Rabu, 8 Mei 2013

Fakta PRU 13 ini pasti buat anda melopong tidak percaya .. saksikanlah

kemaskini oleh:
pen buruk online ™: Fakta lawan auta

Hangat sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina
menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan
Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, contoh:-

Kerusi Parlimen :-
  1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
  2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
  3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
  4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
  5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
  6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
  7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
baca lagi ..




Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
  1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
  2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
  3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
  4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
  5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
  6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
  7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
  8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia
bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. kita nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu
UMNO undi siapa? jom senaraikan
  1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
  2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
  3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
  4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
  5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
  6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
  7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
  8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
  9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
  10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
  11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
  12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
  13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan
melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

p/s: korang percaya lagi dakyah undi DAP hilang kuasa melayu?


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

25 respon:

Tanpa Nama berkata...

UMNO menakutkan orang melayu agar mengundi mereka, dulu kini & selamanya

Tanpa Nama berkata...

org melayu tegar BN, masih percaya DAP akan memerintah negara seperti di Spura dan P.Pinang. Kononnya nanti azan tak boleh kuat.Org Cina naik tocang. Org cina perintah negara.Raja tak ada kuasa. Pada hal Mahathirlah yg pinda undang2 kekebalan raja,sehingga raja dibawah telunjuk PM. Singapura keluar dari Msia sebab ingin tubuhkan negara sendiri. UMNO BN yg izinkan. Sedangkan kita lihat Mindanao dan Selatan Thai nak berpisah, sehingga sekarang tak dapat.Pendatang asing diberi kerakyatan ekspres yg tak pernah berlaku dinegara lain didunia. Inilah minda kepimpinan Melayu !!!

Tanpa Nama berkata...

umno ni bodoh nak mampus.... MCA dan GERAKAN macamana? Memang MCA dan GERAKAN melayu? sebenarnya rakyat dah tak suka dengan umnobn...umnobn menang pun gara2 pengundi dari negara luar.... jika benar "utuh" dgn melayu,kenapa yg d "kerjakan hanya org melayu?" Kenapa org melayu d bodoh2kan dan d permain2kan? jika tiada pengundi dari negara luar yg bantu umnobn, umnobn mesti akan punah... hancur selama2nya...

Tanpa Nama berkata...

PR sgt bijak mempengaruhi org2 muda yg msh mentah dan telah diresapi dgn fahaman2 jht yg yg dibawa oleh bgsa lain yg blh mruntuhkn bgsa mlayu sndri...usaha mreka pecah belahkn melayu telah brjaya sbb mreka thu melayu hanya kuat bila bersatu dlm umno

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran orang melayu memang payah untuk diubah...agak saya mungkin sebab itu kita dipanggil "meLAYU". Kita tak mahu buka fikiran kita lebih jauh..di luar batasan bangsa. Kita tidak mahu fikir akan siapa pemimpin kita ni...samada dia adalah perasuah, perompak harta negara dll. Selalu nya kita akan kata..tak pa lah asalkan pemimpin kita orang melayu!! Maka itu sebab UMNO hipokrit ini akan terus manupulasikan kelemahan orang meLAYU ini...akan terus menakut-nakutkan orang meLAYU ini supaya terus menyokong mereka...dan senang mereka terus menerus menggunakan harta negara seperti harta mak bapak mereka!!! UMNO sudah ketandusan pemimpin....semua yg dilantik skrg adalah recycle....jadi tiada idea yg baru untuk terus memajukan negara. Indonesia sudah lama mendahului kita dari aspek GDP..Indonesia USD850 billion..Malaysia GDP hanya USD280 billion!!! Philippine hampir mengejar kita...Thailand sudah pun mengatasi kita...!! Macam mana orang meLAYU UMNO!!!?? Nasib badan!!!

Tanpa Nama berkata...

kawasan majoritinya Bangsa Cina - DAP mesti menang. di kawasan majoriti melayu, Bangsa Melayu masih boleh beri undi mereka kepada Bangsa India dan Cina dari BN. BN diterajui oleh Bangsa Melayu. Sedangkan DAP diterajui oleh Bangsa Cina. walaupun DAP lawan MCA, bangsa Cina pilih DAP atas dasar yang saya nyatakan di atas.ada beberapa fakta yang saya tengah perati.mungkin ada tertinggal di mana-mana.sila betulkan andai silap.saya tengah kaji betul ke ada penolakan Bangsa Cina terhadap parti BN terutamanya di kerusi majoritinya Bangsa Cina.

Tanpa Nama berkata...

inikalilah

Tanpa Nama berkata...

Kalau sungguhpun DAP pegang kuasa, apa masalahnya? Lihatlah Pulau Pinang. Yang rasa tertindas hanya kontraktor Melayu dalam UMNO yg tidak mendapat layanan istimewa dpd kerajaan. Sedangkan puluhan tahun sebelum ini mereka menikmatinya. Golongan inilah yang memperbodohkan penyokong-penyokong mereka dengan sentimen perkauman agar mereka dilihat sebagai hero bangsa. Sedangkan terlalu banyak tindakan UMNOBN yang merugikan orang Melayu didiamkan sahaja oleh mereka. Golongan ini sangat beruntung kerana pengamal media di negara ini tidak mengamalkan etika kewartawanan mereka. Wawasan mereka untuk melahirkan segolongan rakyat yang berfikiran jumud telah berjaya.

