Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura.
Agak mengejutkan ketika kunjungan pemberita di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh.
Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai.
Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan.
“Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula.
“Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.
Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku.
Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.
0 respon:
Catat Ulasan