Sabtu, 16 Mei 2015

Ini dia hadiah untuk guru, Pengetua dan Guru Besar sempena Hari Guru 2015 dari kerajaan

  • kerajaan bagi hadiah hari guru 2015


Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.


dan Hadiah sebenar untuk semua guru
rujuk sini untuk hadiah untuk guru

"Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025," katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru 2015 peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan, di sini.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memberikan persetujuan terhadap cadangan Kementerian Pendidikan untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar.

Beliau berharap insentif itu dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan pelajar.

Prestasi pengetua dan guru besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukur kesesuaian penyandang terus menduduki jawatan tersebut, katanya.

Muhyiddin juga mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyeragamkan had umur pegawai awam untuk mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada 43 tahun di bawah Ijazah Sarjana kepada 45 tahun untuk PhD di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.

Peningkatan had umur bagi pegawai awam mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, katanya.

Beliau berkata, peningkatan ilmu dalam kalangan PPP akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efisien.

kerajaan bagi hadiah hari guru 2015

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan Yayasan Guru Tun Hussein Onn akan membantu guru-guru mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian termasuk yang tidak layak mendapatkan biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur.

Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan.

Yayasan itu juga, kata Muhyiddin akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang memerlukan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda.

"Memandangkan guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, maka Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-anak guru yang terlibat," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan dua Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya bagi juga walaupun 25% utk penolong kanan, sbb byk yg GB/ pengetua di Bantu secara berterusan oleh pk... baru lebih dihargai...