GEORGETOWN - Sebuah kilang membuat sayur fucuk beroperasi lebih 50 tahun diarah tutup kerana tidak mengikut peraturan kebersihan yang ditetapkan.
Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, ia adalah tindakan kali pertama ke atas kilang makanan yang diwarisi sejak beberapa generasi.
Beliau berkata, sebelum ini, kilang yang terletak di Tanjung Bungah itu tidak pernah dikenakan tindakan sedemikian.
Bagaimanapun, dalam operasi yang diadakan semalam (kelmarin), kilang itu didapati banyak melakukan kesalahan dalam aspek kebersihan.
"Antaranya mencampur aduk papan yang digunakan sebagai kayu api untuk memasak dengan fucuk yang sedang diproses.
"Pegawai kita juga mendapati, pekerjanya tidak memakai baju dan hanya berseluar ketika mengendalikan proses memasak fucuk," katanya pada sidang media di sini semalam.
Selain itu, pekerjanya didapati tidak mengutamakan kebersihan apabila menggunakan kayu yang sudah buruk untuk menggantung sayur fucuk yang sudah diproses dan boleh menyebabkan pencemaran.
Pegawai jabatan itu turut memeriksa dua lagi kilang fucuk dan satu daripadanya diarah tutup kerana tidak mengutamakan kebersihan.
Ku Nafishah berkata, sebuah kilang membuat manisan di daerah Barat Daya turut diarah tutup kerana meletakkan bahan makanan yang sudah siap diproses atas lantai.
"Kilang itu juga didapati tidak bersih seperti tandas yang kotor dan dijadikan stor barangan serta baju pekerja. Lebih menjijikkan, baju pekerja yang sudah digunakan disangkut pada mesin pengisar," katanya.
Menurutnya, peralatan masakan juga didapati tidak dijaga dengan baik dan kotor. Pekerjanya tidak memakai apron ketika memproses makanan serta menggunakan bahan dari tin yang kemek," katanya.
Beliau berkata, 19 premis diperiksa namun lima diarah tutup iaitu dua di Timur Laut, dan masing-masing satu di Barat Daya, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Tengah (SPT).
"Dua kilang iaitu di SPS dan SPT diarah tutup kerana menggajikan pekerja tanpa suntikan dan latihan pengendalian makanan. Kebanyakan yang diarah tutup adalah kilang yang sudah lama beroperasi," katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan