JOHOR BAHARU: Polis Johor pada Jumaat, menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir.
Sebaliknya kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pihaknya tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas.
Isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam Khamis.
Mohd Mokhtar turut mengingatkan pemimpin parti politik itu agar tidak mencabar undang-undang dengan mengadakan ceramah tanpa kelulusan pihak berkuasa.
"Kita kena hormat undang-undang...kalau tidak hormat, itu juga mencabar polis," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus pemimpin PKR tetap mahu mengadakan ceramah tersebut.
Beliau berkata jika permohonan ditolak, pihak berkenaan masih boleh mengemukakan rayuan kepada ketua polis negeri. (MS)
1 respon:
Kebanyakan undi UMNO datang dari orang kampung yang tidak tahu apa-apa berlaku sebenarnya di dunia luar dan sumber maklumat hanya merupakan TV dan surat khabar UMNO . Pakatan Rakyat selalu difitnah, diputarbalik ucapan ...... tapi mereka tidak tahu .......
Banyak orang Indo dan Balagdesh pula '' tiba - tiba '' menjadi rakyat supaya ada hak mengundi BN. Undi BN sudah dijamin ......
Kebanyakan Polis yg sepatut menjadi pembela rakyat pun menyokong BN tanpa berfikir ........... Sebab Kerajaan UMNO menyediakan banyak kemudahan dan meningkatkan banyak $$$ dlm gaji mereka....
Ketua Polis pun dilantik Oleh Kepala UMNO dan perlu ikut arahan Tuan Besar mereka ....
Polis menjalankan tugas pun memihak kpd pihak UMNO punyai. Cth membenarkan PERKASA ( PERKOSA ) demo .. NGO UMNO demo tanpa batasan dan bebas. Apabila Rakyat ini membantah isu kebajikan rakyat ... semua kena tutup mulut.
Memang Bijak UMNO....
Catat Ulasan