Sabtu, 8 November 2014

Ahmad Maslan dan Kementerian Kewangan kantoi dengan surat ini ..

Akhbar The Edge Malaysia menyiarkan satu dokumen yang menangkis dakwaan Kementerian Kewangan bahawa Putrajaya hanya menjamin sejumlah RM5.8 bilion daripada keseluruhan RM38 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Surat berkenaan menunjukkan bahawa kerajaan memberi jaminan untuk campur tangan sekiranya 1MDB tidak mampu menanggung hutang USD3 bilion oleh anak syarikat milik penuhnya, 1MDB Global Investment Limited (penerbit).

"Sekiranya 1MDB, sebagai pemegang saham penerbit, gagal menyediakan dana yang diperlukan... Malaysia akan campur tangan untuk menyuntik modal yang diperlukan kepada penerbit, atau membuat bayaran bagi memastikan tanggungjawab penerbit ke atas hutang itu dipenuhi,” surat itu dipetik.

Ketika surat sokongan itu dikeluarkan pada 14 Mac tahun lalu, hutang USD3 bilion itu mempunyai nilai pertukaran hutang RM9.6 bilion. Jumlah itu berada pada tahap RM10 bilion pada kadar semasa.

Kedua-dua jumlah tersebut – ketika surat sokongan dikeluarkan – jauh lebih besar daripada jumlah RM5.8 bilion yang didakwa kerajaan, seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pada hari Khamis lalu.

Jaminan kerajaan ke atas hutang besar itu sah untuk tempoh 10 tahun, sehingga 19 Mac 2023.

MP Petaling Jaya Utama Tony Pua pada hari Rabu lalu mendakwa kerajaan tidak menyatakan keseluruhan perkara sebenar mengenai hutang yang dijamin bagi 1MDB.

Dakwaan itu timbul selepas Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada MP Bagan, Lim Guan Eng di Parlimen mendakwa kerajaan hanya menjamin RM5.8 bilion daripada jumlah hutang 1MDB.

Pua berkata kerajaan membuat dakwaan itu berdasarkan hujah bahawa surat sokongan bukan jaminan rasmi.

"Surat sokongan itu secara langsung menjamin hutang. Perbezaan di antara jaminan dan surat sokongan hanyalah isu semantik,” katanya.


* duit rakyat lagi ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

zamani berkata...

Tipu dalam parlimen tak ada akta ke?