Jumaat, 25 November 2011

Tragedi rogol di ladang kelapa sawit

PASIR GUDANG - Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran kawasan tapak takungan air, Masai, 19 November lalu.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, gadis itu mendakwa diperdaya lelaki terbabit ketika sedang menunggu van pekerja di perhentian bas bersebelahan rumahnya sekitar jam 1 petang.







Menurutnya, sebuah kereta jenis Proton Saga warna coklat dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an berhenti di perhentian bas itu, sebelum memanggil namanya dan memberitahu diberikan tanggungjawab untuk menjemputnya dan pekerja lain berikutan van pekerja rosak.

“Lelaki terbabit kemudiannya bertanyakan nama dan meminta pengesahan umpama mahu mengetahui adakah saya orang yang dicarinya.

“Mendengar penjelasan diberikan, saya pun percaya dan mengikutnya dengan kereta dipandu lelaki terbabit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Operator kilang itu berkata, sebelum ke lokasi kejadian, lelaki terbabit memberitahu mahu ke Taman Scientex terlebih dahulu kononnya mahu menjemput seorang lain pekerja lain.

Bagaimanapun, katanya, perasaan bimbang mulai menyelubunginya apabila kereta yang dipandu langsung tidak berhenti di Taman Scientex, sebaliknya meluru laju di Jalan Kong-Kong menuju ke arah Kota Masai.

Menurutnya, dia segera meminta lelaki terbabit supaya menghantarnya ke tempat kerja, tetapi tidak diendahkan.

“Setelah memberhentikan kereta, lelaki terbabit menarik saya keluar dan kemudiannya meminta saya duduk di tepi sebatang pokok kelapa sawit.

“Dengan memberi alasan mahu membuang air kecil, lelaki terbabit menghilang sebentar sebelum datang kembali tanpa pakaian dan duduk di sebelah saya," katanya.

Selepas itu, lelaki terbabit mula melakukan perkara yang tidak dingini terhadap dirinya.

Walaupun cuba menghalang, lelaki itu memarahinya dan mengugut mahu membunuh jika melawan.

Remaja itu berkata, dia cuba meminta lelaki terbabit supaya tidak mengapa-apakannya, namun diabaikan sebelum merogolnya.

“Selepas kejadian, lelaki itu menghantar saya ke bangunan kedai di Taman Scientex dan terus meninggalkan saya,” katanya.

Dia segera membuat laporan polis sekitar jam 3.26 petang tersebut, sebelum memberitahu abangnya pada keesokan hari.

Abang mangsa, Mat (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia membuat laporan polis tambahan sebaik sahaja mendengar cerita adiknya itu.

“Saya bersyukur kerana adik perempuan dapat pulang dengan selamat walaupun dirogol oleh manusia biadab.

“Saya amat berharap polis dapat memberkas lelaki terbabit dengan segera,” katanya.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

PagarBuluh berkata...

hhmmmm..gadis sekarang walhal dier sendiri yang nak..takkan lahhh mudah bebenor kena tipu baru kenal pujuk sekt dah layu..arrrggg memang dasar pantat sundal..