cakap main sondol aje, ILMU ALLAH MACAM MACAM

Awanama berkata...

Rasullulah mencari anak yang hilang di culik jin cara nye dgn berdoa dan ikhtiar membuat bulatan atas pasir,jika guna alat canggih tak jumpa boleh guna apa2 cara yang penting JUMPA bukan fitnah bomoh guna setan la,syirik la, mcm2 la , agak2 yang cakap orang syirik tu bagus sangat ke?

Awanama berkata...

bomoh oh bomoh tahyul dan syrik amat berbahaya dalam islam. jgn gara2 nak sesuatu tergadai akidah. inilah padahnya kalu betul2 jahil.....

Awanama berkata...

kamu sokong bomoh itu sebb kamupun mcm dia juga.