Ahad, 5 Mei 2013

PRU 13: 70% setakat jam 3 petang , SPR nafi dakwat mudah ditanggalkan! Ini jawapannya ..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat pukul 3 petang sejumlah 70 peratus pengundi telah mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Ia bersamaan lebih 9.2 juta pengundi daripada 13.2 juta yang berdaftar.

baca lagi ...



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menepis dakwaan bahawa penggunaan dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi pada pilihan raya kali ini mudah untuk dicuci dan ditanggalkan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun dakwat tersebut boleh dibasuh namun ianya tidak boleh ditanggalkan sepenuhnya.

Namun disebalik dakwaan itu, proses pilhan raya katanya tidak akan terjejas.

Sementara itu, beberapa pengundi yang ditemui mengakui bahawa dakwat kekal berwarna biru yang dicalitkan di jari kiri mereka mudah dicuci dan ditanggalkan.

Fikri Aqmal Kamruddin, 23, yang membuang undi untuk Parlimen Titiwangsa di SK Kampung Baru mengatakan bahawa dakwat tersebut semakin menghilang apabila dia membasuhnya menggunakan sabun.

"Saya cuba mencucinya dengan sabun setelah saya membuang undi tadi dan saya dapati ianya memang senang ditanggalkan," katanya kepada Astro Awani.

Seorang pengundi, Tufayl Manap, 24, yang mengundi di Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang di SAR Taman Melawati turut mengakui bahawa dakwat tersebut senang ditanggalkan.

"Walaupun saya tidak mencucinya dengan menggunakan sabun, namun apabila saya menggosokkannya berkali-kali saya dapati ianya semakin menghilang," kata Tufayl.

Malah, terdapat rungutan mengenai dakwaan ini yang diluahkan oleh pengundi melalui laman Twitter.~BAA



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu keputusan rasmi spr berakhir...