Tanpa Nama berkata...

hakkkkkkkk tuuiiiii.. kalau melayu bersatu bawah umno bn, semua akan ke nereka.. bersatu di bawah panji pas la bodohhhhhh, biul... ko jgn cakaplah.. dasar melayu sial.. xpernah lg ada org dlm dunia sumpah laknat dpn kaabah mengaku sungguh2 kene liwat & umno bn sial dok suruh org prcaya.. kafir kami nanti, taux.. sial betul ko ni..

Tanpa Nama berkata...

abis tue org islam negara lain masuk neraka ker sbb x duduk bawah pas. apa la bangang punya jawapan ko bg.xde de dlm al quran kata masuk pas ke syurga. aku pun sembahyang 5waktu gak tp dosa pahala aku ditentukan oleh allah

sampen berkata...

Komen kau ni mengarut. Mungkin kau tak tahu yang kau ni sebenarnya bodoh !

Tanpa Nama berkata...

inniqalillah ! perkataan pertama yang diucapkan oleh dajjal bila muncul dibumi yang bermakna ' akulah Allah'.

rakab berkata...

Kalau DAP pegang kuasa, perkara pertama yang dilaksanakannya ialah pluralisme agama.

Berhati-hatilah,...silap-silap anak cucu kamu dijadikan kristian.

Tanpa Nama berkata...

sampen ni memang pengikut ustaz azhar idrus ..
sikit-sikit bodoh , bodoh ...

Tu lah saja ilmu yang diambil dari ceramahnya ..sungguh kesian.

Tanpa Nama berkata...

Toksah le bodoh sngt.Klau setakat berpegang kpd Rukun Islam yg 5 dh merasa sempurna Islam kamu.Bagaimana dgn Rukun Iman yg 6,pemimpin2 UMNO terima ke?Yg dpt di perhati kn 5 dr 6 Rukun tu di langgar semacam je oleh UMNO.Buat anon 11.30 PG,bkn PR bijak menghasut pengundi2 muda tp pasal org macam kamu terlalu bodoh krn percaya kpd cakap pemimpin2 UMNO.Nk bersatu tk perlu dlm UMNO,dlm PAS pun boleh!Dh 56 tahun memerintah tahap kehidupan org2 Melayu msh tk berubah,cuma pemimpin2 UMNO je yg menjadi kaya raya sampai tk di terima akal.

Unknown berkata...

kenapa dulu bilaBN menang 2/3 tiada pun suara sumbang mengatakan kaum cina banyak dlm Parlimen,kemenangan DAP atas teket MCA dan Gerakan,bukankan mereka ini semua dari kerusi cina,kenapa tak pertikaikan dulu diPP UMNo menang,Gerakan memerentah,ada akaika

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Semasa UMNO memerintah pon dah ramai melayu masuk kristian.Tanya HARUSSSSANI! dan semasa UMNO memerintah ni pon dah banyak anak luar nikah hasil didikan UMNO yang syok dmg pesta.Tak caya tanya doktor-doktor kat hospital kerajaan. Penyokong tegar UMNO bodoh dan biul dari dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Cuba bawa mengucap n muhasabah sikit n istisfar banyak2

Kalau bab Islam vs Kristian dap yg sah2 membawa musibah tu.. Takkan tak reti nak pegang mana satu.. Kurang2 pun mca mic nie takla liar mcm dap tu...... Sendiri mau ingat...

Tanpa Nama berkata...

bodoh2 aku pun tak sebodoh dan sebanggang kau!! Kau bukan saja bodoh tapi terus buta hati..akal fikiran kau tertutup langsung!! Itu sebab orang meLAYU mcm kau ni senang dicucuk hidung mcm lembu....sebab bodoh tak bolih ditegur!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Melayu gagal? Jawapannya, sama ada Melayu atau Cina, semua mempunyai matlamat hidup yang sama, contohnya kearah kesejahteraan. Walaubagaimana pun, terdapat perbezaan kaedah mencapai matlamat tersebut. Kaum Cina memberi fokus yang kuat dan dengan bersatu hati berkerja keras untuk mencapai matlamat tersebut. Berbeza dengan puak Melayu. Oleh kerana kurang upaya untuk memikir secara kritis, berpenyakit phd yang tebal, malas berusaha, tiadaan penyatuan usaha dan tidak berfokus, akhirnya matlamat yang dicari menjadi kabur dan kadang-kala tidak dapat dipastikan sama ada yang didapati itu adalah matlamat sebenar untuk keuntungan sejagat atau tidak. Lebih buruk apabila keuntungan hanya untuk seorangan sahaja. Maka Melayu tidak dapat yang optimum!!

Mamat berkata...

It is true what Anon 12.03 said...Sampen..kalau dia tak betul kamu betul kan!! Jgn senang saja ckp orang bodoh..suluh diri kamu tu sendiri...You tell me now what is GDP?? Go and find out whether the facts Anon 12.03 said is right or wrong? Kalau orang ckp dia bodoh marah!!

Tanpa Nama berkata...

Saya cukup hairan kenapa orang-orang yang kata memperjuangkan islam masih menggunakan perkataan bodoh, bangang tak renti2. Mana akhlak terpuji yang rasullullah ajar pada kita. Bagaimana nak jadi contoh pada org UMNO yang selalu dilabel kurang pengetahuan agama. Jika kita anggap orang umno tidak islamik, tunjukkan sifat islamik kita terlebih dahulu. Barulah orang lain akan respect dan mengikut apa yang dikata. Sesungguhnya rasullullah adalah contoh terbaik untuk kita.

Tanpa Nama berkata...

umno kuat bila bersatu dlm melayu??? bukankah pemerintahan umno ni melayu tindas melayu???

Tanpa Nama berkata...

Banyak yg buat komen tak matang. Sedih dgn bangsa melayu ku ini.
.