Siapa jadi PM? Anwar ke Mahathir. Haji Najib Razak lah yang jadi Perdana Menteri sekarang. Siapa yang kata 'yes' untuk projek BR1M?
Sekarang setelah dikritik, dia kata bukan cadangan dia pulak. Memang kalau bukan dari dia, siapa? Atau sekurang-kurangnya siapa yang dengan gah membentangkan bajet dengan memperbesarkan suara bila bercakap mengenai BR1M?
Elok sangatlah kau letak jawatan!
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan niat kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
“Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.
Kenyataan Najib, yang juga Menteri Kewangan itu dilihat sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa pemberian BR1M memalaskan rakyat.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan